Thursday, May 5, 2011

UMRAH 2011: 1) Penang-PD-KLIA-Abu Dhabi-Jeddah


ALHAMDULILLAH syukur pada illahi sy dan suami serta semua rombongan kumpulan kami dr tabung haji travel selamat tiba di bumi madinah al-munawwarah pada jam 11.30am (4.30pm) waktu saudi (14/04/11). Perjalanan kami bermula pada hari isnin 11/04 kami bertolak dari rumah di butterworth ke rumah mertua di port dickson. Sebelum tu sempat singgah di kl utk hantar tempahan baju melayu hubby utk kenduri kawin adik lelaki hubby 01/05. N sempat la cari jubah seluar sy even payah skit nak jumpa di sana. Malam kami sampai PD. Selasa final packing n persiapan sebelum sebelah malamnya kami buat tahlil dan doa selamat di masjid kg.sawah, PD. Drpd awal ayah mertua dah tempah semua makanan utk jemaah masjid yg dtg. Kami buat di masjid supaya x terlalu sibuk di rumah. Alhamdulillah lebih kurang 40 jemaah masjid yang datang dan sama-sama mendoakan keselamatan dan kemudahan perjalanan kami. Rabu pagi sy dah siap iron baju n siap finalkan semua packing. Lepas zuhur lebih kurang pukul 3pm, fmly dah siapkan teh’o dan beli sikit kuih muih utk org2 masjid dan jiran yang akan dtg menghantar waktu kami keluar. Mulanya segan jugak sy bila tau mmg budaya kat sini umrah atau haji mmg akan ada org masjid yg dtg, bacakan doa masa kami nak keluar dan akan mengalunkan azan. Agak terharu jugaklah bila ayah mertua dan aturkan semuanya. Lebih kurang 10 orang yang datang termasuk imam masjid yang membacakan doa. Kami pergi ke klia 1 kereta dgn kakak ipar sy, ayah mertua dan 3 orang anak sedara. Minggu bekerja dan family sy jauh kat JB jadi x dpt hantar. Xpe klia pun bukan jauh sgt, kami gerak 4pm dr PD even ada sesak sikit dlm jam 5.10pm kami dah sampai level 3 klia. 5.40pm semua rombongan umrah tabung haji travel berkumpul di kaunter G21 utk ambil tag beg, tag nama & boarding pass. Di sini barulah kami jumpa dgn rombongan yang lain dalam 28 orang yg akan sama2 kami sepanjang 13 hari perjalanan. Kebanyakannya middle age, kami pasangan suami isteri paling muda slain bbrp orang anak2 umur 15-20 yg dtg dgn mak ayah. Bersama dgn seorang pengiring lelaki dr tabung haji travel.
.



terima kasih semua qariah masjid kg.sawah PD yg dtg mmbacakan tahlil dan doa selamat, mendoakan keselamatan perjalanan kami suami isteri.





Jemaah masjid dan imam yg dtg bacakan doa (terharu mcm nak p haji je :)



Lebih kurang jam 6.15pm kami check-in, lalu imigresen n kastam then naik tren sampai ke klia international boarding terminal lebih kurang jam 7.15pm. hubby pegi solat jama’ maghrib & isya’. Mcm sy story kat entry ini, sy dah hampir 2 bulan setengah x uzur. Then Allah knows the best, hari ahad 10/04 kat rumah penang sy start uzur. Mulanya sy agak sedih sebab bertolak dlm keadaan x bersih, tp tentunya Allah tahu yang terbaik dan even sy doa semoga suci sblm pergi n disana tp hikmahnya sy uzur dari sebelum bergerak. Hari pertama biasanya sgt sedikit, tp syukur 1st day dah heavy flow n mudah2an cepat habis. 2 hari sebelumnya sy sengugut n emosi sgt tidak stabil, jd sensitif sgt n tu yg sampai post sy cerita pasal ni, ahaks. Rupanya nak period. Sampai hari rabu nak bertolak pun masih ada sedikit lagi x habis, sy tawakkal tapi dlm flight sy keep on baca doa berhentikan darah haid yang ustaz bagi dlm buku rujukan tabung haji travel. Dalam flight dr kl-abu dhabi selama 8 jam perut sy agak sakit, rasa senggugut dan krg selesa sikit. Tp alhamdulillah semua under control. Flight agak penuh, seat 2 di sebelah kiri tiga di tengah dan 2 di sebelah kanan. Sy dapat duduk dkt window sebelah kanan tapi hubby duduk kat seat tgh dpn sy sikit. Sedih gak x dpt duduk skali tpsy x henti harap n doa dpt duduk sblh hubby. Xtau lelaki ke prmpuan ddk sblh sy, dlm hati x henti ‘rabbi yasir walatuassir, rabbi tammimbilkhair’ semoga Allah permudahkan n ada jln kami ddk sama spnjng 8 jam journey ni. Hehe ngengada bukan jauh sgt pun :P Sy ingat kalau lelaki ddk sblh sy ada pelung lah. Tapi kemudian dtg sorang makcik group kami jugak ddk sblh sy, owh ok xpelah sy trima je drpd lelaki lg payah kot dia xmau tukar kan. Tapi tetiba syukur sgt2 rupa2nya yg ddk sblh hubby sy kat seat tgh tu suami makcik ni then pas dscs2 skit dia tukar ddk tmpt hubby sy, yeaay dpt dok ngan hubby heee :).
.
Sepanjang 8 jam journey tdo n jaga few times, mkn dlm etihad airways alhamdulillah sedap. Pasta dia sgt sedap n paling best n x pnh jumpa muffin panas dia yg sgt sedap n ada cream kat bwh cup tu. Smpt jugak habiskan tgk movie ‘bila cinta bertasbih’. Tgk sparuh x larat tdoq dulu then b4 take-off sempat habiskan. Sambil tdo dgr bacaan quran tenang skit rasa. Sampai di abu dhabi jam 12.30am waktu abu dhabi (4.30am lebih krg waktu msia). Agak letih kemudian lps imigresen kami terus ke boarding area tggu next flight etihad ke jeddah. Lebih krg jam 1.10am start check-in utk flight kedua kami ke jeddah yg memakan masa lebih krg 2 jam. Sementara tggu tu ramai la org yg sama2 nak menunaikan umrah, dari south africa, kazakhtan & russia. Ada seorang kazakhtan ni admire btl kat en.suami ahaks, even ckp mcm ayam n itik asik bersoal jawab. Klakarnya dia x paham english n hubby pun x paham bahasa dia tp dia sik nak menanya. Cuma paham bila ckp umrah, malizia, bila dia sebuat ke-empat-empat mazhab hubby jawab syafie dan kita tunjuk diri dia then kata hambali. So faham la dia mazhab hambali. Then dia ada nak tanya kalau x salah faham kami soalan dia (dlm bahasa isyarat tu) tanya brp cost dr jeddah ke madinah. Kami yg xtau pun exactly brapa sbb semua dlm pakej tp xtau nak trgkan mcm mana. Dia keep on tanya smpi buat isyarat kapal terbang haha, klakar jugak. Kumpulan kazakhtan tadi dr jeddah akan terus ke makkah jadi dr abu dhabi tu mereka dah salin pakaian ihram bagi lelaki. Sbb atas flight nanti bila lalu di ‘qarnul manazil’ mereka dah kene niat. ‘qarnul manazil’ adalah tempat miqat:berniat umrah atau haji bagi tetamu Allah yang akan masuk ke makkah dr luar makkah. Bagi kami, kami akan ke madinah 3 hari dulu kemudian baru gerak naik bas ke makkah. Dlm perjalanan bas tu kami akan bermiqat di bir ali. Tempat miqat ni adalah sempanan antara tanah halal dan tanah haram makkah. Kalau naik flight td diorang trus sampi ke makkah jadi wajib niat di atas flight setentang dgn ‘qarnul manazil’. Pilot ada buat announcement bila sampai di kwsn udara sttg dgnnya. Andainya kita dah smpi tanah haram makkah dan ingin buat umrah lagi, selepas umrah wajib yang pertama, jemaah perlu keluar ke sempadan tanah halal dan tanah haram makkah di 3 tempat iaitu paling dekat di tan’im, jakranah dan hudaibiyah. Di luar masjidilharam banyak teksi, van dan kenderaan sapu yg sedai 24jam andai kita nak pegi miqat. Kami belum smpi lagi tanah haram makkah tp ustaz yg cerita. Bila smpi kwsn miqat di salah satu drpd 3 masjid yg sy sebut tadi, boleh smbahyang sunat ihram dan niat ihram. ‘nawaitu umratalillah waihram tubiha lillahitaala’. Kemudian teksi akan bwk semula ke masjidilharam utk kita sempurnakan tawaf, saie dan bercukur utk melengkapkan satu umrah. Semoga sy betul2 suci sebelum gerak ke makkah sabtu ni.
.





excited :).. at KLIA

transit @ abu dhabi.. mmbincangkan mslh ummah sedunia dgn muslim kazakhstan :D





naik bas dr airport Jeddah ke Madinah.. pnt sbnrnya journey hmpir 24 jam sblm sampai ke Madinah jam 11am waktu Madinah, tp sgt teruja x sbr nak smpi bumi Rasulullah swt dan Sahabat ..





0 comments: