Thursday, December 30, 2010

GOLL!!...terjerit sengsorang haha :d

layanlah gambar dulu okeh :D

.
.
.
.
harini memana pun sure sume sibuk cite psl bola. paper laris sungguh mcm goreng pisang panas (yg ada bg cicah sambal kicap johor :), sy p beli paper kul 8am pagi td after p bfast ngan hubby pun, time tu utusan tggl sekeping. sy beli ngan metro skali sbb tajuk dia menarik perhatian: 'Garuda makan asap'.. fusyo ni mmg btl2 menyentak media eloktronik indon yg byk sungguh memprovokasi mcm2 isu sampai buatkan skuad malaysia nak p stadium pun kene naik kete perisai baracuda mcm nak p perang. beli paper smpi 2 bukan apa, nak tgk gambar shot2 menarik esp time khairul fahmi (yg tetiba jadik sgt sgt glamer kat fb n sana sini smpi gen2 meletop nora danish ngan artis2 lain pun lap u lap u kat dia :P) tgkp bola kat depan gawang goal indon. kuasa mempredict dia hebat btol smpi merah padam la muka firman yang sgt geram x dapat sudahkan penalti utk indon. aksi yg sgt cantik n yup mamat kelantan ni mmg hebak la.
.
apa pun penghargaan yg sgt tinggi harus diberi kepada jurulatih, pengendali skuad malaysia K.Rajagopal yang sgt komited dan berani mengambil risiko dgn memberi peluang dan kepercayaan kepada pemain2 muda negara untuk beraksi, yang akhirnya benar2 mengakhiri badi bola sepak negara. kat stadium bkt jalil smpi 85,000 penonton yg dtg mmg meraih tgk (tgk berita n dgr dr umh je la hihi) waah, sy pulak yg semangat ni hehe. mlm td hubby kt off n dia smpt tgk bola jap ngan partners kat mamak, sy pulak tgk bola kat umh smbil habiskan kemas kain baju masuk kotak. smgt btol, smpi x sedar over terjerit sengsorang time msia goal wakaka. serius proud to be malaysian!! cayalah.. kemenangan yg betul bermaruah coz semua pemain malaysia, xde de import2 nya, even jurulatih pun malaysian la. dgn cabaran, dugaan, tekanan drpd 95,000 penyokong indon yg mem'boo diorg time lagu negaraku main ms mula2 msk stadium tapi mental pemain kita mmg sgt kuat.. even fahmi kene laser betul2 kat muka tp dia rilex je, cayalah.. (jeles pulak cik abg asik puji apek haha, rilex la adik2 je ni kuikui). sure pasni rajagopal jadik Dato' K.Rajagopal.. :).
.
semalam ptg sy ada baca entry blog sorang mmy ni (sy suke bc blog mummies2), entry ttg blog gf keeper glamer kita, si fahmi aka apek tu. so tau la skit sebanyak tsunami yg melanda fahmi n aweks dia tu. populariti yg naik sgt mendadak. tetiba follower blog dia naik smpi 1000++, dlm masa shari dr 61k fan dlm fb leh naik ke 12k yg like kat dia, ramai gilos yg add dia kat fb. n ramai gilos jugak la yg jatuh cinta secara tiba2 kat bf dia tu. cuma ada harga yg perlu dibayar lah kan, ramai gak la yg jeles n ckp mcm2 kat dia. mcm2 hal la. apa pun hopefully, sama2 x lupa diri ingat asal usul n susah senang bersama n jadik cam david beckham, sgt dicipline n komited n professional ngan kerjaya n at the same time bahagia ngan family n anak2 yg sgt comel.. cayalah. kalau trminat gak ngaan apek fahmi ni n nak follow brita2 terbaru dia, jengan la blog gf dia kat sini..

Monday, December 27, 2010

update blog secara marathon :D

dah lama x update, type sikit then bz x sempat siap n post then tergendala. so harini balik dr penang sy siapkan 3 post skali.. kali ni nak story ttg rumah baru kami. alhamdulillah syukur sgt padaNya, semuanya selsai urusan rumah di penang. after dpt kunci haritu kami decide 2 hari terakhir kami kat penang kami stay kat rumah baru. even lom ada water supply huhu, tapi sib baik kat blok kami tu tgkt 23 the highest floor ada toilet n bathroom. n kami plak x lah dok umah je, coz byk urusan keje kat off n luar. trasa cm masa baru2 kawin dulu, tdo kat toto n rumah kosong je ada beg2 jer hehe. at least dah dok 2 hari, leh plan arrangement brg2 nanti. sy happy n syukur sbb umah ni lebih besar dr rumah kami kat cheras (kitchen bsr lagi tu yg best, tu la syurga suri hari2 kan ;P), the best part is balcony mengadap sunrise. insaf, syukur n tenang rasa bila pagi2 after subuh tgk matahari terbit. kul 6.30am pun masih berkabus lagi. real fresh, alhamdulillah.
.


Friday, December 24, 2010

@penang.. al-fatihah

salam n morning from bdr perda, prai penang.. sy baru lepas bfast ni, kat mamaks. ptg smlm smpi penang dr kl lebih kurang kul 3pm, terus ke mgmt off umah baru. alhamdulillah sume dah setel, kunci dah dpt n smlm p inspection rumah. grill, curtain, sume dah siap. electricity pun dah masuk cuma yg x bestnya water supply xdak lagi. lgpun umh tu sbnrnya start kami sewa 15/01 tapi dia bg kunci awl considering kami dr kl n nak move brg awl. so hav to wait for a week utk air masuk lak. alhamdulillah parking dpt 2, kat tgkt 4. ni naik penang jap je uruskan hal keje skit n siap2 kan umah b4 move brg2. most probably by 3rd or 4th jan. esok p jumpa mover jap nak dscs ngan dia cukup ke lori 3 tan, bg dia tgk list brg2 n final dscs harga n arrangement loading n unloading cmne.
.
dua hari lepas, hari rabu sy n hubby plan all out setelkan kemas umh n packing utk ke penang the next day, khamis. tetiba pagi tu lebih krg kul 10am hubby dpt msg dr sepupu dia, baby dia umur 9 bulan meninggal. bila tanya knp, dia kata xtau. mgkn dlm keadaan tu x sesuai kami nak tanya lebih2. sepupu hubby umur sama dgn kami, n tu anak first dia. baby boy comel sgt, open hse umh kami aritu dia dtg, sy dukung n bby tu tdo lama kat pangku saya. sayu n sebak sgt hati bila dgr. Ya Allah kuatnya ujian buat dia, sy x sanggup. sampai kat hospital sg.buluh tghari tu. sy jumpa dia n tanya story sbnr. rupanya bby tu x sakit apa, pagi b4 dia p keje main n aktif mcm biasa. pagi kul 8am dia p keje dulu n hubby hantar kat rumah pengasuh. kul 9am dpt kol pengasuh kata bby sesak nafas. bila amik n otw p hospital katanya dah x bernafas dah pun. sampi hospital dr check baby dah xde. Ya Rabbi, kuatkan ujian utk cousin hubby ni. baby dia the one n only cucu dlm family, kakak dia kawin 10 thn lom ada baby lg. so bby rayan ni la buah hati semua. tgh aktif n ligat main2. kami smpi hospital dkt kul 2pm, baby tgh di post mortem kul 4.15pm baru siap. sy n sdara rapat tggu dlm bilik menunggu jenazah muslim. kat situ jugak lengkap dgn tempat mandikan n kapankan jenazah. jenazah baby sampi kami semua tgk dimandikan, Ya Allah sayu sgt2 hati x smpi hati nak tgk tapi ntah nape kuat je smgt nak tgk juga. jahitan kat kepala, kat badan x sampi hati sy nak describe. mmg family ikutkan xmau post mortem tapi sbb kes ni dah jadi kes polis n dah buat report, kene jugak. pakar forensik sahkan baby meninggal sbb tersedak susu. baby dimandikan, n kafankan kat situ jugak. mama bby sgt sgt kuat semangat, mata dia merah tapi x jatuh pun air mata dia. tapi sy tau dlm hati dia hanya tuhan yang tahu. ibu mana yang x sayu, sebak, sedih bila paginya anak masih aktif dan sihat bbrp jam kemudian dah mcm tu. semoga nana n hubby terima ujian ni dgn redha n dikuatkan semangat untuk meneruskan hari2 mendatang. lepas kapan, sy, hubby n sdara mara rapat semua ikut p umah mertua cousin kat kuang utk dikebumikan. tggu ayah cousin dr kota bharu smpi baru jenazah dikebumikan. kami kene balik dulu 6.40pm tu sbb esok pagi2nya nak ke penang. b4 balik sy peluk nana, n tenangkan dia. sy kata baby dah sampia kat syurga, dia tggu mama dia.. saya pernah terbaca kisah seorang bayi yg meninggal waktu kecil, Allah menyuruh dia masuk ke dalam syurga tapi dia xnak, bila disuruh lagi baby ni kata dia nak tunggu ibu dia dulu. baru dia akan masuk skali bersama-sama. atas ujian maha hebat ini, andai redha dan sabar sungguh besar sebenarnya hikmah dan saham akhirat yang menanti. insyaAllah. al-fatihah

p/s: mengenang ujian yg menimpa cousin, sy insaf. mengenangkan Allah uji sy 3 thn++ belum ada anak, namun dia lebih berat Allah bg anak cepat tapi hanya pinjaman slama 9 bulan dan Allah ambil balik. sy x sekuat dia menanggung ujian begitu, sy redha menanti masa yg paling sesuai Allah beri rezki baby pada kami. usaha, doa dan tawakkal sy x henti. insyaAllah akan sampai juga kan..

Tuesday, December 21, 2010

a day with mikhael :)

# post tertunda, start type lama dah baru siapkan n post..

.
missing you.. ni gambar2 lama
.
mikhael nap b4 morning bath.. ddy tdokan, tp last2 2-2 lelap.. selamat :)
.
penat betul main sampi terlentuk betul dia..
.

ni keje ddy pakaikan key tu.. pembuli betol :P
.
his fav toys, remote astro.. kalo dah pgg tu cepat2 amik kejap kuarkan battery..
.

konon2 dah pandai pegang botol, pastu mandi milk hehe
.
cam macho je senyum tgk tv tu
.
sgt suke main kat dvd player, smpi tertdo kaki msk bawah tv cabinet.. pnh skali terkuatkan volume, terus terkejut nangis sungguh2. tapi x serik pun, alahai mikhael :)

alhamdulillah.. thank God, mikhael is here today. lepas rindu kami ber2. pinjam sehari. kebetulan. dkt 2 mggu x jumpa, dtg td dia diam je, xmau pandang pun. tapi dia tgk je kejap muka mmy n ddy dia. pastu mcm sayu hati sgt, dia nangis dgn x brapa ada suara (tgh batuk n selsema, mikhael dmm dah few days). pastu dah ok, sgt aktif main2 satu rumah dia pusing. main2 kotak n struggle nak masuk dlm kotak. x boleh, merengek. seronok mandi ngan fish, main air cm x selsema. tapi kejap je xleh lama. now mikhael tgh tdo, atas riba mmy ni smbil mmy menaip. letak bwh xmau tdo. nak dok atas riba. dia pun rindu agaknya. sama2 lepas rindu. kami 2-2 kene ada dkt dia, ddy bangun nangis. main2 ngan ddy, nampak mmy lalu lalang merengek plak. dia suka bila 2-2 gomol2 layan dia. haish, mikhael.. mikhael.. makin manja.. few pics mmy snap time mikhael struggle nak masuk dlm kotak.. :)
.




.
usaha keras nak tengok apa ada dlm kotak tu, pastu nak masuk dlm kotak.. pas mmy bukakkan baju nak p mandi pun, terlepas p balik kat kotak2 tu. suspicious agaknya apa la yg byk sgt kotak ni.. (yup tgh bersepah n srabut ngan kotak2, abaikan ye :)
.

dah penat main ngan kotak, pas main air pas milk-milk tdo time.. asik kene snap gambar, last2 terjaga hehe.. sory cyg, mmy xmau lepas masa2 ngan mikhael ni :D
.


suka sgt main kotak, kan dah kene dera dok atas kotak. mula2 suke, pastu baru sedar xleh gerak takot jatuh.. mmy help! hihi
.
tu la story sehari dgn mikhael, lepaskan rindu pas almost 2 weeks x jumpa. balik ada drama, mikhael balik cm biasa naik moto ngan mak n abah dia. kebetulan saing ngan ddy yg nak p off. ddy kata kat traffic light kete kat blkg moto abah mikhael tp kat lane sebelah. cm biasa mikhael ni mmg sgt suke tgk sume benda kat keliling dia n kalo dia suke dia akan stare kat benda tu. time traffc light merah, ddy tgk je dr jauh, mikhael melilau pandang semua but suddenly bila tgk je kete dia stop. terus dia tgk kat driver aka ddy dia. dia stare je tgk dr jauh. sayu lah hati si ddy tu. drama sungguh la hai. baby, dia leh rasa kan even jauh x nmpk sgt tapi dia kenal. ddy x tahan bila hijau je, terus potong n zass p off. hmm, sabar k ddy insyaAllahh nanti kita ada baby sendiri xyah pinjam2 okeh.. amin

Sunday, December 19, 2010

kita merancang, Allah merancang...

bismillahirrahmanirrahim..
.
kita merancang, Allah swt juga merancang.. namun Dia lah sebaik-baik perancang, dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Dia merancang apa yang terbaik untuk saya dan suami. walau sehabis baik kami merancang, namun sy xtau samada di masa hadapan apa yang akan berlaku, baik ataupun tidak. hanya Dia yang mengetahui. percaya pada Qada' dan Qadar Allah tu rukun iman kan, jadi sy redha dengan ketentuannya. sekali lagi sy diuji. mgkn sesiapa yg follow post2 sy tau sejak bbrp post sy yg lepas sy dah mula ready cerita ttg anak angkat sy. yang sebelum ni sy tahan hati je nak cerita (even sy dijanjikan sejak baby masih 6 bulan dlm kandungan lagi) coz x brani sgt berharap. dah beberapa bulan sy menghitung hari. sy dah mula agresively buat preparation. baju2 baby n sikit barang2 lain sy dah beli. few times sy n hubby p survey baby shop n paling seronok masa p mothercare centre kat bangsar, kami pegi mggu lepas. teruja betul tgk brg2 baby. mulalah kami berangan, klakar juga masa tu. comparing prices n kami decide minggu ni b4 naik penang hari kamis nak p shopping brg2 baby. hari hari slalu sy surfing n melompat website brg2 baby. n dah mark kat wish list brg2 yg nak beli. mmg mggu ni nak settlekan semua. dan 2 post sy yang lepas sy dah cerita yg sy tgh amik jamu2 n minum ubat untuk keluarkan susu. dah separuh ubat tu sy makan. dah terasa bam bam sy makin bsr, mgkn production susu da start kot tu, xtau la...
.
namun skali lagi sy katakan, Dia maha mengetahui. Dia sebaik-baik perancang. tadi sy sms sdara sy yang bertggjwb jd org tgh antara sy dgn ibu baby tu. sy tanya dia gender baby, sbb dah dekat rasanya x salah sy tau. awl2 tu masa dia 7 bulan sy pnh tanya tp dia kata trima je la boy ke girl n jgn harap sgt doa banyak2. terkejut jugak knp mcm double meaning je. sy x kisah sy cuma tanya je. sy tahan je hati bila dia kata mcm tu, sbb sy mmg nak baby tu. sy doa banyak2. so sy x boleh la nak tya mcm2. sy byk surf n baca exp org yg amik anak angkat, mmg mcm2 pengalaman diorang. so sy trima je, tu yg baju2 baby pun sy beli color2 natural. sy dah siap masukkan dlm storage box semua brg2 tu. berbalik pada sms psl gender baby tu, then dia kata ibu baby tu x jadi nak bagi kat sy. dia nak bagi kat sepupu dia. terkedu n tersentap juga sy baca sms dia. sy terdiam, lama.. xtau nak jawab apa. hubby xde kat umh, dia ke mlaka awl2 pagi td ada keje. mlm ni baru balik. sy tarik nafas panjang2, ingat kat tuhan n sy tenangkan hati sy. sy tau Dia yang menentukan ni semua. pasti dan yakin ini adalah terbaik. tapi sy manusia biasa, sy ada hati. sy ada perasaan. sy rasa sy kene luahkan. n kat sini la the best sy nak story. lepas tenangkan hati tadi, sy sms kakak tu. sy kata xpela, mgkn bukan rezki sy. mgkn ada hikmahnya. dia offer untuk try carikkan baby lain. tapi sy dah xde hati nak harap melalui dia. sy kata sy akan tanya suami dulu..
.

xtau sy nak cakap apa yg sy rasa skrg ni. cuma apa yg sy nak cakap. pada semua kawan2, yang Allah anugerahkan zuriat, bersyukurlah banyak2. jagalah amanahNya dengan baik. anugerah itu cukup besar. sy x dapat rasa, ramai yang Allah uji dengan macam kami. namun sy tau sy dipilih olehNya untuk menerima ujian ini, sbb dia nak sy kuat. Dia nak beri kekuatan dan kekentalan hati pada sy. dan mudah2an ada rezki yang lebih baik untuk saya. sy tengah sibuk kemas2 barang2 rumah utk pindah ni. sy rasa sy perlu sibukkan diri utk tenangkan hati sy, lawan perasaan sy kan. kawan kawan, doakan sy kuat hadapi ujian ni yer. trima kasih
.
.

p/s : tickers kat sebelah tu sy akan biar kat situ

Saturday, December 18, 2010

kecantikan itu ialah kecantikanmu..

Doa Solat Dhuha..



jom solat dhuha.. moga kemurahan rezeki dah rahmat Ilahi yang maha luas itu milik kita hari ini, insyaAllah..

p/s: ok sy nak ke melaka jap lagi, ada charity program comp (blood donation) then balik umh mil kejap sebelum balik kl semula.

Friday, December 17, 2010

shedapnya air kunyit :)


dalam entry yang lepas sy ada beritau yang sy tgh makan ubat tradisional untuk keluarkan susu, untuk susukan baby sy yang insyaAllah due hampir sebulan lagi (mudah2an semuanya lancar, amin). seperti yg sy dah story yg sy memilih cara tradisional sbb xmau makan ubat hormon doctor yang boleh membantutkan usaha sy sendiri untuk conceive. usaha sendiri masih diteruskan, insyaAllah. dah masuk hari ke 5 sy makan ubat2 atau lebih tepat lagi jamu ni. jamu ni berupa jamu kecil2 yang sy perlu makan 3 kali sehari dan sekali makan 12biji jadi total sehari 36 biji. jamu ni sy telan dengan air jamu yang mak jah bagi 2 botol (1.5 liter). jamu2 mak jah ni dah few times sy makan, mula2 je payah dah banyak kali xde mslh alhamdulillah 12 biji tu telan skali je. tapi bila tgk botol2 air jamu tu telan liur gak saya haha. nampak pekat betul. tapi mak jah kata sedap :). hehe nak sedapkan hati sy lah tu kan. tapi b4 ni ada jugak jamu air yg sy dah minum 1 botol rasa sirap n cm ada madu, yup mmg sedap. tp yg tu cair je kali ni pekat betul kwang kwang. tapi kerana baby sy, ummi dia sanggup berkorban. 1st time minum sy dah ready secawan orange tropicana twister kat sebelah air jamu tu hahha. smpi ari ke-5 ni dah dekat 15 kali makan n minum jamu tu still, sy masih lagi kene minum dgn orange hehehe. stock orange twister kene ada la kat umh hehe. rasa dia seedap :D, rasa kunyit agak kuat gak la n yg sedap tu sbb ada rasa asam jawa. sy simpan dlm peti ais so sejuk sedap lah kan. sedap!?, boleh la tapi nak minum cmtu je masih x sanggup lagi la hihi.
.
.
sy google khasiat kunyit dlm jamu, waah hebat banyak sungguh khasiatnya rupanya. esp dlm jamu2 indonesia tu mmg bubuh mcm2 jenis kunyit, kunyit putih la, kunyit merah la etc etc. biasanya untuk buat ubat-ubatan ni ibu kunyit yg digunakan. ibu kunyit ini juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Antara khasiat kunyit yang sy dapat hasil google :
.

Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda. awet muda? wau, hehe kene minum betul2 ni kasik habis :P.. untuk ubat sy ni xtau apa lagi yng mak jah letak, tapi ada jugak yg sy baca mmg kunyit boleh tambah susu.

Thursday, December 16, 2010

indahnya ciptaanNya.. bersyukurlah

something to share.. subhanAllah! sungguh sempurna, indah dan terlalu agong penciptaanNya.. semoga semua drpd kita diberi anugerah yg tak ternilai ini.. dan yang telah diberiNya pengikhtirafan untuk bergelar ibu, bersyukurlah dan tahniah atas anugerah yang tak terhingga ini. saya kagum dgn semua yg sehabis baik menjalankan tanggungjawab dan memelihara amanah ini dgn baik. cahayamata amanah dari Allah, hanya pinjaman.. bukan semata-mata hak kita. diberi pada kita dalam keadaan yang cukup sempurna serba serbi, amanah ni perlu dijaga, diberi haknya dan kasih sayang sebaiknya, dididik dan dibekalkan dgn ilmu dunia dan akhirat agar dia membesar dengan baik, sempurna dan satu hari seperti kita juga, dia akan kembali padaNya semoga kembalinya kita semua dalam keadaan yang bersih dan sempurna iman dan sesuci sepertimana kita dilahirkan.. insyaAllah..

video ni cukup menyentuh hati saya, bila benar2 hayatinya sy dapat rasakan getaran naluri 'itu'.. dan tanpa disedari, sy rasa sgt rindu pada 'dia'. seolah-olah sy mengenali dan mendekati penciptaan awalnya dlm rahim sy sendiri, walaupun sy xtau bila masa tu akan datang.. tp sy yakin pasti sampi. mgkn x smpi sebulan lagi baby (angkat) sy akan lahir, sy slalu terbayangkan dia dlm rahim ibunya. tiap kali selepas solat, sy slalu bayangkan 'dia' :sy sampikan suara hati dan doa sy dari jauh, semoga dia sihat dan membesar dgn sempurna, selamat dilahirkan dan proses penyerahan kepada sy juga berjalan dgn baik.. cahayamata, anugerah yang juga amanah dariNya...

mikhael is everywhere


baru lepas transfer gambar2 mikhael dr hp ddy. dr camera blom lagi. n ada few video jugak nak upload nanti. pengubat rindu :)
.
30/11 @ MAHA serdang.. naik trem
.
25/10 @ klinik mediviron, mikhael demam.. gusi gatal, nose ddy kna gigit
.
25/10 @ klinik mediviron alam damai.. dmm pun ligat jugak
.
21/10 mikhael nak mandi
.
15/11 @ puchong umah opah mikhael.. mmy n ddy dtg tgk mikhael, rinduu bangat la. masa ni dkt semggu x jumpa kot.
.

9/11 kat pkns bangi.. mikhael demam start makin panas ms ni. tp jnjalan senyap, suke. shiann dia
.
4/11 @ jusco.. sgt seronok dia berpusing2 merangkak atas meja arena foodcourt tu
.

3/11 @ home.. such a big boy kan :)
.
2/12 @ zoo melaka.. mmg suka explore handbag mmy, semua di anak amik
.
2/12 @ zoo melaka animal show.. x diam sume dia tgk, mikhael the explorer
.
2/12 @ tgk bird.. mikhael suke :D
.
2/11 @ the park,alam damai.. tertido pas 1 round ikut mmy n ddy jogging
.
1/12 @ home.. cm nak dmm lagi, tp everytime pas dmm sure ada skill baru :)
.

Wednesday, December 15, 2010

buat buat x nampak..

salam n morning awak :)..


apa yg buat2 x nampak tu? heheh. bukan apa umh sy tgh penuh dgn kotak2 n agak sesak mata memandang. cik abg tu dah mula cm resah je tgk kotak2 tu. sibuk soh letak dlm stor. ish payah gak org yg asik nak umh kemas je ni. yelah 3 yrs plus dok berdua je, umh pun ada suri yg maintain kemas bila skali nak pindah penuh ngan brg2 sesak pulak la mata kan. sabar skit la yer cik abg, pn suri ni tgh serabut gak nak arrange brg2. kalo x kita sapa lagi, suri la yg tau mana nak buang, mana nak simpan, nak arrange cm mana. thats y la byk kotak2 yg msh terbukak slagi x abis categorizedkan brg nak penuhkan kotak2 tu haha. smlm cik abg di paksa-relakan mengemas baju2 dia sendiri. dan di-stresskan oleh pn.suri supaya baju2 yg simpan-je-tp-dah-xnak-pakai tu silalah msuk ke dlm kotak utk disedekahkan atau kotak utk dihantar ke recycle. alhamdulillah selesai bab tu. yelah kdg tu bila kms baju2 byk gak yg ada tp xmau pakai dah, tp syg nak bg org. abis tu xkan nak simpan kan. target sy pindah kali ni mmg brg2 yg nak pakai shj yer. no storage storage bagai hehe. sama la ngan sy, baju2 buat semak je x pakai byk hehe. sayang la :D..
.
hebat kan?.. snng pindahkan umah terus, xyah sesibuk kemas. guna jin ke apa hehe. yup mmg hebat tech dorg ni kan.
.
so skrg terpaksa la kering hati n bwk brg2 yg perlu shj okeh. kdg sy kagum jugak dgn kwn2 yg slalu kene pindah mcm kene relocate keje ke escot setia hubby (mcm sy :). lagi pulak dah ada anak2 sure mcm2 barang kan. tp kan seronok jugak tau, bila dah kemas2 ni smgt baru utk buat azam n arrangement baru kat rumah baru nanti. sy siap draw floor plan umah baru n tampal kat dinding. then plan arrangement brg2. so senanglah nanti dah tau mana nak letak mana kan. tips moving yg sy baca the best kalo kotak2 ni kita labelkan guna kaler. cth room 1-kale biru so memana kotak yg nak letak dlm room 1 tampal la kale biru, mintak mover tu hantar terus ikut bilik2 tersebut. mana yg room2 lain, yg kat dry kitchen, wet kitchen etc etc. so xyah lah kita sendiri nak mengangkut kotak2 n brg2 berat esp nya. tggl nak unpack n kemas2 je. udah semua kotak sama je kan. kene buat labelling2 betul2. okeh2 pagi2 ni tgh smgt so kene cepat2 siapkan bfast then smbung keje. tata :)
.

apa yg penting?.. kerjasama (sila ikut melody wonderpet okeh :P)

Sunday, December 12, 2010

Tahun 1432 H.. benar benar satu penghijrahan buat kami


Harini 6 Muharam 1432 H , masih x terlambat untuk sy ucapkan salam maal hijrah 1432 H yang mula menyingkap tirai selasa lepas. semoga tahun baru hijrah ini membawa 1001 hikmah dan rahmat untuk kebaikan diri kita semua n semua orang sekeliling kita kan. Semoga penghijrahan kami juga membuka peluang kejayaan yang lebih besar, kejayaan dunia seiring dengan kejayaan menyempurnakan bekalan untuk dibawa pulang, insyaAllah amin..

Saturday, December 11, 2010

20 more days to go!.. packing packing


semalam sy n hubby baru balik dr penang. after trip ke jb kamis mggu lepas sampi isnin, selasa pagi kami gerak ke penang. trip kali ni selain urusan keje, kami finalise kan rumah kat penang. after ding dong ding dong n mlayan kerenah agent n pusing sana sini, alhamdulillah pagi sblm kami gerak balik smlm hubby dah sign booking form n bayar deposit utk rumah baru kat penang. lega dah selesai. kami akan tggl kat condo d area butterworth. few weeks juga sy sibuk google n tapis mana2 apmnt/condo yg mnarik. mulanya dah decide nak dok kat area seberang jaya, tapi lepas tgk another condo yg complete dgn facilities yg jauh lebih baik, 1st time tgk terus kami jatuh hati. since dah jatuh hati sgt dgn facilities kat situ 2/3 hari tu kami betul2 carik any unit kat situ juga. dipendekkan cerita last day b4 balik dpt jugak. lega. yg x leganya sy tggl 20 hari je lagi nak habiskan packing! waa. tgk sana tgk sini mana la nak start dulu. sib baik masa mak dtg 2 mggu lps dah start skit brg2 store n dapur. pagi tadi after jogging n p breakfast, kami terus p endah parade sri petaling utk beli boxes kat the box company. so stok boxes dah cukup tggl nak penuhkan je. harini cool dulu sbb nak setelkan laundry baju2 balik travel. insyaAllah by end of this month aka end of this year barang2 dah hantar ke penang. sy kene buat semua ni n readykan rumah sana cepat2, sebelum my little precious datang. sy doa2 baby sy lahir timing yg sgt2 cantik. rumah kl dah complete pindahkan semua n handover to owner n rumah penang dah ready utk duduk n semua barang baby dah complete. barang baby dah start beli sikit2, tapi baru baju2 je. now tgh survey2 jugak utk bedding set baby etc etc. list sy baru sikit je yg dah tick. dengar2 mothercare ada sale smpi early january, dah ckp ngan hubby tapi x sempat2 lagi nak pegi. online pun byk jugak leh pilih. so kene pandai2 la arrange time nak settlekan semua ni. mudah2an semua leh siap on time tenang2 :)..

.

our dream property in penang, wow bestnya kan.. insyaAllah, amin. x salah dreaming :)