Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Salam Aidilfitri 1432H.. dugaan penuh hikmah buat kami semua..

Salam Aidilfitri & saya serta keluarga pohon maaf zahir batin atas segala kekurangan.. aidilfitri ke-5 selepas kawin kami kini bertiga, selepas 4 kali beraya berdua. syukur alhamdulillah. hati teruja nak beraya bertiga n macam2 planning. namun perancangan Allah lebih baik, cuti kami 22 hari sebelum 2 hari lepas baru balik penang dilalui dengan penuh ujian. bonda mertua sakit tenat di icu dan kami sekeluarga bergegas balik port dickson 3 hari sebelum hari yg kami rancang untuk balik. packing secara urgent sampaikan baju raya sy n hubby x sempat ambik kat dobi dan baju kurung raya baby fathiah x sempat siap n ambik kat kwn sy pn.liza yg tolong jahitkan baju kurung dia (mujur liza courier ke pd bbrapa hari lps tu). namun dlm keadaan mcm ni, kami semua adik beradik dan keluarga mmg xde mood raya n semua x sempat buat persiapan raya. segala planning buat n cari kuih raya, beli serunding raya kat pekan rabu, cari smping abi, n berbaju raya sedondon kaler merah bertiga di pagi raya kami lupakan dan tabah hadapi dugaan ini. dpt kol masa kami ber3 ke perlis hantar pesanan kek lapis sarawak pd agent sy kat perlis. rancang balik tu singgah pekan rabu beli mcm2 yg dah msuk dlm list termasuk la pesanan mama shila yg kirim pekasam. kami cancel semua n gegas balik penang utk packing. kak ngah kol inform mil dah kat icu n doc mintak signature utk benarkan segala proses perubatan dan kami terima sbrg risiko. anak2 juga dinasihatkan balik segera. ya rabb, hubby cukup x keruan mulanya nak naik flight balik jap b4 kemudian balik semula utk prepare balik raya. last2 pk baik packing terus n bwk la balik apa yg ada je. tu yg pukul 12am kami gerak balik n smpi pd dlm kul 4am ramadhan ke-18.

namun segalanya punya hikmah tersendiri. selama 3 minggu ni semua adik beradik berkumpul, bergilir menjaga dan teman mil di hospital. mil x ditinggalkan walau seminit,sehari 24 jam mmg ada yg jaga. kami buat shift, siang n malam berganti-ganti jaga omak. saya pun x ketinggalan 3 malam dan beberapa shift siang ber2 dgn hubby jaga mil n tinggalkan baby fathiah dgn kakak ipar, mak ngah mmg manjakan fathiah n fathiah rapat ngan mak ngah dr umur 1 hari lagi. lebih sebulan mil di hospital 3 minggu di hospital pd dan 2 minggu di hospital seremban. kami semua berkumpul di rumah kakak ipar kat pd jugak. masak2 ramai2, hantar mknn berbuka utk sesiapa yg turn jaga kat seremban. kdg berbuka reramai kat sebelah katil mak. mulanya sampi pd keadaan mil kdg stabil kdg tidak. kdg boleh berbual n mcm2 pesanan mil smpi sayu n sebak hati kami bila dia pesan mcm2. kdg mil gelak cerita mcm2 buat lawak. kdg ptgnya terus x sdr. basically mil mmg dah lebih 2 thn dialysis, selang 2 hari mmg ke hospital cuci drh melalui fistola, tapak cuci darah di tangan. bila fistola dah rosak bwk p hkl cek sblh tangan lagi pun dah x boleh buat tapak baru sbb x jmpa urat. sbb emergency doc tebuk tapak sementara di leher. mil dialysis guna wire di leher. masa tu dah 2 mggu mmg di hospital pd. hari kejadian yg mil msk icu n kami bergegas balik, mil ada komplikasi jantung masa tgh dialysis. darah membuak kuar dr leher n terus msk icu. selepas tu keadaan sekejap stabil sekeja tidak.

kemudian ujian sebenar bermula bila ramadhan ke-20 mil msk ke hospital seremban. kami semua smpi decide utk cari homestay kat seremban sbb kami mmg xmau tgglkan bonda. tp kemudian kami decide berulang dan bergilir dr pd. keadaan mil waktu tu payah sy nak cerita tp mmg x boleh ditinggalkan. 3 hari kami semua berbuka n bersahur x menentu. especially 2 hari awal mil di seremban. baby fathiah pun sama 3 hari dok hospital dr ptg smpi mlm, salin pampers, tukar baju semua atas kerusi luar wad. masa tu masih di wad 6b, kemudian lepas seminggu lebih baru dpt tukar ke wad kelas 1 yg lebih selesa utk mil n kami semua yg teman mak. ada sedikit ujian berupa gangguan smpi kami jemput seorang ustaz dr jb dtg mmbantu. syukur ustaz ni boleh dtg dan smpi skrg dah 3 kali ustaz dtg bantu kami semua. ustaz ni sy n hubby kenal waktu kami berubat secara tradisional di johor dlm usaha utk dpt baby. pendek cerita syukur alhamdulillah mil jauh lebih tenang n mgkn antara penyebab tu dan mgkin juga skali dgn close monitor n medication dr pakar di seremban nampaknya mil makin pulih. tapi mil masih terlalu lemah utk duduk n bangun sendiri. pampers, mandi berlap, bangun berpapah dan mkn bersuap sehinggala selasa lepas mil dibenarkan keluar. even dah balik rumah keadaan mil masih lemah. perhatian sepenuhnya diperlukan utk mil. syukur adik bongsu yg belajar di mesir balik lama utk cuti dialah yg paling byk berkorban jaga bonda esp bila kami dah kene balik lps raya ni. kakak abg sampi masa kene start kerja semula. rezki mil anak2 semua x jauh melainkan kami, family abg sulung kat sebelah rumah, family kak ngah kat pekan pd je, kami jauh di penang namun bekerja sendiri memudahkan kami arrange kerja n balik dlm keadaan sgt memerlukan ni, adik lelaki yg baru kawin bulan 3 haritu tggl di bangi n adik bongsu perempuan study kat mesir balik bercuti. kami ber2 bersyukur yg amat, sbb bekerja sendiri kami dpt juga 22 hari balik n bg masa utk bonda n keluarga. n hujung minggu ni kami akan balik lagi. tapi seminggu balik penang ni mmg hubby kene betuk2 arrange urusan kerja.

memang aidilfitri ini ujian buat kami sekeluarga, tapi bagi sy bila2 panjang umur lepas ni masih banyak aidilfitri boleh kita sambut namun masa paling berharga bersama keluarga dlm keadaan sukar ni jauh lebih berharga. semoga Allah tentukan yg terbaik utk bonda, doa kami agar bonda lebih baik, lebih sihat n kami semua masih punya cukup kesempatan utk membahagiakan bonda.

dlm kesibukan ni 25/08 bersamaan 25 ramadhan genap 4 tahun kami bergelar suami isteri. "happy 4th anniversary dear". semoga ikatan ini terus diberkati dan kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhir hayat, bahagia bukan ketika senang shj namun kebahagiaan punya teman bersama ketika sukar juga satu anugerah besar dr Illahi. syukur kami saling memahami dan membahagiakan walau kdg msg2 emosi x brapa stabil. tQ so much hubby sempat juga bwk saya balik jb sebelum raya sebelum kemudiannya tengahari raya pertama kami balik n9 semula terus ke hospital seremban dan sepanjang siang raya ke-2 smpi 10pm turn kami ber2 jaga bonda di hospital seremban. jasa dan pengorbanan bonda kepada setiap anak-anaknya jauh lebih besar, xkan mampu kita balas xkan sama pengorbanan yg cuba anak2 sumbangkan. semoga mil bahagia juga di hati kerana x putus ditemai kelima-lima anak dan menantu sepanjang masa2 sukarnya. Ya Rahman, Ya Rahim tentukan yg terbaik buat kami semua, amin yarabbalalamin..

Wednesday, September 15, 2010

Salam Syawal 1431H

Salam Aidilfitri ke-6 semua :)..

alhamdulillah dah 6 hari kita sambut aidilfitri. tahun ni turn sy beraya kat umah mertua di pd dulu. ptg raya ke-3 baru kami balik johor. few days b4 raya sy dah balik jb, sempat la berpuasa kat umah bonda n siapkan sikit persiapan raya umh jb esp utk ank2 sdara. ada rezki sikit sampailah jugak hajat sy nak belikan anak2 sdara baju raya. slalunya sejak anak dara lg sy suka bg anak sdara hadiah masa raya n kgkdg hadiah n duit raya. bukanla hadiah apa sgt, biasa2 je tapi bila dah wrap cantik2 tu sukalah budak2 ni. sampaikan kali ni bila sy decide nak belikan baju raya yg diorg pilih sendiri (of courselah x wrap kan), sorg anak sdara tanya 'cu, thn ni xde hadiah ker?'.. isk isk ada ke patot. baju raya tu kira hadiah la, cuma x wrap cantik2 jer.. alahai budak2 :).. hubby ingatkan sy, mungkin kita diuji lmbt sikit dpt anak sendiri supaya kita share rezki kita dgn anak2 sdara. kalau dah ada anak, mgkn x sempat nak pk anak sdara kan. habis sume preparation utk anak jer. ramai juga yg post kat wall fb baju raya anak berbelas pasanglah n baju mama n papa dia lom bli lagi. yerlah kan masa jumpa sdara mara ni lah sume nak kenalkan baby baru n anak2 :)..

esk kami akan balik kl, jumaat rest shari kat kl n sabtu pagi kami dah gerak smula ke penang. nasib baik pas balik jb hujung puasa aritu, b4 balik beraya pd tu sempat la buat pengemasan besar2an kat umah kami tu. n sempat jugaklah sy isi kuih raya dlm balang. tukar langsir n sarung kusyen n carpet baru (bukan baru beli tapi baru amik dr kedai dobi hehe) so adalah jugak suasana raya even biasanya kawan2 dtg masa open house je n syawal kami pun mgkn byk kat penang kali ni. tapi x la selama mcm ramadhan aritu. overall syawal kali ni, alhamdulillah seronok. cuma kurang meriah mcm dulu2 lah huhu. mgkn sbb family johor sy x byk kemana mana. kami x balik kmpg d segamat sbb keadaan atok sy yg dah x boleh jalan n x boleh d tinggalkan sendiri. atok sy umur dah 96 thn, even xde sakit lain tapi fizikal n memori dia dah x kuat. teringat zaman anak dara, semangat sungguh sy nak balik kmpg smpi sy sendiri drive bwk mak n fmly balik segamat, p muar, p kluang umah pakcik makcik. even arwah ayah dah xde, tapi smgt sgt kuat utk teruskan rutin ayah yg akan bwk kami semua p umh sdara mara. tahun ni tahun ke 8 kami beraya tanpa allahyarham ayahanda, even sy tenang n ceria tapi jauh di sudut hati sayu juga kenangkan memori beraya dgn ayah. mgkn sbb sy anak bongsu so tiap kali raya n balik kmpung sy xkan tinggal, mesti mengekor je :). sampai la bila ayah dah x larat sgt nak drive jauh2, n ayah xde. sy yg paling setia ikut mak ayah. yerlah masa tu akak n abag2 dah kawin. mgkn jugak sbb tu sy rasa kehilangan n sayu skit la bila x dpt balik beraya kat kmpg kali ni huhuhu. biasalah kan makin dewasa ni cara sambutan raya dah berubah. mdh2an tahun dpn kami beraya ngan baby baru amin yarabbalalamin :)...
.

mikhael tdo kat car seat ms mmy bwk balik jb 4 hari sebelum raya (kalo boleh nak pinjam smpi raya cheh :)


.