Showing posts with label utara trip. Show all posts
Showing posts with label utara trip. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

domestic traveller..

warning! entry ini sgt panjang, hanya diri sendiri yg seronok membaca cerita sendiri ni, tiba2 trasa nak feeling pulak.

skarang ni domestic traveler dulu la, lama2 sok universal traveler lah pulak kan :). lama dah sy x share crita2 travel-sana-sini sy n encik suami. even x crita tp mmg xde lagilah stakat ni bulan yg kami x travel lebih 300km (pegi balik plus minus 800km gak). haritu lepas sibuk travel tetiap bulan 2/3 kali turun naik kl-penang, then p umrah (ni universal tp baru skali xleh kata universal traveler lg), pas balik umrah kenduri kawin adik hubby kat umh mil pastu 1st week may kami dah balik penang smula. kat penang time buat planning utk next 3 mths tu (kami mmg slalu buat planning nomad kami ni quarterly snng nak plan monthly-weekly-daily actvities plak lps tu-'freedom of choice' :) mmg dah kata may ni boleh la kita dok rumah lama skit n focus kat urusan keje d penang ada byk masa d rumah. boleh la sy mengadap arrangement bilik keje n kotak2 dokumen2 n file yg x abis sort lagi haha, masih ada lagi ye kgkwn pengemasan peringkat akhir berlanjutan drpd perpindahan drpd msia tengah ke msia utara aritu :P. so tu yg dgn snng hatinya sy p amik placement test kat british council, then register class mid of may smpi la mid june punya class. tp ditakdirkan ada jugak travel lagi jauh rerupanya bulan may tu. allahyarhamah nenek sy yg tggl dgn bonda kat jb meninggal dan kami shoot balik jb, lagi jauh rerupanya travel straight one way lbh krg 700km. then awl june mmg dah plan balik jb cuti sat coz hampir stgh thn x balik umh jb, bwk mak dtg penang je. bulan 6 ni alhamdulillah berjaya gak la sy dok umh lama skit (lama ke x penuh gak sebulan, 3 mggu pun cm x ckp je) n completekan class sy. perancangan asal july nnti baru kami travel jauh atas urusan peribadi campur keje ke jb then kl yg akan mkn masa seminggu jugak mgkn lebih. tapi kenomadan dan title 'domestic traveler' ni terus melekat pada kami di mana minggu depan kami akan mengkayakan plus highway lagi kerana bakal meningkatkan kutipan tol dorg dgn perjalanan dr utara ni ke semenanjung tengah lagi. smlam sbnrnya en.suami baru balik dr kl gak, p sorg sy ada klas. owh sgt serabut jugak cerita ini kan, jap sy wat conclusion travel utk thn ni yer :)

january'11: (3x travel penang-kl)
3jan moving to penang, pindah trus
dok kpj penang hubby admit food poisoning (hya lps 2 hri pindah kotak pun x bkk lg)
lps 2 hr discharged, penang-kl urusan hantar kunci rmh lama n urusan keje d kl
hjg january sy pulak admit utk laparoscopy operation
2 hari lps operation, penang-kl lagi

february'11: (2x travel penang-kl)
3feb gerak balik, pd-penang
12-14feb penang-kl keje lagi
23-24feb hubby travel penang kl sgsrg
28feb emak n kakak sy dtg umh penang yeay, flight jb-penang :)

march'11: (2mggu dok kl/pd, 2x travel penang-kl/pd)
entertain fmly dtg n bwk jnjln penang n pdg besar
4mac, penang-kl
urusan umrah, dinner comp at genting
15mac, pd-penang bwk omak n ayah mertua plk dtg umh penang
urusan dialysis omak (mil) kat hsptl kpala batas spnjg dok penang n bwk p jmpa kwn2 lama dia
24-28mac, penang-pd urusan nikah adik hubby umh pompuan kat senawang

april'11: (smmgu je ada kat penang, umrah & kenduri adik d pd)
awl april bz ngan kursus umrah sana sini ikut klas tabung haji
11april dah balik pd, kenduri doa selamat umh mil/fil
13-25april, perjalanan umrah pertama kami alhamdulillah
balik trus urusan kenduri sblh umh family pd, jd backbone majlis..bz

may'11: ( 2x travel penang kl n skali kl-penang)
3may, syukur semua urusan mission 1st n half quarter completed, balik penang
7-8may, hubby travel penang-kl with partners
sy start class @british council 27/5-17/6
20-24may, nenek sy meninggal di jb, travel pnng-jb
23-24may urusan keje di kl, kl-penang

june'11: (3x penang-kl, 1x penang-jb by flight)
2jun travel meeting penang-kl, a day trip
4-7jun balik jb as scheduled naik flight, sejam smpi dah kete 7 hrs!
12jun trip to kl by bus with partners, sronok cm rmbongan skolah :)
16-17jun hubby sgsrg sy ada class, trip penang-kl
17jun last class @BC yeay dah grade kahkah :P
kmgkinan bsr akan ada trip lagi kami berdua ke malaysia tgh isnin atau selasa depan ni hohoho :D

kesimpulan yg ingin sy buat disini ialah, dek kerana cara hidup yg banyak travel sana-sini, perkara-perkara berikut juga terjadi dgn sendirinya :

1) pack, unpack, pack balik, unpack pulak, pack, unpack, then seterusnya heheh
2) tiap kali balik kene dobby cecepat atau akan bermasalah bila kene packing smula (adik2 x cukup ahaks)
3) bila dah mendobi haruslah pastikan disidai seaawal pagi yg boleh sbb pagi balcony rumah sy straight ngadap matahari terbit, so ptg dah boleh angkat n lipas trus. haruslah berdoa bersungguh moga hujan pospone ke ptg hari hehe
4) ini sy masih perlu perbaiki; baju2 harus segera dilipat n di sort supaya snng nak carik, idokle carik dlm bakul. slalunya bila semua 3/4 trip (kene byk trip, adik2, baju harian, baju keje, baju2 putih) dobi itu kering mau selonggok baju diharap dpn tv. time ni barulah utilise dan berbaloi bayaran astro tiap bulan. pnh 2 bulan potg trus coz x smpt tgk tv sgt pun, rugi. pastu continue balik bila gmbq x clear tv biasa. so hav tu bayar balik yg x byr 2 mths b4 tu chait utk activate. hampes astro ni. tgh tggu unifi sgt berbaloi katanya. jimat streamyx skali ada. ayo astro sure rugi byk!, hati2 pekerja astro takut ramai dioffer vss opss..
5) pak guard2 kat bwh slalu tanya ms memula pindah, 'lama x nmpk bang' bila jadik chipsmore awl2 bulan dok sini. lelama depa dah paham soalan bertukar kpd 'travel mana lak kali ni bang'.. :)

disamping kesan kepada pengurusan rumahtangga, kami juga telah memberi kesan kepada ekonomi org lain mcm ni :

1) banyak menyumbang kepada tabung kerajaan melalui tol2 yg kami bayar kat plus highway, sib baik guna tounch n go (w smart tag) coz 20% yg dispend leh dpt balik. pnh p redeem dpt balik ct lebih rm200. maknanya guna lebih rm1000 dlm setahun lebih penggunaan lebuhraya-utara-selatan tersebut

2)kedai servis kereta iktikadraya di juru juga semakin syg n pasti akan tersenyum lebar brader2 tu kalo nampak worrior (wrr) kami dtg kat sana. sbb x kurang 2 bulan skali atau lebih tepat 3 bulan 2x jugak hubby p servis kete. n kereta adalah segalanya dlm cara kerja kami jadik hubby sgt concern ttg segala mslh atau sign2 yg keluar kat kete. kete ni kalo sakit sendi sikit pun nyala lampu dia, kalo terseliuh pun kuar lampu gak, kalo hidung gatal cm kene resdung tu pun mengadu dgn menyalakan lampunya, manja!. so encik suami pasti akan pegi ke iktikadraya jugak dan tukar la bra baru dia ke, kain dalam baru dia ke, buat rwtn resdung dia ke apa ke. tp syukur stakat ni mslh2 kecil je yg disebabkan pengunaan khidmatnya dgn hebat bukan mslh2 bsr, alhamdulillah. pendek kata maintenance kete, cmpur minyak, tol, instalment kete memakan portion yg agak besar dr hasil pendapatan negara yg stakat ni kami ber2 shj penduduknya n insyaAllah akan ber3 x lama lagi eceh :) bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian insyaAllah.. :)

3) oh ya slain plus highway n kedai kete stesen2 minyak yg bertuah slalunya stesen shell la, juga meningkat sales diaorang dek krn slh sorg penyumbang sales ron97 diorang worrior kami tu jugak lah. ok kat sini nak story ttg ron95 n ron97. utk perjalanan jauh n kemantapan enjin kereta sbnrnya ron97 lebih terjamin. waktu hampir 2 thn pertama mggunakan ron95 yg mula disangkakan lebih murah rerupanya telah membuatkan worrior mengalami luka dalaman yg memerlukan kos lain utk memulihkannya. nasib baik hanya satu organ dlmn yg mmg mudah mencari penggantinya. so xde maknanya sama je ko guna ron97 tapi sihat walafiat alhamdulillah. cth macam minum air paip tanpa filter kat rumah, mmg murah tapi kadar klorin sgt tggi didalamnya membuatkan gradually tahap kesihatan semakin berkurang dan organ2 dalaman kita akan mendapat kesan negatif sehinggalah sekarang ni bermacam2 jenis kanser yg ada. klorin adalah keluarga klorok yer kwn2. ikan pun xleh hidup dlm air berklorin, sbb tu kalu bela ikan kene ada klorin tester kaloo air tu ada klorin ikan akan mati. tapi manusia sempurna yg ada byk organ2 hebat ni kdg x kisah n dgn selamba bagi makan minum ngan air berklorin. so gunalah filter, x kisah apa saja carik yg terbaik, jaga lah kesihatan. mgkn mahal skit tapi... drpd korang kene spend berpuluh riban lagi ubat sakit n poket sakit, badan pun x sihat. byk pulak bebel :P..

hmmmm apa lagi yer kesan yg dibawa oleh 'domestic traveller' ni...

oh ya kwn2, jauh perjalanan luas pandangan n banyaklah pengalaman hidup yg kami timba. dan pastinya banyak lagi yg perlu di explore utk menimba lebih pengalaman dan membina kematangan yg lebih tinggi. semoga satu hari nanti leh jadi universal traveler lah pulak, pasti lebih indah dlm meneroka bumi indah ciptaan Yang Maha Esa ni kan, aminyarabb. cuma mmg agak sukar utk menjawab dan mengertikan keluarga dan saudara mara ttg cara kerja kami. xpelah payah2 takyah paham lah kan. yg penting kami buat kerja halal, sah disisi undang2 agama dan negara, immediate family kami faham jugak dan dpt kami berkongsi rezeki dan tunaikan tggjwn pada ibu dan ayah, dan membantu lebih lagi kwn2 utk mendapat extra choice + freedom masing2 insyaAllah.. saya jaaarang atau boleh katakan tidak post mslh2 dlm perjalanan kehidupan dan kerjaya kami, (cuma slalunya mslh nak tggu baby lah kan hehe) namun bukan sedikit ujian yang dilalui untuk meneruskan semuanya, namun tiap kali lps solat saya berdoa kepadaNya agar saya dan suami tercinta; kami berdua terus penuh dgn kasih syg dan saling mengasihi agar kami sama-sama support dan kuatkan diri masing2 utk sama2 hadapi apa pun ujian dan cabaran dlm pejalanan kami ini. saya dan suami sama2 orang biasa, bukan dtg dr keluarga org2 bisnes, bukan dtg drpd ibubapa yg berpendidikan tggi, bukan dtg drpd keluarga yg telah merencana perjalanan hidup anak2nya dan memberi sepenuhnya jalan2 lancar di depan hidupnya, punya ibuayah yg masih memerlukan kami utk membantu mereka, punya keluarga yg memerlukan perhatian kami juga, kami xboleh bersenang teruskan hidup berdua shj, kami diuji dgn lambat menerima cahayamata; ujian ini juga menambahkan lagi warna warni cabaran bila berhadapan dgn masyarakat, terutamanya saudara mara, ada yg faham, ada yg jelik, ada yg perli, ada yang sengaja memanjakan lebih2 baby2 anak saudara lain didepan kami tanpa menegur kami (sabar). namun syukur perjalanan career kami skrg ni yg menghadapi kerenah manusia yg pelbagai membuatkan kami kuat dan sabar mengatasi rasa hati yg kdg nak pecah. apa pun kami bahagia berdua menelusuri jalan ini, dan syukur ia juga melorongkan kami mendekatiNya bila kami mula memikirkan apa social responsibility yg kami boleh lakukan. target dan cita2 kami besar. semoga Dia memberi kami kekuatan. kekuatan juga sy dan suami perlukan dlm usaha kami utk meneroka satu lagi cabang perjalanan dan pilihan yang menongkah arus budaya keluarga selepas ini.... mudah2an niat kami diberkatiNya... aminyarabb..

Saturday, December 11, 2010

20 more days to go!.. packing packing


semalam sy n hubby baru balik dr penang. after trip ke jb kamis mggu lepas sampi isnin, selasa pagi kami gerak ke penang. trip kali ni selain urusan keje, kami finalise kan rumah kat penang. after ding dong ding dong n mlayan kerenah agent n pusing sana sini, alhamdulillah pagi sblm kami gerak balik smlm hubby dah sign booking form n bayar deposit utk rumah baru kat penang. lega dah selesai. kami akan tggl kat condo d area butterworth. few weeks juga sy sibuk google n tapis mana2 apmnt/condo yg mnarik. mulanya dah decide nak dok kat area seberang jaya, tapi lepas tgk another condo yg complete dgn facilities yg jauh lebih baik, 1st time tgk terus kami jatuh hati. since dah jatuh hati sgt dgn facilities kat situ 2/3 hari tu kami betul2 carik any unit kat situ juga. dipendekkan cerita last day b4 balik dpt jugak. lega. yg x leganya sy tggl 20 hari je lagi nak habiskan packing! waa. tgk sana tgk sini mana la nak start dulu. sib baik masa mak dtg 2 mggu lps dah start skit brg2 store n dapur. pagi tadi after jogging n p breakfast, kami terus p endah parade sri petaling utk beli boxes kat the box company. so stok boxes dah cukup tggl nak penuhkan je. harini cool dulu sbb nak setelkan laundry baju2 balik travel. insyaAllah by end of this month aka end of this year barang2 dah hantar ke penang. sy kene buat semua ni n readykan rumah sana cepat2, sebelum my little precious datang. sy doa2 baby sy lahir timing yg sgt2 cantik. rumah kl dah complete pindahkan semua n handover to owner n rumah penang dah ready utk duduk n semua barang baby dah complete. barang baby dah start beli sikit2, tapi baru baju2 je. now tgh survey2 jugak utk bedding set baby etc etc. list sy baru sikit je yg dah tick. dengar2 mothercare ada sale smpi early january, dah ckp ngan hubby tapi x sempat2 lagi nak pegi. online pun byk jugak leh pilih. so kene pandai2 la arrange time nak settlekan semua ni. mudah2an semua leh siap on time tenang2 :)..

.

our dream property in penang, wow bestnya kan.. insyaAllah, amin. x salah dreaming :)

Wednesday, November 10, 2010

hijrah III... mikhael

tinggal tak smpi 3 mggu je lagi mommy akan jaga mikhael. waa sgt sgt sedih nak tinggalkan si kecil tu. 6 bulan sy jaga n rapat ngan dia, dah syg sgt. tp sy terima hakikat bby mikhael bukan anak sy. dr dulu pnh ada org ckp kat sy, satu hari sy kene lepaskan dia. yup sy paham. sy n hubby decide jaga mikhael smpi hujung nov ni je. dec byk urusan kene settlekan. clearkan umah, anta brg2 kat umh bangi kami n ready brg2 utk moving ke penang. x dpt la jaga mikhael. smlm mikhael demam. temp smpi 39.6c. mmy sgt risau n kesian sgt kat dia. bg ubat dmm, tepek bye-bye fever, bungkus ngan tuala basah. ptg smlm mak dia bwk p hukm, alhamdulillah dah turun skit dmm dia. harini mak dia cuti jaga mikhael. mak dia kata mikhael kene dmm cmpk, mmy n ddy doakan mikhael cpt sihat yer cyg. kalau lah dr dulu mak mikhael bermurah hati ( x mungkin la kan) bg kami jaga mikhael sure happy sgt bila pk nak moving penang bwk mikhael skali haha. angan-angan sungguh. xpe insyaAllah hubungan kami ngan mikhael x putus. sskali balik kl sure kami pinjam mikhael kan. mcm sy story kat sini, sejak 2/3 mggu ni mikhael sgt cranky n manja nak dok depan dia je, kdg tu nak kene dukung or buat keje dia dok atas riba. sgt manja. kata hubby mgkn dia tau yg kita xkan lama ngan dia. makin sayu hati saya. tapi sy kene keraskan jugak hati ni kan. xpe insyaAllah tahun baru 2011 akan membawa lebih kebahagiaan dan ada pengubat hati kami dgn izinNya nanti kan.. amin. ni gmbr lama ms mikhael dmm dolu2. (sy masih x jumpa wire cable camera utk transfer gmbr2 baru, smpi masuk dlm mimpi terjumpa wire cable tu, ade ke patot punya smgt sblm ni nak transfer gmbr2 baru :)..

.

.

.

Tuesday, November 9, 2010

hijrah II....

last entry sy title hijrah tp citer ttg perancangan p haji n story2 lain. mmg sy nak story ttg hijrah, tp x ready nak story byk2 lagi sbb hubby xmau open lagi decision kami ni. tapi nak jugak story skit2 lah since hanya sesetgh je yg kenal sy kat sini hehe. kami berdua akan berhijrah, we've decided. n sy pun sgt seronok dgn decision ni. tgh planning mcm2. kami akan berhijrah ke utara tanah air. insyaAllah x lama lagi. tempat baru, rumah baru, life baru, kawan2 baru n nak mulakan hidup baru n pastinya semangat baru untuk enter satu lagi phase baru dlm hidup kami berdua.. mudah2an Allah permudahkan agar segala perancangan berjalan dgn baik, insyaAllah :)..

.

penang, here we come! :)

Tuesday, August 31, 2010

home sweet home.. counting days hehe

salam ramadhan ke 21 & salam merdeka..

harini last day sy n hubby akan berbuka & bersahur di utara tahun ni. insyaAllah kami akan gerak balik awal2 pagi esok. plan bersahur n subuh tengah jalan. yeaay, rindu sgt kat bantal peluk kat umah, rindu kat kuali n small kitchen sy (yup serious, sy mmg rindu nak msk asik teringat homemade sambal tumis ikan bilis kalau mkn ngan nasi panas utk sahur, xyah lauk lain mmg dah mmbuka selera awl pagi.. wahh bestnya hehe). sambal ikan bilis sy lain skit, carik gmbr kat google pun xde. xyah letak cili blend pun. cuma goreng ikan bilis (lg sedap yg kecik2 tu) angkat, then potong cili merah & hijau, potong bawang, pastu kat minyak panas tadi masukkan bawang n cili potong tu, jgn layu sgt then masukkan ikan bilis goreng. dah!, cmtu je. sy lagi suka kalau cili hijau byk n bwg lebih then kalau rajin lg sy goreng kentang n cmpur skali hehe. hmm terliuq la pulak. xpe xpe, dlm kebuzian sy balik umh 4 hari je tu nnti akan sy msk juga utk sahur n berbuka :). hubby mesti dah rindu air tangan istri tercinta dia ni kan. hehe agak perasan..

harini agak penuh, hubby bz dgn dscn n training dgn lebih kurang 30 orang shbt seperjuangan dia sampai kul 6pm. n ptg ni kami semua akan berbuka sama2, dah tempah katering akan hantar ke rumah sewa kami. menu hari ni nasi tomato, buah2an n air (xtau lg air apa). hmm mnarik gak tu tp cm x lengkap la. n utk melengkapkan hidangan berbuka ramai2 ni sy n pn.liza (wife biz partner hubby akan smpi dr kl jap lg) plannya nak p beli kuih muih tambahan kat bazar ramadhan fav sy n hubby kat perda. kat dlm kwsn masjid bdr perda. sementara hubby dscsn tu sy akan struggle mengemas semua brg2 sbb cm sy ckp td awl pg esok dah nak gerak balik. habis mission hubby 15 hari di utara, balik ni mission biz sy pulak 3 hari di kl :).. oklah xde apa sgt nak story sbnrnya cuma nak gak cite happynye nak balik hihi. awl pose aritu slalu tgk geng surau sambil makan sahur kat astro oasis, kat sini xdak astro. kalakar n meraih cite tu. epilog syurga cinta yg ada mia sara si comel tu pun sy dah terlepas byk kali coz slalu xde kat umah n berbuka kat luar. so balik ni leh la tengok si comel mia tu.. suke sgt2 ngan dia since cite adamaya dulu.. ok2 mission still not accomplish yet, baju2 harus dilipat n bilik kene kemas dah. sib baik smlm smpt anta dobi balance baju2, so tggl skit je utk cuci kat umah.. okey dokie bye :)

Saturday, August 28, 2010

shopping raya kat utara..


salam ramadhan ke 18..

entry yg lepas sy ada story psl carik baju raya kat utara. semalam sbb ada free time skit b4 ptg kami completekan la shopping raya kat jusco seberang jaya. hmm seronok gak shopping kat sini, mmg byk selection n byk yg cantik di mata. yerlah slalunya bila tmpt yg x brp mnarik tu pusing la brapa kali pun xde yg menangkap kat mata ni. tapi kat sini byk gak la yg tertangkap hihi. xdelah kata shopping sgt pun, tp hubby dpt la carik kemeja2 kerja n kasual yang dia suke (cik abg agak choosy jugak yer hehe) n paling penting price yg menarik. nak nak dekat raya ni byk gak la sales, 50%, 70% sgt byk dpt save kan. tu la namanya belian bijak. skali lagi sy katakan xde la shopping sakan, sekadar melengkapkan keperluan raya (pakaian shj yer, rumah xpe la. not urgent ala carte aka ala kadar je la rumah sy tu). slain kemeja kerja n raya, t-shirt raya hubby (wajib match color dgn baju sy lah kan, ni yg paling payah nak carik. last minit dah nak balik baru terjumpa), n sy jumpa la kasut raya. tu jer bukan byk pun, tapi sbb jumpa yg berkenan di hati tu yg seronok la kan.
.
.
jusco seberang prai city
.
.
time hubby p solat jumaat sy stay kat jusco n tmpt biasa sy cuci mata nak tau kat mana?, kat baby area la. alahai sgt comel n cute mute nya baju2 baby tu. lemah iman ni rasa. hmm sabar je la. hampir jugak nak terbeli baju melayu utk baby mikhael yg baru 5 bulan tu, tapi bila sy sedar kat alam nyata balik, sy pun pk la secara rasionalnya. bila kala la mikhael nak pakai baju raya sedondon (berangan okeh nak bli color sedondon) ngan kami. apehal la pulak mak dia nak bg dia raya ngan sy, toksah la nak berangan kan. penat berjalan cuci mata, jumpa la yg lebih logik utk sy beli kat department kanak2 tu. sy blikan 2 orang anak sdara sy kemeja raya. geram tengok mmg xleh tahan. siap kol mak sy soh ukur baju depa (eh dah tukar loghat ker hehe). ukur x perlu pakai tali tape yer, mana pulak nak carik kat jusco ni tali tape kan. siap pakai jengkal tangan lagi. yerlah kalo salah size mana mungkin nak naik penang balik tukaq kan. penat berjalan sy duduk la kat bench yg mmg diletakkan kat sblh escalator tu (esp utk en.suami yg menunggu isteri2 membeli belah atau utk mommy2 nak bg baby2 susu). sy perati parent2 yg sgt seronok memilih baju2 raya utk anak2. tersenyum sendiri sy tgk gelagat emak2 n anak2 comel yg dok try baju2 semua. sgt2 mencuit hati saya. n sblh2 sy pulak 2/3 mommy tgh menyusukan baby n bg baby makan. sgt comel. n nak btau jugak yg agak ramai jugak chinese yg amik kesempatan sales raya ni utk shopping baju anak. confuse sekejap sy.
.
.
oh ya pagi tu b4 kluar sy dah siap pack baju2 travel nak di dobi n semua baju2 raya (baju sy, hubby, mak mertua, ayah mertua & mak sy) utk sy hantar dobi n iron skali. so snnglah bila nak raya nanti. mmg x penah menah sy anta dobi n iron utk baju2 raya slama ni. slalunya mmg la cuci n dgn smgtnya menggosok sendiri la kan. kalo kat umh jb raya, kakak ipar sy slalu volunteer ironkan baju semua. sgt rajin n minat dia main iron. kali ni bukan sy x rajin n bukan mengabihkan boreh tapi bg kami masa tu lebih berharga. balik saja dr penang nnti for sure banyak kene unpack n ada saki baki baju yg perlu dicuci (balik raya lelama umah msti sgt bersih, segar n semua baju tersusun rapi okeh :), then skrg sy dah siapkan things-to-do list utk sy buat balik saja ke kl. mmg sgt2 penuh. sy dah finalkan order2 biz raya sy kali ni. sbb balik dah hari rabu, sy akan terus ke daerah di hujung selangor untuk amik kerepek2 & biskut2 raya yg diorder, dan ke satu lagi daerah di hujung sempadan selangor utk amik semua tempahan kek-kek lapis tu semua. sy kene packing semua by customer even hantar terus ke office agent2 supaya snng agent2 sy kat office2 tu utk distribute kat customer. xyahlah depa nak bukak meja pulak kat office tu kan. n sy mesti deliver paling lwt jumaat tu jugak coz sy xmau simpan n nak bg fresh pd customer. so sy menjangkakan smpi jumaat tu mmg agak padat jadual sy la. then sabtu baru bole lega skit kot. time ni la nak kemas2 umah utk raya n packing smula utk balik raya. (hmm alamak langsir n carpet bila pulak nak anta cuci, aritu x sempat huhu) sbb ahadnya kami akan gerak balik jb umah sy 2/3 hari sebelum trus balik beraya kat pd. hmm mmg penuh n padat, so itulah sbbnya knp sy kene buat apa yg boleh dibuat kat utara ni utk meminimumkan tugas2 lain bila dah balik nnti. mudah2an semua perancangan berjalan lancar lah hendaknya :).. amin (saja letak gmbar mknn nak menguji org2 berpuasa, sbb bila lg sabar pahala lg bsr kan haha)
.
.

mknn fav sy n hubby kat param.. sy: asma rojak , hubby:murtabak (gambar google picts, dr web mat gebu yg slalu sy bkk carik resepi heheh)

.

agent2 sy esp abg sy n best fren sy yg mencatatkan tempahan tertinggi (macam la ada bg anugerah kan haha) utk aidilfitri kali ni sure menarik nafas lega sbb x sia2 diorang marketkan kek lapis n kerepek tradisional sy. sbb apa? sbb komisen n rezki diorang tu lepaslah duit minyak n tol balik raya (itu kalau duit tu msk tabung en.suami) ataupun dapat la wat beli baju raya si isteri 3/4 pasang. berbaloi kan? hehe alhamdulillah. slain dr komisen utk agent, seperti thn2 yg sudah sy akan bg FOC kek lapis n kuih muih raya kat customer2 sy. seronok bila dgr diorang suka dpt discount harga atau dpt free kek lapis. mudah2an diorang semua happy n doakan sy dimurahkan rezki lagi amiin.. kiranya tu zakat dr hasil biz raya lah kan. mudah2an insyaAllah. pejam celik kejap je dah hampir 2 minggu sy kat utara dgn hubby, plannya seawal subuh atau sahur-dan-subuh kat r&r, rabu depan ni (01/09) kami akan balik kl. tggl lagi 3 hari kat sini, mmg dah penuh plan n jadual hubby utk spent time dgn partners2 kat utara sblm masing2 cuti raya. hmm rajin pulak mengupdate blog pjg lebar hihi. sbb type post kali ni pulak dpn laut yg nampak penang bridge kot tu yg byk jer idea. oklah cukup la kali ni. ada assgmnt2 lain sy kene setelkan. tadi ada org nak blanja makan berbuka best kat sg.ara. yummy yummy. dah siap kol n booking table n dscs n makan apa. sume dah book kat pak husin tomyam sg.ara.. jijah d'viva TQVM okeh :)..

Saturday, August 21, 2010

buke-buki sana-sini :)


salam ramadhan ke 11..


sekejap je dah masuk pertengahan ramadhan. masa mmg sgt cepat berlalu.. xmau la bulan pose pun cepat je habis, sgt2 rugi kan. semoga sama2 lah kita semua dpt manfaatkan 19 hari baki ramadhan yg ada amiinn.. harini hari ke 5 sy di utara. hari pertama berbuka kat kulim, hari ke-2 berbuka kat sg.petani, semalam berbuka di alor setar & harini hubby ada urusan kat ipoh n insyaallah kami berbuka di Ipoh. xtau mana tempat best kat ipoh ni. yg penting syarat hubby, xmau berbuka mamaks n nak makanan melayu lor. rindu jugak nak masak, tp dah dpt cuti panjang ni cuti la kan. pasni jgn bg alasan lak xmau masak hehe. tp yg paling x best time nak bersahur lah kan. berbuka xde mslh n seronok jer (coz mknn dpn mata xyah msk haha, tp borink gak kgkdg tu rindu nak mkn mknn panas dr dapur mommy juju hihi).

.



nasi kukus ayam dara, fav y bila p bazar. sbb ni yg paling selamat coz ayam goreng panas2 n nasi kukus tu masih panas2 lagi. sgt serik beli lauk pastu sakit perut.


time sahur tu yg agak berat skit la bila berkelana ni, 1st day agak kepenatan coz ptg smlm nya baru smpi dr kl so x larat nak kuar awl pagi pi sahur. umah sewa kami kat juru autocity, ikutkan xde mslh byk kedai mkn 24hrs mcm nasi kandar pelita, mcd n ada few lg. so 1st day sahur minum milo (3 in 1), mkn kurma n biskut je. hari ke-2 mlm dah tapau mknn n pagi bgn sahur just heat balik je (oh ya sy mengangkut microwave skali utk travel kali ni yer hehe, dah pk snng utk sahur). sahur ke-3 mlm habis keje b4 balik umh singgah drive-thru mcd tapau 2 big-mac! yummy n pagi tu heat balik. tapi masa ni terjaga lewat tggl 15 minit nak azan, sempat mkn separuh jer. sib baik sempat minum air. hubby terkulat tgk sparuh lagi big mac dia tu ciannye hehe sory la dear letih balik dr alor setar dah tgh mlm.



kurma-sunnah nabi berbuka dgn tamar. x lupa sy bwk je bila berbuka kat luar, x semua restoran bermurah hati bg kurma free.

ok la tu je citer pasal makan. slain dr makan kelana ramadhan kami ni jugak buat kami rasa pengalaman berterawikh di beberapa negeri & daerah. n ada jugak yg kami terawikh kat RnR, sgt selesa jugak sbb RnR skrg kan surau dia sgt best. suka sgt ngan surau RnR plus skrg ni, klasik mcm kat kmpung coz solat atas pangkin besar n ada ventilation yg bagus. sejuk jer. ok lah tu saja update kali ni.

Tuesday, August 10, 2010

mood baru : ramadhan permulaan yang baik..

Salam ramadhan pada semua kawan2. pejam celik esk dah 1 ramadhan. malam ni bermula la kemeriahan solat terawikh, keistimewaan ramadhan yg membawa seribu rahmat dan fadhilat buat hamba-hambaNya. insyaAllah sy akan solat terawikh kat masjid yg cantik dekat jer ngan umah ni. tahun ni tahun terakhir kami berpuasa,berterawikh n aidilfitri kat rumah kami yg dah lebih 3 tahun kami duduk ni. insyaAllah hujung tahun ni kami pindah ke rumah sendiri di bangi. isk banyak sgt2 kenangan kat sini. mesti susah sy n hubby nak lupakan. kenangan pahit manis kehidupan seharian, jatuh bangun dlm bisnes, segala kenangan susah dan senang dlm usaha nak dpt baby n mcm2 lagi lah. semua tu sgt sinonim ngan apmnt kami ni. sampai terkadang sy x sbr jugak nak berhijrah, terasa mcm nak mulakan hidup baru. nak rasa fresh n lupakan yg jerih payah tu, yg sedih ker n nak jadi lagi +ve n semangat ngan hidup baru kami. bukan la sy kata byk knngn x best kat umh ni tp nak rasa angin baru..




cakap pasal mood baru bermula bulan mulia ramadhan ni, blog sy pun x ketinggalan nak muka baru heheh. mgkn sbb dah boring tgk muka lama sy pun jadi boring nak post kat blog. cm sy pnh story dulu kat umah ni pun sy bila dah boring mula la nak re-arrange perabot umh, kalo bole almari sume nak angkat sendiri. rasanya few times gak la hubby balik tetiba 'sudah tukar' hihi. so pendek kata blog pun nak nafas baru jugak kan. kehilangan sy yg agak lama ni sbnrnya antaranya kerana kebizian ngan biz raya tahun. sejak thn lps sy jd dealer kek lapis sarawak. smpi p sarawak la amik kek lapis. 3 bulan sblm raya sy dah booking ticket p ngan hubby, bonda sy n adik ipar. mcm2 n byk story kalo nak citer journey biz kek smpi seberang laut. tp syukur alhamdulillah sgt sgt sbb tahun ni few months b4 poser sy dah jumpa pembuat kek lapis sarawak kat semenanjung ni yg rasanya bole menandingi kek yg sy amik kat sarawak tu. syukur sgt. slain kek lapis sy jugak jual kerepek2 tradisi melayu yg sy amik dr sg.besar. kalau sesapa yg baca post sy ni n minat nak jadi agent ke, leh la contact sy. sy akan email catalog dia.

.
~kek lapis prune~
.

lagi satu pasal mood baru, sy n hubby decide nak jalani ramadhan sebahagian bulan ni di utara. hubby pun banyak urusan di utara n sy xmau la pose sgsorg kat sini n hubby kat sana. so insyaAllah mggu depan kami ke penang n mgkn balik smula 2 mggu sblm aidilfitri. Allah is the best planner, n terkebetulan pulak time ni nenek mikhael (baby kemanjaan kami tu) boleh jaga mikhael. mulanya bila 2/3 hari dia xde, sy ok je n keraskan je hati coz pk banyak urusan sy n hubby kene setelkan. tapi bila mak dia send gambar mikhael x semena mena jatuh air mata sy sgt2 rindu kat dia. mula la bila hubby sebut2 nama dia sy dah bergenang dah.. alamak, mcm ni ke rindu anak. ni baru anak yg 2 bulan lebih jaga dah syg sgt sgt. kalau anak yg kita kandung lagi la sygnya kan. mcm mana la boleh ada org x syg anak. b4 ke penang kami berdua decide nak p umah nenek dia jumpa mikhael lepaskan rindu n hantar mainan2 n bouncer dia. slm sy bersms ngan mak mikhael n tetiba mak mikhael tanya bila sy nak pindah. alamak sy x pnh bukak citer tp smpi juga brita kat dia. mulanya sy takut nak ckp awl2 coz takut dia x anta mikhael kat sy. tp sy btau la plan hujung thn ni n sgt sayu hati bila pk mikhael. dia kata dia pun sedih sbb mana nak carik org yg bole jaga anak dia mcm mana mmy n ddy syg dia, jaga mcm anak sendir. alamak lagilah sy meleleh air mata huhu. dia kata xpe la sesekali dia akan bwk mikhael dtg umah baru kami. alahai xmau la cmtu sure frust menongeng sy rindu kat dia haha. then sesaja la sy ckp kat sue, hantar la isnin n jumaat dtg amik. bila mikhael dah bsr sikit barulah anta kat org lain. kiranya hari keje dia leh la rehat sikit kan hihihi. tetiba dia kata ok jugak, tp kene tanya husband dia dulu. isk biar betul, tetiba berbunga hati sy. kalo betul mikhael bukan 'anak angkat siang' lagilah cm hubby slalu ckp tapi leh tukar 'anak angkat weekdays' hehe.. mmg kami dah syg sgt kat si comel tu tau. nenek dia kata mikhael dah ikut muka kami sikit2 dah.. hmm betul ke byk sy dgr baby ni sikit sebanyak dia kan ikut muka org yg syg n slalu dgn dia?.. wallahualam..

Saturday, April 17, 2010

quick update..

lama x update blog.. mlm tadi sy baru balik dr penang, trip 5 hari ke penang ngan hubby. dekat sbulan kene bertapa kat umh cm dlm pantang. rezki belum menyebelahi kami, so bolehlah joint hubby berkelana smula.. n next tuesday another appointment ngan dr.marsita kat pantai (day 11 utk cycle kali ni). hopefully condition sy even better dr cycle yg lepas.. sy n hubby byk pk +ve, mgkn baru sbulan lebih kami mulakan mknn yg doc advise plus supplement2 advise doc tu jugak. so cycle kali ni keadaan pun akan lebih baik kan, n again Allah is the best planner n Dia nak berikan yg lebih lebih baik utk kami.. air zam zam pun baru je minum.. kalo ikut prinsip 'law of attraction' fikiran +ve akan menarik +ve, kalo pk -ve mmg -ve la yg kita tarik.. so apa pun ketentuannya, sy n hubby +ve.. elakkan stress n improve lagi mana yg kurang dlm usaha pd cycle yg lepas.. 'law of attraction' principle dlm the secret byk mempengaruhi sy n hubby utk byk berfikiran +ve.. kalau msuk bedroom kami dah mcm pameran lukisan heheh.. mcm2 gambar dream kami yg sy letak hihihi.. bukan ada sapa pun, kami berdua jer. seronok tau bila dok dlm bilik tgk gambar2 yg +ve, kita jadi motivate n seronok dscs dream sama2.. siapa lagi yg paling trust n nak bersama sama dgn kita dlm journey life ni, n sepanjang perjalanan nak capai impian2 kita kalau bukan lifepartner a.k.a roomate kita ni kan hihi.. biar apa org nak kata, yg penting susah senang kita sama2 paham n tetap bersama..


Thursday, March 11, 2010

ipoh state library

semalam kami berdua ke ipoh dr penang, hubby ada hal kat sana. after lunch agak free sblm hubby ada hal malamnya di taiping. so kami habiskan masa di ipoh, kami ke ipoh state library. seronok jugak lama dah rasanya x ke library. termalu malu lak sy bila ktrg kenang balik zaman2 dating kat library uni dulu ;p hehehe.. ikutkan gps, ipoh ni ada 2 public library: ipoh state library & tun abduk razak library. kami ddk di tgkat ke-2, seronok jg tenang2 baca buku kat library ni. cuma yg agak menyedihkan sy bila tgk siapa yg banyak memenuhkan library ni. sepanjang hampir 3 jam kami di 2nd floor library ni hampir semua (kecuali kami berdua dan 4 org lain) yang dtg adlh pelajar2 sekolah yang byk mmbuat discussion & mgkn menyiapkan homework. itu xpelah, mmg bgs lah sgt cuma yg sedihnya knp bangsa lain yg ramai, mana anak2 melayu. apa yg diorang buat pada masa yg sama ni, mungkin balik rumah n study kat rumah agaknya, siapkan homework kat rumah atau mgkin memenuhkan library sekolah. itu anggapan sy untuk sedapkan hati. n lagi satu mungkin sekolah2 menengah melayu jauh dr bandar ipoh..

saya juga bkan kaki library, n sejak dah dewasa ni x la jugak slalu menjejakkan kaki ke library, jadi mgkn sy bukan the right person utk bercakap soal ni.. cuma sy n hubby buat azam baru utk rajin ke library bila ada masa n nak jugak pergi ke library di setiap negeri yg kami sampai. n satu lagi azam kami bila anak2 dah mula pandai membaca, nak membudayakan amalan ke library. apa yg sy tau, biasanya perpustakaan awam slalu menganjurkan aktiviti2 menarik esp utk kanak2 mcm pertandngan mewarna ke, melukis ke kat library ni. n sy paling suka bila tgk ruang2 mmbaca kanak2 di library, penuh warna warni, ada mcm2 buku n sgt menarik lah... sy juga ada cita2 nak ada sebuah mini library di rumah n ruang membaca. skrg ni ada jugak mini library, tapi cuma letak kat satu rak di living hall kat umah. ikutkan jumlah buku2 bolehlah dikategorikan sbg small mini library kot hehe.. xpe ada azam yg baik kan ;)..

Tuesday, March 9, 2010

Jauh Berjalan..

"Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan & Banyak Pengalaman..."
.
.
another utara trip today..
sekejap lg sy & hubby akan gerak ke utara, kami akan ke Ipoh dulu then after maghrib gerak ke Taiping sebelum terus ke rumah sewa kami di Juru. kali ni hampir seminggu juga berkelana, plan balik ke KL isnin atau selasa depan, depend on urusan keje2 hubby.. seronok jg slalu travel ni, banyak benda baru kita boleh explore. tengok tempat orang, cara hidup org lain, jumpa mcm2 perangai m'sia, jumpa kwn2 baru (i likee ;) n mcm2 lg lah.. n tak lupa dlm setiap perjalanan atas bumi tuhan yang amat luas ni, banyak keindahan & kesempurnaan alam ciptaan tuhan yg boleh kita renung dan ambil iktibar. bila tengok gunung ganang, gua2 besar yg unik sepanjang jln di area gua tempurung, hutan dara yg penuh dgn pokok2 besar yg cukup indah & tenang bila dinikmati kesempurnaan ciptaannya, laut yg luas & amat cantik sepanjang jambatan pulau pinang. semua ni mengingatkan betapa kerdilnya kita sebagai hamba dibumiNya.. ini semua baru lebih kurang 300km perjalanan dr KL ke utara, belum lagi pergi tempat2 org di negara lain. pastunya byk lagi yg boleh kami explore. yes, satu dr impian kami satu hari nanti nak jelajah dunia luar juga, insyaAllah. kene keje keras dr sekarang... chaiyok chaiyok ;)...

Tuesday, March 2, 2010

march 2010

cepatnya masa berlalu, dah masuk bulan march dah pun.. first quarter 2010 dah nak abis dah.. dr awal thn masa abis atas jalan.. packing n travelling biasanya dlm smggu then balik.. 2 hari la jgk settlekan mengemas, mendobi, melipat n iron baju.. after few days start packing smula hehe.. penat gak tp seronok.. memula p tempat org mmg rasa x biasa n asing jer, tapi lama2 me n hubby dah rasa seronok explore tempat baru.. dulu penang ni mmg sgt2 asing bg kami, last sy p penang masa std 5 almost 18 years back!!. scara kbtln hubby pun sama. n after our 1st visit may '09, masuk latest trip dah hampir 15 kali ke penang smula. georgetown, butterworth, bt ferringhi, even balik pulau (p mkn durian fresh dlm kebun durian), seberang perai, bandar perda, bkt mertajam etc dah x asing lagi.. paling best rumah sewa kat bm ni dekat ngan jusco heheh. umh kat cheras kl pun dkt ngan jusco. sy ni kalo jusco dkt dah ckp lega dah, bkn apa jusco ni cm one stop centre, apa sj ada kat sini. stakat drive sorg dr umh kat bm ke jusco seberang jaya tu xde mslh la. dah mcm tmpt sendiri dah. even lalu kwsn kmpg skit, lalu jln yg ada rel ketapi (so kalo ada train lalu kene la stop kejap).. ok kali ni sy nak crita psl penang..

apa yg seronok kat penang ni yer.. hmm yg plg best of coz la penang bridge, bila lalu atas bridge tu baru la betul2 feel penang. tgk laut yg sgt luas n cantik subhanallah.. view dr seberang to pulau, nmpak bukit bendera mmg cantik esp pagi. sy suka dgr org penang cakap, org utara ke x kisah la tp bila dgr mcm2 loghat ni seronok.. hobby sy ngan hubby kalo p suka ulang2 balik loghat org even kdg tu ckp kelantan dah mcm ckp siam, ckp penang kalo org dgr mmg naik fenin sbb x paham haha.. balik2 dok ulang, 'kalo hang p aloq setaq kepala hang aku putaq' haha..

Friday, February 5, 2010

berdebar menanti..

cukup lama sy x update blog.. antara reason utama sbb asik nomad je n xde masa lelama nak mengadap laptop.. oh ya, now dah ada 2 laptop kat umh.. tq hubby akhirnya hajat kesampaian nak laptop hehe.. alhamdulillah. 2010 byk resolution n planning utk few project, so i need my own lappy.. alhamdulillah..

now sy dlm mood yg agak berdebar, teruja n happy dlm debar sbnrnya.. tapi xle reveal lagilah knp sbb belum pasti.. apa pun me & hubby berdoa semoga hajat dan impian serta doa kami dlm penantian satu kepastian yg pasti mengubah hidup kami lepas ini, menyebelahi kami.. amin yarabbalalamin..

last week seminggu lebih berkelana, selasa 26/01 kami gerak ke utara.. memula singgah ke ipoh, hubby ada meeting.. (seperti biasa mesti sggh simpang pulai dulu mkn sup yg sgt sdp tu hohoho) then terus gerak ke taiping, otw kami sggh r&r sg.perak utk solat & dinner.. balik dr taiping kami terus ke bayu mutiara.. banyak urusan yg diselesaikan, few meeting, discussion hubby n group, etc.. kami di penang ni sampai ahad pagi.. pagi2 ahad kami gerak ke lumut.. dah lama plan nak bercuti tapi x berkesempatan.. tp kali ni nekad p jugak lari kejap dr kebz'an hubby utk tnngkan fikiran jap kat pangkor.. our fav resort, pangkor island beach resort.. pibr, we come again ;).. mmg plan kalau ke lumut, akan p umah k.sham (tempat aku pnh berurut 1 mth ++ before pregnant yg 1st dulu sblm kehilangan), alang2 sampai p berurut.. cerita pjg maybe next time bila penantian ni berakhir yer.. ptg dlm kul 3.45 fery kami gerak ke pibr.. kami stay 3d2n, sbnrnya pun trip kali ni not 100% utk holiday n rest but more to hubby's escape utk cari ilham siapkan slide presentation hubby ahad ni.. but we enjoy the trip soo much.. pibr, we will come again next time.. hehe


very nice sunset view, our fav spot

Tuesday, January 12, 2010

his another trip to penang..


last week hubby ke penang dr selasa tghari.. sy x ikut coz hav to complete few things yg masih lagi outstanding.. byk plan thn ni hihi.. tapi sabtu ada opening branch baru biz kami di ipoh, so hubby trus ke ipoh hari sabtu.. sabtu opening new branch n ahad ada function.. sy n k.sue plan ke ipoh sabtu tu berempat, me k.sue umairah,2 & aisyah,5.. kami gerak ke ipoh tghari.. hubby masing2 mmg ada kat ipoh.. alhamdulillah perjalanan ok n umairah tdo 3/4 journey.. so boleh la ibu dia driving tenang2, kalo x terpaksa la tukar driver.. kami gerak tghari mmg la lapar, mula plan nak singgah kat r&r tapah ker mkn tghari tp dsebabkan umairah tdo n kami xmo dia ngaruk so kami teruskan perjalanan.. sampai ipoh launching dah start.. then p check-in @ impiana casuarina ipoh.. dok sini coz paling dkt ngan tmpt function esoknya di tropical garden ballroom... after check-in tersgt la laparnya, sian k.sue sakit perut sgt2 coz angin dah naik smpi ulu hati.. sib baik ada 2nd driver.. n sib baik sgt bwk minyak yuyi cap limau, mmg berkesan.. bukan baby je pakai tau.. hubby i pun mcm baby, guna jugak myk yuyi ni..

esoknya time hubbies ada function kami bwk anak2 jnjalan.. sib baik ada gps k.sue, main taram je la pusing sana sini.. n lucky kami jumpa jugak tempat menarik, Hutan Rekreasi Gunung Lang.. mmg best sgt.. coz leh naik bot lalu kat tasek.. this is our first time sampai kat sini.. nest time kene ajak hubby ni.. then kami ke centre (off baru) jumpa mr.hubbies kat sana then lwt ptg gerak trus balik kl.. sy n hubby seperti biasa singgah kat hentian sebelah simpang pulai utk solat maghrib n makan sup.. hohoho kami mmg suka sgt sup kat sini, after 1st time singgah n rasa masa trip ke penang kami yg lepas.. pastu kalo lalu mesti singgah.. mmg power sup dia.. hmm trasa nak cari sup pulak n apa lagi ani sup utara la...

Gunung Lang, Ipoh