Friday, May 27, 2011

first day jd student balik after 8 years!!

sgt kelakar after 8 tahun x p klas formal, harini nak start first class tetiba rasa nervous la pulak, cam first day nak masuk tadika muahaha. ingatkan ada org nak anta p klas, xde maknanya. slalunya bila sy kata kat cik abg tu dia ni manja pas kawin sume kene layan (coz xde baby lain sy nak layan), kali ni dia pulang paku buah keras chait! bila sy ngengada mintak anta p klas, dia kata sy pulak yg manja haha. padan muke sendiri. klas apa pulak la ni kan ;). sy amik intensive english course kat british council penang. last 2 weeks dah p placement test, pas dpt result n tau should start kat level mana then tgk2 schedule british council kbtln nearest class yg available start on 27/5 so terus la register. syukur jugak trus ada, coz yg sy tau kat british council ni class slalu full n kdg nak tggu bila dia start new session utk every level tu few months jgk kene tggu. knp nak amik klas ni? nak upgrade diri n increase confident level lah kononya (malu2 pulak kan ;). xpe, apa salahnya kalau tau diri kurang p la blajaq kan. nak kata teror english tu x la, tp nak kata x faham tu mmg tak la jugak. udahnya dulu amik acctg degree kat university yg main language english sure la paham kan. cuma sy rasa byk sgt lagi ruang utk di upgrade. sy pun ada masa, why not :). klas sy tadi ada 13 org student, tgk mostly bebudak je. kalo part time class yg session malam ramai la yg agak sebaya n lebih berusia, yg bekerja la ni. tapi yg bestnya sorg groupmate sy chinese girl ni guess umur sy 20 wakaka. terus sy kata u ni cute la, kasi up skit sbb dia buat sy rasa muda (bengang je hubby dgr sy perasan cmtu kahkah). udahnya sume mostly student, single n sy pun dress-up cm student mana la x nmpk budak kecik baru blajar ahaks..

.
ok meh story skit psl klas sy, klas 13 org. 2 org malay sy n adik sorg tu lps spm n next month start foundation acctg kat uniten (dia sgt suke bila tau sy same course ngan dia), sorg african girl muslim nama dia khadijah agak pemalu then the rest tu chinese student, cuma ada sorg tu lelaki cam student gak la kot nama dia 'fajar' tgk gaya cam indonesian jek. nnti next klas kenal2 lagi. we're divided into 4 groups n most of the activities by group la. n byk fun actv yg kami buat dlm klas, yup mmg seronok. n today dok recap balik la blajaq dolu2 pasai past simple n past perfect tense, haha kuar balik ilmu berkarat tu. dpt ilmu baru, dpt new friends, n pengalaman facing jamm nak naik bridge ptg2 huhu. rumah sy SVC mmg dkt ngan terminal ferry, so p tadi sy drive kete naik ferry je. owh teringat 1st, 2nd n 3rd time naik ferry dok amik gambaq sana sini. ni naik ferry sgsrg nak p klas tgk org dok ambik gambaq dah xde feel nak kluaq dr kete pun. dok je la dlm keta reading sesedar dah nak smpai. lesson learned yg dipesan dek kgkwn yg dok penang ptg jumaat or nak cuti skol toksah la ngengada nak lalu bridge tu. kalo nak lalu gak make sure before 4.30 pm or p la memana after 7.30 baru lalu. after class tu around 5.15pm pas solat asar (dlm BC ada surau kot sesapa yg nak blajaq kat sini dun wory k) saja kol en.suami n kbtln dia dah abis hal kat island n nak p seberang n nak naik ferry so janji la jmpa n p minum2 kat padang kota sat. rasa cm time berchenta plak aii hihi. p minum2 naik kete asing2. lama dah x wat keje cmni :). then nak balik naik ferry tgk sgt sgt sgt la pjgnya kete beratoq. tu la last2 hubby straight je nak naik bridge sy follow. last2 aduhai almost 2 hrs jalan cm kekura ngan gear manual WLM tu, mencabar sggh. WRR kat depan tu rilex je la coz dia auto, bila sms dia ngadu dia soh sabar 'ujian'.. aduhai sabar sabar. lenkali even pjg line beratuq nak naik ferry tu lg baik naik ferry then trus smpi umh yg x jauh ngan ferry terminal seberang. tggu ferry dok dendiam je dlm kete even lmbt skit. xpe xpe pengajaran kali. hmm terpikir gak if park kete kat terminal ferry seberang then jenjalan kaki la naik ferry n terminal kat island tu jalan dlm 15 mins je dah smpi building BC. ok jugak kan. leh burn calory ahaks.. tgk la next week cmna..


sesapa yg interested nak amik english course kat sini leh la singgah website dia kat sini ya. utk anak2 pun ada.

Thursday, May 26, 2011

al-fatihah..



saya dah siapkan 2 entry psl umrah tapi belum habis edit dgn gambar2. x smpt nak post, mggu lepas sy n hubby balik jb mengejut, tok mak sy (emak bonda) meninggal dunia jam 5am kamis lepas. rabu ptg family dah bgtau tok mak sy msk hospital dan kami keluarga dah jangka mngkin hayat atok tak lama. time tu sy dah mula plan ngan hubby utk sy balik jb dulu bbrp hari jmpa atok, tp Allah lebih baik merancang. usia tok mak sy melebihi 90 tahun, x ingat apa2 dah n x knl sgt org yg dtg jmpa melainkan mak sy yg jaga. dan lebih 10 tahun dah tggl kat umh bonda kat jb sejak arwah ayah masih ada lagi. 2/3 mggu sebelum atok pergi, dia dah x boleh bangun langsung. sebelum ni masih boleh mengesut utk ke bilik air even kaki dah x boleh berjalan. 2/3 mggu sblm meninggal mak dah pakaikan pampers, langsung x boleh bangun n kunyah makanan. mak sy blend bubur n bg mkn nestum guna syringe. bila keadaan tok mak sy makin uzur, bonda mintak nasihat doc n doc srh hantar p hsptl. semuanya kuasa tuhan, tok mak sy admit ptg rabu then x smpi setengah hari pagi kamis masa mak nak lap badan atok sebelum subuh kamis tu mak sy rasa badan atok dah panas, xde dengusan nafas lagi. tok mak meninggal dlm tidur. hikmahnya semua urusan mandi dan kafankan jenazah, pihak hospital uruskan. jenazah atok sy dah siap dikafankan dan bwk balik rumah utk disembahyangkan dan terus kebumikan hanya selang 3/4 baris dr kubur arwah ayah sy.


sy dapat sms berita hampir jam 5.30am kamis tu. terus bkk page airasia paling awal flight p jb dr penang 7am, mmg x smpt kami nak kejar. then ptg hanya kul 4pm, mmg x smpt. after dscs2 ngan hubby decide amik flight ke kl 8am then dr kl flight ke jb or spore. kemas2 lebih krg then trus msk kete. tetiba bila dah tnng skit sementara tggu pnskn enjin kete hubby tukar plan kata drpd kita gelabah nak p sana sini naik flight yg mmg x smpt nak jmpa jenazah atok b4 kebumi n keadaan cuaca pun hujan je kot flight delay sana sini, better drive straight ke jb dr penang. since isnin hubby pun ada urusan keje kat kl kami decide naik balik kemas baju2 byk skit trmasuk baju keje then trus gerak balik jb. FIRST time drive straight dr penang ke jb, gerak dkt jam 9am after bfast smpi umh bonda jb hampir jam 4pm. kami cuma stop lunch n solat kat ayer keroh. allahyarhamah ninda dan selamat dikebumikan lps zuhur td. x smpt kami jumpa. ptg smpi rumah masih ada few family sepupu2 n makcik pakcik dr kmpg yg tggl. bz tolong bonda siapkan persiapan tahlil arwah malam tu. semoga roh arwah tok mak tenang di sana. syukur arwah pergi dlm keadaan yg mudah, dlm tidur dan dlm genggaman tgn bonda yang tidur atas kerusi di sebelah katil atok berbantalkan tilam atok malam terakhir tu. bila balik tengok dkt tikar dan tilam yg atok nslalu tidur terbayang bayang juga.. al-fatihah... selasa balik penang smula. as usual balik travel bz mengemas n laundry. next week travel lagi. esok, jumaat sy start first class sy :). lama x jd student balik..

Tuesday, May 10, 2011

UMRAH 2011: 2) Hari pertama di Madinah, 'Raudhah:taman-taman syurga'

.



view masjid nabawi dr bilik sy, waktu solat jumaat hari ke-2
.
peniaga-peniaga yang banyak di lorong2 antara hotel


.


bilik-bilik hotel di madinah dan makkah rata2 ada siaran langsung dr Masjid Nabawi & Masjidilharam. boleh nampak waktu bila kurang atau ramai org di Raudhah & dlm masjid.


.


hari akhir di Madinah, tggu bas nak ke Makkah, siap berihram akan miqat di Bir Ali sebelum terus buat umrah pertama (rukun bg yg pertama kali) sebaik smpi ke Makkah.
.

Hari pertama di bumi Rasulullah saw, Madinah al-munawwarah.



Kumpulan 28 orang daripada kami smpi jam 11.30am pada 14/04/2011 di Madinah, masa perjalanan semakin hampir ke bandar Madinah memasuki tanah haram Madinah hati cukup2 sayu. Mengenangkan di sinilah bumi Rasulullah saw dan para anbia. Di padang pasir di kiri dan kanan highway tadilah tempat2 Rasulullah saw dan sahabat. Terbayang bayang jejak baginda di sana sini. Hati yang terkenang terhenti bila mutawif kami, ustaz munawer (indonesian lelaki bermur 31thn, dah 4 thn tggl di makkah utk mengaji kitab dgn syeikh di masjidilharam) mula membaca doa memasuki tanah haram Madinah. Antara makna doanya:


“Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram RasulMu, dan telah Engkau haramkan ia di atas lisan baginda s.a.w, maka jadikanlah ia penjaga bagiku dari neraka, aman dari seksa dan buruk perhitungan di hari kemudian.”



Setiap tempat yang diziarah ada doa-doa tertentu dimana kalau dibaca dan dihayati maknanya terasa sangat sebak bila melaluinya, sy rasa lebih faham dan dpt lebih hayati sejarah2 tempat2 tersebut dan paling terasa bila doa di setiap makam para sahabat, menghayati maknanya sy dpt soroti kembali perjuangan mereka. InsyaAllah sy try share sikit2 di sini ya. Sampai di Madinah kami terus check-in di hotel Anwar Al Madinah Movenpick, hanya 30 meter dr Masjid Nabawi, alhamdulillah. Sampai saja kami di sana dah ada seorang petugas tabung haji yg sambut dan terus bawa kami ke tgkt 4 dan serahkan kunci bilik mengikut list nama masing2. Ada yang bilik ber4, ber3 dan ber2. Sy dan hubby ambil bilik ber2. Sblm dpt kunci n msk bilik dlm hati doa2 dpt bilik yang nampak masjib nabawi, alhamdulillah even nmpak dari sisi n sikit je. Yelah masa ni sy masih lagi tak suci jadi x dpt la sama2 dgn semua pegi solat zuhur kat masjid nabawi. Belum dpt btl2 merasakan nikmatnya msk dlm masjid nabi. Tapi dr luar masjid masa bas lalu tadi sy dah nampak kubah hijau, sebak rasa hati sbb di bawah kubah hijau itulah makam Rasulllah saw. Pastinya jasad baginda masih segar lagi di situ kan. Menurut hubby pernah terjadi kisah seorang mat salih ni terlalu sgt nak tau n tgk sendiri jasad nabi dan dia mula mengorek tanah menuju ke makan nabi x silap sy bertahun juga lamanya, namun kuasa Allah mengatasi segalanya dan Rasullah saw mmg terpelihara, bila cuma tggl beberapa ratus meter shj lagi, pihak pemerintah madinah dpt mengesan cubaan ini dan selepas itu pengawasan ke atas makam nabi lebih ketat lagi bukan shj di luar tp dlm tanah pun mcm2 cubaan.


.
Kami sampi tggl sejam dah nak masuk waktu zuhur, di sini zuhur masuk jam 12.20pm. sampai ke hotel hubby terus bersiap utk solat di masjid nabawi n tugas sy mcm biasalah everytime dok hotel unpack barang2 n arrange sgl mcm brg yg kami bawa. Dr dinding cermin bilik sy jelas nampak sisi masjid nabawi, dan ada lorong diantara hotel sy dan hotel sebelah. Di lorong tu ramai org yang berniaga (or lebih klasik lagi berdagang lah kan), lebih kurang 10 peniaga ada di situ. Ada yang menjual bermacam jenis sejadah, tasbih, tudung, sarung kaki yg biasa perempuan pakai bila dlm kwsn masjid, n mcm2 lagi. N uniknya mereka hanya bentang tikar atau kain sbg alas utk letak barang2 mereka. Bila tiba waktu solat, kain tu akan digendong dan diikat shj bg yang nak solat dlm masjid. Tak perlu takut dicuri yg penting bila tiba waktu solat, itu yg didulukan. Ada juga yg bawa troli dan semacam kereta sorong utk menjual brg. Paling unik dan sy suka tgk ialah peniaga yang menjual kain mcm kain sari lebih kurang 2mx1m lebar. Kain ni sgt nipis mcm kain sari tp ada mcm2 warna, dia hanya jual kain mcm ni shj, kain ni akan dilambakkan ats tikar yang agak lebar. Then penjual ni yg berdiri atas kerusi rendah akan bukak kain2 baru dr plastik dan leraikan dan campakkan satu persatu kain2 tu dlm selerakan kain yg lain. Ramai lah perempuan2 yang berebut nak kain yg baru tu, biasanya sy tgk yg pakai kain2 mcm ni orang yg dtg dr india, pakistan, rupa mcm bosnia dan seangkatan dgnnya tu. (nanti sy try cari gambar diorang ya). Biasanya bila tiba waktu solat kalau peniaga yg x msk dlm masjid dia kan solat atas jln tar tepi tempat diorang berniaga shj.


.
Selesai hubby balik solat kami p mkn tghari kat tgkt 1 hotel kami. Makanan di sini alhamdulillah sedap2 semua, xde mslh (n sepanjang di sini kami dua-dua berselera aje ahaks :). Area tmpat buffet kami tu mmg makanan utk malaysian n indonesian, jadi mmg selera org kita. Hotel movenpick ni dr tgkt bwh hgga tgkt 3 mmg penuh dgn kedai2 mcm2, mmg ala hotel dlm shopping complex. Nak p mkn pun lalu kedai2 dlm shopping mall ni. Kedai abaya paling banyak. Kat sini perempuan wajib pakai abaya (jubah hitam), tapi menariknya abaya kat sini even kaler hitam tp dah mcm2 diupgrade bukan hitam semata, dekat lengan atau bahagian depan jubah sure ada mcm2 design yang akan sama dengan tepi tudung, cantik mmg cantik. Ptg after hubby solat asar kami jalan2 kat bwh, tepi sekitar masjid nabawi mmg penuh dgn hotel dan dibawahnya dan setiap lorong antara hotel mmg banyak org jual mcm2. Dr sebelum tghari smpi sy rasa bersih n sy trus mandi wajib n alhamdulillah dah boleh solat maghrib n isya’, tp time tu x smpt (nak tggu btl2 yakin dah suci) solat di masjid sy jama’ dlm bilik shj.


.


Then after mkn malam lepas solat mghrib dan isya' berkumpul di lobby hotel utk dibawa ziarah dlm masjid nabawi. Owh sy sgt seronok, teruja n x sbr rasanya nak msuk masjid nabi, nak beri salam btl di hadapan makam Rasulullah, nak berdoa di Raudhah dan nak rasa ketenangan dlm masjid nabawi. Dlm group sy yg ikut ziarah dalam ni perempuan cuma 5 org mgkn yg lain kepenatan, snng jugak la mutawif perempuan kami (Ustazah Mimi juga dr indonesia) nak bwk. Ustazah bwk kami masuk ke dlm Masjid Nabawi, kami mula dgn solat sunat tahyatul masjid. Ni doa selepas solat sunat tahyatul masjid di Masjid Nabawi ini:


.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Pujian yang menyempurnakan nikmat-Nya yang selaras dengan kebaikan-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji yang layak bagi keagungan dan kebesaran kekuasaan-Mu. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Besar Muhammad saw, keluarga dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku, dosa kedua orang tuaku, datuk nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara-saudaraku dan sekalian guru-guruku, semua orang Mukmin dan Mukminat juga Muslimin dan Muslimat, baik yang masih hidup mahupun yang telah mati dengan limpahan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”


.
Menurut buku panduan umrah & ziarah, selepas berdoa bangun beredar menuju makam Rasulullah saw dengan penuh tawadhu’. Yup kemudian kami terus masuk ke dalam ke arah makam Rasulluh dan raudhah(letaknya antara makam Rasulullah dan mimbar Rasulullah. Tempatnya agak kecil yang diperuntukkan untuk jemaah perempuan, mgkn hanya boleh muatkan dlm 100 org atau krg dlm satu2 masa). Dlm keadaan musim umrah yg sangat sangat ramai org dr seluruh dunia yang dtg ketika ini, pastinya sgt sgt ramai juga perempuan yg merebut peluang nak masuk ke dlm kwsn raudhah. Waktu utk perempuan agak terhad berbanding lelaki yang boleh masuk sepanjang masa. Ketika waktu waktu perempaun sebahagian kwsn raudhah akan dikepung utk perempuan dan lelaki masih ada sebahagian lagi. Masa sy di sana perempuan dibenarkan masuk ke dlm kwsn raudhah waktu pagi antara jam 8.00am-11.00am, petang lepas zuhur sampai asar, dan malam lepas isya' sampai 11.00pm.


.


Masa sy masuk ke kwsn raudhah mmg dah sgt sesak dgn ramai org, mujur Ustazah Mimi yg baik hati tu pegang n pimpin tangan sy kuat dan bwk sy ke depan, yang lain ikut di belakang. Oh ya, masa sy solat sunat tahyatul masjid mula2 masuk tu sy rasa mcm was2 sbb mcm ada pengaliran, bila selesai doa tahyatul masjid lagi la terasa pengaliran. Utk meghormati kwsn masjid dan was2 keadaan sy, sy tanya pd ustazah mimi mcm mana kalau period sy keluar smula. Ustazah tya kamu betul yakin xde, atau dah mula was2?, sy jujur kata was was. Kemudian ustazah kata xpe x perlu solat tapi boleh berdoa, sy tanya lagi xpe ke sy berada dlm masjid. Ustazah kata msk td kamu suci n sbb dah berada dlm masjid xpe kamu berdoa saja masa di raudhah nanti, xperlu solat hajat di sana. Biasanya peluang yang diberi ketika berada di raudhah org peruntukkan utk solat hajat dan berdoa. Raudhah adalah salah satu drpd taman-taman syurga dan tempat mustajab utk berdoa. Ustazah cerita Raudhah ni panjangnya dlm lingkungan 11 tiang dr tengah masjid (tapak asal binaan Rasulullah sebelum diperbesarkan), dan 11 tiang ni semua akan ada dalam syurga nanti dana warnya semua putih. Sebak dah teruja hati sy bila mengenangkan mcm mana la rupa syurga nanti kan. ada pelung ke aku. Walau sy mula rasa agak sedih kerana kemugkinan sy period smula namun sy sangat2 syukur sbb sy suci ptg tadi memungkinkan sy masuk ke dlm masjid nabi dan alhamdulillah sgt sbb dpt masuk ke dalam kwsn raudhah dan berdoa. Sebelum tu kami kene tggu turn, bersesak dgn org2 dari turki, india, pakistan, iran, indonesia dan yang lainnya agar mencabar namun dlm hati tak putus baca ‘rabbiyasir walatuassir rabbitamim bilkhair’ moga Allah permudahkan jalan kami dan sampai hajat kami nak berada di raudhah. Ada bbrapa org pengawas arab yang perkaian abaya tutup semua sepenuhnya termasuk muka yang menjaga kelancaran dan giliran masuk ke kwsn raudhah. Dengan healer di tangan x diam dia bg arahan kpd jemaah perempuan yang ada jugak xmau mengikut arahan bertolak n bersesak nak masuk ke hadapan kwsn menuggu. Kbykannya yg x mengikut arahan ni dr negara2 arab sendiri. Sy tak faham arab tapi dr apa yg sy dengar pengawas arab tu ckp, dia ada sebut malaysia bagus n dgr arahan. Kami duduk shj smntara menunggu giliran. Bila mutawif kami yg smemangnya fasih berbahasa arab communicate dgn pengawas tu, bbrp kali sy dgr ustazah mimi (yang juga berjilbab) agak tggi suara tegur perempaun2 arab ni. Dan few times jugak la dgr pengawas arab ni cakap melayu ‘dudduk ibu dudduk’ mmgnya diorang ni tau sikit2 bhs tiap bangsa yg dtg. Comel n kelakar je bunyinya.


.


Oh ya, di kwsn raudhah ni perempuan x dibenarkan bawa kamera atau handphone berkamera, kalau xmau kene rampas lah. Hanya hphone x berkamera shj dibenarkan. Bgs jgk focus shj dgn niat nak msk n berdoa dlm raudhah. Akhirnya alhamdulillah kami dpt masuk dlm kwsn raudhah, sampi shj ke dlm kwsn raudhah sy ditarik terus ke depan dan ustazah suruh kami semua cepat2 solat hajat. Dlm sesak sedikit tu agak mencabar bg jemaah nak solat hajat tapi hikmahnya sy x boleh solat, sy suruh yg lain solat dan sy kepung dr belakang dan ustazah jaga dr depan.saya tahan badan sy bila ada yg bersesak dr blkg. Jadi kwn2 yg lain dpt sempurnakan solat hajat. Kemudian kami berdoa, dlm 10min juga ms yg ada utk kami semua berdoa. Hati sy cukup cukup sayu dan mmg x mampu nak tahan air mata mem baca doa di raudhah. Selepas membaca doa tu sy beralih pada doa sendiri, hajat sendiri dgn bersungguh memohon kempunan dah dimakbulkan hajat. Xperlu lah sy share di sini kan :). Ustazah tanya, dah doa semua? Suami, ibu, ayah, kakak dan abg?, bagus btl ustazah mimi buat sy menambah doa buat adik beradik pula. Sayu sebab sambil berdoa setentang dgn bahu kiri sy makan Rasulullah saw, terasa dan terbayang jasad Rasulullah yang ada di dalam. Sebelum masuk ke dlm raudhah td, di ruang menunggu masing2 memberi salam pada rasulullah dan mem baca doa di makan Rasullullah. Sempat juga sy menyampaikan salam yang dikirim oleh kawan2 dan saudara mara saya. seorang demi seorang nama sy sebut, semua pesanan doa dan salam pada Rasullullah sy tulis dlm kertas dan staple semua kiriman salam tu di makam Rasulullah, alhamdlulillah sy dpt smpaikan. Segala adab berdoa dan menyampaikan salam org lain lengkap ada dlm panduan umah & ziarah dr darul nu’man (yang bertali dan boleh sngkut di leher, sy suggest kwn2 guna buku panduan doa ini, sgt bagus dgn terjemahan doa).


.


“Assalamualaika Ya Rasullullah hiwarahmatullah hiwabararokatuh” makna doa di makan Rasullah saw:
.


“Salam sejahtera ke atas engkau wahai junjungan yang mulia. Rasul yang pemurah dan penyayang, yang telah dipilih oleh Allah menjadi kekasihNya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammah itu pesuruh-Nya. Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tanggungjawab2 risalah, dan telah menunaikan segala amanah, telah memberi nasihat kepada umat, dan telah berjihad bagi meninggikan agama Allah, sejahteralah ke atas engkau, berkekalan sehingga hari Kiamat. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kebaikan kepada kami di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta jauhkan kami dari seksa neraka. Ya Allah, kurniakanlah kepada junjungan akan kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”


.
Selepas kami berdoa, sementara msk ke dlm raudhah tadi ustazah mimi menerangkan yang jasad Rasulullah saw dimakamkan di rumah baginda, dlm bilik anakandanya Fatimah as. Sebelah makam Rasulullah ialah makam Saidina Abu Bakar As Siddiq ra. Berikut makna doa untuk sahabat nabi yang paling setia ini :


.
“Salah sejahtera kepda tuan wahai khalifah yang pertama selepas Rasulullah, dan sahabatnya yang bersama-sama dalam gua Thur, yang setia menyimpan rahsia. Terimalah balasan daripada Allah sebagai balasan ketua yang memimpin umat Nabinya. Bahawasanya tuan telah menggantikan Rasulullah dengan menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya, dan tuan telah mengikut jalan dengan bersungguh-sungguh serta berkhidmat kepada agama Islam dan menghubungkan kasih sayang sehingga akhir hayat tuan. Maka terimalah balasan selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya.”


.
Makam Saiyidina Umar Ibn Al-Khattab r.a juga berada bersebelahan makam Rasulullah saw. Salam juga diberikan kepadanya:


.
“Salah sejahtera kepada tuan wahai pengembang agama Islam yang telah diberi gelaran faruk (yang memutuskan abtara yang benar dengan yang salah). Salam sejahtera kepada tuan yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak-anak yatim dan menghubungkan kasih sayang, maka dengan usaha tuanlah agama Islam menjadi kuat dan gagah. Salam sejahtera ke atas tuan serta rahmat Allah padamu”.


.
Sungguh istimewa sahabat–sahabat Nabi ini yang mendapat kemulian dan doa dari setiap umat Muhammad yang mengunjungi makam Rasulullah saw. keistimewaan ini diterima kerana segala pengorbanan dan kesetiaan mereka meneruskan perjuangan Rasulullah saw.. subhanAllah.. selesai mengunjungi Raudhah kami terus menuju pintu keluar dan sempat minum air zam-zam yang banyak kat kwsn masjid. waktu tu dah jam 12.00pm. masa bbrp tapak keluar dr pintu masjid ada sorg perempaun arab ni mintak tolong kat sy bwkkan seorang perempaun arab tua yg berkerusi roda ni ke gate depan luar masjid, dia agak tergesa-gesa dan tanpa fikir panjang sy tolak kerusi roda dia. bila dah menapak hampir kat gate luar sy terfikir xkan nak tggl kat situ je, mula sy ingat ada sesiapa yg tunggu dia ke apa. waktu tu tgh mlm xkan sy nak biarkan dpn gate masjid even masih ada org di kwsn luar n peniaga2 di situ. nasib baik 4 org yg laikn dr group sy ikut je sy n x tgglkan sy. sy x faham arab dan bila tanya makcik arab ni ckp sy btl2 x faham n x dpt nak tgkp nama hotel dia. ligat kepala sy fikir nak buat apa ni. then jnpa peniaga arab kat tepi tu sy suruh makcik ni ckp kat dia, still xde org faham jgk. sy sorong wheelchair dia lalu lorong2 hotel n makcik ni suruh terus je, uik risau gak kot kami yg x jmpa jln balik nnti. sy tawakkal dan dlm hati berdoa je moga Allah tunjuk jln sy bantu makcik arab ni balik. then syukur alhamdulillah nampak kat bwh satu hotel ni ada security 2 org n sy tanya dia arab ke, then syukur jgk dia boleh speaking. then dia tanya makcik arab ni pastu security tu kata 'this is the hotel'. sy x puas hati 2 kali sy confirmkan 'are u sure?' n asked him to send her to her room. syukur syukur alhamdulillah selamat jugak makcik tu balik. lega hati sy. n syukur jugak jalan ke depan sikit kami ber5 nampak hotel kami even dr arah lain bkn pintu dpn. dkt 1.00am jugak baru sy smpi bilik.


.


ok itu story first day di Madinah. nnti sy smbg lagi k :). thanks 4 reading. kat bawah ni video kwsn raudhah (carpet hijau) di bahagian lelaki. video ni hubby yg ambik, lelaki boleh bwk camera n hphone camera. tp jgn la melampau sgt bergambar nnti security arab tu marah plak..


.






Thursday, May 5, 2011

UMRAH 2011: 1) Penang-PD-KLIA-Abu Dhabi-Jeddah


ALHAMDULILLAH syukur pada illahi sy dan suami serta semua rombongan kumpulan kami dr tabung haji travel selamat tiba di bumi madinah al-munawwarah pada jam 11.30am (4.30pm) waktu saudi (14/04/11). Perjalanan kami bermula pada hari isnin 11/04 kami bertolak dari rumah di butterworth ke rumah mertua di port dickson. Sebelum tu sempat singgah di kl utk hantar tempahan baju melayu hubby utk kenduri kawin adik lelaki hubby 01/05. N sempat la cari jubah seluar sy even payah skit nak jumpa di sana. Malam kami sampai PD. Selasa final packing n persiapan sebelum sebelah malamnya kami buat tahlil dan doa selamat di masjid kg.sawah, PD. Drpd awal ayah mertua dah tempah semua makanan utk jemaah masjid yg dtg. Kami buat di masjid supaya x terlalu sibuk di rumah. Alhamdulillah lebih kurang 40 jemaah masjid yang datang dan sama-sama mendoakan keselamatan dan kemudahan perjalanan kami. Rabu pagi sy dah siap iron baju n siap finalkan semua packing. Lepas zuhur lebih kurang pukul 3pm, fmly dah siapkan teh’o dan beli sikit kuih muih utk org2 masjid dan jiran yang akan dtg menghantar waktu kami keluar. Mulanya segan jugak sy bila tau mmg budaya kat sini umrah atau haji mmg akan ada org masjid yg dtg, bacakan doa masa kami nak keluar dan akan mengalunkan azan. Agak terharu jugaklah bila ayah mertua dan aturkan semuanya. Lebih kurang 10 orang yang datang termasuk imam masjid yang membacakan doa. Kami pergi ke klia 1 kereta dgn kakak ipar sy, ayah mertua dan 3 orang anak sedara. Minggu bekerja dan family sy jauh kat JB jadi x dpt hantar. Xpe klia pun bukan jauh sgt, kami gerak 4pm dr PD even ada sesak sikit dlm jam 5.10pm kami dah sampai level 3 klia. 5.40pm semua rombongan umrah tabung haji travel berkumpul di kaunter G21 utk ambil tag beg, tag nama & boarding pass. Di sini barulah kami jumpa dgn rombongan yang lain dalam 28 orang yg akan sama2 kami sepanjang 13 hari perjalanan. Kebanyakannya middle age, kami pasangan suami isteri paling muda slain bbrp orang anak2 umur 15-20 yg dtg dgn mak ayah. Bersama dgn seorang pengiring lelaki dr tabung haji travel.
.



terima kasih semua qariah masjid kg.sawah PD yg dtg mmbacakan tahlil dan doa selamat, mendoakan keselamatan perjalanan kami suami isteri.





Jemaah masjid dan imam yg dtg bacakan doa (terharu mcm nak p haji je :)



Lebih kurang jam 6.15pm kami check-in, lalu imigresen n kastam then naik tren sampai ke klia international boarding terminal lebih kurang jam 7.15pm. hubby pegi solat jama’ maghrib & isya’. Mcm sy story kat entry ini, sy dah hampir 2 bulan setengah x uzur. Then Allah knows the best, hari ahad 10/04 kat rumah penang sy start uzur. Mulanya sy agak sedih sebab bertolak dlm keadaan x bersih, tp tentunya Allah tahu yang terbaik dan even sy doa semoga suci sblm pergi n disana tp hikmahnya sy uzur dari sebelum bergerak. Hari pertama biasanya sgt sedikit, tp syukur 1st day dah heavy flow n mudah2an cepat habis. 2 hari sebelumnya sy sengugut n emosi sgt tidak stabil, jd sensitif sgt n tu yg sampai post sy cerita pasal ni, ahaks. Rupanya nak period. Sampai hari rabu nak bertolak pun masih ada sedikit lagi x habis, sy tawakkal tapi dlm flight sy keep on baca doa berhentikan darah haid yang ustaz bagi dlm buku rujukan tabung haji travel. Dalam flight dr kl-abu dhabi selama 8 jam perut sy agak sakit, rasa senggugut dan krg selesa sikit. Tp alhamdulillah semua under control. Flight agak penuh, seat 2 di sebelah kiri tiga di tengah dan 2 di sebelah kanan. Sy dapat duduk dkt window sebelah kanan tapi hubby duduk kat seat tgh dpn sy sikit. Sedih gak x dpt duduk skali tpsy x henti harap n doa dpt duduk sblh hubby. Xtau lelaki ke prmpuan ddk sblh sy, dlm hati x henti ‘rabbi yasir walatuassir, rabbi tammimbilkhair’ semoga Allah permudahkan n ada jln kami ddk sama spnjng 8 jam journey ni. Hehe ngengada bukan jauh sgt pun :P Sy ingat kalau lelaki ddk sblh sy ada pelung lah. Tapi kemudian dtg sorang makcik group kami jugak ddk sblh sy, owh ok xpelah sy trima je drpd lelaki lg payah kot dia xmau tukar kan. Tapi tetiba syukur sgt2 rupa2nya yg ddk sblh hubby sy kat seat tgh tu suami makcik ni then pas dscs2 skit dia tukar ddk tmpt hubby sy, yeaay dpt dok ngan hubby heee :).
.
Sepanjang 8 jam journey tdo n jaga few times, mkn dlm etihad airways alhamdulillah sedap. Pasta dia sgt sedap n paling best n x pnh jumpa muffin panas dia yg sgt sedap n ada cream kat bwh cup tu. Smpt jugak habiskan tgk movie ‘bila cinta bertasbih’. Tgk sparuh x larat tdoq dulu then b4 take-off sempat habiskan. Sambil tdo dgr bacaan quran tenang skit rasa. Sampai di abu dhabi jam 12.30am waktu abu dhabi (4.30am lebih krg waktu msia). Agak letih kemudian lps imigresen kami terus ke boarding area tggu next flight etihad ke jeddah. Lebih krg jam 1.10am start check-in utk flight kedua kami ke jeddah yg memakan masa lebih krg 2 jam. Sementara tggu tu ramai la org yg sama2 nak menunaikan umrah, dari south africa, kazakhtan & russia. Ada seorang kazakhtan ni admire btl kat en.suami ahaks, even ckp mcm ayam n itik asik bersoal jawab. Klakarnya dia x paham english n hubby pun x paham bahasa dia tp dia sik nak menanya. Cuma paham bila ckp umrah, malizia, bila dia sebuat ke-empat-empat mazhab hubby jawab syafie dan kita tunjuk diri dia then kata hambali. So faham la dia mazhab hambali. Then dia ada nak tanya kalau x salah faham kami soalan dia (dlm bahasa isyarat tu) tanya brp cost dr jeddah ke madinah. Kami yg xtau pun exactly brapa sbb semua dlm pakej tp xtau nak trgkan mcm mana. Dia keep on tanya smpi buat isyarat kapal terbang haha, klakar jugak. Kumpulan kazakhtan tadi dr jeddah akan terus ke makkah jadi dr abu dhabi tu mereka dah salin pakaian ihram bagi lelaki. Sbb atas flight nanti bila lalu di ‘qarnul manazil’ mereka dah kene niat. ‘qarnul manazil’ adalah tempat miqat:berniat umrah atau haji bagi tetamu Allah yang akan masuk ke makkah dr luar makkah. Bagi kami, kami akan ke madinah 3 hari dulu kemudian baru gerak naik bas ke makkah. Dlm perjalanan bas tu kami akan bermiqat di bir ali. Tempat miqat ni adalah sempanan antara tanah halal dan tanah haram makkah. Kalau naik flight td diorang trus sampi ke makkah jadi wajib niat di atas flight setentang dgn ‘qarnul manazil’. Pilot ada buat announcement bila sampai di kwsn udara sttg dgnnya. Andainya kita dah smpi tanah haram makkah dan ingin buat umrah lagi, selepas umrah wajib yang pertama, jemaah perlu keluar ke sempadan tanah halal dan tanah haram makkah di 3 tempat iaitu paling dekat di tan’im, jakranah dan hudaibiyah. Di luar masjidilharam banyak teksi, van dan kenderaan sapu yg sedai 24jam andai kita nak pegi miqat. Kami belum smpi lagi tanah haram makkah tp ustaz yg cerita. Bila smpi kwsn miqat di salah satu drpd 3 masjid yg sy sebut tadi, boleh smbahyang sunat ihram dan niat ihram. ‘nawaitu umratalillah waihram tubiha lillahitaala’. Kemudian teksi akan bwk semula ke masjidilharam utk kita sempurnakan tawaf, saie dan bercukur utk melengkapkan satu umrah. Semoga sy betul2 suci sebelum gerak ke makkah sabtu ni.
.





excited :).. at KLIA

transit @ abu dhabi.. mmbincangkan mslh ummah sedunia dgn muslim kazakhstan :D





naik bas dr airport Jeddah ke Madinah.. pnt sbnrnya journey hmpir 24 jam sblm sampai ke Madinah jam 11am waktu Madinah, tp sgt teruja x sbr nak smpi bumi Rasulullah swt dan Sahabat ..





Wednesday, May 4, 2011

alhamdulillah i'm back.. :)



alhamdulillah sy n hubby slamat pulang dr menunaikan umrah pd 25/04/2011. urusan kenduri kawin adik lelaki hubby di rumah mertua pd 01/05/2011 pun dah selesai n semalam kami berdua dah sampi ke butterworth. rindu dkt rumah, tgglkan 24 hari. insyaAllah sy akan share perjalanan umrah kami ni. sy akan buat post2 bersiri utk berkongsi perjalanan kami dgn readers semua. sblm tu apa yg sy boleh ckp, berkunjung ke tanah haram madinah dan tanah haram makkah menunaikan umrah takkan sama dengan bercuti ke mana shj tempat lain dlm dunia. satu perasaan yg sgt hebat dan tenang akan kita rasa bila pertama kali memandang kaabah, rumah Allah. sepanjang 13 hari di sana, mmg x ingat mslh lain. target setiap hari nak dpt solat n berdoa di tempat2 mustajab doa, raudhah:satu drpd taman2 syurga di masjid nabawi, multazam:antara hajar aswad dan pintu kaabah, hijr ismail, bawah pancuran emas, dalam masjidilharam. di masjidilharam tiada waktu yg diharamkan solat sunat, tiap masa boleh solat hajat, air zam-zam sana sini tiap 10meter dlm masjid, sejuk n segar, paling sy rindu solat subuh jam 5am berjemaah dgn kicauan burung2 kecil di atas kaabah dan suara imam masjidilharam yg sgt syahdu membaca ayat2 quran, buat sy rasa sebak sgt masa solat subuh terakhir 24/04 pagi terakhir kami sebelum balik. insyaAllah sy akan berkongsi dlm next2 post ya. dah berpuluh kali sy n hubby ulang tayang tengok balik gambar2 n video2 kami. mmg sgt rindu utk dtg lagi..