Showing posts with label baby fathiah nur. Show all posts
Showing posts with label baby fathiah nur. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

baru balik travel..

semalam malam kami baru balik dr travel ke malaysia tengah. hubby punya urusan kerja di kuala lumpur pada hari ahad. kami gerak hari sabtu. tinggal di rumah mertua di port dickson. dikesempatan ini dptlah melawat bonda mertua dan melihat keadaan dan kesihatan terbaru beliau. alhamdulillah bonda mertua semakin ceria. rumah kelihatan sangat sangat bersih, kemas, teratur dan segar. syukur bibik baru dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. hubby gembira. sumbangannya membuahkan hasil dan ketenangan jiwa buat kami :). mudah2an bonda mertua semakin sihat, ceria dan bila dah betul kuat boleh berjalan lebih jauh boleh la datang ke penang rumah kami. cik baby fathiah seperti biasa menjadi perhatian di sana sini. di rumah oleh sekalian saudara mara dan bila pitstop di stesen stesen minyak pasti ada saja yg ingin mencubit pipinya. mungkin jugak geram dengan headband nya yg memang ummi beli yg ada bunga agak gedabak supaya org tak silap perkiraan menyangkakan anak sy seorang boy. kerana keadaan rambutnya yg lebat dan pendek serta agak mencacak cacak sekarang ini. jadi bila tgk headband yg berbunga besar pasti lah anak saya seorang gegirl kan :). ok nnti smbung lagi. spring cleaning x habis2. si kecil agak manja x boleh umminya jauh lebih dr jarak 1 meter daripadanya aduhai syg..



1st time kami dine-in di mcd sejak ada cik baby fathiah. ni pun sbb nak cepat b4 gerak balik pd




kan kan, sy dah kata kalau kluar x pakai headband rambut cacaknya pasti buat nampak seperti baby boy. ini gambar 1st time ummi bg solid food. cerita tentang itu di kemudian entry yer.



Sunday, December 4, 2011

holiday sabah with my 4 mths old cik baby fathiah

tajuk: bercuti di sabah negeri di bawah bayu




tujuan: berehat-rehat dan bersantai bersama keluarga
ulasan: alhamdulillah dapat rehat n seronok secara keseluruhannya. paling seronok sbb bercuti ber3 dgn cik baby sy yg 1st time masuk pool dgn kibininya. dan juga 1st time bwk naik flight. ummi n abi yg terlebih excited heheh. rasa seperti nak smbg lagi 3/4 hari. apakan daya tiket flight balik dah booking nnti rugi. serta urusan kerja x boleh ditinggalkan terlalu lama nnti masuk angin lemau heheh...



tarikh: 19/10 hingga 22/10/11
ulasan: percutian telah di angan-angankan agak lama sejak pertengahan tahun yg lalu mgkn tp kali ni bila msuk je bulan october kami serius memikirkannya. tarikh telah di log dan untuk menguatkan lagi semangat bercuti, flight ticket telah dibooking dahalu baru carik hotel dan merancang apa, di mana, bagaimana dan seterusnya percutian ini.



tempat tinggal: nexus resort & spa karambunai
ulasan: owh karambunai ini telah sgt lama bermain ni dlm mimpi, syukur punya rezeki utk smpi sini. yup 'some say its heaven' itu tagline promotion depa. betul ke? idokle heaven tapi mmg best la jugak. tempat yg sgt besar iaitu seluas 3,335 acres, di mana ia meliputi kawasan hotel aka resort, padang golf, hutan dara yg sgt natural dan memberi suasana santai, nyaman dan back to nature yg best. mempunyai private beachnya sendiri. sy sgt kagum dgn air laut yg membiru sgt2, betul biru bukan hijau2. sgt cntik ambik gmbr. tapi x smpt mandi laut, bawa anak kecil x sesuai kot. sbb pagi menikmati bfast yg best then santai2 kat pantai je. sini kul 8am dah mcm kul 9am cepat panas sbb mmg beza dekat sejam dr semenanjung. subuh pukul 4am pagi yer kawan2. kalau pukul 5.30am tu dah tengah2 subuh dah n jam 6am matahari dah bukak pintu nak kluar :). untung org2 kat sini mcm dpt extra time 1 hour kan, yelah bgn subuh kul 5am, kul 6am dah terang tapi kul 8.30 or 9am baru msk keje. kan ke dr 6am to 9am tu mcm2 boleh buat kan.




pengangkutan dr semenanjung: pesawat air-asia
ulasan: pesawat air asia tambang murah tp xdelah murah sgt pun (mgkin kerana booking tggl lagi seminggu lebih je nak p, kalau awal sure lagi murah agaknya) walaupun begitu sgt murah berbanding mas yg jumlah harganya rm1000 lebih mahal drpd harga airasia utk trip ini. oleh itu berbaloi baloi memilih airasia utk perjalanan yg memakan masa 2jam 45minit. tahan je la kejap bila ada rasa sempit2 skit tu. sbb nak luas 2jam 45minit akan kerugian rm1000 di mana jumlah ini boleh buat beli mutiara sabah, p memanjakan diri di spa karambunai dan makan seafood sabah yg best2, n kgkdg kalau tarikan graviti sgt kuat utk kluar dr bilik dan memandu keluar mencari makan, hav to order room dining di mana nasi goreng nya adalah rm37 hengget sorg, aduuhai. tp dah jimat kat flight ticket kan ehehe. n ini percutian setelah 2 thn x cuti2 santai xpe sesekali. jgn buat slalu mau botak kepala dan botak jugak kepala lutut hilang bulu2 roma sume :). oh ya cerita menarik, sebaik shj duduk di seat msg2 sblm take-off cik baby sy tgh mengeluarkan satu bunyi yg sgt tidak asing bg ummi dia. sib baik pelan je then skali ngan bau chait, dia leh buat kuih plk ni. udah le xleh p toilet b4 take-off ni. thn je la. pastu tima take-off mmg advisable bg bby memil atau hisap puting bg mengurangkn tekanan kt telinga dia. pas memilk tu dia dido pulok, dgn 'kuih still dlm oven' dia hihihi. sib baik tdo x lama. bila dah ok sume cpt2 ummi p cuci, merasa la cik baby buat kuih dlm flight n dibwk terbang kuih tu smpi sabah kahkah. fathiah fathiah :P




pengangkutan sepanjang di sabah: sewa myvi kaler putih.
ulasan: memula plan nak sewa2 hari je n nak p n balik semula ke airport hanya naik teksi tapi memandangkan harga teksi dr airport ke karambunai pegi dah balik adalah sama dengan atau lebih kurang dengan harga menyewa kereta sehari, keputusan dibuat utk terus menyewa myvi itu dr kami sampi drive sendiri p hotel sehinggalah balik semula. total sewa 3 hari. lagi best jenjalan sendiri ikut suke hati nak p mana, buat kereta mcm kereta sendiri ya. cuma ada sedikit kekesalan di mana minyak telah di isi penuh oleh hubby tapi kami guna hanya setakuk. resort adalah seronok dan rugi asik nak keluar je. bwk anak kecil kene pk keselesaan anak juga. asik nak di hangkut ke sana kemari sian dia, time tdo, time susu, time change mmg ala2 musafir tp best! adventure hehe. ini juga kerana diwaktu petang hari hujan di sana, x sesuai nak kluar. karambunai ini adalah jauh sedikit dr pekan dan masuk ke dalam, pukul 6pm sudah malam dan gelap adalah agak scary (wpun memasing buat2 cam control je, sy siap bayangkan ni jln kat area bangi lama je ni nk sdpkan hati yg agak cuak) bwk kete dlm kegelapan dan bila memikirkan kamu berada beribu ribu km dr rumah dan ini tempt yg sgt asing. tapi kami ber2 ni mmg main redah je slalunya. berbekalkan ayat kursi insyaAllah xde apa, apa nak takut malam n siang bezanya matahari xde kat situ je dia p tempat lain. bulan kan ada, bulan kan comel. Allah swt kan ada ehee :).. tapi lesson learned lenkali booking sewa kete sesiap online, harga lebih murah dan servies lebih bagus sbb kereta ni kami terima dgn minyak yg dah nak abis, adakah patut. sib baik stesen myk petronas hya lebih krg 10km dr airport masa mula2 ambik tu.


aktiviti hari pertama: menikmati keindahan dan keselesaan dan pelaburan di bilik hotel dan resort.
ulasan: kami smpi airport lebih krg jam 1.30pm lepas selesai urusan luggage dan melalui imigresen di sana. dtg ke sabah atau sarawak buakn seperti masuk ke mana2 negeri dlm semenanjung ya. kene melalui imigresen dan ada pas lawatan yg diberikan dimana kita hanya dihadkan berada di sini tidak lebih 3 bulan n perlu kluar mcm org kat oversea tu kan. urusan di imigresen agak ketat dimana segala dokumentasi perlu jelas. kami check-in kat hotel jam 4pm lebih kurang. cik baby terus tertdo pas memilk, penat gamaknya. pastu mandikan baby n lepak2 dlm bilik then makan malam ambik room dinig shj, penat nak kluar n x berbaloi nak ambik buffet dinner. harga buffet dinner adalah rm98++ seorang dimana kalau di comparekan dgn mknn yg dihantar ke bilik utk 2 org adalah kurang drpd harga buffet dinner seorang. so dinner pospone hari lain ya. pas mkn2 n lepak. kluar utk ambik angin malam keliling resort. nasib baik kami mmg ambik room dkt oceon wing dimana wing ini attach dgn main lobby dan mudah utk pegi ke breakfast restaurant (bfast adalah included), dkt dgn sport centre (gym, games room, kids room, library etc), main swimming pool, borneo spa n bermacam lagi. oceon wing ini memanjang dan ikutkan agak jauh skit dr lobby tp sbb dia attach rasa dekat je. kalau dok kat villa mmg x attach n kene lalu laluan luar sikit utk masuk area main resort building ini. seronok jugak even pusing2 mlm2. baby dah dido dlm stroller, so dia x sdr pun kene tolak jnjalan keliling resort. balik bilik dido.


aktiviti hari kedua: pegi pasar filipina carik mutiara sabah n sggh 1borneo plaza
subuh sgt awl, pukul 5am dah kene bgn subuh kalau x sure terlajak. jadi semua alarm hphone kami kene tukar lah instead 5.30-6am ke 4.30-5am. sungguh sgr bgn pagi bukak sliding door skit dgr bunyi ombak. oh ya sgt suke bila balcony mmg mengadap laut lepas n bunyi ombak sgt menenangkan. jam 6am dah nampak laut n terang. siap2kan cik baby kami p bfast. x mandi lagi pun (sapa tau ramai je p bfast x mandi kan hee). bfast best byk choice, even mcm2 ada sure mknn melayu jugak jd main course kan mcm nasik lemak atau bihun grg. ns lemak dia kaler kuning, smbl dia sdp mmg mcm kat semenanjung sib baik. bila nak balik terserempak dgn chef dia borak2 rerupanya org nogoghi, borak sakan kat meja kami. padan la mskn dia mmg melayu btl n kene dgn tekak. (sabah je pun bukan hotel kat jepun kan :). then bersiar2 kat tepi pantai dgn cik baby pakai baju dido lagi, umi n abi x nmpk mcm baju dido pun kiki. gitu2 gini jalan2 keliliing resort waktu dah terang (mlm tadi gelap x nmpk sgt luar) balik bilik dkt tghari gak la. mandi2 manda n after zuhur sesiap kluar (zuhur 12pm++).. before kluar google map dibelek utk memastikan arah dan road (kami xde gps slalu main redah je n ikut google map). decide nak p 1)pasar filipina (depan hotel le meridien-tau pun masa jmpa blog org, snng kan dah plan sesiap). 2)p mkn seafood kat tanjung ara..

before jnjalan town tu sggh kat 1borneo plaza dulu ada brg nak carik, brg cik hubby n cik baby. hubby wajib carik sandal sbb sesampainya di airport semalam tapak kasut tercabut alahai cian dia. plaza ni sgt besar dan baru bukak jadi byk sales best2. hav to focus n ingatkan diri ada limit kg yg boleh dibawa balik ya. so carik pelampung cik baby, sandal cik hubby, tripod then kluar gerak ke bndar kk. hujan agak lebat gitu gini smpi kat pasar filipina dah dekat kul 5pm dimana dah mcm nak gelap sbb kul 6pm dah maghrib. kat sini beli brgn hasil laut kering mcm ikan bilis yg sgt murah, dah kopek hanya RM15 SHJ sekilo ya, mmg best n ikin bilisnya nmpk cantik n baru, udang keriing juga merah segar lagi, ikan keropok beli lebih bg sdara mara, then sotong kering. pastu p area mutiara sabah yg sgt byk choice. rezki 2 org kakak tu di mana kami terhenti kat kedai dorang, dok situ belek mutiara sejam lebih sgt seronok n dek kerana dah gelap balik jugak la hehe. mutiara sabah disini dibuat mcm2, ada brooch, ada rantai, ada gelang, ada tasbih pjg 100 biji, tasbih pendek 33 biji, butang baju melayu. ada 2 jenis mutiara, mutiara bela air tawar dan mutiara air masin. mutiara air masi bentuk dia mmg cantik bulat dan agak mahal berbanding air tawar yg dibela ni bentuk dia x bulat betul n lebih murah. souvenir utk family n kwn2 rapat kami beli tasbih mutiara, gelang mutiara, brooch, fridge magnet & keychain utk anak2 sdara. sbb dah gelap n gerimis di luar cecepat la balik hotel. utk mkn malam kami plan utk tapau dr mana2 kedai. dr town kk nak balik ke karambunai ada lalu kwsn shop lot yg ada byk kedai mkn melayu ala2 kedai kelantan tu. tapi bila lalu petronas yg ada drive thru terud decide mkn mcd je. snng xyah kluar anak pun dido. then terus lah meredah kegelapan mlm balik resort hotel. mandi makan zzzz.



aktiviti hari ketiga: bawak cik baby mandi pool then berehat rehat dan memanjakan diri di borneo spa.
pagi cm biasa p breakfast then cecepat naik n siap2 nak p mandi kat swimmg pool antara kingfisher n penyu restaurant tu. time tu dah kul 10am lebih dah mcm kul 11am n dah agak panas skit tapi pool baby siap ada canvas jadik x panas. 1st time bwk fathiah masuk pool. memula tu takut gak bila pk kot alergi dgn klorin ke n kolam kan ramai yg masuk sure xla brapa bersih. tp kalau dimanjakan sgt anak ni nnti kulit dia manja n itu x boleh ini x boleh lagi susah. alhamdulillah smpi balik ni xde apa pun n fathiah kebal syukur next time boleh la umi abi bwk mandi kat bwh rumah. dekat setahun pindah umi pun x pnh mandi kat swmg pool bwh lagi. ms p carik pelampung fathiah kat 1borneo smlm x jmpa yg sy nak, aritu carik kat gurney drive pun xde. ambik je la yg ogival bulat cam kat atas tu. ingat nak yg letak kat leher tu je bolehla dia berenang renang sendiri. xpe nnti beli online. pas mandi pool, p ambilk gambar kat tepi pantai tp x p smpi pantai pun depan2 skit je sbb dah tghari. balik bilik mandi2, baby kepenatan pas memilk dido. tghari ni pun order mkn je. menu sgt sedap la nasi goreng kampung seafood. ada ns goreng, udang ada, ayam ada, sotong ada tp ns goreng msk sendiri adalah lebih sedap hmm. okla yg penting x larat keluar letih mandi manda. mula pg plan nak p kaki gunung kinabalu tp memandangkan perjalanan pergi dan balik katanya memakan mas dlm 5 jam owh sgt x sesuai bawak baby nak meredah kwn x biasa n x selengkap plus hgwy yg ada rnr tu. mybe next time kalau p berkawan atau baby dah besar skit.. ptg hujan agak lebat juga membantutkan plan kami nak p makan seafood kat pekan kk. owh agak kuciwa tapi kuciwa diubat dengan something yg lebih baik hehe. hubby setuju nak treat ummi dgn spa. hubby ambil foot reflexology dan sy ambik borneo full body massage. hubby p spa dulu then sy decide p mlm skit supaya baby tdo snng abi nak jaga. both habis men'spa'kan diri dlm kul 9.30pm. rezki dpt jugak p mkn seafood bila hubby decide kami ambik buffet dinner yg mmg friday night is a seafood night best2 (rasanya hari2 ada gak kot). best2 even dkt kul 10pm gak kami smpi kat kingfisher tp dpt la menikmati seafood sabah yg best. kekenyangan n kepenatan after spa, balik2 pas solat zzz.


cik baby firstime mandi manda @ swmmg pool


my fav pic.. nice view subhanAllah

lunch @ the balcony



ummi memanjakan diri @ spa



abi amik turn jaga cik baby :)



aktiviti hari terakhir (ke 4): packing2 awal chec-out p psr filipina g x cukup souvenir hihi
pepagi bagn b4 p bfast dah siapkan semua packing brg2, siap mandi n siapkan anak. then baru p bfast. balik bfast btau bell boy pickup beg2 then terus check out. flight kami kul 1.15pm n kuar awl sbb nak sggh psr philipine lagi nak beli lg mutiara n ikan bilis rasa x cukup la rugi x beli lebih murah hehe. tukang msk kan kene la pk apa yg patut utk pemakanan keluarga :). sampi je pasar x smpt turun dah gerimis then baby 'buat kuih' cuci la dulu dlm kete. mencabar bila seat blkg dah penuh brg kene la cuci kat seat depan. adventure dgn cik baby yg dah mula lasak n nangis bila kene dok diam2 nak change. ok selesai. msk xleh lama hubby dah pesan beli yg dah plan je. huhu. then x smpi stgh jam semua dah cukup terus shoot p airport. oh ya kawan2 yg naik air asia jgn ikut signboard yg tulis airport shj tu ya tu nak pegi terminal 1 tapi airport air asia adalah terminal 2. sib baik x tersalah ikut. check in awal dlm 12pm dah masuk. sggh mkn sat kat kfc. gitu2 gini alhamdulillah kami smpi dlm kul 4.30 n siap semua bwk kluar beg dlm kul 5pm kat airport penang. kwn hubby ambik n kami terus p mkn kat sg dua. ok sekian nnti kalau ada tertinggal sy smbg g k. xde dah kot udah udah la tu hee..



p/s: ntah nape dah xleh upload pics pulak. so pic for 2nd day n last day x dpt nak upload. drpd dok simpan je dlm draft post je la dah sbulan dok dlm draft tu hehe...


Saturday, November 19, 2011

happy 5 months old fathiah syg :)



19062011 ~ 19112011









alhamdulillah...



present insyaAllah bday 9 month nnti k syg...



sama2 kita doakan semoga semuanya dipermudahkan..



amin yarabbalalamin...


Sunday, November 13, 2011

fathiah jumpa dgn khadijah madinah :)

#mode: tgh rajin update blog sbb ada free time nak ngadap lappy, biasalah bila encik suami pegi outstation si isteri x sibuk nak memasak. kalau dok sgsorg mkn apa yg ada je la. kuali gantung tggi2 hehe



seminggu sebelum aidiladha, pada 2 zulhijjah sy dpt kol dr no yg x dikenali. bila angkat suara tu mmg agak asing tapi bahasa dia sy kenal. khadijah, kenalan sy ms ambik english course kat british council bulan june lepas. sebulan lepas habis class tu khadijah kol bgtau dia nak balik madinah x sgka dia dtg semula n kol sy blk. rupanya dia balik utk ber'ramadhan' di sana. untung sungguh dia dilahirkan di madinah, tanah haram tempat kediaman Rasulullah saw. hanya setengah jam perjalanan dr Masjid Nabawi. khadijah ingatkan yg skrg ni dah masuk bulan zulhijjah n remind kat sy n diri dia juga katanya utk rebut segala fadhilat 10 hari yg paling mulia dlm bulan islam ini. thanks dear.


sehari sebelum balik kmpg beraya sy arrange nak jmpa dgn dia. alhamdulillah dpt jugak jmpa even agak kelam kabut ptg tu. klas dia habis 5.30 sy pulak sibuk nak bg bekalan lauk raya utk dia, even terlambat smpi, syukur dpt jugak jumpa n sampai hajat sy nak bg ketupat (instant) n lemang (instant) serta satay goreng sy n serunding daging. saja bg dia rasa lauk raya org kita. sy tanya dkt sana apa juadah istimewa pagi raya dia. dia kata hati kambing biri-biri dipotong-potong dan dibakar/grill. hati tu biasanya mmg byk kalau dr seekor sheep jadi akan dibagi bagi dengan jiran2. kami jumpa ber4, me hubby n cik tiya skali la. pick-up khadijah kat bus stop depan great eastern georgetown, then sy bwk dia makan kat pdg kota. saja bg rasa mknn org sini. sy order sotong kangkung dengan pasembur. pastu bg dia minum lai chee kang. dia kata mmg x pnh rasa tapi buleh la hehe. borak2 kejap then dah nak maghrib hubby drive ke masjid kapitan keling dan kami solat maghrib kat sana sebelum hantar khadijah balik apmnt dia.



story klakar time nak hantar dia balik. tanya dia apa nama apmnt dia. dia kata dkt dgn penang free school n apmnt dia kat 'tmn sri benwar'. pelik jugak bunyinya. hubby bukak google map n naik pening map tu x jmpa pulak nama tmn cmtu. kami tanya spelling utk 'benwar' tu, dia kata 'BENW' ops lagi la pelik. hmm last2 hubby drive ke penang free school dulu dgn harapan mmg x jauh kat situ2 jumpa la. udah lalu area situ termasuk kwsn perumahan yg mmg x nampak ada apmnt. isk isk, hmm pelik gak la. terpusing2 lah time tu dkt stgj jam. pulak tu time tu agak jamm n byk kenderaan nak keluar ms kami dr msjd td, kan ke weekend tu cuti pjg. hari jumaat n ahad nak raya haji. pas pusing2 few times nasib yg sgt baik bila lalu je dekat satu roundabout tu khadijah ingat jalan n terus tunjuk jalan. rerupanya bukan 'TMN SRI BENW' tapi 'TMN SRI PENAWAR' hehehe. mmg jauhlah sgt tu patut la google map pun poning. mgkn pronounciation dia sgt lain. apa pun alhamdulillah dah selamat hantar anak dara org ni balik. yelah dia keep on kata xpe xyah hantar, just drop dia kat komtar dia balik sendiri. isk xmau la karang apa2 hal kami org yg jumpa dia jadi kes lah pulak. kat bwh ni gambar cik tiya dengan auntie khadijah :)



inilah khadijah lahir di Madinah al-Munawwarah, datuk dia asal dr Sudan dan merantau ke Madinah belajar di Universiti Madinah. kemudian diorang terus menetap di Madinah. dtg sini dengan adik lelaki dan ayah dia. adik dia belajar di Universiti Petronas aka tepet.




solat maghrib kat Masjid Kapitan Keling


cik tiya kita naik ferry nak pegi jumpa kawan ummi



cik tiya dengan abi ambik angin laut petang2 hari :)

Saturday, November 12, 2011

aidiladha & cik baby fathiah meniarap sendiri :)

salam everyone. salam zulhijjah, nak salam aidiladha dah lepas. raya korban ni kami ganti raya puasa yg x dpt kami sambut betul2 sbb yg sy story kat sini. syukur alhamdulillah aidiladha ni kami dapat balik ke both kampung halaman, a day before raya kami balik pd n syukur dpt sambut raya dengan semua kaum keluarga. semua adik beradik pun ada kat rumah. mil makin ceria n syukur sgt berbanding aidilfitri yg lalu tgk mil mmg semua xde rasa nak raya. kami sampai petang raya, dek kerana mil yg mmg dah lama x larat nak msk w/pun pd hari2 biasa dan kerana sil dah start mabuk2 n xleh bau bawang kami ke 3-3 menantu perempuan telah diberi tugas dan pilih menu raya masing2. awl2 dah dscs dlm group family kat fb. saya buat satay goreng, kakak ipar yg sulung msk kuah kacang dan adik ipar baru masak rendang ayam lla (lela lado api-secret recipes omak eh). malam mcm biasa org dtg takbir raya kat rumah kami hidang sup tulang yg kakak ipar dah msk dr siang, hidang dgn roti perancis yg keras kelentong tu tapi sdp mkn ngan sup tulang panas panas.




pagi2 raya depa semua p solat raya, sy yg bercuti-cutian ni take over siapkan table arrangement pnskan semua lauk raya dan siapkan si kecil berbaju raya. seronok sbb aidiladha ni kami ber3 dapat pakai baju raya. baju raya sy n hubby yg x smpt bwk balik aidilfitri lepas sbb rushing balik pd mil kritikal. tapi cik baby fathiah mmg x dapek la nak bg pakai baju kurung raya sbb mmg dah x muat. kurung raya yg sy beli online utk baby 6 mths pun pakai dah sendat, cik baby sy ni dah bam bam. tshirt masjid nabawi yg kami beli masa umrah utk bdk2 umur 1 tahun (mulanya nak bg baby mikhael tp x jumpa2 lagi dia, xde rezki) dia dah muat pakai. tgk la kat video kat bwh ni. nasib baik ummi dia bwk gaun putih yg asalnya beli utk majlis akikah n cukur jambul fathiah yg x jadik aritu sbb uwan dia x sht. so dek kerana baju kurung tu sendat ummi dia pakaikan white gown tu. n dapatlah kami ber3 bergambar raya as one happy family buat pertama kalinya di pagi raya :).





petang raya kami gerak balik jb, smbung bercuti di johor bahru rumah tok mak fathiah, my mum cayang. ummi pun happy jugak dpt jumpa semua ahli keluarga termasuk semua adik beradik. n dapat pegi tengok baby baru, baby girl abg sy yg dah 40 hari. so fathiah ada sepupu perempuan yg lahir sama tahun dgn dia. hari ke-2 kat jb bwk mak kakak n anak2 sedara pegi rumah kakak ke-2 sy kat kota tggi smbg raya kat sana. terus gerak ke bdr penawar desaru hantar anak saudara balik smka bdr penawar then lewat ptg hantar adik dia pulak kat asrama sekolah tahfiz di pasir gudang. hari ke-3 pas balik dr rumah abg sy tgk baby kami terus pegi carik tiket keretapi utk family sy yg akan dtg cuti skolah ni ke rumah kami. yuhuu ummi fathiah sgt seronok coz emak, kakak n anak2 sedara sebatillion nak dtg cuti skolah ni. skrg ni byk sgt development kat jb yg sgt2 hebat membuatkan kami tersesat nak p stesen ketapi. rerupanya semua dah transfer ke JB Sentral. n jln nak msk jb sentral ni pun buat kami confused smpikan termasuk jln ke woodlands n hav to lalu imigresen. aduhai nsb baik ada jln keluar n ms bgtau polis yg jaga kat simpang tu dia sengih je n bgtau ada jln leh kluar just inform diorang. uuhai cuak gak la, smpi encik hubby kene naik atas p office imigresen n bgtau. ic kami 4 org dewasa semua dia pegang pastu dia iring tunjuk jln keluar then baru dia bg balik ic. kah kah, tersesat smpi singapore (lom smpi lg la tp kalut gak kejap). rerupanya byk jugak kete yg slalu slh simpang n termasuk dlm kwsn pemeriksaan imigresen tu. pegawai tu kata kalau ikut gps slalu org tersilap. owh sgt fobia pastu bila nmpak sign board woodlands bila pusing balik nak p JB Sentral kah kah org juhur sesat kat juhur. sib baik ic hubby org PD n jmpa pulak pegawai imigresen tu sblh kmpg kat Pd, syukur snng je setel.





to cut the story, lepas la selesai beli 6 tiket utk family dtg penang week 1 cuti skolah ni. anak2 sedara dah sgt seronok x sbr p rumah cu dia. n cu n paksu dia dah siap arrange mana nak bwk n aktiviti2 cuma tgh survey2 mana nak carik mpv sewa yg murah skit. sy tgh dok pujuk mak dtg lama skit so boleh la bwk p jnjalan. hubby bz keje so xleh la hari berturut bwk jnjalan. selang bbrapa hari buleh la. balik dr jb sentral bwk fmly singgah makan kat senibong. kat senibong ni ada kedai2 mkn atas laut. dolu2 time kecik2 senibong ni sebelum jadik komersil mcm ni mmg dah jadik tempat permainan sy n family, arwah ayah ada rakit kupang kat sini. hujung minggu kami akan naik sampan pegi tgh laut dekat rakit kupang tu. tgh2 rakit tu ada buat pondok tu la tmpt rehat n solat. sbb slalunya pegi awl pagi lewat ptg kami akan balik bwk kupang2 baru yg dikutip n ada yg terus direbus. balik hantar kat kedai. n for sure yg baru2 n kecik bwk balik mak terus buat sup atau smbal mmg sgt sedap sbb sgt fresh. oh byk sgt kenangan. sskali kalau p mkn kat fish manhattan ada kupang ni terkenang balik, x sama freshness yg baru bwk naik dr laut. tapi rakit tu dah lama xde atas mslh teknikal heheh. kenangan. ok2 then rabu pagi kami gerak balik penang terus dari johor. tulah story percutian raya kami almost seminggu. syukur alhamdulillah dpt catch-up dgn semua ahli keluarga. yolah dok jauh nun kat utara ni bukan snng nak balik jmpa semua :)..




jom enjoy gambar2 kat bwh ni yer :)




eh ada pulak yg nak tumpang galmer dulu. satay goreng yg dah diperap semalaman n baru start nak goreng







dengan abg anep yg syg kat cik tiya tu. die sgt sedih ms tiya nak balik alolo




nur-nur kakak kembar dgn fathiah. tgk tu nak jugak main ngan star dia smpi nak terbalik ke depan




sibuk nak pegang star kat stokin dia




kat sebelah tu la baju kurung cik baby yg dah sendat dia pakai even patutnya smpi 6 mths, bam bam ummi dah x muat dah




muka dah mengantuk tapi ummi sibuk suruh pose jugak







tgk gambar ni rasa dah bsr sgt n panjang dah cik baby sy ni





salam aidiladha drpd ummi, abi n cik fathiah :)





cik baby dgn encik hubby.. senyuumm :D





cik baby fathiah sgt happy, suke sgt bila angin laut kene kat dia. skrg ni dah kuat gelak. agah sikit dah senyuam tapi agak memilih dgn sapa dia nak gelak :)




maklong n atok tgh mamam bertemankan angin laut n view sunset. (mak sy syahdu tu sbb teringat kenangan dgn arwah ayah zaman berakit dulu)




pagi rabu kami nak gerak balik penang. konon la maklong tu malu xmau msk last2 termasuk jugak :)









ni 2nd time fathiah meniarap sendiri. 1st time ummi tgh msk kat dapur sedar2 dah meniarap dah. kepala n lehar dia mmg dah kuat sejak sblm 2 bulan lagi mgkn kurang duduk bwh, fathiah lewat skit meniarap. 2 hari ummi agresively layan n bg dia practise meniarap syukur pagi tadi dia dah buleh meniarap sendiri. yg kelakarnya pas dah pandai tu pantang letak bwk nak meniarap je, time dah ngantuk nak tdokan kat bwh pun dia meniarap jugak pastu nangis2 sbb xleh tdo. fathiah fathiah.. ummi n abi luuuv u soo much syg muah mauh :)

Saturday, October 29, 2011

KFC original recipes!...





KFC ada produk baru..

original recipes yg sgt hebat..


tp x kluar lagi di pasaran..


semua drumstick..

dpt free twinkle twinkle little star lagi..



.

.
.

.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






tadaa... amacam, ada bran??!! heheh




alah, ummi main main je la..
bayar lah seploh ribu ke sratus ribu ke pun, sapa pun xleh ambik tuan punya drumstick ni drpd umiabi saya kecuali Dia..
ummi syg saya.. abi syg saya.. dorg syg sy sangat byk tau.. muah muah
maktok, uwan, atok, makcik pakcik drpd paklong maklong sampi la ke paksu maksu,



daripada johor sampai la ke port dickson.. sume syg saya, alhamdulillah sy sgt sgt bersyukur..

.

tapi nak tau tak dlm ramai2 sdara mara, ada seorang jejaka yg paling syg dekat sy tau, syg smpi mcm dah jatuh chenta dengan saya?.. kalau seminggu dua x jmpa saya dia dah mcm x keruan.. pagi2 bangun tdo dia ckp mcm ni "ibu, bila tiya nak balik sini lagi?".. kdg kdg lagi bila bangun tdo dia jerit sorang2 "tiya oooo tiya bila nak balik ni".. isk isk syg betul dia kat sy kan. walaupun kalau tiya balik bukan boleh ajak main combat2 pun, bukan leh ajak main bola pun, bukan boleh ajak main sembunyi2 pun. tapi dia syg dekat sy tau.. tapikan dia ni control macho. dpn umi n abi sy dia x tunjuk pun dia suke sy. tapi bila umi buat keje n tdokan sy dlm bilik umh uwan, bila main2 je kejap2 dia masuk bilik tgk je sy tdo pastu smbg balik main. bila umi n abi jaga uwan kat hospital aritu dia sgt suke dpt main n tdo sebelah sy n ibu dia.



nak tau tak sapa?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



ni la abg sy yg syg kat sy tu.. kacak kan dia?..


saya pggil dia abg anep.. nama penuh dia luqman haniff.. umur dia 9 tahun..


dia anak makngah saya, sebelah abi.. the only kakak abi sy..
makngah pun sgt syg saya, sy penah tdo malam ngan mak ngah masa turn umi n abi jaga uwan kat hospital masa bulan puasa yg lepas.. tapi andaikata abg anep jatuh chenta pun kat sy, hubungan ini tidak mendapat restu keluarga huhuhu..umi n abi kata xnak la makngah n pakngah dtg umh bwk dulang pinang tiya utk abg anep.nanti susah, kalau nak kenduri family sapa nak ikut yg mana hahaha..sgt konpius n umi n abi xleh blah la nak berbesen dgn makngah pakngah kah kah..punyalah hubungan terlarang ni smpi kan makngah akan lakukan sesuatu utk memastikan hubungan ini takkan berputik. nak tau apa dia?



mak ngah akan susukan sy dan sy akan jadi adik susuan abg anep.. yeay sy suke!


.
jadik xleh la berchenta!.. heee.. nak tau tak Allah swt tu sangat sangat penyayang dan pemurah pada hamba-hambanya..selain ummi yg akan teruskan usahanya menyusukan sy hingga berjaya makngah juga akan susukan sy sbb makngah sygkan sy sgt2 juga dan bukan hanya krn abg anep la hihi..



mcm mana makngah nak susukan sy?.. makngah dah 9 thn x mengandung..abg anep adalah satu2nya anak makngah..anak tunggal wpun makngah nak sgt baby lagi. smpi dia rasa mmg dah xde harapan la abg anep nak beradik.. tapikan skali lagi fathiah nak bgtau Allah maha penyayang, berkat keikhlasan makngah syg kan sy n slalu kutung2 sy dan makngah juga nak sgt ada baby n juga punya niat sepertu umi dan abi..




ALHAMDULILLAH, skrg ni makngah sy PREGNANT 2 BULAN.. syukur sgt kepada Allah swt..




semua org x sangka tau sbb abg anep dah 9 tahun and dkt umh uwan sy dah 8 tahun xde org mengandung. sy buah hati sbb dah 8 tahun umah uwan xde baby.. sy happy nak dpt adik susuan baru, abg anep sbgai abg susuan sy dan ibu n abah susuan iaitu makngah n pakngah sy.. seronoknya.. selain umi dan abi saya.. syukur syukur...


syukur Ya Allah atas segala kurniaan Mu..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt..


.

(ummi sgt happy bila makngah kol n bgtau berita gumbira ni, mula2 sama2 simpan rahsia dr family bsr ni, now semua org dah tau n semua org doakan yg terbaik, take care mak ngah muah muah)

Friday, October 21, 2011







alhamdulillah smpi jugak kami bertiga ke sabah bercuti.


insyaAllah stori mori next entry ya..


Monday, October 17, 2011









senyuuuum :)....

cik baby anak dara sy ni mmg suke senyum, kalau agah sikit dah senyum. n skrg ni sgt suke gelak. smlm p queensbaymall carik brg nak travel, ntah nape happy sgt si kecik ni buat muka agah sikit je gelak bukan main bsr lagi. agak skit gelak. org lalu lalang pun seronok tgk dia. tapi senyum n gelak dia ni sgt la mahal. by the time amik camera nak snap picture or nak amik video dia akan stare jek kat hp ummi tu n but muka serious. dlm byk2 gmbr yg mmg dah byk dlm folder laptop n hp tu, ni la je 3 gambar senyum yg ummi smpt snap. n yg last skali tu je la yg betul2 senyum. tu pun lps dekat 5/6 kali snap moment yg sama. nnti sy korek lagi kot2 ada lagi. cik baby fathiah, pasni kalau ummi nak snap picture jgn shy2 ok cayang.. senyuumm :)





dek kerana cik baby fathiah saya ni pemalu, bila on jek video dia stop gelak. jadinya, ummi dia pun record la dia gelak tp letak hp atas sofa. dengar suara jek la yer.

Monday, September 26, 2011

habit tdo baru..

cik baby sy ni ada habit tdo baru. kalau dah ngantuk sgt n nak tertdo sorang2, dia akan pegang puting dia n masukkan jari jemari dia jugak. dia hisap dua2, smpi bunyi berdecit-decit la pastu stop bila dah terlena. ummi dia perasan habit ni dlm 4/5 hari ni. kalau x cmni, kgkdg tu bila nak manja ummi yg kene kelek n topok smpi tertdo. kalau ummi topok xle dia buat habit ni.. fathiah, fathiah, macam2 akal skrg ni :D.. tu je story terbaru. till next post..




Tuesday, September 20, 2011

travelling with baby..

since lahir baby fathiah mmg dah banyak berjalan. masuk 3 month ni kalau highway plus tu dari hujung selatan tol terakhir kat skudai tu sampi la ke utara paling jauh setakat ni ke perlis. sejak sebulan dua ni especially masa uwan start keluar masuk wad n icu lagilah asik travel je. pokok2 kat tepi highway termasuk la gua2 tempurung tu pun dah kenal agaknya. as i mentioned in my previous entry biasanya kalau masuk kereta n dok dlm baby carrier dia mmg snng la cik baby tu tdo n sgt lena, boleh terus lena smpi destinasi 3 ke 4 jam tu. kdg kesian sgt lena sure lapar, ummi suakan je memilk dlm tdo boleh memilk n terus makin lena until smpi destinasi. now dah makin besar n jiwa nak explorer yg dr awal ummi dah nampak tu makin la ketara, dah sgt jarang la nak tdo lena sepanjang journey travel tu. sejam tu boleh la. pastu buat muka xmau dok dlm carrier. esp bila abi dia slowkan kete or stop lagi la bsr mata terjaga, dah xde rasa kene buai lagi. bila dukung bagi bangun mula tersengih je n happy benor dpt berdiri. kaki cik baby ni mmg dah kuat. since 2 bulan pun kalau mandi kuat dah berdiri. kalau kat rumah ni mandi dlm little bath tub (besen baby la ni) mmg snng la nak mandi coz ada bende alah yg cover dia baring dlm tu plus sgt suke bila cepuh2kan kaki dia dlm air. tapi bila travel xkan la nak angkut semua tu kan. n kalau kat umh omak ke kakak ke mana ke idok le ada besen baby bagai, syukur cik baby dah kuat berdiri mmg slalunya sepanjang mandi pegang dia diri je mandi. tp kene ready je la n pgg kuat2 kdg tu bila dah penat dia bengkokkan kaki jugak.

story pasal travel esp dr bulan puasa haritu mmg keje turun naik pd-kl-penang. n bbrp hari balik jb. mmg agak penat la travel. hubby penat driving. ummi penat pack-unpack, laundray n nomad sana sini n cik baby pun penat jugak asik di usung sana sini. mlm tadi kami smpi rumah dkt kul 10pm. kepenatan si kecil ni smpikan harini dia mmg tdo je sepanjang hari ni. pagi bangun pas mandi n memilk dido, pastu terjaga memilk then x smpi 10 min pas memilk dido, n smpi kul 4.30pm ni pun masih dido lagi pas memilk n burpkan dia. kalau kita yg bsr ni pun penat dia pun apa lagi kan. yelah kalau kat rumah tu dido atas tilam rata n depang tangan selesa dido, mmg fav position dia dido mcm ni. time travel tdo dlm carrier x cukup ruang gamaknya. then di dukung n pegang ke sana sini penat gak badan tu agaknya. smpi kan plan nak p tesco ptg ni dibatalkan sian tgk si baby yg kepenatan n lena btol dido. jgn malam karang x dido n ajak borak udaah la yer cik baby. mlm ni ada tetamu nak dtg umh. so ummi kene betul2 spring cleaning. balik travel biasalah byk sgt yg kene unpack n esp laundry baju. harini agak penat dgn keadaan cuaca yg mendung confrim basuh baju x kering n 2 bakul penuh kain termasuk kain yg tggl kat umh aritu n baju2 balik travel, terpaksalah angkat tangan anta dobi je baju2 tu. baju si baby n underwear je yg ummi cuci. hopefully ada cahaya la. ptg ni mmg hujan n mendung je. at least kene angin kering gak skit. esk pagi2 panas la tu kot. amin... ok2 udah la tu membebel umh x abis kemas lagi segan kat tetamu yg nak dtg tdo umh harini. seronok gak meriah skit ;)...

Wednesday, September 14, 2011

Baby fathiah makin chubby :D














kan betul dah besar tu, carrier fathiah pun dah penuh. x lama lagi kene la tukar quinny seat tu. rambut saya cacak2 mcm boy, kalau ummi x pakaikan headband mmg org kata boy. even dah pakai baju pink slalu org ingat sy baby boy. tggu la rambut sy pjg nnti ummi tocang 2 bg nmpak cm gegirl betul..



muka baru bangun dido.. owh morning oledi kah :D





setakat ni (moga2 berpanjangan la), fathiah mmg snng bwk jnjalan p mana. dok dlm stroller diam je n slalunya mmg nyenyak dido. kalau msuk kete lagilah, x smpt naik highway dah lena dah. kat umh ummi x bg cradle msk kete kene henjut best la tu. n x sia2 beli carrier yg selesa. so ummi n abi pun selesa nak jnjalan ihiks ;). pnh jgk few times ummi jnjalan berdua je ngan fathiah, best2 x byk ragam. leh jadi shopping companion dah bsr sok k.



Assalam semua...


lama ummi x update ttg baby fathiah. fathiah dah nak masuk 3 mths old. makin chubby, lahir 2.78kg, masa injection sbulan 4.0kg naik almost 1.3kg, cukup 2 bulan haritu masa bulan puasa kat PD berat fathiah dah 4.8kg, second month naik 0.8kg n tadi p klinik dah 5.3kg, naik 0.5kg dlm 3 mggu. tadi p klinik sbb bunyi nafas fathiah mcm x smooth tp x selsema. 1st time jd parent of course la risau n bunyi lain sikit terus jumpa doc, tgk ruam kat muka sikit pun en.hubby dah risau. doc kata xde apa, ada kahak skit n doc bg ubt cairkan kahak n ruam skit tu mgkn sbb panas je, xde apa yg serius. alhamdulillah. pagi kamis esk kami gerak smula balik PD sbb mil x stabil lagi n smlm msk hospital smula. mil kene operate msukkan tube kat perut utk buat capd, cuci darah guna air gantikan proses dialysis sblm ni. tukar guna air ikut perut sbb urat dah x sesuai guna utk cuci darah lagi. tetiba msk tgk ada infection n xleh operate. so kene admit tggu infection ok n tggu next wednesday pulak utk wat operation tu. smoga wan fathiah kuat smgt n cepat2 sihat. maksu kata mlm tadi tgh tdo wan ngigau sebut nama fathiah. wan rindu fathiah. masa wan sihat aritu selang 2/3 hari kol tanya kabar fathiah. alhamdulillah ramai syg kat anak ummi yg dah makin chubby ni. oklah nak berkemas n sesiap for next travel. baru je abis lipas sume baju2 dr travel yg lepas. masuk beg balik la jwbnya :D. hopefully ada kesempatan bolehla p beraya umh kwn2 ke kan :D. x smpt lagi nak raya memana..

Monday, August 8, 2011

bedtime story little princess..





salam ramadhan ke 9. diam x diam lebih seminggu ramadhan bersama kita. semoga baki 21 hari lagi dapat sama2 kita manfaatkan sebaiknya. ramadhan kali ni walaupun 4 hari awal encik suami outstation ke terengganu, ada jugak si kecil yg teman ummi. even ummi sahur n berbuka sgsorg ada jugak suara comel yg kdg2 berbunyi jugak bila kene tggl sgsrg lama2. tapi slama 4 hari berbuka sorg kat rumah tu baik jugak la baby fathiah ni, x la bising sgt dok sgsrg tapi sejak encik suami balik ni almost everyday time berbuka mesti xleh tggl sorg. mula2 hek hek sikit pastu makin kuat. tapi kalau dukung n makan sama2 diam je. sib baik ummi dah ada skill sebelah tgn dukung fathiah smbil bg susu, sebelah lagi boleh makan ke, masak ke (oh bahaya xle buat slalu), n kgkdg surfing jugak :). jadinya, pgg baby tgn kiri smbil bg susu, sebelah tangan lagi makan la. kdg2 x smpi hati abi dia makan cepat2 nak bg can ummi makan betul2. yup sejak hubby balik baby fathiah makin manja dgn abi dia. sgt sronok bila kene kelek. ptg2 sementara tggu sy masak, hubby akan bawak si kecil jalan2 naik tgkt 23 amik angin ke, x pun jnjalan tepi swimming pool. mana la fathiah x manja n kdg xleh letak sekejap esp time hubby ada kat umh. oklah sebenarnya harini ummi nak story psl bedtime storybook utk baby fathiah.






dah lama terpandangkan buku2 ni kat fb n onlineshop kawan sy tp x berkesempatan nak membeli n xde stok. kebetulan last week masa sy n fathiah SHJ (yup my first time shopping alone with baby-nnti ada entry lain), terasa nak masuk popular. mula x rasa nak carik buku apa2 tapi kuat betul attraction, dok pusing2 tetiba terpandang buku yg mmg sy nak sgt beli ni. gift pack 'siri selamat malam anakku', satu tu cerita-cerita menarik daripada Al-Quran & kisah-kisah daripada riwayat hidup Nabi Muhammad saw. illustrasi menarik n bagi kanak2 yg dah faham cerita sure mudah n menarik utk diorang dgr. even baby fathiah baru nak masuk 2 bulan n mmg x faham apa lagi but kata org dlm mendidik anak-anak 'its never too early' to start something. sbb baby sebesar ini siang pun byk tdo jadi x semestinya malam ummi bacakan. ikut sempat, kdg2 pagi lepas morning bath mesti nak susu pastu tdo. time bg memilk tu sy bacakan lah cerita2 menarik ni. mcm faham fathiah akan senyap je dgr, kdg dia tgk je muka ummi mcm nak memahamkan cerita saya. kita yg besar ni pun seronok baca, kdg2 ada cerita yg kita pun x jelas sebelum ni hihi. dalam dok sibuk urusan home management ni yg for sure x penah habis ni kdg terlepas jugak nak baca sehari. hopefully ummi makin pandai organize time ummi lepas ni n hari2 dpt bacakan books utk fathiah..

Friday, August 5, 2011

bukak mata besar besar :D..



selalu gambar tgh dido tutup mata or bukak kecik2. stakat ni ni gambar bukak mata paling besar yg ummi smpt amik.. tu je story, yg lain dlm draft lagi :D