Monday, March 29, 2010

Khasiat buah delima..


hi, harini sy nak story pasal khasiat buah delima. sy sendiri mula bg perhatian kat buah delima ni sejak jumpa ngan dr.marsita (wah malu jer, ramai yg dah lama tau ~xpe xpe, better late then never!! kan).. ok kat sini sy nak share ngan sumer few info2 ttg buah delima ni. n sy n hubby pulak skrg ni hari2 minum jus delima yg sy start beli kat midvalley dlm post sy yg lepas aritu.. jus dia mmg sgt sgt sedap (pada kami la).. buah delima ni glamer di kalangan preggy mommy, sumer nak yg terbaik kan. ok jom kita baca apa benefit buah delima yang merupakan salah satu buah2an syurga ni yer.. (wau buah syurga!!!)..



tengok pun dah kecur


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Pada zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)


• menghalang pembentukan sel kanser
• mencantikkan kulit
• mencegah dr nyanyuk
• memberi tenaga
• elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
• elok utk sistem penghadaman
• mngurangkan berat badan
• prevent morning sickness( utk org mengandung)
• memperelokkan rahim
• orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ...
• orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit!
• orang kata nanti mata anak cantik bercahaya
• Ada pendapat mengatakan dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
• Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
• Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...
• Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab
• Ada juga yang kata dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak.. ( hmm kene mkn sgsorg je ni)..
• diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
• Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
• Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
• Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
• Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
• Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
• Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
• Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
• Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
• Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
• Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
• Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.
• Boleh mengurangkan berat badan.
• elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
• Mencegah dr nyanyuk.
• Mencantikkan kulit.
• Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
• even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...


Buah DelimaBuah Delima (rumman ) dalam Al Quran disebutkan di beberapa tempat, iaitu dalam Surah Al An’am 99 dan 141, serta Ar Rahman 68.
Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda bahwa Buah Delima termasuk buah syurga. “ Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “ Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima’ “ Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”. Bahagian2 Buah Delima, terutama kulit luarnya mengandung asam tanat ( Tannic Acid) iaitu zat pembasmi dan pembersih bakteria. Sedangkan jika diperah (dibuat jus) selain mengandung Tannic Acid juga zat gula mentol dan unsur besi dalam jumlah yang cukup tinggi.

Kisah buah Delima ditangan Sayidina Ali

Suatu ketika Fatimah az-Zahra putri Rasulullah SAW jatuh sakit dan beliau meminta kepada suaminya Sayidina Ali agar dibelikan buah delima di pasar. Atas rasa cintanya kepada beliau Sayidina Ali segera pergi kepasar untuk membeli buah delima untuk istrinya.Setelah mendapatkan buah tersebut dia segera kembali ke rumah,di jalan dia bertemu dengan seorang pengemis dan meminta buah tersebut,dikarenakan isterinya juga menginginkan buah delima tersebut akhirnya buah tersebu di bagi dua.Yang kini ada di tangannya hanya setengah dari buah delima untuk istrinya.Lalu beliau melanjutkan perjalanan kembali kerumah,lagi-lagi ada seorang pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Sayidina Ali,di karenakan rasa sayang yag tinggi terhadap sesama maka diberikanlah buah delima tersebut yang seharusnya dia berikan untuk istrinya.


Akhirnya Sayidina Ali kembali kerumah dengan tangan hampa tanpa membawa buah yang di inginkan oleh istrinya Fatimah az-Zahra. Setiba dirumah diceritakanlah kejadian tersebut sehingga dia tidak membawa buah yang diinginkannya. Sedangkan dikamarnya Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril as,yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Ali tersebut,dan ditangannya Jibril as membawa 10 buah-buahan dari surga sebagai pengganti buah yang telah di berikan oleh Sayidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi memanggil salah seorang sahabatnya yaitu Abu Said al-Khudri ra,agar mengantar- kan buah-buahan ini kepada Sayidina Ali dan putrinya Fatimah az-Zahra. Diperjalanan Abu Said memasukkan 1 dari 10 buah tersebut kedalam pakaiannya,entah di karenakan iri ingin merasakan buah-buahan yang segar yang tidak ada dikota Madinah waktu itu atau dia hanya ingin menguji kehebatan Sayidina Ali.


Setibanya dirumah Sayidina Ali,Abu Said memberikan salam kepada sayidina Ali dari Rasulullah untuknya,sambil memberikan buah-buahan tersebut kepada Sayidina Ali. Tapi anehnya sayidina Ali menolaknya,lalu ditanya mengapa kamu tidak mau menerima pemberian dari Rasulullah? Allah telah menjelaskan dalam firmanNya setiap kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan sedangkan ini hanya ada 9,jawab Sayidina Ali. Dengan wajah malu Abu Said memberikan satu buah yang dia umpatkan dari kantongnya,sambil berkata: Aku hanya menguji dirimu. Itulah balasan atas setiap kebaikan bahwa Allah akan membalasnya dengan 10 x lipat.


Kesimpulan yang boleh sy katakan disini, terlalu banyak khasiat buah delima ni apatah lagi namanya disebut dalam kitab Allah & dikatakan sebagai buah syurga. Jadi, daripada kita terlalu mengagongkan buah2an negara barat (mmg la ada khasiatnya juga) apa kata kita beralih pd buah2an syurga ni.. semoga segala kebaikannya, khasiat dan berkatnya sampai pada kita, InsyaAllah..


2 comments:

jusdelima said...

SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ.http://ajih83.pomepureasia.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA

mommy juju said...

salam. thanks 4 the recommendation. ok, nnti sy visit website.