Thursday, July 11, 2019

... and 3 years later 2019!!

assalamualaikum blog...

fuuh jenuh nak retrieve balik masuk blog ni, serius dah lupa langsung email mana guna utk blog ni 😅😅.. lepas terpusing pusing n lompat dr 1 email ke email lain alhamdulillah jumpa gak la jalan pulang hehehe.. bertahun tahun x bukak n tetiba rasa nak bukak bila tangan gatai je rasa nak menaip mcm dolu2.. kot la ada lagi reader2 lama yg dulu rajin gak melompat kat blog mommy juju ni, meh la nak cite skit pengembangan eh perkembangan terbaru..

alhamdulillah anakanda cik fathiah dah darjah 2, n masih nak jadi anak tunggal manja ummiabi buat masa ni.. hmm bukan dia yg nak tapi belom rezki, kalau ikut dia mmg slalu berangan ada adik la berangan ada abang kakak la hehe.. sampai dgn kwn2 kat skolah dia cite ada adik, abang n kakak.. tapi logik gak sbb fathiah mmg ada adik n abg susuan tapi x tinggal sama la kann.. kakak yg slalu dia berangan kakak dia tu, cousin sulung fathiah yg mmg rapat n slalu jumpa mmg dah mcm kakak la kiranya n of course x duduk sama jugak la.. insya Allah syg, kita kene usaha masuk syurga nanti boleh jumpa abg/kakak n adik2 fathiah yg Allah simpan kat sana 😍😍..

hmm ni je la nak start, xtau nak cite apa lagi. roh blogging blom masuk btol lagi hehe..


Tuesday, April 12, 2016

Setahun 1 post??

Assalamualaikum..

lets pray that this wont be the only post for 2016, hahaha... ok sebenarnya nak merajin blogging tp ntah knp laptop sy tu payah benor nak connect to blogger.com. ni demam panjang pulak dia kene bwk p doctor.. ni tgh pinjam mac en.suami, sesambil buat keje skit ni saja try memblog, ok pulok hehe... 

xde apa nak story, saja nak say hi to 2016 hehe.. k till next post :P

nak up gambar, x banyak pulak gambar2 dlm mcbook en.suami ni..


 haa ni gambar ngn kambing 2014, bolehla kan hihi


ni masa p honeymoon 2 tahun lepas.. eh tak la, company trip goldcoast, aussie..
tapi kalo berdua je kira honeymoon la jugak kan ;)

Saturday, January 31, 2015

Rinduuunya nak membebel... :))

Assalamualaikum wbt...

Officially harini 31January2015, sy open balik blog ni to public.. fuhh lamanya x blogging, seronok jenjalan blog orang rasa belum sampai seru nak stat blogging balik.. tetiba rasa mcm di seru seru n rugi pulak tak keep story 2 tahun ni hehe.. kalau tgk last entry saya, macam kuciwa n sedih sgt sampai terus stop blogging.. xdelah macam tu pun.. saya happy dgn life skrg alhamdulillah...

cuma macam2 yg jadik towards hujung tahun 2012 tu sampai la awal tahun 2015 ni.. Masa tu masih tinggal di Penang, now dah dekat JB.. Yeayy, balik hometown :)).. Anakanda jantung hati saya Nur Fathiah tahun ni masuk 4yrs old n dah skolah dah pun,3 hrs playschool je pun kat genius aulad.. Dia memang nak sgt2 pegi skul, everytime lalu depan GA sebelum ni excited sgt2 sampai kedai makan sblh GA dah jadi tmpt fav pegi sbb dia suke sgt tgk skul sambil makan pastu berangan nak skul kat situ.. Disebabkan mmg nak sgt pegi skul, sampai skrg alhamdulillah Fathiah sgt sgt happy pegi skul n dia jadi makin ceria n happy jer.. :)




Haa kan muka happy tu, xdelah sedih jer pun hehe... okok nanti rajin sambung lagi..

Saturday, July 28, 2012

Quranic LOA.. subhanAllah..

##entry ini sy dah taip few weeks lepas(6/7), baru harini siap edit n post hehe :)

salam everyone...
nasib baik cepat, kalau x 12 hari lagi cukuplah 2 bulan blog ni statik. sy bersiaran live dr penang. dah 4 hari balik dr jb, lps sebulan lebih dok umah bonda. dok rumah mak mmg best, bgn pagi sarapan dah siap je atas meja. bukan sbb bgn lambat tp bonda kul 6am dah siapkan sarapan sbb anak2 sdara yg dok ngan bonda nak p skolah. maksu sgt seronok n makin manja la. cuma yg kurang sronok drpd sebulan lebih dok umh tu hanya seminggu yg sgt selera makan selebihnya oh mmg x lalu makan. sejak kuar kpj penang 2 bulan lps tu balik terus sindrom x lalu makan. tengok je org makan. masa tu tahan jela, xpelah demi adik fathiah kt dalam tu sabar je la. kdg boleh makan yg merepek je la, mcm mee goreng ke, rojak asma ke (kt johor glamer), laksa johor ke n mengidam keropok lekor balik pulau hehe, yg penting bukan nasi! kalau bau nasi pun dah x lalu cmne nak makan. kdg2 paksa2 jugak telan. dr keluar hspital smpi sebulan kat umh dekat sebulan stgh jugak mcm tu. tapi bambam depan n belakang naik sungguh, idokle x makan badan kurus. sbb x mkn nasik bdn x larat sgt, byk rest n syukur kat umh jb ramai melayan si kecil. balik2 je school holiday 2 org sepupu fathiah balik asrama campur 2 org lagi kat umh dgn atoknya maklongnya mmg ramai la yg melayan n sgt manja buah hati sy tu. tule cabaran balik ni xleh jauh ngan ummi, ummi dah lah kene buat spring cleaning yg sgt hebat pas sebulan lebih tgglkan umh ni. dgn brg2 berkotak2 n berbegbeg bwk balik sgt byk la kejenya. time fathiah dido je agak smooth skit leh focus. (tp pg ni time dia dido trasa nak blogging lak hehe)..  

mula pk nak stay smpi deliver kat jb hujung tahun, pastu pulak pk bila kuat skit nak balik dah. owh sungguh la x boleh nak berjauhan dgn diri sy separuh lagi tu. since kawin aug 2007, dkt 5 tahun dah paling lama kami jauh ms hubby p umrah awal tahun aritu dekat 2 mggu jauh. kali ni sebulan lebih even almost every week hubby balik jb tp x sama. smpi pk pasni kalau pregnant lagi xpelah dok umh sendiri n pandai2 la jaga diri. ngada2 kan :). mgkn sbb almost 4 years kami hidup ber2 je sebelum ada fathiah, sume susah snng sama2. byk share sama2 n mcm2 dah lalu, rasa sgt la x lgkp kalau jauh. asam garam tu biasalah, tp kalau jauh tersgt la windu :P.

oklah xmau bebel byk2 la, byk keje lagi. nnti la sambung. sy balik sbb mission dah berakhir. kali ni bukan rezeki kami. sy hilang baby sy masa week 14, 3 bulan setengah je sempat rasa. apa pun alhamdulillah, ni pengalaman pregnant paling lama lepas 2 kali miscarriages dulu waktu week5-6. sy dah recover, syukur. sy xmau cite sdih2 sbb sy n hubby lebih tenang menerima ujian ni kali ni even kalau ikutkan sgt la perit sbb harapan agak tinggi bila dah msk 2nd trimester serta pengalaman miscarriage kali ni sgt sakit dan tragis, it happened on my husband's birthday. midnight tu suppose sy call dia utk wish birthday, tp masa tula sy ditolak masuk operation theatre regency hospital seri alam, masai jb. dlm keadaan yg sgt lemah dan sakit n husband rushing drive balik jb dr kl. (masa tu 2 hari hubby ada kat kl n on that day dia busy dgn training ada exam, which if he pass the exam he will entitle to get free trip to vietnam. so even dr ptg dah sakit, sgt tahan la xmau btau hubby sbb nak dia concerntrate dgn exam n syukur berbaloi, hubby passed the exam n got the free trip to vietnam on next oct, yeay!..) tp disebalik ujian ni ada rahmat pastinya. kami positive. sy tengok waktu hubby kuat tahan perasaan balik semula penang 2 hari lepas dnc tu sayu sgt hati tahan je xmo nangis ms hantar hubby kat kene (tp bila dah lepas je oh nasib baik bonda ada tenangkan sy), sy harus jadi kuat jugak. Allah itu Maha Penyayang, ujian tanda perhatian Dia pada kita. tanda kasih dan sayangNya. syukur masih diberi perhatian dan peringatan utk lebih dekat denganNya..

saya sgt2 terkesan dengan makna ayat 30-38 surah al-fussilat. ayat ini cukup memberi kekuatan pada saya. waktu sy sedih dan agak tertekan, sy doa pada Allah swt beri saya kekuatan dan keyakinan serta jawapan atas segala ketentuanNya ini, kemudian sy terus bukak tafsir quran sy dan jari serta mata sy terus terarah pada ayat tersebut. SUBHANALLAH, sungguh Dia memberi jawapan atas doa saya. syukur. saya sgt percaya pada quranic law of attraction, sgt hebat kuasa kitab suci ini. 3 minggu selepas itu ada seorang ustaz yg kami jumpa, beri beberapa ayat quran utk kami amalkan. dan sekali lagi sy sgt terkejut bila ayat 30~38 dr surah al-fussilat tersebut termasuk dlm ayat2 yg disarankan kami untuk amalkan waktu malam selepas solat. hati saya jadi kuat dan semakin mengkagumi kekuasaanNya, mukjizat al-Quran.. sy sgt sgt tersentuh smpi menitis air mata sy bila pertama kali semak smula ayat2 yg disarankan utk kami amalkan.. subhanAllah subhanAllah.. semoga Dia menggantikan kehilangan ini dengan sesuatu kurniaan yg lebih baik, insyaAllah.. bukankah Allah swt menjanjikan ganjaran yg lebih baik andai kita sabar dengan ujianNya, mudah2an aminn. kami takkan berhenti berharap, berusaha dan berdoa padaNya.. namun sgt syukur kehadiran si comel fathiah yg makin bijak dengan keletahnya baanyak sgt mengubat hati sy dan hubby. mgkin fathiah belum cukup bermanja lagi agaknya :). kehadiran fathiah membawa rezeki, antaranya saya pregnant 2x tahun ni even sy kehilangan kedua-duanya tapi sy percaya Dia sedang melaksanakan aturan terbaiknya buat kami...

# tickers kat sebelah tu syg lah nak remove, xpelah sy biar je lah yer. in memory

Friday, May 18, 2012

Hujan rahmat pagi jumaat, Alhamdulillah :)


bismillahhirrahmanirrahim...
assalamualaikum readers..

sempena hari jumaat yg mulia ini, awal pagi dengan hujan renyai renyai n lebat sekejap tapi matahari pagi yg sgt cerah n ceria, buat sy rasa sgt cerah n ceria juga utk berkongsi dengan readers blog sy yg drpd dulu awal cerita sy sudi menyinggah. syukur saya dan suami atas segala limpahan kurnia yang Maha Esa, memakbulkan doa kami dan menyampaikan hajat kami yang satu ini. saya xtau nak susun kata macam mana,sbb mmg xde ayat terbaik yg sy boleh susun melainkan syukur Alhamdulillah harini sy dah masuk 9 weeks and 5 days of pregnancy. panjang cerita kalau nak cerita drpd awal, insyaAllah sy akan berkongsi juga sikit2 especially utk perkongsian dgn kawan2 ttc lain. secara rasminya juga sy akan tambah tickers baru kat blog sy ni. saya harap kawan2 doakan agak semuanya berjalan dengan baik dan baby kami membesar dengan sihat dan sempurna, serta kami dikurniakan anak-anak yg soleh solehah. malam ni bonda sy smpi n after a week, hubby akan hantar kami semua balik umah bonda kat johor. kami buat decision ni slps pkdalam2 after bleeding sikit n admitted tempoh hari. mgkn lama sy dok jb smpi raya agaknya bila sy dah kuat sikit baru plan balik penang smula mgkin. saya agak flat n byk perlukan rehat, dlm masa yg sama sy xmau buah hati kesayangan sy yg dah nak jadi kakak ni terabai. so bila balik johor urusan harian mcm makan n pakai sy terjaga n x perlu sibuk2 dah, n anak2 sdara ramai leh melayan fathiah. so sy pun byk ms dgn fathiah n still boleh bg perhatian kat dia sblh 6 bulan lagi kene bahagi2 dgn adik :). dan hubby juga oleh concerntrate dgn keje2 dia, sbb dia tgh agak bz skrg ni tp x sdp hati everytime nak tgglkn kami berdua kat umh.urusan keje yg perlukan travel jauh skit drpd umh pun agak terbatas. so semua ni dan masa terbaik yg Allah tetukan ini banyak hikmahnya. hubby boleh all out keje n sy boleh rest a lot kat hometown. kami semua kene berkorban demi kebaikan semua dan baby inside insyaAllah. ikutkan hati xmau jauh dgn hubby n buah hati dah makin manja dgn abi dia. tp lepas pk2, bincang2 n doa mengharapkan keputusan terbaik. yup this is the best insyaAllah..

Thursday, May 17, 2012

Super Abi: Day 2, 3 & 4

assalamualaikum readers..
lps first entry super abi haritu smgt nak post entry since kat hospital hanya duduk rest, tggu time mkn, solat, reading, surfing2 n dido je. sskali nurse dtg amik bp, bg ubat, tukar air, tanya kabar and so on and so on. jadi byk masa nak membloging, tp aduhai sy ni traditional skit lg suke type kat laptop drpd tab. hubby guna lappy n tgglkan tab je kat sy kat hptl. bila dah taip2 guna touch screen payah betul nak edit2, last2 maleh le. so lompat2 blog n baca byk2 info2 menarik mcm2. ok2 dah le membebel. meh smbung cerita seorang super abi..

Day 2 super abi..
semalam ms dtg jumpa ummi malam fathiah merajuk memula. tp esoknya 2nd day dah lain. hubby smpi dkt tghari lepas setelkan umh, mandi, makan n siapkan anak. dlm kul 11am 2 org buah hati sy ni smpi. harini cik baby ok sgt, seronok ummi tgk 2 beranak dtg ngan cik tiya naik stroller diam je. smpi2 senyum n terus manja2 ngan ummi main atas katil ngan ummi. rupenya hubby kata, pagi2 td abi dah slow talk dgn cik baby, ummi x sihat kene duduk hsptl, abi kene jaga fathiah sorg2, sdara mara kita jauh, jadi fathiah kene tolong abi duduk baik2. dgn baiknya dia duduk dlm stroller n dlm kete sdgkan b4 ni payah skit dia nak dok diam dlm stroller. betul, anak2 dia paham apa kita cakap, jgn ingat dia x pandai ckp agi dia x faham kita. even baby dlm perut pun boleh dgr n faham kalau kita interaaksi dgn dia apalagi dah umur dekat setahun. pastu sempat tdo stgh jam dlm stroller sblh katil ummi, smpt la abi kluar jap p carik brg2 ummi. elok je la dia tdo, abi balik je cm tau dia bgn :)..


Day 3 super abi..
hari ketiga hubby n cik baby dtg petang skit. sbb tghari cik tiya dido lama pulak. oh ya hubby kata smlm adventure sikit jaga cik baby, ptg dia ngaruk kejap rerupanya susu n mamam x cukup. dah memilk 4oz pastu abi bg mamam, x lama pastu ngaruk2, ikutkan dah kenyang, rupenya bg memilk habis lg 6oz terus zzz. lapar n nak tdo rupenya. penat main agaknya. pastu ptg hubby msk, hikmah kene tggl dgn suri rajin cik abg msk siap tgk resepi kat blog hehe. few days b4 admit mmg dah stock in lauk pauk byk dlm freezer, dah siap siang n basuh sume ikan, ayam, udg, sotg tggl msk je. sy yg flat x larat msk. hubby msk ikan msk kicap sos tiram hehe. bunyi cam sdp tu. overall harini ok, counting hours tggu ummi balik. ummi pun dah sengal dok hospital. harini pun drip dah tggl so bebas n snng sikit nak gerak n p toilet. sejak 1st day admit asik nak shee shee je, 2 jam skali ak p toilet pastu kene la bwk tiang drip tu alahai. so ptg 3rd day ni bebas skit la. smpi smpt la jugak me n hubby bwk fathiah main2 kat playground peadratic ward. seronok betul dia. tpbalik bilik ummi lak yg lotih n flat balik. ms doc dtg tya kbr harini btau la, pinggang start sakit n rasa letih even jut jalan p canteen je td. doc kata ur body give sign, suruh u rest a lot. jgn lasak sgt. ok lah dpt lesen bsr utk memanjakan diri la gamaknya..

Day 4 super abi..
malam tadi sy tdo awal sgt, siap solat maghrib n isyak bdn pun letih pas main2 ngn cik baby katplaygroundterus je tdo. juga dgn harapan cepatlah pg esok, nak balik dah hehe. 5am sy dah bgn. mlm dr mmg dah confirm nak bg sy kluar awal n pg smlm by 9am dr dah dtg wad visit so sgt ready n x sbr tggu dr. 3x la dok sibuk tya nurse dah confirm buleh kluar kan? hehe senyum2 je nurses tu sume 'tggu dr ye kak' ala, mana la dr ni smpi dkt kul 12pm baru dtg. brgdah siap kms dah ni hehe. at last by 1pm setel sume billing n dpt ubat hubby n cik fathiah smpi yehaa buleh balik dah. disebabkan dpt lesen bsr gantung kuali n periuk tinggi, haruslah b4 balik tapau bekalan makanan n smpi harini hari2 lah en.suami mentapaukan mknn, sian dia. sy pun kesian apa, boring asik mkn luar. xpe 3 hari je lg bonda kesayangan sy dtg umh yeayyy... pendek cerita alhamdulillah hirabbilalamin, hubby lepas ujian 4 hari 3 malam jaga tuan puteri kesayangan. n cik fathiah ofkos semakin manja dgn cik hubby. syukur, semua dilalui dgn baik sbb mula2 risau juga n memandangkan emak sy x dpt dtg jaga anak abg kat kl. tp syukur Allah tu kan maha peyayang, Dia bg ujian hanya pada hambaNya yg mampu. kami ni sebagai perantau pun kene independent n kene tenang n kuat face segala ujian sendiri. sekian cerita sera sikit ttg super abi :)


*gambar-gambar akan di upload kemudian ya, adalah tak berapa rajin nak transfer gmbr drpd hp en.suami kat sini.

Sunday, May 13, 2012

Super Abi!! : Day 1

assalamualaikum readers...
saya bersiaran live dr katil wad ixora kpj penang specialist. malam ni malam ke2 sy kat sini. insyaAllah by tuesdeay boleh kluar dah. harini msk air dah botol ke 4, drip ni agak mmbataskn sy nk brgerak. dr pun mmg x bg ge rak n jln sgt, completely rest n jln pun p toilet jer dlm bilik ni. sy nk ucapkn terima kasih sayang yg sgt byk utk dear hubby yg btl2 cool jadi 'super abi' selama 4 hari 3 mlm sy admit ni. so far alhamdulillah mlm pertama hubby dgn baby fathiah went well. cabaran bermula bila dr decide utk sy d admit tghari smlm.


sy x expect pun akn d admit ms jmpa dr smlm, jd x buat pape prepration brg2 ofcourselah n  x bwk carseat fathiah pun. mula mintak admit ptg sikit nk blk dulu settlekn ank tp dr suruh admit terus n nk bg injection seawalnya. redha n doa semua dpermudahkn. hubby dgn coolnya yakin je boleh bwk tuan puteri tu blk. mula2 ltk kt floor seat blkg bg mainn, bila fathiah nangis dok sorg2 hubby stop n ltk atas riba. syukur fathiah behave sgt smpi tertdo kt situ. blk sesi mgemas rmh, tdokn bby, bg mkn, mndikn n siapkn brg2 sy bercuti 4d3n kt kpj ni. sib baik ada part time maid yg available ptg smlm, sy kol direct hp bos dia n trus dtg umh ptg tu. dptlh tolong hubby setelkn umh yg kelam kabut skit sbb sy agak flat 2 hari ni. umh bersih, hubby fokus kt anak n siapkn brg sy. mlm after maghrib hubby smpi hsptl, fathiah merajuk dgn ummi. xmau dkt sy, memilk ngn ummi pun xnak. nak memilk ngn abi je. alahai cian dia sayu hati ummi, huhu. dah lama skit bru ok. rupanya evenkat umh dia ok ngan abi, tp sskali p bilik n jengah2 carik ummi agaknya. bila abi pggil senyum2 kedek2 jalan p kt abi. apapun syukur 1st day went well smpi tdo malam pertama dgn abi shj kat umh tq dear muah muah. ujian dlm nikmat kan, insyaAllah semua dipermudahkan.

Friday, May 11, 2012

i am back :)

assalamualaikum wbt..

selepas lebih 4 bulan sy tgglkan leomlife sy ni, malam ni sy betul2 rasa utk mulakan semula. sy cuba buat blog baru, even dah ada few entry pun but still almost everyday sy akan bukak jugak leomlife sy ni. within 4 months only 3 entry je yg sy dpt post n sgt berat lah nak habiskan each post kat blog baru. apa yg buatkan sy rasa nak teruskan di sini bila mlm td sy baca semua entry under 'fertility reatment' sy disini. bila baca semua comment2 n support drpd readers yg sy x kenal pun tp tetap menyokong sy, sy rasa x adil utk sy tgglkan terus apa yg sy dah mulakan. dah bertahun sy berkongsi cerita dan sy punya cerita2 lain yg sy rasa nak berkongsi dgn mereka. sebelum sy mulakan semula, sy nak berterima kasih pada readers yg support n motivate sy sblm ni dlm perjalanan treatment sy especially those commentor dlm entry saya di sini dan di sini. guys thank u soo much, n i've something to share insyaAllah in my next entry.. as a start for 2012 ni, ni gambar agak terbaru buah hati sy fathiah yg dah nak masuk 11 bulan, dah pandai jalan, dan start nak berlari n dah makin bijak buat ummi n abi makin makin syg, alhamdulillah :)

berkimono meround keliling pool pas kesejukan mandi. org baru dpt 'lesen' sgt suke jalan tanpa henti bila dpt tempat luas mcm ni 


suke makan, stakat 5 bulan after ummi start solid ni fathiah sgt ok terima apa saja eksperimen resepi ummi yg sgt seronok buat makanan anak ni. its fun try mcm2, will share in my next2 entry


sgt suka main air, dan abi lah org yg paling rajin melayan fathiah main air. kalau abi yg mandikan (now almost every morning abi mandikan) mmg ada session main shower smpi tergelak gelak dia dlm bathroom tu. kalau mandi ngan umi sat je boleh lah, ummi byk keje hehe

Thursday, January 5, 2012

officially closed

salam everyone..

happy new year twenty twelve, 2 0 1 2...

alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu tahun baru 2012

dalam tahun baru islam 1433 Hijrah (masih baru kan, awal safar)..

tahun usia yang ke tigapuluhsatu, (ikut tahun hijrah dah tigapuluhdua)..

tahun perkahwinan yang ke enam..

usia 'live everyday of my life' yg ketiga tahun..

sy start ber blogging since 2008..

dua tahun pertama di rumah lain sebelum rumah ini..

then 2010 dan 2011 di sini..

tahun 2012??, saya akn berpindah ke rumah baru..


mulakan hidup baru..


banyak yg sy nak ubah utk suit dgn tahun baru dan resolusi2 baru..

tapi utk sy tukar n buang apa yg dah ada dlm leomlife ni, sy sgt syg..

so sy tinggalkan blog ini begini xmau tukar apa2..

i'm moving..

insyaAllah setakat ni sy x decide utk tutup blog ini..

mgkn ada info2 yg masih boleh dikongsi..

bila tgk popular post yg slalu di visit n search sy rasa ada juga manfaatnya post2 itu..

so, this is going to be my last entry here..


TO ALL READERS..

thank you so much for dropping by my blog..

two years with so many stories to be shared..

even not much (kgkdg mls update), n most of it just to expressed my feeling n sharing a lil eperience on few things, journey penghijrahan sy dan encik suami sikit2 n now i close this blog for a better journey insyaAllah :)..

dengan rendah hati, sy memohon maaf andai ada entry atau sedikit perkataan dlm penulisan sy yg secara tanpa sengaja menyingung perasaan sesiapa shj yg terasa.. sy mohon maaf..

kalau ada manfaat yg masih ada utk diambil drpd entry2 saya sebelum ini, silakan..

saya nak bukak buku baru..

banyak keputusan besar yg saya buat utk lalui tahun2 baru ni, few juga cerita lama yg ditutup.. tahun baru ni benar benar buat sy nak buka buku baru..

ok frens take care n semoga tahun baru membawa sepenuhnya kebahagiaan dan keberkatan dlm hidup kita semua :)..


wassalam



salam sayang daripada kami bertiga baby fathiah, ummi & abi



**********OFFICIALLY CLOSED*********

Sunday, December 25, 2011

dah seronok jadi org penang :)



sejak dua menjak ni, dalam perbualan suami isteri ini. x kiralah berbual di ruang tamu ke, meja makan ke ataupun pillow talk (i like coz time ni tnng n sincere dr hati *wink), kami berdua mcm sama2 dapat rasakan perasaan yg sama. kami makin rasa seronok tggl di utara. drpd perancangan dua atau tiga tahun kami di sini (kejap je dah nak setahun semggu je lagi). skrg ni dah sepakat insyaAllah anakanda anakanda akan mulakan schooling mereka di sini :). memang jauh drpd keluarga dan saudara mara andaikata kami nak settle down di sini, tapi buat masa sedekad ini kami selesa tinggal di utara. banyak perancangan kami bersama, segala resolusi dan tekad insyaAllah kami kuat :). ada beberapa sebab sebab besar yg buat kami makin jatuh hati. alhamdulillah, syukur pada Illahi segala apa yg berlaku selama mana kami tinggal, mencari rezeki, dan melalui kehidupan di kl dulu sampai membuatkan kami kuat berhijrah ke sini, dah mula nampak hikmahnya. pasni anak2 balik kmpung bahasa utara la no hihi, telur jadik teloq, pasar jadi markit, bagitau jadik habaq. antara sebab besar kami rasa tenang tggl kat sini sbb gambar kat bawah ni :)






madrasah an-nahdhoh, kubang semang hanya 10min drpd rumah kami. tempat kami mencari kedamaian setiap pagi sabtu. menadah ilmu dan merasakan suasana muhibbah perkampungan dlm komuniti muslim di sini. seronok. alhamdulillah. pemandangan sgt sejuk n cantik, bukit2 n sawah padi di sekitar perkampungan an-nahdhoh. yayasan an-nahdhoh terdiri drpd madrasah, sekolah tahfiz, hotel, dewan dan bilik seminar serta perkampungan islam.


(dlm gambar an-nahdhoh inn, hotel dan milik yayasan an-nahdhoh, sebelah luar gerai2 jualan pelbagai jenis makanan, lauk basah dan kering, kitab2, baju2 muslimah etc. dan kereta yg penuh ni semua yg dtg utk belajar kitab setiap pagi sabtu. kat luar byk lagi kereta2 yg parking. everage yg dtg hampir 3000org setiap minggu)








so far alhamdulillah fathiah behave everytime kami bawak sama. ramai juga yg bwk anak. comel2 tgk anak2 lelaki kecil pakai jubah putih n kupiah. yg perempuan pakai tudung kecil. tempat luas n selesa even bwk anak2. everytime dtg fathiah sure sempat nap setengah jam. lene pulak dia even kuat speaker suara ustaz.