Sunday, March 14, 2010

ditelan mati emak, diluah mati bapak..

huhuhu.. takutnya dgr peribahasa ni kan.. 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.. yup, mmg benar kdg2 dlm hidup kita (of course sy sendiri) akan dtg satu masa bila kita sgt tersepit dan xtau samada patot utk diluahkan atau tidak, patot atau tidak sesuatu tindakan itu diambil. namun sy sedar hakikat yg kita takkan boleh memuskan hati semua pihak di sekeliling kita. bagi sy, mmg xkan boleh dan xkan mampu untuk kita pergi pada setiap individu untuk menerangkan apa yg berlaku, knp begitu, knp begini, terangkan semuanya agar tiada salah faham dan semua org memahami keadaan kita (dan tidak hanya memikirkan keadaan mereka sahaja!), tidak dan pastinya tak mungkin terjadi begitu.. namun bagi sy apa yg penting adalah kebahagiaan rumahtangga, hubungan suami&isteri itu sendiri n yg terlalu amat penting dijaga adalah kejujuran & kasih syg ikatan suci ini walau beribu orang disekitar kita melemparkan apa saja tanggapan. mereka semua xkan membantu andai kita susah, mereka xkan kisah andai kita suami&isteri bermasalah, mereka xkan dipertanggungjawabkan andai apa2 berlaku dlm institusi rumahtangga kita.. jadi knp perlu untuk kita terlalu menjaga hati pihak lain sekira dgn menjaga hati mereka kita sendiri akan merana dan menghadapi lebih banyak ketidak tentuan dlm hubungan kita. entry sy kali ini sedikit emo kan.. cuma sy rasa terpanggil untuk meluahkan rasa dan membangkitkan isu ini.


dulu saya ni seorang yg terlalu suka untuk memikirkan hati orang lain, korbankan itu, korbankan ini untuk kebahagaain semua org disekeliling sy (sebolehnya & semampu sy). sy sanggup ketepikan diri sy, menyusahkan dan memeningkan kepala sy memikirkan mslh2 org lain sehinggakan akhirnya bila dikenang sy sgt kurang masa utk memikirkan diri sy sendiri.. namun selepas berkawan rapat dan akhirnya mendirikan mahligai bahagia bersama suami tercinta, sedikit demi sedikit hubby byk mengubah persepsi sy ttg kehidupan ini. sy perlu belajar untuk memikirkan diri sendiri, memikirkan institusi baru kami yg sebenarnya jauh lebih penting. kami sama2 punya cita2 dan harapan besar untuk keluarga kecil kami (masih lagi kecil, insyaAllah akan bsr nanti). di mana semua harapan itu kami harus mulakan dari sekarang. priority kan kehidupan kami dulu sebelum terlalu korbankan diri untuk orang lain. dulu, sebolehnya sy cuba untuk tunaikan harapan org, ke sana & ke mari, begitu dan begini, x perlu lah sy sebut. sy cukup risau apa pandangan org pd sy, ehh aku buat mcm ni apa pulak si a kata, apa pulak perasaan si b yang mana akhirnya sy yg bengong. dan hari ini sy mengalami perasaan yg sama, di mana sy rasa 'macam2' atas bbrp keputusan yg dibuat yg melibat org2 tersayang di sekeliling sy. perit mendengar kata2 org, tanggapan orang, pedih menanggung rasa hati memikirkan segala dugaan (yg sbnrnya diluar kemampuan sy menentukannya) buat sy rasa x keruan seketika.. namun bila sy ingat kembali apa yg hubby pernah katakan, sy kembali tenang. sy buat keputusan 'itu' krn sy fikirkan kebahgiaan sy dan org tersayang. sy xmau perjudikan hubungan kami. walau terkadang sy terfikir fikir apa hikmah atas semua ini, knp semua ini terjadi dari awalnya. namun akhirnya sy tenang dan redha, pastinya semua ini adalah diluar kemampuan sy menentukannya. bila ia bukan dr kudrat st, pastinya ia adalah ketentuan dari Illahi di mana segala perancanganNya adalah yg terbaik untuk setiap hamba-hambaNya. pasti, pasti ada tersembunyi beribu hikmah atas segalanya. biar hari ini orang berkata, biar hari ini orang mengata, suatu hari insyaAllah kita semua akan tau hikmahnya atas segala kejadian yg belaku. andai tidak di sini, mungkin di sana nanti segala rahsia akan terungkai.. Ya tuhan, berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya.. alhamdulillah, sy punya teman hidup yg sy tenang senang dan bahagia berkongsi apa saja dgnnya walau kdg ada juga yg 'ditelan mati emak, diluahkan padanya mati bapak'.. tapi mungkin x salah apa saja sy tetap cuba luahkan sbb arwah ayah sy mmg dah 8 tahun meninggal dunia :p..

0 comments: