Monday, April 4, 2011

selangkah mendekati, seribu langkah dihampiri..

lebih kurang seminggu lagi sy & hubby akan berangkat ke tanah suci, insyaAllah. semoga Allah mudahkan perjalanan kami. bila baca pengalaman2 dan tengok gambar2 umrah kawan2, bloggers, sgt teruja rasa hati tak sabar nak sampai ke sana. namun persediaan sebelum ke sana perlu bermula seawal mungkin dr sini. bukan setakat ilmu teori namun persediaan rohani juga penting. bila kenangkan, rasa byk lagi persediaan yg perlu. banyak lagi kekurangan diri. semoga Allah ampunkan segala dosa2, permudahkan perjalanan ibadah, diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan dapat sy dan suami manfaat setiap masa yg ada di sana sebaiknya, amin mudah2an. isnin lepas barulah sy n hubby habiskan kesibukan travel dgn mcm2 urusan kerja dan peribadi. kurang lebih 2 minggu sebelum kami bertolak. baru bermula minggu ni kami dpt peruntukkan masa sertai kuliah2 umrah & haji yg pihak tabung haji anjurkan setiap hari di beberapa masjid sekitar utara ni (di tempat lain pun sy sure ada juga) di bawah kelolaan bbrapa orang ustaz. setakat ni kami baru menghadiri 4 kelas: satu di taman nuri alor setar, di masjid pajak song kepala batas pulau pinang, masjid tmn selasih kulim & pagi tadi di masjid kg.sidam kiri sg.petani kedah. makin dengar kuliah serasa makin banyak lagi ilmu yang kurang. untuk kuliah ke tanah suci di masjid2 ni, kebanyakannya orang2 yang lebih senior (makcik pakcik n kbykannya 40+) yang dtg sebagai persediaan menunaikan haji. biasanya org yg nak pergi menunaikan haji akan banyak sertai kuliah2 mcm ni seawal setahun atau lebih sebelum pergi. biasanya tiap kuliah 2 jam n akan cover bab2 haji dan umrah dr mula hingga akhir. utk lengkapkan perlu 13 sesi utk ibadah haji. alhamdulillah jugak ke empat2 sesi yg kami pegi tu mmg ustaz tgh cover bab umrah. seronok juga bila lalu kawasan2 kampung, esp lalu kwsn2 bendang utk cari masjid2 ni. biasanya hubby akan draw map dr google map n sy co-pilot kene refer map (dlm kete xdak gps :). seronok juga bila pergi kwsn2 kampung n jumpa dgn sebaya mak n ayah kita. bila kdg2 ada saja soalan dr pakcik makcik ni yg kadang buat nak tergelak pun ada. tapi sy tengok tenang je orang2 kampung ni, seronok tgk dtg suami isteri sama2 dah tua2 pun. sama dgr kuliah ustaz. bila tgk masing2 bwk motor dlm kwsn kmpg xyah pakai helmet teringat sy masa remaja2 dulu bila balik kampung dok lenjan bwk honda-cup arwah atok sy keliling kmpg. nak keluar senyap2 je tolak n start moto dgn sepupu, bila balik mak n arwah ayah tau sure kene marah. tapi best btl bwk moto dlm kmpg, isk memori sunguh. sy rindu masa2 tu..

.

harini dah isnin 4hb, kami berdua akan balik PD 11hb rumah mertua sy. then 12hb malam ada sedikit kenduri doa selamat n tahlil kami buat kat masjid berdekatan rumah mertua. 13hb petang kakak ipar akan hantar kami ke klia, flight kami insyaAllah gerak 8pm ke Jeddah dan akan transit di Dubai. syahdu jugak ni, family jauh kat johor tapi bulan lps dah dpt jumpa n bwk mak dtg rumah. skrg ni kerap jugak call emak, share pengalaman mak haji dan umrah n mak byk bg pesanan. bulan 3 tahun lepas mak baru buat umrah, juga dgn tabung haji. mak sy pegi dgn ustazah group kelas agama yg mak slalu ikut kat masjid. masa tu sy pesan mak seru nama kami suami isteri moga kami sampai juga ke sana, syukur Alhamdulillah. banyak juga pesanan dari kwn2 yg dah pegi. seronok dgr perkongsian pengalaman diorang. yg sy sgt pasti, biasanya sesiapa saja yg dah pergi sure rasa sgt rindu utk dtg balik ke tanah suci, subhanAllah. dalam website ustaz razak:ustaz tabung haji, banyak sgt info n cerita sejarah tempat2 di madinah n makkah. sejak awal berdaftar dgn tabung haji kami dah jumpa ustaz razak ni n ustaz siap printkan nota dr website dia. dia suruh refer byk info n pesanan dr website ni. boleh jugak tanya soalan2 apa sja.

.

mungkin sy boleh berkongsi sikit kat sini, untuk sy refresh dan mgkn panduan jugak utk yg sma mcm sy. baru kali pertama nak pegi. masih byk yg sy perlu blajar tp sy cuba kongsi sikit apa yg sy dapat dr kuliah2 yg sy n hubby sertai ya. untuk umrah yang utama perlu faham n pelajari semuanya berkisar rukun umrah yang lima iaitu niat, tawaf, sa'ie, bercukur/bergunting dan tertib (mengikut turutan). umrah juga adalah wajib untuk tiap umat islam sekurangnya sekali seumur hidup. sekali umrah dan sekali haji. kalau dlm ibadah haji kita akan sempurnakan umrah sekurangya sekali juga. biasanya masa yang panjang di sana memberi peluang pada jemaah untuk menyempurnakan lebih dr sekali umrah. ada yang dpt buat 3 kali umrah, 5 kali, 8 kali atau lebih bg yg dah biasa n betul2 dipermudahkan memanfaatkan masa di sana. namun kata ustaz umrah yg pertama kali kita buat itulah umrah wajib. selebihnya umrah sunat. boleh juga andai kita nak niatkan umrah yg kita buat tu utk sesiapa kaum keluarga atau sesiapa saja yang telah meninggal dunia. tapi kata ustaz musa hashim masa kuliah pg td, sekurangnya buatlah tiga kali untuk diri sendiri dulu sebelum niatkan utk orang lain. kata ustaz kalau nak sedekah biarlah kaya dulu, jgn cukup mcm saja. maksudnya kayakan amalan utk diri sendiri dulu :). ada juga yg dtg kuliah tu nak tunaikan umrah nazar. untuk menyempurnakan satu pusingan umrah yg lengkap bg yg belum pernah mgkin memakan masa 2-3 jam atau lebih. ibadah umrah bermula dgn niat umrah di miqat, kemudian tawaf umrah, sa'ie umrah dan kemudian bercukur. bagi yang dah biasa ada juga yang 4o minit dah selesai satu pusingan umrah. 4 kali kuliah yang kami pergi (kebetulan keempat-empat dgn ustaz musa bin hashim smpi ustaz dah kenal muka kami yg dok ikut dia ke kmpg mana bbrp hari ni) setakat ni termasuk tajuk niat umrah (juga niat sebenar dlm hati utk ke sana), tawaf dan amalan-amalan sunat sedari mula nak berangkat dan sepanjang berada di tanah suci. tajuk tawaf saja dlm satu sesi kuliah 2 jam. perlu tau, belajar dan faham semua larangan semasa ihram dan segala syarat sah tawaf. andai ada yang tersilap dan jatuh tidak sah ada yg perlu di ulang semula dan ada yang perlu dibayar dam. .

sy masih perlu n belum habis khatamkan buku panduan perjalanan umrah ni. mgkn tak perlu lah sy ulas lebih2, sy pun masih byk perlu belajar dan belum pun sampai ke sana lagi. tapi sy cadangkan bg yg berniat nak pegi tu, boleh surf website http://www.ustazrazak.com.my/ ya. cuma ada sedikit yg sy nak kongsi, sure ramai yg pernah dengat ttg hukum law of attraction kan? (bukan semata 'loa' barat tu, kita pun ada 'quranic law of attraction'). sy dah mula tampal gambar gabar kaabah dlm bilik tidur sejak tahun lepas. hari2 tengok n selalu bayangkan akan ke sana dengan suami, even masa tu kami xtau pun bila akan smpi. mungkin kawan2 boleh cuba kan :).. .

kesempatan ni sy nak mohon ampun dan maaf kpdsesiapa saja yang visit blog sy, sy kenal ataupun tidak. mungkin selama sy blogging ni atau selama mengenali saya ada kata2 atau tulisan saya yg tidak berniat menyebabkan tersinggung perasaan, sy benar2 mohon maaf. bagi yg mengenali sy dan suami di luar, kami berdua mohon maaf atas segala keterlanjuran atau tgkh laku. doakan perjalanan umrah kami dipermudahkan. bagi blogger atau kwn2 yg sama2 sdg berusaha utk mendapatkan zuriat, insyaAllah sy akan doakan di tanah suci agar kita semua dipermudahkan dan dipercepatkan untuk menimang cahayamata yg soleh dan solehah, insyaAllah..

0 comments: