Thursday, May 5, 2011

UMRAH 2011: 1) Penang-PD-KLIA-Abu Dhabi-Jeddah


ALHAMDULILLAH syukur pada illahi sy dan suami serta semua rombongan kumpulan kami dr tabung haji travel selamat tiba di bumi madinah al-munawwarah pada jam 11.30am (4.30pm) waktu saudi (14/04/11). Perjalanan kami bermula pada hari isnin 11/04 kami bertolak dari rumah di butterworth ke rumah mertua di port dickson. Sebelum tu sempat singgah di kl utk hantar tempahan baju melayu hubby utk kenduri kawin adik lelaki hubby 01/05. N sempat la cari jubah seluar sy even payah skit nak jumpa di sana. Malam kami sampai PD. Selasa final packing n persiapan sebelum sebelah malamnya kami buat tahlil dan doa selamat di masjid kg.sawah, PD. Drpd awal ayah mertua dah tempah semua makanan utk jemaah masjid yg dtg. Kami buat di masjid supaya x terlalu sibuk di rumah. Alhamdulillah lebih kurang 40 jemaah masjid yang datang dan sama-sama mendoakan keselamatan dan kemudahan perjalanan kami. Rabu pagi sy dah siap iron baju n siap finalkan semua packing. Lepas zuhur lebih kurang pukul 3pm, fmly dah siapkan teh’o dan beli sikit kuih muih utk org2 masjid dan jiran yang akan dtg menghantar waktu kami keluar. Mulanya segan jugak sy bila tau mmg budaya kat sini umrah atau haji mmg akan ada org masjid yg dtg, bacakan doa masa kami nak keluar dan akan mengalunkan azan. Agak terharu jugaklah bila ayah mertua dan aturkan semuanya. Lebih kurang 10 orang yang datang termasuk imam masjid yang membacakan doa. Kami pergi ke klia 1 kereta dgn kakak ipar sy, ayah mertua dan 3 orang anak sedara. Minggu bekerja dan family sy jauh kat JB jadi x dpt hantar. Xpe klia pun bukan jauh sgt, kami gerak 4pm dr PD even ada sesak sikit dlm jam 5.10pm kami dah sampai level 3 klia. 5.40pm semua rombongan umrah tabung haji travel berkumpul di kaunter G21 utk ambil tag beg, tag nama & boarding pass. Di sini barulah kami jumpa dgn rombongan yang lain dalam 28 orang yg akan sama2 kami sepanjang 13 hari perjalanan. Kebanyakannya middle age, kami pasangan suami isteri paling muda slain bbrp orang anak2 umur 15-20 yg dtg dgn mak ayah. Bersama dgn seorang pengiring lelaki dr tabung haji travel.
.



terima kasih semua qariah masjid kg.sawah PD yg dtg mmbacakan tahlil dan doa selamat, mendoakan keselamatan perjalanan kami suami isteri.





Jemaah masjid dan imam yg dtg bacakan doa (terharu mcm nak p haji je :)



Lebih kurang jam 6.15pm kami check-in, lalu imigresen n kastam then naik tren sampai ke klia international boarding terminal lebih kurang jam 7.15pm. hubby pegi solat jama’ maghrib & isya’. Mcm sy story kat entry ini, sy dah hampir 2 bulan setengah x uzur. Then Allah knows the best, hari ahad 10/04 kat rumah penang sy start uzur. Mulanya sy agak sedih sebab bertolak dlm keadaan x bersih, tp tentunya Allah tahu yang terbaik dan even sy doa semoga suci sblm pergi n disana tp hikmahnya sy uzur dari sebelum bergerak. Hari pertama biasanya sgt sedikit, tp syukur 1st day dah heavy flow n mudah2an cepat habis. 2 hari sebelumnya sy sengugut n emosi sgt tidak stabil, jd sensitif sgt n tu yg sampai post sy cerita pasal ni, ahaks. Rupanya nak period. Sampai hari rabu nak bertolak pun masih ada sedikit lagi x habis, sy tawakkal tapi dlm flight sy keep on baca doa berhentikan darah haid yang ustaz bagi dlm buku rujukan tabung haji travel. Dalam flight dr kl-abu dhabi selama 8 jam perut sy agak sakit, rasa senggugut dan krg selesa sikit. Tp alhamdulillah semua under control. Flight agak penuh, seat 2 di sebelah kiri tiga di tengah dan 2 di sebelah kanan. Sy dapat duduk dkt window sebelah kanan tapi hubby duduk kat seat tgh dpn sy sikit. Sedih gak x dpt duduk skali tpsy x henti harap n doa dpt duduk sblh hubby. Xtau lelaki ke prmpuan ddk sblh sy, dlm hati x henti ‘rabbi yasir walatuassir, rabbi tammimbilkhair’ semoga Allah permudahkan n ada jln kami ddk sama spnjng 8 jam journey ni. Hehe ngengada bukan jauh sgt pun :P Sy ingat kalau lelaki ddk sblh sy ada pelung lah. Tapi kemudian dtg sorang makcik group kami jugak ddk sblh sy, owh ok xpelah sy trima je drpd lelaki lg payah kot dia xmau tukar kan. Tapi tetiba syukur sgt2 rupa2nya yg ddk sblh hubby sy kat seat tgh tu suami makcik ni then pas dscs2 skit dia tukar ddk tmpt hubby sy, yeaay dpt dok ngan hubby heee :).
.
Sepanjang 8 jam journey tdo n jaga few times, mkn dlm etihad airways alhamdulillah sedap. Pasta dia sgt sedap n paling best n x pnh jumpa muffin panas dia yg sgt sedap n ada cream kat bwh cup tu. Smpt jugak habiskan tgk movie ‘bila cinta bertasbih’. Tgk sparuh x larat tdoq dulu then b4 take-off sempat habiskan. Sambil tdo dgr bacaan quran tenang skit rasa. Sampai di abu dhabi jam 12.30am waktu abu dhabi (4.30am lebih krg waktu msia). Agak letih kemudian lps imigresen kami terus ke boarding area tggu next flight etihad ke jeddah. Lebih krg jam 1.10am start check-in utk flight kedua kami ke jeddah yg memakan masa lebih krg 2 jam. Sementara tggu tu ramai la org yg sama2 nak menunaikan umrah, dari south africa, kazakhtan & russia. Ada seorang kazakhtan ni admire btl kat en.suami ahaks, even ckp mcm ayam n itik asik bersoal jawab. Klakarnya dia x paham english n hubby pun x paham bahasa dia tp dia sik nak menanya. Cuma paham bila ckp umrah, malizia, bila dia sebuat ke-empat-empat mazhab hubby jawab syafie dan kita tunjuk diri dia then kata hambali. So faham la dia mazhab hambali. Then dia ada nak tanya kalau x salah faham kami soalan dia (dlm bahasa isyarat tu) tanya brp cost dr jeddah ke madinah. Kami yg xtau pun exactly brapa sbb semua dlm pakej tp xtau nak trgkan mcm mana. Dia keep on tanya smpi buat isyarat kapal terbang haha, klakar jugak. Kumpulan kazakhtan tadi dr jeddah akan terus ke makkah jadi dr abu dhabi tu mereka dah salin pakaian ihram bagi lelaki. Sbb atas flight nanti bila lalu di ‘qarnul manazil’ mereka dah kene niat. ‘qarnul manazil’ adalah tempat miqat:berniat umrah atau haji bagi tetamu Allah yang akan masuk ke makkah dr luar makkah. Bagi kami, kami akan ke madinah 3 hari dulu kemudian baru gerak naik bas ke makkah. Dlm perjalanan bas tu kami akan bermiqat di bir ali. Tempat miqat ni adalah sempanan antara tanah halal dan tanah haram makkah. Kalau naik flight td diorang trus sampi ke makkah jadi wajib niat di atas flight setentang dgn ‘qarnul manazil’. Pilot ada buat announcement bila sampai di kwsn udara sttg dgnnya. Andainya kita dah smpi tanah haram makkah dan ingin buat umrah lagi, selepas umrah wajib yang pertama, jemaah perlu keluar ke sempadan tanah halal dan tanah haram makkah di 3 tempat iaitu paling dekat di tan’im, jakranah dan hudaibiyah. Di luar masjidilharam banyak teksi, van dan kenderaan sapu yg sedai 24jam andai kita nak pegi miqat. Kami belum smpi lagi tanah haram makkah tp ustaz yg cerita. Bila smpi kwsn miqat di salah satu drpd 3 masjid yg sy sebut tadi, boleh smbahyang sunat ihram dan niat ihram. ‘nawaitu umratalillah waihram tubiha lillahitaala’. Kemudian teksi akan bwk semula ke masjidilharam utk kita sempurnakan tawaf, saie dan bercukur utk melengkapkan satu umrah. Semoga sy betul2 suci sebelum gerak ke makkah sabtu ni.
.





excited :).. at KLIA

transit @ abu dhabi.. mmbincangkan mslh ummah sedunia dgn muslim kazakhstan :D





naik bas dr airport Jeddah ke Madinah.. pnt sbnrnya journey hmpir 24 jam sblm sampai ke Madinah jam 11am waktu Madinah, tp sgt teruja x sbr nak smpi bumi Rasulullah swt dan Sahabat ..





Wednesday, May 4, 2011

alhamdulillah i'm back.. :)



alhamdulillah sy n hubby slamat pulang dr menunaikan umrah pd 25/04/2011. urusan kenduri kawin adik lelaki hubby di rumah mertua pd 01/05/2011 pun dah selesai n semalam kami berdua dah sampi ke butterworth. rindu dkt rumah, tgglkan 24 hari. insyaAllah sy akan share perjalanan umrah kami ni. sy akan buat post2 bersiri utk berkongsi perjalanan kami dgn readers semua. sblm tu apa yg sy boleh ckp, berkunjung ke tanah haram madinah dan tanah haram makkah menunaikan umrah takkan sama dengan bercuti ke mana shj tempat lain dlm dunia. satu perasaan yg sgt hebat dan tenang akan kita rasa bila pertama kali memandang kaabah, rumah Allah. sepanjang 13 hari di sana, mmg x ingat mslh lain. target setiap hari nak dpt solat n berdoa di tempat2 mustajab doa, raudhah:satu drpd taman2 syurga di masjid nabawi, multazam:antara hajar aswad dan pintu kaabah, hijr ismail, bawah pancuran emas, dalam masjidilharam. di masjidilharam tiada waktu yg diharamkan solat sunat, tiap masa boleh solat hajat, air zam-zam sana sini tiap 10meter dlm masjid, sejuk n segar, paling sy rindu solat subuh jam 5am berjemaah dgn kicauan burung2 kecil di atas kaabah dan suara imam masjidilharam yg sgt syahdu membaca ayat2 quran, buat sy rasa sebak sgt masa solat subuh terakhir 24/04 pagi terakhir kami sebelum balik. insyaAllah sy akan berkongsi dlm next2 post ya. dah berpuluh kali sy n hubby ulang tayang tengok balik gambar2 n video2 kami. mmg sgt rindu utk dtg lagi..

Sunday, April 10, 2011

persiapan terakhir.. update treatment

salam readers. harini hari ahad 10/04, tggl lagi 3 hari sebelum berangkat. harini hari terakhir sy nak buat final packing sebelum awal pagi isnin esok kami bergerak ke kl then ke pd umh mertua sy. owh agak risau jgk memikirkan persiapan, checklist x semua habis tick lagi. so harini kene struggle la. mlm tadi sy dah settlekan brg2 en.suami, lega skit. baru lah le focus brg sendiri n etcetra etcetra. ni ptg baru balik p bli brg2 skit2 lagi. ada saja yg tggl. basically brg2 dah 90% ada, esk skiiit je lg nak cari kat jln tar kl. bila tgk baju2 dah masuk dlm beg alhamdulillah byk lega hati ni. kalo x srabut je tgk, pdahal xde apa yg nak dirisau pun. pagi smlm kami pergi final taklimat dr pihak tabung haji kat masjid seberang jaya. better clear picture ttg perjalanan dr mula sampai balik. explaination siap dgn gambar2 perjalanan n kat sana, bolehla dibayangkan. semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah. dah agak lama sy x update ttg perkembangan usaha sy yg sy byk story kat sini. last story sy cerita tgg laparoscopy yg sy buat di kpj penang specialist. sy buat operation tu pd 25jan, hari ke 6 sy period. sampai laa ni sy masih x period lagi. dah lebih 2 bulan stgh. bila lewat bbrp minggu sampaikan lewat sebulan (kalau ikut cycle 30 days) sy masih cool lagi sbb 2/3 cycle sblm ni mmg lewat sampai sebulan lebih. tapi bila sy buat upt result ttp negative. last upt yg sy buat x slh 2 mggu lps then bila still result yg sama, hubby kata better pegi smula jumpa dr.fawziah. sy cukup berserah dan tawakkal pd Allah. yang sy sgt sgt harapkan sepanjang sy berada dibumi madinah dan makkah, sy benar2 suci dan dpt manfaatkan peluang utk beribadah. andai mmg period sy lewat biarlah sy uzur sblm pergi. andai ada sbb atau rahsia lain, sy pohon padaNya agar dipeliharakan segala-galanya. hati sy terlalu kuat untuk pergi. jumpa doc sy britau upt -ve, then doc just scan. doc kata x nmpak apa2 tanda pregnant but at the same time xde tanda2 nak period jugak, meaning dinding rahim sy x menebal sgt. doc bg duphaston n suruh sy mkn 5 hari, then paling lewat 2 minggu sy akan period. then bila period, on 2nd day jumpa doc smula n start the treatment dr awl cycle dgn dr.fawziah. then sy pandang hubby n hubby pandang sy. sampi doc pun confuse n dgn muka serious n x puas hati dia tanya kalau sy x faham explaination dia. then sy story yg sy akan ke umrah 2 minggu lagi. doc pun faham n of course sy nak dlm keadaan bersih di sana. sy bitau doc sy xmau mkn ubat tahan period sbb cycle period sy sendiri pun x konsisten n mmg dah sgt lewat xmau jd lg teruk. dr advise sy biarkan saja, kalau mmg nak period let it come out naturally, x perlu mkn apa2 ubat sblm pergi umrah ni. then if let say u period di di sana, mkn dupahston ni 2 biji sehari sampi darah stop. duphaston ni akan cepatkan darah berhenti kata dr. if u x period then balik baru start makan. sy faham. tapi jauh di sudut hati saya, sy sgt sgt pohom padaNya agar sy suci dr sebelum n sepenuh hari sy di sana. andai mmg sy masih belum ada tanda apa2 biarlah period bila balik nanti. namun jauuh di sudut hati ttp sy mengharapkan keajaiban dan belas ihsanNya untuk memberikan berita yg terbaik. sy tawakkal atas segala ketentuanNya. macam2 boleh berlaku kan. ustaz yg bagi kuliah n taklimat umrah pun x advise utk perempuan makan ubat tahan uzur, 'berdoa' lah.. insyaAllah Dia maha mendengar. apatah lagi niat kita utk mendekatkan diri denganNya. insyaAllah Dia takkan hampakan, apatah lagi hamba-hambanya dtg untuk mendekatiNya. bukan kah selangkah kita menghampiriNya, seribu langkah Dia semakin dekat dgn kita. insyaAllah..

kenapa perempuan mudah menangis..

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: . "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. . Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. . "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. . "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. . "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. . "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. . "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? . "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. . "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan." . ********************************************************** owh,lately sy jadi sgt sensitif, mudah sgt mengalirkan air mata. sensitif sungguh hati ni. air mata sensitif merajuk dgn si dia, menangis dihadapanNya, menangis mengharap, menangis mengenangkan macam-macam perkara, menangis teringatkan allahyarham ayahanda, owh kadang menangis mengenangkan jauh dr keluarga (mcm homesick time ddk hostel sekolah dulu pun ada bila pk balik, mcm x sesuai :), mudah sungguh mutiara mata ni jatuh... banyak betul perasaan yang nak dicurahkan. mudah2an sensitif ni tak terbawa di sana, mudah2an air mata yg jatuh pun kerana mengenangkan kekerdilan diri waktu megadapNya, memohon sepenuh pengharapan atas pengampunan dosa, memohon dikabulkan segala hajat dan harapan yang dibawa. bukan semata hajat saya dan suami, byk juga bawa hajat kawan2 dan kaum keluarga. kawan-kawan, insyaAllah sy cuba sebaiknya untuk sampaikan hajat dan bacakan text2 doa kiriman kwn2 (u know who u r :) tu ya. andai ada readers blog sy yg ingin kirimkan hajat, email me ok mommy.juju@yahoo.com (esk pg2 sy dah gerak jd andai teringin nak kirim doa email me harini ya, esk pg last sy bkk email. antara kita saja yg tau. special utk reader sy). insyaAllah sy cuba sampaikan, semoga dgn menyampaikan hajat kawan-kawan, hajat kami juga Allah mudahkan.. insyaAllah

Friday, April 8, 2011

DECIDE TODAY!!



hav u ever make any quick decisive decision?.. the important one n has a significant impact to ur family.. sy nak berkongsi dgn kwn2 ttg keputusan besar dan penting yg sy pernah buat, dlm masa yg singkat dan penuh tawakal tanpa sy pasti apa yg akan berlaku di hadapan. namun syukur selepas bbrapa lama, lepas satu dan satu kebaikan daripadanya membuatkan sy yakin ini keputusan terbaik yang sy ambil.. sebelum sy share in next entry, jom kita baca skit ttg 'steps to be decisive' yang sy copy-paste kan dari sini..


“It is the moment of decision that your destiny is shaped.“

- Anthony Robbins

Life can oftentimes feel overwhelming, especially when we face many options, pending decisions, and countless unknowns. Making a decision can seem daunting, and even scary, when you consider the long list of impacts your decision will have. We feel clouded in mind-created confusion and incapacitated by the fear of the consequences. It can be easy to get caught in the turmoil of reaching a conclusion, however I know you will find that a decision is as easy, or as complicated, as we choose it to be. Our life path is shaped by the decisions we make in every moment. If we are not conscious in the decisions we make, then we feel as if we are endlessly drifting in our unconscious bubble, feeling helplessly hopeful, yet afraid to face the unknown. Burst the bubble, take control, and decide to be decisive. The perceived ability to make a clear decision comes with the choice and belief that you are Decisive. Clarity has power and making an unquestionable decision gives you energy. This absolute energy will attract the resources and support you need to carry out that decision. When you are clear and sharp on your decision, others will not second guess you; instead, they’ll back you up. There is no magic in developing the ability to be decisive. It is simply a mindset; a mental attitude that comes with practice and persistence.


The following are techniques I personally use to gain clarity. I have found them to be helpful in helping me become more decisive.


1.Believe – Tell yourself that you are Decisive. Stop telling yourself (and other people) that you are indecisive. It’s a great story but it doesn’t help you much if you really want to make fast, firm decisions.


2.Visualize – Visualize yourself as a confident and decisive person who is able to make quick and firm decisions. Go ahead, close your eyes, see yourself in decisive action. “What do you look like on the outside?” “How do you feel on the inside?”


3.“No Bad Decisions” – Recognize that there are no ‘bad’ decisions. Have faith that no matter which decision you choose, that there is a beautiful lesson behind it, and that you will benefit from it, regardless of its potential outcome. Action beats inaction.


4.Be Brave – Don’t be afraid to make ‘mistakes’. You will get better at evaluating situations, information and your emotions the more you do it. Let the fears subside.


5.Faith – Learn to listen to your instincts. Trust your guts. Start by paying close attention to what your inner voice is telling you.


6.Take a step back – Even if you only perceive a limited set of options, you are never so limited. Expand the possibilities by considering your hidden assumptions and creatively brainstorm other solutions.


7.Set Time Limit – Force yourself to make decisions under tight ‘deadlines’. You don’t actually need a lot of time to make sound decisions, you just think you do. See Malcolm Gladwell’s “Blink” on split second decision making.


8.Persistent Practice – Force yourself to make fast decisions, often. You will get better over time. Start with small decisions like, “What to have for dinner.”, “What to do on the weekend.”


9.Think Out Loud – grab some fresh paper. Clearly define the question at the top of the page, write down your options and assumptions, followed by any other thoughts or concerns you have. Just dump all your thoughts to the paper as they enter your mind. Do not edit, just write it all down. Don’t worry if your thoughts are unclear or do not flow, just keep going. (We will cover specific techniques using writing to achieve mental clarity in a future post.)


Decisiveness comes with the Decision that you are Decisive. Decide today.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Thursday, April 7, 2011

durian batu kurau.. x bleh tahan

durian kpg fresh w sambal gelesek nogoghi.. terliuq la haii


hari ahad lepas sy n hubby p kuliah umrah haji kat kg.sidam kiri, sg.petani cm sy story kat sini tu. otw back tu kat tepi jln kmpg tu ada jual durian, drpd pegi dah nmpak n balik tu mmg target nak sggh la. isk iskk mana leh tgk je kalo nmpk durian ni. nak nak durian kampung cmtu. dia kata dr batu kurau. 3 biji ktrg sapu, caya ke x caya yg sy n hubby kasi licin sebelum naik matahari esoknya hehe. meaning dr tghari balik tu je b4 malam 2 biji dah abis. then malam sibuk pujuk hubby belah lg sebiji hehe. tggl la skit few ulas simpan dlm fridge, tp awl subuh dah xleh tahan sy jugak yg kebas bg habis ahaks. balik dr dg.petani tu dah tghari kat kul 1pm mmg dah lapar, pk pk nak lunch kat mana coz ikutkan nak balik cmpur time nak msk sure kene tggu sejam lebih lagi. tapi bila kenangkan durian fresh tu mmg x pk lain la. mesti kene mkn nasik panas ngan durian fresh colek ngan sambal gelesek (nama ni org n9 bagi) mmg sgt buat hati sggh sbr nak tggu mkn kat rumah jugak hehe. sambal gelesek ni cili padi (shj!) yang ditumbuk dgn garam shj. nak krg pedas lebihkan skit garam.. nak tau rupa dia cmne, sapa yg suka mkn durian sure terliuq tgk heheh.. xyah msk complicated sgt, mkn ngan ikan goreng panas2 (make sure nak mkn baru goreng, b4 siapkan yg lain perap siap2 ngan garam n serbuk kunyit, ikan kat penang ni pulak mmg lain freshnya. omak mertuo den yg x slera mkn tu pun jd selera dgn rasa ikan fresh kat sini :) then sup sayur.. hmm mmg terangkap n berpeluh peluh mkn.. .

zoom skit kat durian tu hehe..


ikan goreng panas2, nak mkn baru goreng..


nak seimbang kene la ada sayur.. masak air cara kmpung baru sesuai..


x bleh tahan, durian yg last tu pun kene kopek mlm tu jugak hihihi (saya org kmpg mkn durian n tempoyak :)

Tuesday, April 5, 2011

tiba tiba terindu pulak kat si dia...


kat handphone sy n hubby punya jugak 2-2 wallpaper gambar si comel yg dah makin comel tu. so hari2 la tatap muka dia. sapa lagi kalau bukan mikhael. dah xleh paggil baby mikhael dah coz 30/03 aritu mikhael cukup setahun. happy birthday dear. tetiba harini bila tgk hphone terlebih rindu pulak kat dia. agaknya mikhael pun tgh teringat kat mommy kot, ahaks sungguh perasan lah.. ni lah gambar kat hphone yg hari2 mommy tgk evrytime guna hphone :)..

cmne la tak rindu kan.. peluk mmy manja cmtu :) ni gambar terbaru mikhael masa me n hubby singgah jumpa dia skjp kat umah opah mikhael kat puchong bulan lepas. makin chomel. owh melt ~~
everytime jumpa sure ddy bukak balik video mikhael yg lama2 bg dia ingat balik..

Monday, April 4, 2011

selangkah mendekati, seribu langkah dihampiri..

lebih kurang seminggu lagi sy & hubby akan berangkat ke tanah suci, insyaAllah. semoga Allah mudahkan perjalanan kami. bila baca pengalaman2 dan tengok gambar2 umrah kawan2, bloggers, sgt teruja rasa hati tak sabar nak sampai ke sana. namun persediaan sebelum ke sana perlu bermula seawal mungkin dr sini. bukan setakat ilmu teori namun persediaan rohani juga penting. bila kenangkan, rasa byk lagi persediaan yg perlu. banyak lagi kekurangan diri. semoga Allah ampunkan segala dosa2, permudahkan perjalanan ibadah, diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan dapat sy dan suami manfaat setiap masa yg ada di sana sebaiknya, amin mudah2an. isnin lepas barulah sy n hubby habiskan kesibukan travel dgn mcm2 urusan kerja dan peribadi. kurang lebih 2 minggu sebelum kami bertolak. baru bermula minggu ni kami dpt peruntukkan masa sertai kuliah2 umrah & haji yg pihak tabung haji anjurkan setiap hari di beberapa masjid sekitar utara ni (di tempat lain pun sy sure ada juga) di bawah kelolaan bbrapa orang ustaz. setakat ni kami baru menghadiri 4 kelas: satu di taman nuri alor setar, di masjid pajak song kepala batas pulau pinang, masjid tmn selasih kulim & pagi tadi di masjid kg.sidam kiri sg.petani kedah. makin dengar kuliah serasa makin banyak lagi ilmu yang kurang. untuk kuliah ke tanah suci di masjid2 ni, kebanyakannya orang2 yang lebih senior (makcik pakcik n kbykannya 40+) yang dtg sebagai persediaan menunaikan haji. biasanya org yg nak pergi menunaikan haji akan banyak sertai kuliah2 mcm ni seawal setahun atau lebih sebelum pergi. biasanya tiap kuliah 2 jam n akan cover bab2 haji dan umrah dr mula hingga akhir. utk lengkapkan perlu 13 sesi utk ibadah haji. alhamdulillah jugak ke empat2 sesi yg kami pegi tu mmg ustaz tgh cover bab umrah. seronok juga bila lalu kawasan2 kampung, esp lalu kwsn2 bendang utk cari masjid2 ni. biasanya hubby akan draw map dr google map n sy co-pilot kene refer map (dlm kete xdak gps :). seronok juga bila pergi kwsn2 kampung n jumpa dgn sebaya mak n ayah kita. bila kdg2 ada saja soalan dr pakcik makcik ni yg kadang buat nak tergelak pun ada. tapi sy tengok tenang je orang2 kampung ni, seronok tgk dtg suami isteri sama2 dah tua2 pun. sama dgr kuliah ustaz. bila tgk masing2 bwk motor dlm kwsn kmpg xyah pakai helmet teringat sy masa remaja2 dulu bila balik kampung dok lenjan bwk honda-cup arwah atok sy keliling kmpg. nak keluar senyap2 je tolak n start moto dgn sepupu, bila balik mak n arwah ayah tau sure kene marah. tapi best btl bwk moto dlm kmpg, isk memori sunguh. sy rindu masa2 tu..

.

harini dah isnin 4hb, kami berdua akan balik PD 11hb rumah mertua sy. then 12hb malam ada sedikit kenduri doa selamat n tahlil kami buat kat masjid berdekatan rumah mertua. 13hb petang kakak ipar akan hantar kami ke klia, flight kami insyaAllah gerak 8pm ke Jeddah dan akan transit di Dubai. syahdu jugak ni, family jauh kat johor tapi bulan lps dah dpt jumpa n bwk mak dtg rumah. skrg ni kerap jugak call emak, share pengalaman mak haji dan umrah n mak byk bg pesanan. bulan 3 tahun lepas mak baru buat umrah, juga dgn tabung haji. mak sy pegi dgn ustazah group kelas agama yg mak slalu ikut kat masjid. masa tu sy pesan mak seru nama kami suami isteri moga kami sampai juga ke sana, syukur Alhamdulillah. banyak juga pesanan dari kwn2 yg dah pegi. seronok dgr perkongsian pengalaman diorang. yg sy sgt pasti, biasanya sesiapa saja yg dah pergi sure rasa sgt rindu utk dtg balik ke tanah suci, subhanAllah. dalam website ustaz razak:ustaz tabung haji, banyak sgt info n cerita sejarah tempat2 di madinah n makkah. sejak awal berdaftar dgn tabung haji kami dah jumpa ustaz razak ni n ustaz siap printkan nota dr website dia. dia suruh refer byk info n pesanan dr website ni. boleh jugak tanya soalan2 apa sja.

.

mungkin sy boleh berkongsi sikit kat sini, untuk sy refresh dan mgkn panduan jugak utk yg sma mcm sy. baru kali pertama nak pegi. masih byk yg sy perlu blajar tp sy cuba kongsi sikit apa yg sy dapat dr kuliah2 yg sy n hubby sertai ya. untuk umrah yang utama perlu faham n pelajari semuanya berkisar rukun umrah yang lima iaitu niat, tawaf, sa'ie, bercukur/bergunting dan tertib (mengikut turutan). umrah juga adalah wajib untuk tiap umat islam sekurangnya sekali seumur hidup. sekali umrah dan sekali haji. kalau dlm ibadah haji kita akan sempurnakan umrah sekurangya sekali juga. biasanya masa yang panjang di sana memberi peluang pada jemaah untuk menyempurnakan lebih dr sekali umrah. ada yang dpt buat 3 kali umrah, 5 kali, 8 kali atau lebih bg yg dah biasa n betul2 dipermudahkan memanfaatkan masa di sana. namun kata ustaz umrah yg pertama kali kita buat itulah umrah wajib. selebihnya umrah sunat. boleh juga andai kita nak niatkan umrah yg kita buat tu utk sesiapa kaum keluarga atau sesiapa saja yang telah meninggal dunia. tapi kata ustaz musa hashim masa kuliah pg td, sekurangnya buatlah tiga kali untuk diri sendiri dulu sebelum niatkan utk orang lain. kata ustaz kalau nak sedekah biarlah kaya dulu, jgn cukup mcm saja. maksudnya kayakan amalan utk diri sendiri dulu :). ada juga yg dtg kuliah tu nak tunaikan umrah nazar. untuk menyempurnakan satu pusingan umrah yg lengkap bg yg belum pernah mgkin memakan masa 2-3 jam atau lebih. ibadah umrah bermula dgn niat umrah di miqat, kemudian tawaf umrah, sa'ie umrah dan kemudian bercukur. bagi yang dah biasa ada juga yang 4o minit dah selesai satu pusingan umrah. 4 kali kuliah yang kami pergi (kebetulan keempat-empat dgn ustaz musa bin hashim smpi ustaz dah kenal muka kami yg dok ikut dia ke kmpg mana bbrp hari ni) setakat ni termasuk tajuk niat umrah (juga niat sebenar dlm hati utk ke sana), tawaf dan amalan-amalan sunat sedari mula nak berangkat dan sepanjang berada di tanah suci. tajuk tawaf saja dlm satu sesi kuliah 2 jam. perlu tau, belajar dan faham semua larangan semasa ihram dan segala syarat sah tawaf. andai ada yang tersilap dan jatuh tidak sah ada yg perlu di ulang semula dan ada yang perlu dibayar dam. .

sy masih perlu n belum habis khatamkan buku panduan perjalanan umrah ni. mgkn tak perlu lah sy ulas lebih2, sy pun masih byk perlu belajar dan belum pun sampai ke sana lagi. tapi sy cadangkan bg yg berniat nak pegi tu, boleh surf website http://www.ustazrazak.com.my/ ya. cuma ada sedikit yg sy nak kongsi, sure ramai yg pernah dengat ttg hukum law of attraction kan? (bukan semata 'loa' barat tu, kita pun ada 'quranic law of attraction'). sy dah mula tampal gambar gabar kaabah dlm bilik tidur sejak tahun lepas. hari2 tengok n selalu bayangkan akan ke sana dengan suami, even masa tu kami xtau pun bila akan smpi. mungkin kawan2 boleh cuba kan :).. .

kesempatan ni sy nak mohon ampun dan maaf kpdsesiapa saja yang visit blog sy, sy kenal ataupun tidak. mungkin selama sy blogging ni atau selama mengenali saya ada kata2 atau tulisan saya yg tidak berniat menyebabkan tersinggung perasaan, sy benar2 mohon maaf. bagi yg mengenali sy dan suami di luar, kami berdua mohon maaf atas segala keterlanjuran atau tgkh laku. doakan perjalanan umrah kami dipermudahkan. bagi blogger atau kwn2 yg sama2 sdg berusaha utk mendapatkan zuriat, insyaAllah sy akan doakan di tanah suci agar kita semua dipermudahkan dan dipercepatkan untuk menimang cahayamata yg soleh dan solehah, insyaAllah..

Thursday, March 24, 2011

busy day, drama stand mixer ahaks..

.
harini byk mission. cm sy story last entry. pepagi subuh esok nak gerak balik pd sudah. so harini mak lang bz. sy ni bila nak jumpa anak2 sdara suke tgk diorang happy n suka buat surprise even kecik2. slalunya surprise msk apa2 la ahaks (makan lagi :). kali ni mak lang decide nak wat carrot cheese cake. sblm tu sy siapkan packing jeruk penang utk msk dlm beg kecil hadiah pd famly yg ikut p mengantar adik ipar nikah kat senawang pagi sabtu. sy buat lebih 70pcs n dah siap seal dlm 3 kotak bsr. hmm mencabar nal buat cake kali ni sbb tgh2 beat cream cheese tu tetiba mixer sy xmau pusing dah, aduhai sodihnya. tens sungguh la time tu. udah le byk lagi mission sy kene selesaikan utk hari ni. mgkn mixer sy ni dah merajuk sgt dah. mmg few weeks n even bln2 lps dah terpikir lama dah nak beli mixer yg canggih skit esp sejak2 joint baking class ni kan. last time sy buat red velvet bulan lps dia dah mula wat hal. lagi kuat la n dah survey2 pun mixer lain, tggu timing je nak beli. rerupanya mmg dah mrajuk sgt dah. yg klakarnya tgh2 tens tu dgn bdn bertepung lagi st trus browse website cornell, stand mixer yg sorg kakak kat baking class sy aritu suggest. mmg dah lama mengidam nak stand mixer steel kaler merah kenwood punya tu, tp alamak mahainya la kan. tp everytime terjumpa kat memana (kat gurney drive ada satu shop yg jual kitchen appliances yg best2 mmg drowling la tgk ahaks), sure jatuh hati tgk. bila k.asmah tu kata cornell ni jenama malaysia buat n lebih krg je ngan kenwood tu tp harga sgt rendah la compared to kenwood. so dah few days jugak sy survey n tgk2 tp x decide lagi la bila nak beli. tapi bila kejadian tersebut berlaku (waaa!), dgn baju bertepung tu sy bukak balik website tu n trus call factory dia kat bkt minyak, prai. dia kata factory xde jual dia bg no sales person, mr.lee. call mr.lee dia bg no mr.lawrence pulak, pjg btol cerita. sales person pas kat dealer bsr then baru la dpt no the right person yg buat retail, ms.yap pulak. tanya2 punya tanya model yg sy nak tu. then dia check yesss ada ready stock (gilo apa trus nak beli ke kah kah :P ), tapi kesabaran sy trus teuji bila dia kata red color xde tggl white jek uwaaaa. hmm sy tya erliest bila leh dpt nak jugak2 hihi. dia kol factory n return balik call sy btau xleh dapat laa ni tp next tuesday baru leh dapat. ish ish sabar je la kan. then sy teruskan usaha membaking tu dgn cara lain. sy mix cream cheese, icing sugar n butter tu guna blender hehe, ni pnh sy buat dulu mmg smooth je rupenya n ok je. then nak beat telur n sugar tu pun sy bantai guna blender jugak hihihi. udah tu kene la teruskan niat suci murni ni kan :). n at last jadik jugak la carrot cheese cake mak lang yg penuh kontroversi ni. then bila dah tnng tu sy call balik ms.yap tu n terus booking stand mixer cornell kaler RED idaman sy. ok lah kan, infact dia bg sy harga jauh lebih murah dr harga display kat internet tu. so lagi la happy coz b4 ni dah put aside cm harga kat web dia. so next tuesday balik dr pd buleh p amik, yeeaayy.. so rerajin la membaking pasni yer. next mission nak carik oven pulak. yg ada ni dah dkt 4 thn n dah mula berasap n panas dia kdg x agak2 (eh eh alasan tetiba ke ehehe), so bila dah mix ingredient sume best2 pun bila bakar x cantik sure kuciwa kan eheh. xpe2 gud investment (n own budget 4 sure) hubby x marah :D
.
.
.
kenwood & kitchen aid RED stand mixer.. mmg lama dah ada dlm wish list ;)
.

cornell stand mixer yg sy order, white? no no.. RED jugak.. price sgt competitive compared to kenwood n kitchen aid of course la kan malaysian made. berbaloi :)
.
.
.
.
.
.
.
.
YELLOW! wow cantik gak kan.. isk isk dan confuse ni nak yg mana.. muahaha, tgk la nnti mana yg akhirnya jd penghuni kitchen sy ehehe..
.
.
slain dr tu (makanan2) this time sy n hubby wat surprise utk omak, smlm kami ke sini opposite general hospital penang. dr sblm omak dtg penang haritu dah start google carik wheelchair yg sesuai utk omak mertua sy. omak boleh jln lagi tapi pelan2 n kdg kaki dia x dpt rasa n tetiba boleh jatuh. dah few times jugak omak jatuh kat rumah. pnh smpi patah gigi n tiap kali jatuh mak sure muntah2 banyak. sian kat omak. so pergerakan emak agak terbatas. kalau dlm rumah pun agak terbatas even dia buat jugak kuat jalan xmau org papah sgt pun (smgt mak kuat), apatah lagi nak jenjalan keluar mmg la xde. b4 ni stakat balik kampung kt rembau. tapi alhamdulillah sy n hubby sgt happy mggu lepas dpt bwk mak n ayah mertua dtg dok penang smggu. dtg penang saing kami n balik kami bookingkan flight. bila kenangkan sukar mak nak jalan tu terfikir nak belikan mak wheelchair. boleh la slalu bwk mak kluar amik angin luar. google2 sy jumpa website lifeline innovators ni. byk sgt choices of wheelchair. bila baca sume specs dia sgt tertarik dgn compact wheelchair ni yg sgt ringan banding dgn yg lain, cuma 7.5kg n the best is boleh lipat n masuk beg dia. owh hubby pun sgt suke bila sy tunjuk kat dia. then pagi smlm sy try call branch kat penang tu n alhamdulillah ada 1 je lagi stock yg tinggal, terus sy booking n wat appmnt jumpa ngan ms.jessie ptg smlm. dia kata mmg cepat habis compact wheelchair ni n last week je 3pcs dia jual. syukur rezki emak ada lagi yg tggl. kalau ada sesapa yg ada parent atau kenalan ke yg perlukan bantuan pergerakan n penjagaan utk yg kurang upaya boleh check kat website lifeline innovators ni yer. baanyak sgt product yg bgs n range drpd bandage smpilah ke katil pesakit pun ada. factory dia kat usj je. ada branch kat johor, ipoh, penang jugak.
.
ok pendek cerita, sume ni yg kami bwk balik pd harini (now b4 subuh sebelum gerak..baru habis type entry ni :).. tgh final check sume brg2 n siap habiskan kms beg :).. ok tatata




compact wheelchair untuk bonda (harap mak suke n leh slalu jalan n dtg penang lagi :)


carrot cheese cake, mak lang baru siap sapu cream cheese pagi subuh ni x smpt nak mendeko cecantik la.. bleh la kan asal ada rasa :)


jeruk madu pak ali 70 pax




70 bottles ener al-kurma, jus kurma ajwa special sponsored by us

Wednesday, March 23, 2011

ooppss dkt sebulan asik tgk entry lama..


agak pack masa sy smpi x sempat2 siapkan entry baru. sory ye pd yg terajin menyinggah n asik tgk entry bulan lps. hmpir separuh bulan travel n penuh time bulan ni dgn family. nnti sy update story2 tu ye. ada jugak draft entry baru tp sparuh jln x habis bila ada benda lain yg lg penting kene setelkan. ni pun tgh habiskan kms baju, basuh baju n lipat baju 2/3 hari lps yg x setel g. n esk plak kene packing utk balik pd nikah satu2nya adik lelaki hubby sabtu pagi ni. pasni tggl adik bongsu je la yg kat mosir tu. part sy, siapkan packing jeruk penang 70 packs utk masuk dlm kopai (org nogori gelar beg2 kecik bg org tu) utk bg kat sdara mara yg mengiring hantar pengantin ke senawang nnti. sbb mak n ayah mertua asal rembau jadinya sure agak ramai sdara mara yg ikut mengantar nnti. jeruk madu pak ali (keluaran bumiputera muslim, fresh sdp n yakin halal tau :) sy dah beli 6 kilo mix mcm2 n bks pun dah beli. esok start packing sesiap b4 masuk kotak. plan kami sesudah subuh jumaat nak gerak penang-pd. bulan march mmg bulan travel. ikutkan dr january even dah 3 bulan pindah rasanya x smpi 2 bulan rasa btl2 dok umh. insyaAllah may onwards krg skit travel n byk plan leh buat.
.
alhamdulillah syukur sgt bila smlm dah selesai segala urusan submission sume document n full settlement kat tabung haji travel butterworth. sebelum ni lepas booking pun ada sedikit ujian sblm dpt settlekan semua submission. alhamdulillah Allah permudahkan n semuanya dpt diselesaikan even mkn masa dkt 2 mggu, syukur. baru la sy berani nak declare kat blog ni. insyaAllah sy n hubby akan menunaikan umrah pada 13 april - 24 april ni. dah lama teringin n kali ni bulat hati kami nak pegi, syukur dibuka hati n dimurahkan rezeki alhamdulillah. doakan niat kami diberkati, segala urusan perjalanan dipermudahkan, kami dpt sempurnakan ibadah umrah sebaiknya dan masa2 emas yg ada di tanah suci dapat kami isi dan manfaatkan sebaiknya. 30/03 dan 09/04 ni dua hari shj kursus dan taklimat yg kami akan pegi. slain persediaan kursus dr ustaz tbg haji, persediaan rohani n jasmani pun kene buat jugak kan. slain tu sejak bbrp bulan lepas sy ada beli n baca buku travelog haji prof.kamil yg slaalu kluar kat astro oasis dulu. cerita seorang lecturer berstatus professor pd usia yg agak muda, yang dulu seorang yg x tahu mmbaca al-quran dan agak jahil dlm ilmu agama namun cemerlang dlm kerjaya diberi hidayah Illahi utk pergi menunaikan haji. travelog haji prof ni mmg tulisan dari hati dan bnr2 suara hati prof. dr bab pertama yg sy baca pun dah cukup menyentuh hati. slalunya bila baca sure sebak n jatuh air mata sy bila cuba selami apa yg prof cuba smpikan. sy x dpt nak smpikan kat sini. tp sy recommend sgt utk kwn2 baca travelog haji ni. sungguh byk sgt2 iktibar, bukan sja utk sesiap yg nak menunaikan haji atau ke tanah suci. tapi byk sgt cth kebesaran Illahi pada hambanya yg menyerah diri sepenuhnya padaNya. banyak jugak tips2 dr prof sblm kami kesana. hubby pun dok khatamkan buku panduan umrah n biasanya lps tu sy akan share apa sy baca n hubby akan share apa dia baca. insyaAllah sy akan cuba share perjalanan umrah sy kat blog ni ye. kami berdua ikut pakej tbg haji travel yg office dia dpn rumah je, x smpi lima min pas kluar gate SVC. xde sapa pun yg kami knl, hope leh buat ramai kenalan baru. ok till next post yer :)
.
.