Monday, April 5, 2010

cobaan.. cobaan..


seperti yg dirancang, semalam sy&hubby n family abg sy ke klia nak jumpa bonda. bonda dijangka sampai jam 10.30 pagi n flight balik johor pukul 3pm. sy excited la sgt nak jumpa bonda. dr petang sabtu smpi tgh mlm nya sy sibuk buat kek (kegilaan sy skrg ni, termasuk yg ni dah 6 kali buat dlm ms 2 mggu, baru blajar kene slalu practise kan). sy buat kek badam n dark chocolate cake (upgrade skit dr resepi2 sblm ni).. dkt johor abg n kakak sy akan tggu bonda n kat jb ramai anak2 sdara. jadi sy pun tambah excited nak buat cup cake n 1st time try wat deco2 skit. mesti anak2 suka. sabtu tu dkt kul 2am jugak la sy tdo main ngan butter icing yg kaler2 tu. satu adunan dark choc cake tu sy dpt buat 2 buku kek, so cmpur kek badam tu jadik la 3. sy seronok even agak penat jugak la bila berjam jam berdiri.. sian kat hubby mlm tu kene kluar blikan sy butter x cukup heheh, tq dear. n pagi sblm p amik bonda sy ajak fmly abg bfast kat umh dulu. sy wat soto ayam, sy sronok bila ada tetamu dtg umh even penat sikit wat mcm2 rasa meriah n puas bila dpt jamu org mkn. yerla slalu msk utk berdua jer. kalau adik bradik yg lain pun dok dkt2 mesti tmbh meriah.. agak kelam kabut gak la pagi sy bangun awl siapkan soto, tq lagi tu hubby sbb tolong carik ayam heheh (sgt la halus2 yer, sabar sungguh.. kalo sy nak cpt bsr2 jer hihi).. lebih kurang kul 10am la jugak baru kami semua gerak ke klia. sy dah siapkan satu beg kek2 sy utk bagi bonda bwk balik jb. anak sdara sy balik asrama (smka bdr penawar) pun sempat p amik atok dia kat senai b4 balik asrama. so sy siapkanlah satu bekas cup cakes n kek utk dia bwk balik.


kek vanilla badam, dark choc cake n cuppies (1st time try deco..klakar jer rupa hihi)

sampi klia dlm jam 10.40am. kami semua trus ke arrival hall. skali tgk flight mas dr jeddah delay, n eta kul 1.09pm. so kami pun menunggu la kat situ, sib baik ada tmpt selesa utk anak2 lepak. terjengah jengah jugak mana la tau awal smpi. pas berlegar legar sampai kul 1pm ++, masih x nampak bayang bonda even dah bbrp trip jugak jemaah2 umrah kluar dr arrival hall tu. flight balik jb kul 3pm, sy dah mula x sedp hati. 2 kali sy n hubby naik kat departure hall tgk2 kot bonda n the geng trus tggu kat sana, tp xder. sy kol ustazah x dapat2.. sedih jugak la. then lebih kurg kol 2.30pm sy dpt kol bonda n bonda btau dia dah trus check in utk balik johor sbb flight delay smpi lambat x sempat nak kluar. rerupanya ada bbrp org makcik ni yg sempat kluar tp bonda x smpt nak ikut sbb bonda x biasa jalan2 kat klia ni. sian bonda bila dgr suara sedih sy. sy sampai ter emosi sungguh smlm. yerlah hampir 4 jam tggu penuh harapan nak jumpa bonda huhuhu. tetiba sy dgr announcement flight ke jb delay jam 3.55pm. so ada lebih kurang 1 jam lagi ms tu. sy cuba jugak carik jln nak jumpa bonda. sy jumpa pakcik pengawal yg jaga pintu check-in tu n buat muka kesian tanya cmne sy nak jumpa mak sy. sy cite dr a-z. tp pakcik tu ttp x bg, isk geram jugak sy xkan xde consideration. dia kata boleh kalau bonda sy kluar jap kat tgkt 3 then masuk balik kat sini. tp dia kata dia x advise sbb takot terlepas flight. siap tanya lagi brapa umur bonda sy, yerlah takot jln lmbt n x sempat. sy dgr je cmtu sy try kol bonda (few times jugak calling2), tp ditakdirkan xde org yg nak tolong bwk bonda keluar. sedih sgt sy time tu. bonda pun sgt terkilan sbb dah siapkan air zam zam n kurma utk sy n abg. sy dgn satu beg kek2 sy. huhuhu sgt2 la sedih. at last sy terima kenyataan xder rezki nak jumpa bonda. bak kata hubby, kita dah buat yg terbaikkan semua org sedih n terkilan jugak tp kene lah redha sbb bukan slh sesiapa pun. (tapi yg sy terkilan tu, xde sapa nak tolong bwk bonda kluar jap jumpa anak.. bukan xde yg muda2 ikut skali group tu tp bila bonda tanya kata x boleh kluar dah). sy yg ter emo tu senyap jer sepanjang jln kluar. pas solat zuhur lebih krg kul 3.30 jgk kami kluar dr klia n trus p r&r dengkil utk mkn tghari (x makan lagi ok, tu yg rasa nak telan org jer td).. spnjang jln sy senyap jer n moody sgt, sian kat hubby sy x layan dia langsung. dipendekkan cerita slowly sy dpt terima kenyataan n akhirnya redha dgn ketentuanNya. yerlah, semua yg jadi ni pun mesti ada hikmahnya kan.. kalau kami ber2 bukan dlm pantang, mmg smlm jugak hubby nak bwk sy balik jb, tapi semua ni menuntut pengorbanan dr kami. bak kata hubby kita ada mission yg lagi besar so kene la sabar.



sesi penantian penuh harapan.. qiha & nina.. (yg dgn beg merah tu hubby sy, dlm beg tu penuh kek2)

ok dlm sy terfikir apa hikmah atas semua ni sy teringin kakak ipar sy smlm ada kata yg kwn dia slalu p kompleks tabung haji kelana jaya beli air zam zam. so pagi tadi sy pun google la kat mana lagi leh dpt air zam zam yg dekat skit. alhamdulillah, sy jumpa info kat sini (susuibu.com) yg kita boleh beli air zam zam kat bangunan tabung haji kat jln tun razak. dlm google2 tu mcm2 cerita pengalaman org yg dpt khasiat air zam zam ni. yg paling menarik perhatian sy bila ada sorg mmy ni kata masa minum air zam zam dia niat supaya Allah banyakkan susu utk dia susukan baby dia. n subhanallah, esknya dia dpt pam 7oz!! di mana sblm ni paling byk pun dia dpt 3oz skali pump.. subhanallah, semua kuasaNya kan. kuatkan lagi semangat sy nak ajak hubby p bangunan tabung haji nak beli air zam zam. oh ya air zam zam ni seperti yg semua tau kerajaan arab saudi bagi percuma pada semua umat islam yg dtg ke tanah suci, namun kita beli di sini sebagai bayaran kpd kos2 pengangkutan dan pengurusan utk dibawa ke sini. dah tau boleh dpt kat kl, insyaAllah nak slalu amalkan..


kat r&r dengkil, sejuk hati tgk muka si comel berdua ni...

2 comments:

[amiza malik] said...

aja buat cupcakes haibat

mommy juju said...

nampak haibat, rasa? xtau la, lg haibat kot hihi.. ada sth lg k.ju blajar buat mcm2 ok, ayu balik k.ju buat semua :)