Monday, February 28, 2011

patut ke x patut yer.. hurmm..

sy dah banyak kali fikir ttg ni, n lately hati sy kuat dgn decision sy ni. sy pernah terfikir utk privatekan blog sy, sy rasa lebih open nak share baaanyak cerita. tp mgkn ramai kwn2 yg sama condition dgn sy x dpt berkongsi pengalaman sy ni esp ttg usaha n treatment2 sy utk dptkan my 1st little precious bilamana blog sy xkan dijumpai kalau google ttg apa sj hal treatment yg sy dah lalu. tp bila makin hari sy makin rajin rasanya nak share mcm2 n sy rasa mcm byk lagi yg sy nak open bercerita, sy rasa sy perlu lakukan jugak. hmm serba salah kdg2. tp instinct sy x bg sy share byk2 kalau sy open blog sy mcm skrg ni. dlm masa yg sama jugak, sy tgh seronok nak share mcm2 n ni kan blog sy rumah sy, so mmg patut pun sy x kisah nak share apa saja esp gambar2, video2, or cerita yg lebih peribadi mungkin (tp tetap berpada pada la). at least utk sy kenang satu hari nanti. hmm mmg sy xtau sapa yg baca blog sy ni (mgkn sorg 2 sy tau la), ntah apa pulak pndgn org kat blog sy ni, cerita cerita sy n apa saja la sharing sy. so sy tgh fikirkan apa yg terbaik utk sy buat. andai kata bila kwn2 bukak blog sy dah berpindah atau dihalimunankan, sy minta maaf banyak2 yer. sy masih fikir2kan. andai kata sy nak berpindah, sy xkan lupa reader2 yg rajin baca blog sy (eh ada ke kuikui). insyaAllah sy akan fikirkan yg terbaik. banyak rasanya nak share tp sy ni pemalu ahaks :).. apa pun harini sy happy sgt. alhamdulillah, semoga Allah permudahkan semuanya. happy sbb smlm aktiviti yg group biz kami buat di sini berjalan lancar. syukur pd Illahi. thanks jugak kat seorang kwn suami isteri sbb bukak jln cetuskan idea ni n knlkan tmpt ni alhamdulillah xla jauh dr rumah kami. insyaAllah aktiviti ini akan berterusan lagi. alhamdulillah happy jugak sbb hajat kami yg sy pernah ceritakan dlm few post yg lepas, insyaAllah akan tercapai lepas kami meng'confirmkannya pagi td. mudah2an semua berjalan lancar dan Allah terima kami sebagai tetamunya kurang sebulan setengah lagi. bila dah bayar booking n dah bwk balik beg thts makin tenang n teruja rasa hati. rasa nak berkongsi n titipkan rasa hati dlm blog sy ni. tp sy rasa tunggulah sy berpindah dulu...

Saturday, February 26, 2011

family berahsia,semua nak jaga hati saya...

hmm rahsia apa yg sy nak story tgh2 mlm ni. seminggu lepas sy berborak panjang dgn bonda. even jauh tp rajin kol bonda tanya kabar n story2 baru adik bradik yg jauh2. haa tu la bestnya pakai pakej streamyx ni. coz call fixed line sume FREE n call sume mobile no SEPOSEN se minit. owh sgt best. rajin la kol kakak sy, mak sy, kakak ipar, family mertua :). xla trasa jauh sgt dr semua. ok bukan nak promote pakej kat tm ni tp sy nak story rahsia yg family sy simpan dekat sebulan, semuanya utk jaga hati sy. sebak n terharu..

bbrp mggu lps sy n hubby dscs plan kami 3 bulan ni. owh dr bulan 2 ni smpi awal mei jadual dah pack, sgt penuh. march 3x p kl, hubby p sorg amik baby sy (yehuu kete sy dah ada kat penang, snng nak jln2 wat aktvt sendiri :) + urusan keje & dinner office kami kat genting & hujung bulan balik pd adik ipar (adik lelaki hubby) nikah n kenduri kat umh pgntin pompuan kat senawang. in between semua trip ke kl tu, seminggu bwk family jb (emak & kakak sy) n seminggu bwk family pd (ayah mertua & bonda mertua sy) bercuti kat penang umah kami. semua ticket flight dah booking. masa sibuk2 arrange date n confirmkan ticket ni la sy kol n borak lama dgn bonda. then sy beritau kat mak nak kol kakak sy, k.jun nak btau plan ni. yelah kene la btau adik bradik nak bwk mak, nnt tetiba dtg umh tgk mak xde. then mak sy kata a'ah kol la dia, dia ada umh esok baru start skolah balik (kakak sy cikgu, dah lebih 10thn mengajar). sy mula confuse apsal pulak la esk start skolah sdgkan time tu bukan cuti skolah pun. then mak sy baru rasa terlepas ckp n mcm terkesal lepas ckp. sy yg ter sense ada smthg trus la tanya mcm2 n terbongkar la story.

rupanya dah sebulan lebih mak n adik bradik sy simpan story yg kakak sy pregnant. sume x sgka n kakak pun x plan. anak dia dah 3, sorg tgktn 2, sorg darjah 4 n last skali dah darjah 1. so sgt terkejut la dia pegnant. dlm masa semua org tertunggu berita baik dr sy n doakan sy pregnant, kakak sy yg pregnant. so semua pakat2 xmau btau sy. hmm, honestly sy x kisah, sy skrg cukup redha n tawakal. pada saya rezki masing2 berbeza. mgkn Allah bagi rezki kat tempat lain dulu utk kami kan. pendek cerita lepas tu sy kol pulak kakak sy n borak pjg. kakak sy cuti 10 hari. kakak sy keguguran, sayu juga dgr suara ni masa story semua. even dia x plan n asik ckp, patutnya sy yg pregnant, dia dah x larat, umur dah 42 n kalo pregnant dia mabuk teruk, anak pun dah besar.. tapi dia sgt sedih juga bila tau miscarriege. anak2 semua happy n x sbr nak tggu baby, excited smpi semua sibuk pilih nama kata kakak. babay x sihat n x membesar dgn baik. then kakak bleeding n after confirm dah xde, doc wat d&c n dpt cuti 10 hari... itu story kakak 2nd sy yg dah nekad xmau btau sy, katanya biarla sy tgk perut bsr nnti baru tau sendiri. owh k.jun, xpe lagi kecik hati kalau sy tau lmbt n xmau share gud news tu sblm ni tau. apa pun semua ada hikmahnya.

then dlm berbual dgn kakak tu, kakak sy tanya rahsia satu lagi pun terbongkar gak ke. isk apa lah pulak ni, mak sy xde btau apa2 pun, tp disebabkan ayat tu la sy korek2 n akhirnya kakak syy story jugak. rupanya masa2 tau dia pregnant tu abg sy (no 3) tu, wife dia pun pregnant. alhamdulillah. sy tau dia mmg x sbr tggu anak 2nd dia. baby boy 1st dia baru dah masuk 2 thn 2 hari lepas n now dkt 2 bulan dia pregnant. syukur, rezki mereka. semua pakat2 xmau beritau sy. mggu lps jugak sy ada borak dgn abg tro hphone tanya kabar n dscs plan sy bwk mak p penang, langsung dia x hint pun kat sy gud news tu. haish, semua xmau sy sedih, semua xmau sy terasa apa2 n pakat xmau beritau sy. xpe, tu rezki masing2 sy kata. sy happy je kol kakak ipar n borak lama ngan dia. congrats dia n wish hepi bday kat danish anak bujang dia yg dah byk celoteh tu. FYI, abg sy kawin stgh tahun lepas sy kawin n sy la jugak yg sesibuk wat preparation n hantaran. so sy paham abg sy xmau sy sedih. dia dah masuk 2nd baby. sy tau abg sy happy sgt sbb dia pun dah umur 39 n nak cpt ada baby n babay lg, even kakap ipar sy baru 24 :). apa lagi brtmbh happy bila semua suspect kali ni baby girl sbb kakak ipar sy lain pulak perangai dia, over sensitif katanya n mabuk teruk skit compared tu 1st pregnancy.. sy doakan semuanya baik2, n baby n mama dia sht. tambah sorg lagi anak sdara sy hjg thn ni.. alhamdulillah

insyaAllah rezki sy n hubby ada, Allah nak bg yg terbaik :).. amin

Friday, February 18, 2011

..::MALAM::..

kasih sayang keluarga adalah kasih syg yg paling kuat dan tak dapat diragui keikhlasannya. kasih syg seorang ibu pada anaknya, saban hari mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anaknya. tiada seorang ibu yg mengharapkan sesuatu yg tidak baik pada anaknya. tiap kali doa yg dititipkan buat si anak, hanya yg terbaik dan segala harapan kebahagiaan buat sang anak. bonda, akan bangun setiap tgh malam setiap hari, sy tau sejak bertahun-tahun dahulu terutama setelah pemergian ayahanda hampir 9 tahun dulu. tiada lain doa bonda selepas baca 3 kali yaasin untuk arwah ayah tiap pagi, melainkan bonda akan mendoakan kesejahteraan setiap seorang drpd anak-anaknya. sejak sy menghadapi ujian ini dan selalu berkongsi pengharapan dikurniakan zuriat, ini jugalah doa bonda setiap kali selesai solat tahajud, solat taubat dan solat hajat setiap hari. bila berbual kat telefon dgn bonda x lupa sy minta bonda doakan sy, bonda akan ckp setiap hari dia doakan sy. terharunya rasa hati bila bonda sebut apa yg dia doakan untuk saya. alangkah berkat dan indahnya andai doa itu sy sendiri yg titipkan setiap malam. sy menginsafi kekurangan dan kelalaian diri. sy sgt kurang bangun malam bersendiri berdoa padaNya. selama ini hanya sekadar solat fardhu, yang kadang2 terlewat dan dilewat-lewatkan. hanya solat dhuha yang agak rutin sy amalkan. solat hajat sekali-sekali. solat tahajud dan taubat amat amat jarang. saya tak patut hanya mengharapkan doa bonda. sy sendiri perlu mengadapNya. saya yg berharap, saya yg meminta, saya yg benar2 menginginkannya, sepatutnyalah sy yg bersungguh meminta, memohon dan merayu. alhamdulillah penghijrahan sy ke tempat baru, rumah baru dgn suasana baru memberi satu ketenangan baru pada sy untuk semakin mendekatkan diri denganNya. doa sy saban hari utk diringan badan sy menunaikan ibadah, semakin memudahkan sy untuk bangun malam. sy tau sy tertinggal, umur dah nak menjangkau 30 tahun baru nak sedar dan berubah. baru nak rasa nikmatnya solat malam, nikmatnya rasa mengadu padaNya dlm kesunyian malam. sungguh, sy sangat2 bersyukur atas segala ujian dariNya. sy sgt nampak hikmahnya. sungguh, ujian benar2 tanda kasih sayang Illahi. kerana ujianNyalah saya semakin kuat belajar untuk semakin mendekat diri padaNya. Ya Allah, bantulah aku untuk terus istiqamah. bantulah aku untuk terus kuat mujahadah melawan nafsu dan kealpaan atas nikmat yg engkau berikan. sedarkan aku tiap malam, ringankan badanku untuk bangun mengadapmu Ya Allah. hanya padamu tempat aku mengadu, tempat aku berharap, dan sungguh hanya denganmu aku rasa ketenangan yg tak bertepi. semoga hajat kami suami isteri untuk mengunjungi baitullah dlm masa terdekat ni dipermudahkan. semoga Allah terima kami sebagai tetamuNya. sungguh x sabar rasanya sy nak sujud di hadapan kaabah, nak rasa beribadah di mana tiada langsung kerungsingan lain yg sy fikirkan. ingin rasa solat dengan berwudukkan air zam-zam, minum tiap hari dengan air zam-zam. ingin rasa solat di masjid nabawi, ingin berdoa di hadapan makam nabi. ingin rasa dekatnya diri dengan nabi. bergetar dan sayu rasa hati sy membayangkan semua ni. alhamdulillah penhijrahan ini juga byk bawa penghijrahan dalaman sy dan suami. tiap pagi kami solat subuh berjemaah dan tiap pagi juga kami baca yaasin sama-sama. sungguh hikmah besarnya fadhilat yaasin, Allah banyak permudahkan urusan kami. dan alhamdulillah dan insyaAllah kami akan menunaikan umrah bbrp bulan lagi. insyaAllah minggu dpn kami akan pg daftar dgn tabung haji travel. Ya Allah terimalah kami sebagai tetamumu, permudahkan segala..

readers, sy kekalkan diri sbgai anonymous blogger disini. sy lebih selesa tidak dikenali supaya sy bebas menulis apa saja rasa hati sy di sini. tp sy tau ada segelintir yg mengenali sy. cuma yg saya tau hanya 2 ke 3 org sj yg sy tau dan sy knl. selebihnya sy x rasa mengenali sy. bg yg mengenali sy, sy harap cerita2 dan segala luahan sy di sini hanya habis disini. antara 2 screen computer ni sahaja ya, sy dan awk. bukan untuk dikongsi dgn org lain ttg diri sy, luahan sy, terutama dgn org yg mengenali sy tp tak mengikuti blog sy. cerita sy hanya utk readers yg singgah shj. cukup di sini ok. sy mahu kekal x dikenali supaya sy snng luahkan apa saja, berkongsi semua cerita treatment sy, yg kdg2 terlalu open perkongsian sy. untuk itu sy lebih pada sharing pglmn dgn sesiap yg sama diuji mcm sy n smemangnya ini pun tujuan asal sy create blog ni. dan sesekali bila sy cerita ttg life sy n hubby, sy x berniat utk menunjukkan apa2 sbb sy sendiri x kenal dan xtau mungkin 95% drpd reader sy. sy pernah terfikir nak open gmbr sy tp sy jadi amat teragak agak nak perlu sgt bertapis pulak nak bercerita. so tunggulah, mgkn one day sy akan share semua. apa pun kalau ada yg mengikuti blog sy, thank you soo much. sy menulis lebih kpd rasa nak melepaskan apa yg terbuku di hati. semua sy cuba share, bukan story bulan bintang jer. walau sy x boleh berkongsi semua sekurang-kurangnya sy rasa ada tempat yg paling ikhlas mendengar cerita saya :)..
.
.
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
.

.
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud "Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang. Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya" (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Thursday, February 17, 2011

lariiii.. eh x jalan laju-laju :)



wah sgt tinggi angan2, pasni dok atas treadmill n bicycle tu dah ada shape skit lebih krg cmtu heheh.. tapi xleh la pakai cmtu, tggu dlm umh ada gym bole la.. (gmbr google mari)

salam morning. pagi ni after hubby p work, berjaya jgk sy kuatkan smgt nak p jogg around swimming pool n gym dlm 40min (stakat ni baru 3/4 kali p, b4 ni p ngan hubby je ppg ) target shari at least 100 calories nak burn. tu pun dah lebih kg 40 mins. alamak aii, 40 min baru 100 burn! cmne nk burnkan beribu ribu lagi ni hehehe.. xpe xpe, drpd dok menambah je x kurang2 eloklah start now then never kan :). rasa ringan je badan, bila kat gym dpt tgk brp calory yg berjaya di burn kan barulah kuat kesedaran nak jaga x makan goreng2 n mula lah nak cari resepi best2 bakar n kukus je hehe. sebelum nin trasa jugak tp buat bedon jer. hmm kene la jugak lwn rasa fav kat nasik kandar sejak dok penang ni, xpe sskali buleh.. hmm nak mkn cheese cake pun trasa alahai gerunnya, my 1st try red velvet cake kat dlm fridge tu adalah lagi suku lom abis. aduhai udahle resepi red velvet kak nani rostam ni sgt mewah dgn cheese nya.. dgn cream cheese, mascorphone cheese, whipping cream. besides byk rm kene kluar nak beli bhn2 dia, byk juga la calory yg bertambah tambah bila mkn hihi. dah lama teringin nak wat red velvet ni, 2 hr lepas la baru berjaya. tp red velvet sy jadi brown velvet la, x jumpa lagi kedai brg kek yg superb mcm kat bangi dulu. so color dia x haibat. n buat aritu after zuhur n struggle nak siapkan santek2 n ltk dlm bbrp bekas utk bwk p office mlm tu n bg kat few frens. so d sbbkan byk lesson learn yg hanya haritu baru blajar, so rasa ada tp rupa kureng la hihi. x smpt kek tu sejuk sy dah potong 2 coz nak sapu mix cheese kat tgh dia. udahnya lapisan atas tu terhancus skit. then dek krn x brapa sejuk lagi kek tu, cheeses (sbb 2 jenis, waa byknya calory.. haha tau pun!) mix yg dah berjaya dibuat dgn cntik n nmpak creamy btul n dah sejuk2kan dr awl dlm firdge tu pun cair lah adiknya kat tgh2 cake tu. so kelimpusannya, rasa ada tp rupa kureng heheh.. tp nak try resepi lain plak la, sbb penah rasa red velvet sorg kwn kat kl dulu lagi sdp pulak.. isk isk cmne ni, kalo dah buat kene la mkn. so maknanya kenelah tmbh time berlari atas treadmill lps tu kan ahaks :P

Saturday, February 12, 2011

pegi kl bukan balik kl :D

salam, morning. bersiaran dr SVC butterworth. smbil ditemani bunyi hon ferry n construction fasa ke-3 developer SVC kat sebelah blok sy ni. pagi ni sy bz bersiap nak ke kl hal keje smpai isnin. cm biasa p kl dok umah abg kat ampang. baju2 sy dah siap, krg hubby balik dia msk dlm beg n siap pack kan sume toiletries. hubby p pasar jap bli brg2 sy kirim. segan la p umh abg n kakak ipar bwk tgn kosong kan. cian dia kene msk lak. sy dah msk ketupat (segera la :), sat g msk ayam msk merah (request dr hubby) n sambal goreng. so kalo encik2 suami (abg sy n hubby) nak mkn ns kakak tggl msk nasik je la kan. biasa la slalunya org lelaki ni dia kata x kenyang mkn ketupat, nak nasik jugak. n sy siapkan jugak smbal nasi lemak n dah rebus telur. utk srpn esok pg tggl msk nasi je. sy bwk skali sebatang timun n bbrp helai daun pandan bagi wangi ns lemak esok :). x la sshkan tuan rumah kan. even adik bradik pun segan la slalu sgt dtg kl asik dok umh dia hehe. kakak ipar kata xpe seronok meriah, si comel berdua tu pun sronok je main ngan cu dia yg kdg kuat nyakat dorg haha. sronok gak buli bdk kecit kikiki. sy slalu sakat si qiha, 5 thn tu yg msh lagi x hilang botol susu. kejap2, 'umi nak milk'.. krg pas 2/3 jam 'umi, nak milk'.. isk isk krg dah skolah cmne kan. makan nasik xnak sgt asik nak milk je.. tu la cu dia ni sakat, kalo x makan nasi nnti gigi x tumbuh haha. gigi dia byk kene cabut haritu dah rongak gilos la kat depan tu. kalo amik gmbr sure kene pesan berulang kali senyum jgn nmpk didi (read: gigi) hehe. geram je si qiha tu :D.. pastu aritu sy sakat dia lagi, kalo lawan ckp ummi, xmau dgr ckp ummi nnti suara jd mcm kambing.. embekk.. embekk.. kalo nak pggil umi pun nnti bunyi dia ummbekk.. uummbekk.. hahaha. dia agak percaya tau tak, ms tu dia tgh milk milk.. tetiba dia try pggl ummi dia bbrp kali takut jadik bunyi kambing huhuhu.. jahat btol cu dia ni psycho budak2 kikiki.. cu pun ckp la, ni sbb qiha baik lagi. tapi kalo qiha nakal xmau dgr cakap ummi, betull pggil ummi dah jadii ummbekk... patu dia tanya umi dia, 'umi adik baik kan?'.. hahaha...

ok sy p nak pi siapkan brg2 msk, hubby balik terus bersilat kat dapur. td dah siapkan bahan2 skit. okeh okeh kna stop mmbebel cepat krg cik abg balik tgk sy ngadap laptop krg heheh.. ok bye..

Friday, February 11, 2011

i don't need anyone.. but YOU

Trails of Life by Sami Yusof

http://www.youtube.com/watch?v=QItQvWYywfU

My life is not the same
When I’m too concerned by what they say
Why should I? When I have you
To doubt you would be the worst mistake

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don’t need anyone
Nor anything in life
But You
No I don’t need anyone
To show me my way
No I don’t need anyone
But You

Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be
But I know I’ll come out stronger in this world

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don’t need anyone
Nor anything in life
But You
No I don’t need anyone
To show me my way
No I don’t need anyone
But You

I only want the things
You know is best for me
I’d gladly sacrifice
If that’s what you decree

I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that’s what you want for me

Wednesday, February 9, 2011

angin satu badan.. salah psg wire rupenye hahaha

dengan happynya sy mengumumkan yg sy menaip dr dlm umh SVC, yehuu :).. happy btol pas internet connection kat umah dah ok. rasa luas dunia ni hihihi.. for the past 5-6 days sy keep on calling 100 helpline tm utk settlekan mslh internet connection sy. dr 1st to 4th call sy boleh thn sbr lagi pas everytime call dkt stgh jam pgg ganggang tepon dok di pas dr sorg ke sorg n everytime di pass tu kene verify balik no phone umh, no handphone, full name bla bla.. tapi bila tghari td dah masuk 5th time sy kol dah 50min still x settle n dok tya soalan yg sama berulang kali, makanya alangkah sedikit kurang bertuah (read:malang) seorang adik lelaki yg rasanya agak baru dlm team streamyx ni sbb kene rasa bahang dan tiupan hangin satu badan sy td. sy ckp baik2 je tp agak sinis n sedikit kuat hmm. cmne nak lembut2 lagi, kalo dah dia tu org ke 3 di pass kan then verify the same, then tanya soalan yg sama mcm masa 1st report yg saya buat. hangin la makcik ni. sian adik tu, byk kali dia minta maaf n kata dia baru lagi. sy kata xpe, awk boleh blaja. asalkan mslh sy selesai. sy pun say sorry gak kat dia sbb dia terkena part angin sy dah naik hehehe. pastu sy pun paham situasi dia yg agak kelam kabut gak td. then sy tggu gak la. bila dkt sejam dr mula2 kol dia ltk sy on hold tetiba putus terus.. aduhai makcik dah masuk tahap redha n beku je la penat nak kol balik. sy pasrah je n tggu la bila mood baik kol balik.

tetiba x lama pastu adalah sorg indian lelaki ni kol n kata dia kan dtg umh dlm kul 2.30-3pm tadi. lega la jugak n berbaloi gak kan ber'angin' tadi. gelabah sume n trus nak dtg umh heheh. nak wat cmne udah dkt sbulan x guna streamyx even byr rm110, dr sibuk2 kms umh kat kl dah stop n dok umh ni x guna2 lagi. tersebutlah kisah ptg dlm 3.30pm terdengarlah sy ada org pggl dpn umh. sy dah reday bukak pintu. ok dia masuk duduk dpn laptop n tgk2 dlm 2 min tetiba dia cek wire tepon sy. dia kata slh masuk. kat box kelabu wire tepon tu kan ke ada 3 port, ADSL, LINE & PHONE. mereka bertiga telah tersalah dimasukkan. technicion itu pu mmbetulkan tempat duduk yg sbnrnya then menyuruh sy try connect dgn internet. owh alangkan leganya bila nampak page google mcm tersenyum gelakkan sy kahkah. hmm apa pun ukan slh sy sbb technicion yg dtg psg tepon tu yg psg wire tu. n kbtln kesilapan tu x pulak mengganggu tepon sy. sy pun few times la ckp thanks kat technicion indian yg dtg td n say sorry jugak la kat dia. simple silly mistake rupanya.. xpe xpe, lain kali dah tau dah la kan.. (eh lain kali bila nak pindah lagi ker uhukuhuk.. next time pindah jauh skit la x pakai telekom dah :P)..

so pasni, sy kembali aktif berblogging la ye, insyaAllah.. :)

Sunday, February 6, 2011

Ya Allah selamatkan saudara saudara muslim kami..











Salam dari butterworth.. internet connection di rumah sy masih lagi belum boleh beroperasi. line telefon dah ok seminggu lepas tp internet connection ada problem skit. mlm td dah call 100 n lps lama sesi soal jwb dgn cust. serv. streamyx probnya bukan dr centre n dr luar. jadi kene tggu technicion msk keje, check mslh kat luar then kalo x resolve jugak dia akan call utk buat arrgmnt dtg rumah betulkan. alhamdulillah masih boleh meneropong dunia luar dr screen laptop kat bwh rumah sy ni, free internet connection kat area swimming pool dgn tempat yg redup, bunyi water fountain yg damai n ada power supply. smbil hubby berendam tu leh la sy menaip n menelurusi balik semua berita2 yg tertinggal. sy x brani nak mandi kat pool lagi coz luka operation belum betul kering lagi n esk pun nak jumpa doc so kene la bg nampak cantik n baik je kan. tahan je la rasa hati nak main air :)..

once connected to internet sy bukak blog n fb. kat fb sy trus msk acc adik ipar sy (adik bongsu hubby), nak tau berita terkini dia di tanah arab. alhamdulillah after bbrp hari risau n x henti mendoakan keselamatan adik (dan 2 org sepupu hubby) di sana, ptg kelmarin adik dah slmt tiba di jeddah. di asrama tabung haji. during evacuation ni nasib baik adik masih dpt dihubungi di hp dia even setiap sms di caj rm2. hubby topupkan hp dia dr sini n adik akan hantar berita terkini n report keadaan dia kat sana. dr awal evacuation plan lagi kakak ipar sy yg slalu update berita n contact adik kat sana. abg dia (adik lelaki hubby sorg lagi) pun smpi arrange demonstrasi secara aman depan wisma putra utk mendesak kerajan percepatkan proses bwk pulang semua pelajar2 (dan rakyat kita) msia yg ada di sana. adik ipar lelaki sy yg sorg ni mmg tgh aktif berpolitik, smpi kenduri kawin dia 3 bulan lagi pun tema color turqoise n putih, n baju2 fmly ni kene la ikut tema :).. semua sgt risau bila tau keadaan sebenar di sana (yg kebanyakannya x di gembar gemburkan kat media kita sbb xmau fmly panic). namun, syukur syukur alhamdulillah semuanya selamat n adik tgh tggu giliran di jeddah utk penerbangan balik ke msia. namun sy tau, smgt perjuangan n survival serta hati adik sy sgt kuat. dah masuk tahun ke-4 dia berada di mesir. dia xmau naik private flight yang nak di arrange oleh kakak ipar utk dia balik lebih awl terus dr jeddah tanpa tggu giliran lebih lama dlm keadaan beramai2 di sana. dia tetap nak tggu penerbangan balik ke msia bersama-sama kwn2 mengikut giliran yg dah ditetapkan dan flight yg diatur oleh pihak kerajaan (mmg jiwa student jpa betul ni). x pasti lagi hari apa namun insyaAllah dlm masa terdekat. smlm adik sms hubby, dia kata alhamdulillah selesa kat asrama tabung haji kat sana (kami tau maksud selesa tu dibandinkan setelah bbrp hari dlm keadaan tak tentu soal nasib n bersesak di malaysia hall dlm evacuation process ni). adik kata petugas tbg haji baik2 n beri layanan yg sebaiknya utk semua pelajar. cuma hati dia x ketentuan pk kan university, lecturer2 n mesir. msh x lalu makan n badan sgt2 penat.

sy tau hampir separuh hati dia masih tgl kat sana. sy khatamkan baca blog dia yg lama dah sy x follow. adik sy mmg gemar menulis. semua pengalaman dia di mesir sejak bermula proses demonstrasi dia ceritakan dlm blog dia. sgt sgt sayu n hiba hati sy baca n esp bila sy hayati video gambar2 sebenar di sana. Ya Allah, syukur sungguh dgn nikmat aman, tenang dan damai yg kita semua rasa di bumi Malaysia ni. Di tepat sy duduk dan menaip ni pun sy dpt rasa sunguh2 byk nikmat yg tuhan beri pada kita. Semoga Allah pelihara kita semua di sini dan terus boleh tenang hirup udara segar tiap hari, bangun pagi masih boleh rasa nikmat solat subuh dgn suami dlm suasana sejuk, segar dlm hening pagi yg tenang. nikmat bersarapan dgn apa saja mknn yg kita teringin, xde mslh nak ke pasar. apa saja yg kita nak makan boleh carik. kat pasar mcm2 jenis ikan sayur ada, pilih aje. terasa nak pegi mana2 arrange jer, xde sekatan n kita boleh rancang hari2 kita. kalau nak cerita nikmat yg kita rasa skrg ni x habis. namun x lupa yg penting nikmat iman, nikmat sihat tu la yg paling2 patut kita syukuri kan kwn2.

iskk what a law of atrraction ni!!, tgh2 sy menaip bunyi mcm fighter jet yg sgt2 kuat lalu kat atas rumah sy ni. bergegar sekejap jantung sy. Sy x sekuat jiwa rakyat mesir nak lalu semua ni. isk isk, emo sungguh. terus call hp hubby, (td pas mandi dia kuar jap p kedai) tanya knp byk bunyi jet n kuat plak tu. gelak hubby dgt suara cuak sy, x jauh dr kwsn SVC ni kat butterworth ni mmg ada pengkalan TUDM, hubby kata mungkin diorang tgh wat routine practise agaknya. sesiapa yg baca cerita pergolakan mesir (dr kaca mata adik sy) dan sharing exp adik sy kat sana boleh la baca kat sini. mungkin kita dpt sedikit sebanyak perkongsian keadaan saudara seislam kita kat sana. sy yakin byk iktibar dan hikmahnya semua yg berlaku ni buat rakyat mesir dan kita semua even kita hanya pandang dr luar.. bukan ke ujian dariNya untuk jadikan kita lebih kuat, untuk tingkatkan darjat keimanan hamba-hambaNya, bagi mereka yang sabar dan mencari hikmah atas segalanya. ok sy dah kene naik nak msk lunch pulak. till my next post :)