Friday, October 21, 2011







alhamdulillah smpi jugak kami bertiga ke sabah bercuti.


insyaAllah stori mori next entry ya..


Monday, October 17, 2011









senyuuuum :)....

cik baby anak dara sy ni mmg suke senyum, kalau agah sikit dah senyum. n skrg ni sgt suke gelak. smlm p queensbaymall carik brg nak travel, ntah nape happy sgt si kecik ni buat muka agah sikit je gelak bukan main bsr lagi. agak skit gelak. org lalu lalang pun seronok tgk dia. tapi senyum n gelak dia ni sgt la mahal. by the time amik camera nak snap picture or nak amik video dia akan stare jek kat hp ummi tu n but muka serious. dlm byk2 gmbr yg mmg dah byk dlm folder laptop n hp tu, ni la je 3 gambar senyum yg ummi smpt snap. n yg last skali tu je la yg betul2 senyum. tu pun lps dekat 5/6 kali snap moment yg sama. nnti sy korek lagi kot2 ada lagi. cik baby fathiah, pasni kalau ummi nak snap picture jgn shy2 ok cayang.. senyuumm :)





dek kerana cik baby fathiah saya ni pemalu, bila on jek video dia stop gelak. jadinya, ummi dia pun record la dia gelak tp letak hp atas sofa. dengar suara jek la yer.

Wednesday, October 12, 2011

jom cuti2 malaysia :)



salam everyone. smlm kami baru balik travel ke kl-pd. rasa semangat lak nak blogging bila rasa cam gud improvement kali ni pas balik travel, sbb b4 tghari dah siap 3/4 laundry haha. sbb rasa cm bgs sbb slalunya bila lwt ptg atau mlm balik travel mmg penat sgt n pagi la baru nak bukak beg2 travel (yg 3/5nya ialah brg2 si kecil ya). smlm smpi ptg kul 6pm, rest2 kejap n mkn laksa n cendol yg ditapau kat tmpt best dpn umah tu. sblm tu balik je cepat2 mandikan si kecil, memilkkan n tdokan. barula leh mkn2, aduhai laksa kali ni x best pulok. xpelah xde rezki kan. tapi cendol dia mmg terbaek la kan, nasib baik. after maghrib hubby ada urusan keje. tdokan cik baby sy pun terlelap, brg2 travel masih x berusik. tgh mlm terjaga rasa lega skit bdn n smgt je nak kemas. tu yg clearkan dapur n botl2 susu cik baby n keluarkan semua baju2 kotoq. tuu dia, 4 kategori baju telah berjaya dilonggokkan. dan longgokan tu bukan kecil ya. tu mendobi jugak kat umh mertua, kalo x mmg xde baju dah nak pakai. bukit paling tggi kategori baju2 basahan, so itulah yg direndam dulu dlm machine. sok pepagi drain n trus cuci 1 ke 2 ke 3 ke 4 trip then sidai. maka penuhlah balcony yg dan seminggu lebih kekosongan tu. dah mmg mcm kedai borong baju. pnh few times kluar area rumah balik tu saja lalu kat jln belakang yg nampak balcony tgkt blok kami dr luar. tu diaa snng nak kenal unit umh sbb balcony yg paling penuh ngan baju. ni mmg kes biasa after balik travel. teringin gak nak snap picas n upload tp isk malu sendiri la hihihi..


ok ok, nak story pasal cuti2 malaysia. sgh sggh lama rasanya kami berdua x pegi bercuti. kesibukan keje yg x menentu dan keselaluan travel dah rasa mcm2 cuti2 buat kami teringat balik almost 2 thn x btl2 pegi bercuti. the last was honeymoon ke rapa ntah kat pangkor island beach resot (pibr). ni mmg resort fav kami berdua. smpi 2x lah dtg sini. x jauh sgt, snng nak p, parking kete yg selamat, private beach yg bersih, cantik, resort sgt tnng menarik, mkn best n bunyi ombak yg dgt dr dlm bilik x henti siang mlm mmg betul2 menenagkanlah. tapi kali ni xmau la p pibr lagi. kali ni aim to habiskan menjejak negeri2 dlm malaysia, before nak berangan p luar msia pulak. puas lah pk b4 ni, nak p china la, nak p indon la. last2 pk habiskan jln msia dulu. so tempat yg kami 2-2 xpnh jejak lagi jadii pilihan, insyaAllah next week three of us akan fly ke sabah. bwk cik baby yg cukup 4 bulan. hubby kata ni kira posponed bday present utk ummi n celebrate 4th month bday utk little fathiah. ummi tambah celebrate 4th anniversary kita yg x jadi nak celebrate n plg penting skali EXCAPE dr kesibukan keje n nak tnng2 kan diri skit. owh sggh x sbr n agak mencabar coz 1st time nak fly ngan baby. so byk preparatin kene buat, eheh mcm nak p jauh sgt pun kan. flight 2hr15mins je pun. hopefully it will be n enjoyablen memorable holiday for us as one happy family amin :)









sunset view @pool right infront of our room, subhanallah cantikkan
pangkor island beach resort 2010

Monday, September 26, 2011

habit tdo baru..

cik baby sy ni ada habit tdo baru. kalau dah ngantuk sgt n nak tertdo sorang2, dia akan pegang puting dia n masukkan jari jemari dia jugak. dia hisap dua2, smpi bunyi berdecit-decit la pastu stop bila dah terlena. ummi dia perasan habit ni dlm 4/5 hari ni. kalau x cmni, kgkdg tu bila nak manja ummi yg kene kelek n topok smpi tertdo. kalau ummi topok xle dia buat habit ni.. fathiah, fathiah, macam2 akal skrg ni :D.. tu je story terbaru. till next post..




Tuesday, September 20, 2011

travelling with baby..

since lahir baby fathiah mmg dah banyak berjalan. masuk 3 month ni kalau highway plus tu dari hujung selatan tol terakhir kat skudai tu sampi la ke utara paling jauh setakat ni ke perlis. sejak sebulan dua ni especially masa uwan start keluar masuk wad n icu lagilah asik travel je. pokok2 kat tepi highway termasuk la gua2 tempurung tu pun dah kenal agaknya. as i mentioned in my previous entry biasanya kalau masuk kereta n dok dlm baby carrier dia mmg snng la cik baby tu tdo n sgt lena, boleh terus lena smpi destinasi 3 ke 4 jam tu. kdg kesian sgt lena sure lapar, ummi suakan je memilk dlm tdo boleh memilk n terus makin lena until smpi destinasi. now dah makin besar n jiwa nak explorer yg dr awal ummi dah nampak tu makin la ketara, dah sgt jarang la nak tdo lena sepanjang journey travel tu. sejam tu boleh la. pastu buat muka xmau dok dlm carrier. esp bila abi dia slowkan kete or stop lagi la bsr mata terjaga, dah xde rasa kene buai lagi. bila dukung bagi bangun mula tersengih je n happy benor dpt berdiri. kaki cik baby ni mmg dah kuat. since 2 bulan pun kalau mandi kuat dah berdiri. kalau kat rumah ni mandi dlm little bath tub (besen baby la ni) mmg snng la nak mandi coz ada bende alah yg cover dia baring dlm tu plus sgt suke bila cepuh2kan kaki dia dlm air. tapi bila travel xkan la nak angkut semua tu kan. n kalau kat umh omak ke kakak ke mana ke idok le ada besen baby bagai, syukur cik baby dah kuat berdiri mmg slalunya sepanjang mandi pegang dia diri je mandi. tp kene ready je la n pgg kuat2 kdg tu bila dah penat dia bengkokkan kaki jugak.

story pasal travel esp dr bulan puasa haritu mmg keje turun naik pd-kl-penang. n bbrp hari balik jb. mmg agak penat la travel. hubby penat driving. ummi penat pack-unpack, laundray n nomad sana sini n cik baby pun penat jugak asik di usung sana sini. mlm tadi kami smpi rumah dkt kul 10pm. kepenatan si kecil ni smpikan harini dia mmg tdo je sepanjang hari ni. pagi bangun pas mandi n memilk dido, pastu terjaga memilk then x smpi 10 min pas memilk dido, n smpi kul 4.30pm ni pun masih dido lagi pas memilk n burpkan dia. kalau kita yg bsr ni pun penat dia pun apa lagi kan. yelah kalau kat rumah tu dido atas tilam rata n depang tangan selesa dido, mmg fav position dia dido mcm ni. time travel tdo dlm carrier x cukup ruang gamaknya. then di dukung n pegang ke sana sini penat gak badan tu agaknya. smpi kan plan nak p tesco ptg ni dibatalkan sian tgk si baby yg kepenatan n lena btol dido. jgn malam karang x dido n ajak borak udaah la yer cik baby. mlm ni ada tetamu nak dtg umh. so ummi kene betul2 spring cleaning. balik travel biasalah byk sgt yg kene unpack n esp laundry baju. harini agak penat dgn keadaan cuaca yg mendung confrim basuh baju x kering n 2 bakul penuh kain termasuk kain yg tggl kat umh aritu n baju2 balik travel, terpaksalah angkat tangan anta dobi je baju2 tu. baju si baby n underwear je yg ummi cuci. hopefully ada cahaya la. ptg ni mmg hujan n mendung je. at least kene angin kering gak skit. esk pagi2 panas la tu kot. amin... ok2 udah la tu membebel umh x abis kemas lagi segan kat tetamu yg nak dtg tdo umh harini. seronok gak meriah skit ;)...

Wednesday, September 14, 2011

Baby fathiah makin chubby :D














kan betul dah besar tu, carrier fathiah pun dah penuh. x lama lagi kene la tukar quinny seat tu. rambut saya cacak2 mcm boy, kalau ummi x pakaikan headband mmg org kata boy. even dah pakai baju pink slalu org ingat sy baby boy. tggu la rambut sy pjg nnti ummi tocang 2 bg nmpak cm gegirl betul..



muka baru bangun dido.. owh morning oledi kah :D





setakat ni (moga2 berpanjangan la), fathiah mmg snng bwk jnjalan p mana. dok dlm stroller diam je n slalunya mmg nyenyak dido. kalau msuk kete lagilah, x smpt naik highway dah lena dah. kat umh ummi x bg cradle msk kete kene henjut best la tu. n x sia2 beli carrier yg selesa. so ummi n abi pun selesa nak jnjalan ihiks ;). pnh jgk few times ummi jnjalan berdua je ngan fathiah, best2 x byk ragam. leh jadi shopping companion dah bsr sok k.



Assalam semua...


lama ummi x update ttg baby fathiah. fathiah dah nak masuk 3 mths old. makin chubby, lahir 2.78kg, masa injection sbulan 4.0kg naik almost 1.3kg, cukup 2 bulan haritu masa bulan puasa kat PD berat fathiah dah 4.8kg, second month naik 0.8kg n tadi p klinik dah 5.3kg, naik 0.5kg dlm 3 mggu. tadi p klinik sbb bunyi nafas fathiah mcm x smooth tp x selsema. 1st time jd parent of course la risau n bunyi lain sikit terus jumpa doc, tgk ruam kat muka sikit pun en.hubby dah risau. doc kata xde apa, ada kahak skit n doc bg ubt cairkan kahak n ruam skit tu mgkn sbb panas je, xde apa yg serius. alhamdulillah. pagi kamis esk kami gerak smula balik PD sbb mil x stabil lagi n smlm msk hospital smula. mil kene operate msukkan tube kat perut utk buat capd, cuci darah guna air gantikan proses dialysis sblm ni. tukar guna air ikut perut sbb urat dah x sesuai guna utk cuci darah lagi. tetiba msk tgk ada infection n xleh operate. so kene admit tggu infection ok n tggu next wednesday pulak utk wat operation tu. smoga wan fathiah kuat smgt n cepat2 sihat. maksu kata mlm tadi tgh tdo wan ngigau sebut nama fathiah. wan rindu fathiah. masa wan sihat aritu selang 2/3 hari kol tanya kabar fathiah. alhamdulillah ramai syg kat anak ummi yg dah makin chubby ni. oklah nak berkemas n sesiap for next travel. baru je abis lipas sume baju2 dr travel yg lepas. masuk beg balik la jwbnya :D. hopefully ada kesempatan bolehla p beraya umh kwn2 ke kan :D. x smpt lagi nak raya memana..

Saturday, September 10, 2011

Salam Aidilfitri 1432H.. dugaan penuh hikmah buat kami semua..

Salam Aidilfitri & saya serta keluarga pohon maaf zahir batin atas segala kekurangan.. aidilfitri ke-5 selepas kawin kami kini bertiga, selepas 4 kali beraya berdua. syukur alhamdulillah. hati teruja nak beraya bertiga n macam2 planning. namun perancangan Allah lebih baik, cuti kami 22 hari sebelum 2 hari lepas baru balik penang dilalui dengan penuh ujian. bonda mertua sakit tenat di icu dan kami sekeluarga bergegas balik port dickson 3 hari sebelum hari yg kami rancang untuk balik. packing secara urgent sampaikan baju raya sy n hubby x sempat ambik kat dobi dan baju kurung raya baby fathiah x sempat siap n ambik kat kwn sy pn.liza yg tolong jahitkan baju kurung dia (mujur liza courier ke pd bbrapa hari lps tu). namun dlm keadaan mcm ni, kami semua adik beradik dan keluarga mmg xde mood raya n semua x sempat buat persiapan raya. segala planning buat n cari kuih raya, beli serunding raya kat pekan rabu, cari smping abi, n berbaju raya sedondon kaler merah bertiga di pagi raya kami lupakan dan tabah hadapi dugaan ini. dpt kol masa kami ber3 ke perlis hantar pesanan kek lapis sarawak pd agent sy kat perlis. rancang balik tu singgah pekan rabu beli mcm2 yg dah msuk dlm list termasuk la pesanan mama shila yg kirim pekasam. kami cancel semua n gegas balik penang utk packing. kak ngah kol inform mil dah kat icu n doc mintak signature utk benarkan segala proses perubatan dan kami terima sbrg risiko. anak2 juga dinasihatkan balik segera. ya rabb, hubby cukup x keruan mulanya nak naik flight balik jap b4 kemudian balik semula utk prepare balik raya. last2 pk baik packing terus n bwk la balik apa yg ada je. tu yg pukul 12am kami gerak balik n smpi pd dlm kul 4am ramadhan ke-18.

namun segalanya punya hikmah tersendiri. selama 3 minggu ni semua adik beradik berkumpul, bergilir menjaga dan teman mil di hospital. mil x ditinggalkan walau seminit,sehari 24 jam mmg ada yg jaga. kami buat shift, siang n malam berganti-ganti jaga omak. saya pun x ketinggalan 3 malam dan beberapa shift siang ber2 dgn hubby jaga mil n tinggalkan baby fathiah dgn kakak ipar, mak ngah mmg manjakan fathiah n fathiah rapat ngan mak ngah dr umur 1 hari lagi. lebih sebulan mil di hospital 3 minggu di hospital pd dan 2 minggu di hospital seremban. kami semua berkumpul di rumah kakak ipar kat pd jugak. masak2 ramai2, hantar mknn berbuka utk sesiapa yg turn jaga kat seremban. kdg berbuka reramai kat sebelah katil mak. mulanya sampi pd keadaan mil kdg stabil kdg tidak. kdg boleh berbual n mcm2 pesanan mil smpi sayu n sebak hati kami bila dia pesan mcm2. kdg mil gelak cerita mcm2 buat lawak. kdg ptgnya terus x sdr. basically mil mmg dah lebih 2 thn dialysis, selang 2 hari mmg ke hospital cuci drh melalui fistola, tapak cuci darah di tangan. bila fistola dah rosak bwk p hkl cek sblh tangan lagi pun dah x boleh buat tapak baru sbb x jmpa urat. sbb emergency doc tebuk tapak sementara di leher. mil dialysis guna wire di leher. masa tu dah 2 mggu mmg di hospital pd. hari kejadian yg mil msk icu n kami bergegas balik, mil ada komplikasi jantung masa tgh dialysis. darah membuak kuar dr leher n terus msk icu. selepas tu keadaan sekejap stabil sekeja tidak.

kemudian ujian sebenar bermula bila ramadhan ke-20 mil msk ke hospital seremban. kami semua smpi decide utk cari homestay kat seremban sbb kami mmg xmau tgglkan bonda. tp kemudian kami decide berulang dan bergilir dr pd. keadaan mil waktu tu payah sy nak cerita tp mmg x boleh ditinggalkan. 3 hari kami semua berbuka n bersahur x menentu. especially 2 hari awal mil di seremban. baby fathiah pun sama 3 hari dok hospital dr ptg smpi mlm, salin pampers, tukar baju semua atas kerusi luar wad. masa tu masih di wad 6b, kemudian lepas seminggu lebih baru dpt tukar ke wad kelas 1 yg lebih selesa utk mil n kami semua yg teman mak. ada sedikit ujian berupa gangguan smpi kami jemput seorang ustaz dr jb dtg mmbantu. syukur ustaz ni boleh dtg dan smpi skrg dah 3 kali ustaz dtg bantu kami semua. ustaz ni sy n hubby kenal waktu kami berubat secara tradisional di johor dlm usaha utk dpt baby. pendek cerita syukur alhamdulillah mil jauh lebih tenang n mgkn antara penyebab tu dan mgkin juga skali dgn close monitor n medication dr pakar di seremban nampaknya mil makin pulih. tapi mil masih terlalu lemah utk duduk n bangun sendiri. pampers, mandi berlap, bangun berpapah dan mkn bersuap sehinggala selasa lepas mil dibenarkan keluar. even dah balik rumah keadaan mil masih lemah. perhatian sepenuhnya diperlukan utk mil. syukur adik bongsu yg belajar di mesir balik lama utk cuti dialah yg paling byk berkorban jaga bonda esp bila kami dah kene balik lps raya ni. kakak abg sampi masa kene start kerja semula. rezki mil anak2 semua x jauh melainkan kami, family abg sulung kat sebelah rumah, family kak ngah kat pekan pd je, kami jauh di penang namun bekerja sendiri memudahkan kami arrange kerja n balik dlm keadaan sgt memerlukan ni, adik lelaki yg baru kawin bulan 3 haritu tggl di bangi n adik bongsu perempuan study kat mesir balik bercuti. kami ber2 bersyukur yg amat, sbb bekerja sendiri kami dpt juga 22 hari balik n bg masa utk bonda n keluarga. n hujung minggu ni kami akan balik lagi. tapi seminggu balik penang ni mmg hubby kene betuk2 arrange urusan kerja.

memang aidilfitri ini ujian buat kami sekeluarga, tapi bagi sy bila2 panjang umur lepas ni masih banyak aidilfitri boleh kita sambut namun masa paling berharga bersama keluarga dlm keadaan sukar ni jauh lebih berharga. semoga Allah tentukan yg terbaik utk bonda, doa kami agar bonda lebih baik, lebih sihat n kami semua masih punya cukup kesempatan utk membahagiakan bonda.

dlm kesibukan ni 25/08 bersamaan 25 ramadhan genap 4 tahun kami bergelar suami isteri. "happy 4th anniversary dear". semoga ikatan ini terus diberkati dan kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhir hayat, bahagia bukan ketika senang shj namun kebahagiaan punya teman bersama ketika sukar juga satu anugerah besar dr Illahi. syukur kami saling memahami dan membahagiakan walau kdg msg2 emosi x brapa stabil. tQ so much hubby sempat juga bwk saya balik jb sebelum raya sebelum kemudiannya tengahari raya pertama kami balik n9 semula terus ke hospital seremban dan sepanjang siang raya ke-2 smpi 10pm turn kami ber2 jaga bonda di hospital seremban. jasa dan pengorbanan bonda kepada setiap anak-anaknya jauh lebih besar, xkan mampu kita balas xkan sama pengorbanan yg cuba anak2 sumbangkan. semoga mil bahagia juga di hati kerana x putus ditemai kelima-lima anak dan menantu sepanjang masa2 sukarnya. Ya Rahman, Ya Rahim tentukan yg terbaik buat kami semua, amin yarabbalalamin..

Monday, August 8, 2011

bedtime story little princess..





salam ramadhan ke 9. diam x diam lebih seminggu ramadhan bersama kita. semoga baki 21 hari lagi dapat sama2 kita manfaatkan sebaiknya. ramadhan kali ni walaupun 4 hari awal encik suami outstation ke terengganu, ada jugak si kecil yg teman ummi. even ummi sahur n berbuka sgsorg ada jugak suara comel yg kdg2 berbunyi jugak bila kene tggl sgsrg lama2. tapi slama 4 hari berbuka sorg kat rumah tu baik jugak la baby fathiah ni, x la bising sgt dok sgsrg tapi sejak encik suami balik ni almost everyday time berbuka mesti xleh tggl sorg. mula2 hek hek sikit pastu makin kuat. tapi kalau dukung n makan sama2 diam je. sib baik ummi dah ada skill sebelah tgn dukung fathiah smbil bg susu, sebelah lagi boleh makan ke, masak ke (oh bahaya xle buat slalu), n kgkdg surfing jugak :). jadinya, pgg baby tgn kiri smbil bg susu, sebelah tangan lagi makan la. kdg2 x smpi hati abi dia makan cepat2 nak bg can ummi makan betul2. yup sejak hubby balik baby fathiah makin manja dgn abi dia. sgt sronok bila kene kelek. ptg2 sementara tggu sy masak, hubby akan bawak si kecil jalan2 naik tgkt 23 amik angin ke, x pun jnjalan tepi swimming pool. mana la fathiah x manja n kdg xleh letak sekejap esp time hubby ada kat umh. oklah sebenarnya harini ummi nak story psl bedtime storybook utk baby fathiah.






dah lama terpandangkan buku2 ni kat fb n onlineshop kawan sy tp x berkesempatan nak membeli n xde stok. kebetulan last week masa sy n fathiah SHJ (yup my first time shopping alone with baby-nnti ada entry lain), terasa nak masuk popular. mula x rasa nak carik buku apa2 tapi kuat betul attraction, dok pusing2 tetiba terpandang buku yg mmg sy nak sgt beli ni. gift pack 'siri selamat malam anakku', satu tu cerita-cerita menarik daripada Al-Quran & kisah-kisah daripada riwayat hidup Nabi Muhammad saw. illustrasi menarik n bagi kanak2 yg dah faham cerita sure mudah n menarik utk diorang dgr. even baby fathiah baru nak masuk 2 bulan n mmg x faham apa lagi but kata org dlm mendidik anak-anak 'its never too early' to start something. sbb baby sebesar ini siang pun byk tdo jadi x semestinya malam ummi bacakan. ikut sempat, kdg2 pagi lepas morning bath mesti nak susu pastu tdo. time bg memilk tu sy bacakan lah cerita2 menarik ni. mcm faham fathiah akan senyap je dgr, kdg dia tgk je muka ummi mcm nak memahamkan cerita saya. kita yg besar ni pun seronok baca, kdg2 ada cerita yg kita pun x jelas sebelum ni hihi. dalam dok sibuk urusan home management ni yg for sure x penah habis ni kdg terlepas jugak nak baca sehari. hopefully ummi makin pandai organize time ummi lepas ni n hari2 dpt bacakan books utk fathiah..

Friday, August 5, 2011

bukak mata besar besar :D..



selalu gambar tgh dido tutup mata or bukak kecik2. stakat ni ni gambar bukak mata paling besar yg ummi smpt amik.. tu je story, yg lain dlm draft lagi :D

Tuesday, August 2, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN..



salam ramadhan semua.. bulan rahmat bulan berkat bulan maghfirah
(bulan pengampunan), semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan2 yang lalu insyaAllah. bulan yang sangat ditunggu, mudah2an lambat masa berlalu di bulan ramadhan ni. keindahan, ketenangan dan kelebihannya dpt dinikmati tiap saat, x sama langsung dgn 11 bulan yang lainnya..