##entry ini sy dah taip few weeks lepas(6/7), baru harini siap edit n post hehe :)
salam everyone...
nasib baik cepat, kalau x 12 hari lagi cukuplah 2 bulan blog ni statik. sy bersiaran live dr penang. dah 4 hari balik dr jb, lps sebulan lebih dok umah bonda. dok rumah mak mmg best, bgn pagi sarapan dah siap je atas meja. bukan sbb bgn lambat tp bonda kul 6am dah siapkan sarapan sbb anak2 sdara yg dok ngan bonda nak p skolah. maksu sgt seronok n makin manja la. cuma yg kurang sronok drpd sebulan lebih dok umh tu hanya seminggu yg sgt selera makan selebihnya oh mmg x lalu makan. sejak kuar kpj penang 2 bulan lps tu balik terus sindrom x lalu makan. tengok je org makan. masa tu tahan jela, xpelah demi adik fathiah kt dalam tu sabar je la. kdg boleh makan yg merepek je la, mcm mee goreng ke, rojak asma ke (kt johor glamer), laksa johor ke n mengidam keropok lekor balik pulau hehe, yg penting bukan nasi! kalau bau nasi pun dah x lalu cmne nak makan. kdg2 paksa2 jugak telan. dr keluar hspital smpi sebulan kat umh dekat sebulan stgh jugak mcm tu. tapi bambam depan n belakang naik sungguh, idokle x makan badan kurus. sbb x mkn nasik bdn x larat sgt, byk rest n syukur kat umh jb ramai melayan si kecil. balik2 je school holiday 2 org sepupu fathiah balik asrama campur 2 org lagi kat umh dgn atoknya maklongnya mmg ramai la yg melayan n sgt manja buah hati sy tu. tule cabaran balik ni xleh jauh ngan ummi, ummi dah lah kene buat spring cleaning yg sgt hebat pas sebulan lebih tgglkan umh ni. dgn brg2 berkotak2 n berbegbeg bwk balik sgt byk la kejenya. time fathiah dido je agak smooth skit leh focus. (tp pg ni time dia dido trasa nak blogging lak hehe)..
mula pk nak stay smpi deliver kat jb hujung tahun, pastu pulak pk bila kuat skit nak balik dah. owh sungguh la x boleh nak berjauhan dgn diri sy separuh lagi tu. since kawin aug 2007, dkt 5 tahun dah paling lama kami jauh ms hubby p umrah awal tahun aritu dekat 2 mggu jauh. kali ni sebulan lebih even almost every week hubby balik jb tp x sama. smpi pk pasni kalau pregnant lagi xpelah dok umh sendiri n pandai2 la jaga diri. ngada2 kan :). mgkn sbb almost 4 years kami hidup ber2 je sebelum ada fathiah, sume susah snng sama2. byk share sama2 n mcm2 dah lalu, rasa sgt la x lgkp kalau jauh. asam garam tu biasalah, tp kalau jauh tersgt la windu :P.
oklah xmau bebel byk2 la, byk keje lagi. nnti la sambung. sy balik sbb mission dah berakhir. kali ni bukan rezeki kami. sy hilang baby sy masa week 14, 3 bulan setengah je sempat rasa. apa pun alhamdulillah, ni pengalaman pregnant paling lama lepas 2 kali miscarriages dulu waktu week5-6. sy dah recover, syukur. sy xmau cite sdih2 sbb sy n hubby lebih tenang menerima ujian ni kali ni even kalau ikutkan sgt la perit sbb harapan agak tinggi bila dah msk 2nd trimester serta pengalaman miscarriage kali ni sgt sakit dan tragis, it happened on my husband's birthday. midnight tu suppose sy call dia utk wish birthday, tp masa tula sy ditolak masuk operation theatre regency hospital seri alam, masai jb. dlm keadaan yg sgt lemah dan sakit n husband rushing drive balik jb dr kl. (masa tu 2 hari hubby ada kat kl n on that day dia busy dgn training ada exam, which if he pass the exam he will entitle to get free trip to vietnam. so even dr ptg dah sakit, sgt tahan la xmau btau hubby sbb nak dia concerntrate dgn exam n syukur berbaloi, hubby passed the exam n got the free trip to vietnam on next oct, yeay!..) tp disebalik ujian ni ada rahmat pastinya. kami positive. sy tengok waktu hubby kuat tahan perasaan balik semula penang 2 hari lepas dnc tu sayu sgt hati tahan je xmo nangis ms hantar hubby kat kene (tp bila dah lepas je oh nasib baik bonda ada tenangkan sy), sy harus jadi kuat jugak. Allah itu Maha Penyayang, ujian tanda perhatian Dia pada kita. tanda kasih dan sayangNya. syukur masih diberi perhatian dan peringatan utk lebih dekat denganNya..
saya sgt2 terkesan dengan makna ayat 30-38 surah al-fussilat. ayat ini cukup memberi kekuatan pada saya. waktu sy sedih dan agak tertekan, sy doa pada Allah swt beri saya kekuatan dan keyakinan serta jawapan atas segala ketentuanNya ini, kemudian sy terus bukak tafsir quran sy dan jari serta mata sy terus terarah pada ayat tersebut. SUBHANALLAH, sungguh Dia memberi jawapan atas doa saya. syukur. saya sgt percaya pada quranic law of attraction, sgt hebat kuasa kitab suci ini. 3 minggu selepas itu ada seorang ustaz yg kami jumpa, beri beberapa ayat quran utk kami amalkan. dan sekali lagi sy sgt terkejut bila ayat 30~38 dr surah al-fussilat tersebut termasuk dlm ayat2 yg disarankan kami untuk amalkan waktu malam selepas solat. hati saya jadi kuat dan semakin mengkagumi kekuasaanNya, mukjizat al-Quran.. sy sgt sgt tersentuh smpi menitis air mata sy bila pertama kali semak smula ayat2 yg disarankan utk kami amalkan.. subhanAllah subhanAllah.. semoga Dia menggantikan kehilangan ini dengan sesuatu kurniaan yg lebih baik, insyaAllah.. bukankah Allah swt menjanjikan ganjaran yg lebih baik andai kita sabar dengan ujianNya, mudah2an aminn. kami takkan berhenti berharap, berusaha dan berdoa padaNya.. namun sgt syukur kehadiran si comel fathiah yg makin bijak dengan keletahnya baanyak sgt mengubat hati sy dan hubby. mgkin fathiah belum cukup bermanja lagi agaknya :). kehadiran fathiah membawa rezeki, antaranya saya pregnant 2x tahun ni even sy kehilangan kedua-duanya tapi sy percaya Dia sedang melaksanakan aturan terbaiknya buat kami...
# tickers kat sebelah tu syg lah nak remove, xpelah sy biar je lah yer. in memory
# tickers kat sebelah tu syg lah nak remove, xpelah sy biar je lah yer. in memory
0 comments:
Post a Comment