Tuesday, March 9, 2010

La Tahzan..

(dedicate this entry to my beloved hubby)...

La Tahzan, antara buku terlaris di Malaysia yang telah sampai ke cetakan ke lima. La Tahzan adalah nukilan Dr.'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni di mana La Tahzan bermaksud 'Jangan Bersedih'.. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa melayu oleh Noraine Abu dan dicetak oleh Al-Hidayah Publication. Saya pernah membeli buku ini bbrp tahun yg lalu (masa single lagi), dan buku tu dah saya hadiahkan pada bonda & kakak saya n semalam bila sy n hubby ke kedai buku popular di Jusco Cheras Selatan, mata sy tertarik dgn buku sama yg telah dikecilkan saiznya (lebih handy) dan dibahagikan kepada 3 siri. Terus sy grap siri 1 La Tahzan. Sy ingin berkongsi dgn kwn2 pengajaran & ketenangan yg dapat saya rasa selepas membaca buku ini, mungkin ada kebaikan yg kita boleh kongsi bersama kan ;).. (quite skema entry sy kali ni ;), i really want to share this with u frens)..

sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan..

kita selalu sgt dengar pepatah ni dan sy yakin xde siapa yg menidakkan kebenarannya. tapi sejauh mana kita benar2 menghayati & memahatkan hakikat ini dlm hati kita. sy lebih snng berkongsi tntg pglmn sy. yer sy tau setiap kesulitan itu adalah warna warni kehidupan dalam perjalanan hidup yang tidak dpt tidak kita harus lalui dan tempuhi untuk dapat kesenangan & kemudahan. namun kdg2 sy seolah terlupa dgn hakikat ini. sy kecewa, sy sedih, sy menyalahkan diri sendiri.. knp terlalu sukar jalan yg harus sy tempuh ni, kenapa nasib tak menyebelahi saya, knp sy tidak begitu, knp sy tidak begini. sampai satu tahap sy hampir menyalahkan takdir (nauzubillah), ni semua bisikan syaitan yg takkan jemu menyesatkan anak adam agar berputus asa dgn rahmat Allah. istighfar sy bila terkenangkan sejauh itu saya kecewa. sy kembali teringat dan seolah terdengar bisikan pepatah ini, sesungguhnya setelah kesulitan PASTI ada kemudahan, itu janjiNya..

(petikan dari, La Tahzan) setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan,setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan terang benderang. Sampaikan salam gembira kepada malam hari bahwa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar lembah; kepada org yg dilanda kesusahan bahwa; pertolongan akan dtg secepat kilat cahaya dan kerdipan mata; kepada org yg ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba..

Saat anda melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali yang meregang kencang, ketahuilah yang tali itu akan segera putus. Setiap tangisan akan berhujung sgn senyuman, ketakutan akan berakhir dgn rasa aman, dan kegelisahan akan sirna dengan kedamaian..

indah sungguh susunan kata dan perumpamaan yang digarap dalam La Tahzan, umpama saya sendiri dibawa melalui lautan tanah tandus gurun sahara, disapa angin malam dalam gelita, diterangi fajar yang membawa bersama sinar cahaya, dan akhirnya didakap hangat dengan keyakinan dan damai bahawa segala rasa kesulitan yang sy depani akan berakhir, pelangi indah akan hadir selepas hujan dan ribut petir.. ya, saya yakin.. Saya juga terkenang ayat Irfan Khairi dlm salah sebuah bukunya, 'andai semakin sukar jalan yg kita lalui, kepayahan yg kita tempuh itu tandanya KEJAYAAN sudah semakin hampir dgn kita'.. tiap kali apa sahaja kesulitan dan kepayahan yg sy sdg lalui bersama hubby dlm apa shj yg kami sdg usahakan, kami berdua akan saling mengingatkan.. InsyaAllah, kejayaan dah semakin hampir, kita hanya perlu sabar siiikit shj lagi.. ;).. to my fren n beloved hubby, "La Tahzan"..


0 comments: