Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN..



salam ramadhan semua.. bulan rahmat bulan berkat bulan maghfirah
(bulan pengampunan), semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan2 yang lalu insyaAllah. bulan yang sangat ditunggu, mudah2an lambat masa berlalu di bulan ramadhan ni. keindahan, ketenangan dan kelebihannya dpt dinikmati tiap saat, x sama langsung dgn 11 bulan yang lainnya..

Saturday, September 4, 2010

home sweet home..

salam ramadhan ke 25..
ramadhan berbaki 5 hari lagi. balik dr penang hari2 sy mmg sgt penuh. x sempat nak unpack baju n bukak dapur lagi. misi mengkhatamkan quran pun tergendala. alhamdulillah dah boleh start focus semula.alhamdulillah semalam 3/4 urusan delivery kek lapis n kerepek sy dah settle. crita sebelum settle tu pjg sgt utk sy share. tapi syukur sgt hampir selesai. tgl sedikit utk poslaju n yg bwk balik jb utk order org2 jb. isk cmne la nak msk kete nnti ni. cm penuh je. tp ok kot. knp sy ckp penuh sbb sy bwk buah hati sy n hubby balik jb yeayy :). sronok n x sbr sgt. dah lebih 2 minggu x jumpa baby mikhael. mmy n ddy sgt2 rindu. sblm dia balik kmpg raya ngan family sy mintak kat mak dia nak pinjam few days masa balik jb, alhamdulillah mak dia ok jer. xpelah x dpt nak berangan raya sama tp dpt la 3/4 hari ngan mikhael seminggu b4 raya. at least ada gak suasana raya ngan baby buah hati kami tu. oklah sy msh ada byk urusan nak settle kan ni. terjaga kul 3am tadi lepas wat apa yg patut di malam ramadhan ni, sy nak smbung keje packing balik. then sahur. ok till next post..

Tuesday, August 31, 2010

home sweet home.. counting days hehe

salam ramadhan ke 21 & salam merdeka..

harini last day sy n hubby akan berbuka & bersahur di utara tahun ni. insyaAllah kami akan gerak balik awal2 pagi esok. plan bersahur n subuh tengah jalan. yeaay, rindu sgt kat bantal peluk kat umah, rindu kat kuali n small kitchen sy (yup serious, sy mmg rindu nak msk asik teringat homemade sambal tumis ikan bilis kalau mkn ngan nasi panas utk sahur, xyah lauk lain mmg dah mmbuka selera awl pagi.. wahh bestnya hehe). sambal ikan bilis sy lain skit, carik gmbr kat google pun xde. xyah letak cili blend pun. cuma goreng ikan bilis (lg sedap yg kecik2 tu) angkat, then potong cili merah & hijau, potong bawang, pastu kat minyak panas tadi masukkan bawang n cili potong tu, jgn layu sgt then masukkan ikan bilis goreng. dah!, cmtu je. sy lagi suka kalau cili hijau byk n bwg lebih then kalau rajin lg sy goreng kentang n cmpur skali hehe. hmm terliuq la pulak. xpe xpe, dlm kebuzian sy balik umh 4 hari je tu nnti akan sy msk juga utk sahur n berbuka :). hubby mesti dah rindu air tangan istri tercinta dia ni kan. hehe agak perasan..

harini agak penuh, hubby bz dgn dscn n training dgn lebih kurang 30 orang shbt seperjuangan dia sampai kul 6pm. n ptg ni kami semua akan berbuka sama2, dah tempah katering akan hantar ke rumah sewa kami. menu hari ni nasi tomato, buah2an n air (xtau lg air apa). hmm mnarik gak tu tp cm x lengkap la. n utk melengkapkan hidangan berbuka ramai2 ni sy n pn.liza (wife biz partner hubby akan smpi dr kl jap lg) plannya nak p beli kuih muih tambahan kat bazar ramadhan fav sy n hubby kat perda. kat dlm kwsn masjid bdr perda. sementara hubby dscsn tu sy akan struggle mengemas semua brg2 sbb cm sy ckp td awl pg esok dah nak gerak balik. habis mission hubby 15 hari di utara, balik ni mission biz sy pulak 3 hari di kl :).. oklah xde apa sgt nak story sbnrnya cuma nak gak cite happynye nak balik hihi. awl pose aritu slalu tgk geng surau sambil makan sahur kat astro oasis, kat sini xdak astro. kalakar n meraih cite tu. epilog syurga cinta yg ada mia sara si comel tu pun sy dah terlepas byk kali coz slalu xde kat umah n berbuka kat luar. so balik ni leh la tengok si comel mia tu.. suke sgt2 ngan dia since cite adamaya dulu.. ok2 mission still not accomplish yet, baju2 harus dilipat n bilik kene kemas dah. sib baik smlm smpt anta dobi balance baju2, so tggl skit je utk cuci kat umah.. okey dokie bye :)

Saturday, August 28, 2010

shopping raya kat utara..


salam ramadhan ke 18..

entry yg lepas sy ada story psl carik baju raya kat utara. semalam sbb ada free time skit b4 ptg kami completekan la shopping raya kat jusco seberang jaya. hmm seronok gak shopping kat sini, mmg byk selection n byk yg cantik di mata. yerlah slalunya bila tmpt yg x brp mnarik tu pusing la brapa kali pun xde yg menangkap kat mata ni. tapi kat sini byk gak la yg tertangkap hihi. xdelah kata shopping sgt pun, tp hubby dpt la carik kemeja2 kerja n kasual yang dia suke (cik abg agak choosy jugak yer hehe) n paling penting price yg menarik. nak nak dekat raya ni byk gak la sales, 50%, 70% sgt byk dpt save kan. tu la namanya belian bijak. skali lagi sy katakan xde la shopping sakan, sekadar melengkapkan keperluan raya (pakaian shj yer, rumah xpe la. not urgent ala carte aka ala kadar je la rumah sy tu). slain kemeja kerja n raya, t-shirt raya hubby (wajib match color dgn baju sy lah kan, ni yg paling payah nak carik. last minit dah nak balik baru terjumpa), n sy jumpa la kasut raya. tu jer bukan byk pun, tapi sbb jumpa yg berkenan di hati tu yg seronok la kan.
.
.
jusco seberang prai city
.
.
time hubby p solat jumaat sy stay kat jusco n tmpt biasa sy cuci mata nak tau kat mana?, kat baby area la. alahai sgt comel n cute mute nya baju2 baby tu. lemah iman ni rasa. hmm sabar je la. hampir jugak nak terbeli baju melayu utk baby mikhael yg baru 5 bulan tu, tapi bila sy sedar kat alam nyata balik, sy pun pk la secara rasionalnya. bila kala la mikhael nak pakai baju raya sedondon (berangan okeh nak bli color sedondon) ngan kami. apehal la pulak mak dia nak bg dia raya ngan sy, toksah la nak berangan kan. penat berjalan cuci mata, jumpa la yg lebih logik utk sy beli kat department kanak2 tu. sy blikan 2 orang anak sdara sy kemeja raya. geram tengok mmg xleh tahan. siap kol mak sy soh ukur baju depa (eh dah tukar loghat ker hehe). ukur x perlu pakai tali tape yer, mana pulak nak carik kat jusco ni tali tape kan. siap pakai jengkal tangan lagi. yerlah kalo salah size mana mungkin nak naik penang balik tukaq kan. penat berjalan sy duduk la kat bench yg mmg diletakkan kat sblh escalator tu (esp utk en.suami yg menunggu isteri2 membeli belah atau utk mommy2 nak bg baby2 susu). sy perati parent2 yg sgt seronok memilih baju2 raya utk anak2. tersenyum sendiri sy tgk gelagat emak2 n anak2 comel yg dok try baju2 semua. sgt2 mencuit hati saya. n sblh2 sy pulak 2/3 mommy tgh menyusukan baby n bg baby makan. sgt comel. n nak btau jugak yg agak ramai jugak chinese yg amik kesempatan sales raya ni utk shopping baju anak. confuse sekejap sy.
.
.
oh ya pagi tu b4 kluar sy dah siap pack baju2 travel nak di dobi n semua baju2 raya (baju sy, hubby, mak mertua, ayah mertua & mak sy) utk sy hantar dobi n iron skali. so snnglah bila nak raya nanti. mmg x penah menah sy anta dobi n iron utk baju2 raya slama ni. slalunya mmg la cuci n dgn smgtnya menggosok sendiri la kan. kalo kat umh jb raya, kakak ipar sy slalu volunteer ironkan baju semua. sgt rajin n minat dia main iron. kali ni bukan sy x rajin n bukan mengabihkan boreh tapi bg kami masa tu lebih berharga. balik saja dr penang nnti for sure banyak kene unpack n ada saki baki baju yg perlu dicuci (balik raya lelama umah msti sgt bersih, segar n semua baju tersusun rapi okeh :), then skrg sy dah siapkan things-to-do list utk sy buat balik saja ke kl. mmg sgt2 penuh. sy dah finalkan order2 biz raya sy kali ni. sbb balik dah hari rabu, sy akan terus ke daerah di hujung selangor untuk amik kerepek2 & biskut2 raya yg diorder, dan ke satu lagi daerah di hujung sempadan selangor utk amik semua tempahan kek-kek lapis tu semua. sy kene packing semua by customer even hantar terus ke office agent2 supaya snng agent2 sy kat office2 tu utk distribute kat customer. xyahlah depa nak bukak meja pulak kat office tu kan. n sy mesti deliver paling lwt jumaat tu jugak coz sy xmau simpan n nak bg fresh pd customer. so sy menjangkakan smpi jumaat tu mmg agak padat jadual sy la. then sabtu baru bole lega skit kot. time ni la nak kemas2 umah utk raya n packing smula utk balik raya. (hmm alamak langsir n carpet bila pulak nak anta cuci, aritu x sempat huhu) sbb ahadnya kami akan gerak balik jb umah sy 2/3 hari sebelum trus balik beraya kat pd. hmm mmg penuh n padat, so itulah sbbnya knp sy kene buat apa yg boleh dibuat kat utara ni utk meminimumkan tugas2 lain bila dah balik nnti. mudah2an semua perancangan berjalan lancar lah hendaknya :).. amin (saja letak gmbar mknn nak menguji org2 berpuasa, sbb bila lg sabar pahala lg bsr kan haha)
.
.

mknn fav sy n hubby kat param.. sy: asma rojak , hubby:murtabak (gambar google picts, dr web mat gebu yg slalu sy bkk carik resepi heheh)

.

agent2 sy esp abg sy n best fren sy yg mencatatkan tempahan tertinggi (macam la ada bg anugerah kan haha) utk aidilfitri kali ni sure menarik nafas lega sbb x sia2 diorang marketkan kek lapis n kerepek tradisional sy. sbb apa? sbb komisen n rezki diorang tu lepaslah duit minyak n tol balik raya (itu kalau duit tu msk tabung en.suami) ataupun dapat la wat beli baju raya si isteri 3/4 pasang. berbaloi kan? hehe alhamdulillah. slain dr komisen utk agent, seperti thn2 yg sudah sy akan bg FOC kek lapis n kuih muih raya kat customer2 sy. seronok bila dgr diorang suka dpt discount harga atau dpt free kek lapis. mudah2an diorang semua happy n doakan sy dimurahkan rezki lagi amiin.. kiranya tu zakat dr hasil biz raya lah kan. mudah2an insyaAllah. pejam celik kejap je dah hampir 2 minggu sy kat utara dgn hubby, plannya seawal subuh atau sahur-dan-subuh kat r&r, rabu depan ni (01/09) kami akan balik kl. tggl lagi 3 hari kat sini, mmg dah penuh plan n jadual hubby utk spent time dgn partners2 kat utara sblm masing2 cuti raya. hmm rajin pulak mengupdate blog pjg lebar hihi. sbb type post kali ni pulak dpn laut yg nampak penang bridge kot tu yg byk jer idea. oklah cukup la kali ni. ada assgmnt2 lain sy kene setelkan. tadi ada org nak blanja makan berbuka best kat sg.ara. yummy yummy. dah siap kol n booking table n dscs n makan apa. sume dah book kat pak husin tomyam sg.ara.. jijah d'viva TQVM okeh :)..

Saturday, August 21, 2010

buke-buki sana-sini :)


salam ramadhan ke 11..


sekejap je dah masuk pertengahan ramadhan. masa mmg sgt cepat berlalu.. xmau la bulan pose pun cepat je habis, sgt2 rugi kan. semoga sama2 lah kita semua dpt manfaatkan 19 hari baki ramadhan yg ada amiinn.. harini hari ke 5 sy di utara. hari pertama berbuka kat kulim, hari ke-2 berbuka kat sg.petani, semalam berbuka di alor setar & harini hubby ada urusan kat ipoh n insyaallah kami berbuka di Ipoh. xtau mana tempat best kat ipoh ni. yg penting syarat hubby, xmau berbuka mamaks n nak makanan melayu lor. rindu jugak nak masak, tp dah dpt cuti panjang ni cuti la kan. pasni jgn bg alasan lak xmau masak hehe. tp yg paling x best time nak bersahur lah kan. berbuka xde mslh n seronok jer (coz mknn dpn mata xyah msk haha, tp borink gak kgkdg tu rindu nak mkn mknn panas dr dapur mommy juju hihi).

.



nasi kukus ayam dara, fav y bila p bazar. sbb ni yg paling selamat coz ayam goreng panas2 n nasi kukus tu masih panas2 lagi. sgt serik beli lauk pastu sakit perut.


time sahur tu yg agak berat skit la bila berkelana ni, 1st day agak kepenatan coz ptg smlm nya baru smpi dr kl so x larat nak kuar awl pagi pi sahur. umah sewa kami kat juru autocity, ikutkan xde mslh byk kedai mkn 24hrs mcm nasi kandar pelita, mcd n ada few lg. so 1st day sahur minum milo (3 in 1), mkn kurma n biskut je. hari ke-2 mlm dah tapau mknn n pagi bgn sahur just heat balik je (oh ya sy mengangkut microwave skali utk travel kali ni yer hehe, dah pk snng utk sahur). sahur ke-3 mlm habis keje b4 balik umh singgah drive-thru mcd tapau 2 big-mac! yummy n pagi tu heat balik. tapi masa ni terjaga lewat tggl 15 minit nak azan, sempat mkn separuh jer. sib baik sempat minum air. hubby terkulat tgk sparuh lagi big mac dia tu ciannye hehe sory la dear letih balik dr alor setar dah tgh mlm.



kurma-sunnah nabi berbuka dgn tamar. x lupa sy bwk je bila berbuka kat luar, x semua restoran bermurah hati bg kurma free.

ok la tu je citer pasal makan. slain dr makan kelana ramadhan kami ni jugak buat kami rasa pengalaman berterawikh di beberapa negeri & daerah. n ada jugak yg kami terawikh kat RnR, sgt selesa jugak sbb RnR skrg kan surau dia sgt best. suka sgt ngan surau RnR plus skrg ni, klasik mcm kat kmpung coz solat atas pangkin besar n ada ventilation yg bagus. sejuk jer. ok lah tu saja update kali ni.

Tuesday, August 10, 2010

mood baru : ramadhan permulaan yang baik..

Salam ramadhan pada semua kawan2. pejam celik esk dah 1 ramadhan. malam ni bermula la kemeriahan solat terawikh, keistimewaan ramadhan yg membawa seribu rahmat dan fadhilat buat hamba-hambaNya. insyaAllah sy akan solat terawikh kat masjid yg cantik dekat jer ngan umah ni. tahun ni tahun terakhir kami berpuasa,berterawikh n aidilfitri kat rumah kami yg dah lebih 3 tahun kami duduk ni. insyaAllah hujung tahun ni kami pindah ke rumah sendiri di bangi. isk banyak sgt2 kenangan kat sini. mesti susah sy n hubby nak lupakan. kenangan pahit manis kehidupan seharian, jatuh bangun dlm bisnes, segala kenangan susah dan senang dlm usaha nak dpt baby n mcm2 lagi lah. semua tu sgt sinonim ngan apmnt kami ni. sampai terkadang sy x sbr jugak nak berhijrah, terasa mcm nak mulakan hidup baru. nak rasa fresh n lupakan yg jerih payah tu, yg sedih ker n nak jadi lagi +ve n semangat ngan hidup baru kami. bukan la sy kata byk knngn x best kat umh ni tp nak rasa angin baru..




cakap pasal mood baru bermula bulan mulia ramadhan ni, blog sy pun x ketinggalan nak muka baru heheh. mgkn sbb dah boring tgk muka lama sy pun jadi boring nak post kat blog. cm sy pnh story dulu kat umah ni pun sy bila dah boring mula la nak re-arrange perabot umh, kalo bole almari sume nak angkat sendiri. rasanya few times gak la hubby balik tetiba 'sudah tukar' hihi. so pendek kata blog pun nak nafas baru jugak kan. kehilangan sy yg agak lama ni sbnrnya antaranya kerana kebizian ngan biz raya tahun. sejak thn lps sy jd dealer kek lapis sarawak. smpi p sarawak la amik kek lapis. 3 bulan sblm raya sy dah booking ticket p ngan hubby, bonda sy n adik ipar. mcm2 n byk story kalo nak citer journey biz kek smpi seberang laut. tp syukur alhamdulillah sgt sgt sbb tahun ni few months b4 poser sy dah jumpa pembuat kek lapis sarawak kat semenanjung ni yg rasanya bole menandingi kek yg sy amik kat sarawak tu. syukur sgt. slain kek lapis sy jugak jual kerepek2 tradisi melayu yg sy amik dr sg.besar. kalau sesapa yg baca post sy ni n minat nak jadi agent ke, leh la contact sy. sy akan email catalog dia.

.
~kek lapis prune~
.

lagi satu pasal mood baru, sy n hubby decide nak jalani ramadhan sebahagian bulan ni di utara. hubby pun banyak urusan di utara n sy xmau la pose sgsorg kat sini n hubby kat sana. so insyaAllah mggu depan kami ke penang n mgkn balik smula 2 mggu sblm aidilfitri. Allah is the best planner, n terkebetulan pulak time ni nenek mikhael (baby kemanjaan kami tu) boleh jaga mikhael. mulanya bila 2/3 hari dia xde, sy ok je n keraskan je hati coz pk banyak urusan sy n hubby kene setelkan. tapi bila mak dia send gambar mikhael x semena mena jatuh air mata sy sgt2 rindu kat dia. mula la bila hubby sebut2 nama dia sy dah bergenang dah.. alamak, mcm ni ke rindu anak. ni baru anak yg 2 bulan lebih jaga dah syg sgt sgt. kalau anak yg kita kandung lagi la sygnya kan. mcm mana la boleh ada org x syg anak. b4 ke penang kami berdua decide nak p umah nenek dia jumpa mikhael lepaskan rindu n hantar mainan2 n bouncer dia. slm sy bersms ngan mak mikhael n tetiba mak mikhael tanya bila sy nak pindah. alamak sy x pnh bukak citer tp smpi juga brita kat dia. mulanya sy takut nak ckp awl2 coz takut dia x anta mikhael kat sy. tp sy btau la plan hujung thn ni n sgt sayu hati bila pk mikhael. dia kata dia pun sedih sbb mana nak carik org yg bole jaga anak dia mcm mana mmy n ddy syg dia, jaga mcm anak sendir. alamak lagilah sy meleleh air mata huhu. dia kata xpe la sesekali dia akan bwk mikhael dtg umah baru kami. alahai xmau la cmtu sure frust menongeng sy rindu kat dia haha. then sesaja la sy ckp kat sue, hantar la isnin n jumaat dtg amik. bila mikhael dah bsr sikit barulah anta kat org lain. kiranya hari keje dia leh la rehat sikit kan hihihi. tetiba dia kata ok jugak, tp kene tanya husband dia dulu. isk biar betul, tetiba berbunga hati sy. kalo betul mikhael bukan 'anak angkat siang' lagilah cm hubby slalu ckp tapi leh tukar 'anak angkat weekdays' hehe.. mmg kami dah syg sgt kat si comel tu tau. nenek dia kata mikhael dah ikut muka kami sikit2 dah.. hmm betul ke byk sy dgr baby ni sikit sebanyak dia kan ikut muka org yg syg n slalu dgn dia?.. wallahualam..