Friday, December 17, 2010

shedapnya air kunyit :)


dalam entry yang lepas sy ada beritau yang sy tgh makan ubat tradisional untuk keluarkan susu, untuk susukan baby sy yang insyaAllah due hampir sebulan lagi (mudah2an semuanya lancar, amin). seperti yg sy dah story yg sy memilih cara tradisional sbb xmau makan ubat hormon doctor yang boleh membantutkan usaha sy sendiri untuk conceive. usaha sendiri masih diteruskan, insyaAllah. dah masuk hari ke 5 sy makan ubat2 atau lebih tepat lagi jamu ni. jamu ni berupa jamu kecil2 yang sy perlu makan 3 kali sehari dan sekali makan 12biji jadi total sehari 36 biji. jamu ni sy telan dengan air jamu yang mak jah bagi 2 botol (1.5 liter). jamu2 mak jah ni dah few times sy makan, mula2 je payah dah banyak kali xde mslh alhamdulillah 12 biji tu telan skali je. tapi bila tgk botol2 air jamu tu telan liur gak saya haha. nampak pekat betul. tapi mak jah kata sedap :). hehe nak sedapkan hati sy lah tu kan. tapi b4 ni ada jugak jamu air yg sy dah minum 1 botol rasa sirap n cm ada madu, yup mmg sedap. tp yg tu cair je kali ni pekat betul kwang kwang. tapi kerana baby sy, ummi dia sanggup berkorban. 1st time minum sy dah ready secawan orange tropicana twister kat sebelah air jamu tu hahha. smpi ari ke-5 ni dah dekat 15 kali makan n minum jamu tu still, sy masih lagi kene minum dgn orange hehehe. stock orange twister kene ada la kat umh hehe. rasa dia seedap :D, rasa kunyit agak kuat gak la n yg sedap tu sbb ada rasa asam jawa. sy simpan dlm peti ais so sejuk sedap lah kan. sedap!?, boleh la tapi nak minum cmtu je masih x sanggup lagi la hihi.
.
.
sy google khasiat kunyit dlm jamu, waah hebat banyak sungguh khasiatnya rupanya. esp dlm jamu2 indonesia tu mmg bubuh mcm2 jenis kunyit, kunyit putih la, kunyit merah la etc etc. biasanya untuk buat ubat-ubatan ni ibu kunyit yg digunakan. ibu kunyit ini juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Antara khasiat kunyit yang sy dapat hasil google :
.

Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda. awet muda? wau, hehe kene minum betul2 ni kasik habis :P.. untuk ubat sy ni xtau apa lagi yng mak jah letak, tapi ada jugak yg sy baca mmg kunyit boleh tambah susu.

0 comments: