Monday, November 29, 2010

happy 8th months birthday mikhael..

update mikhael lagi..

mikhael skrg ni pantang ada pape atau sesapa dkt ngan dia sure dia berpaut utk berdiri sendiri. x duduk diam (xcept atas riba mmy bila time nak manja2 :). kalau dpt capai sofa tu kejap je dah diri n ada hati nak panjat naik. kakak2 n abg2 rajin melayan bwk dia bertatih, melangkah besar cm nak lari je. dia suka. satu umah dia pusing. esok genap mikhael 8 bulan. nampaknya cepat dia jalan ni, dah laju tatih. badan ringan kata atok mak, snng je dia nak gerak. owh dear, sure comel bila dah leh jalan pakai kacut kan. MIKHAEL, happy 8th months birthday cayang :D
.
.

mikhael update..

harini dgn rasminya diumumkan isnin terakhir mikhael dihantar waktu pagi ke rumah. si comel ni mmg buat hati mmy meruntun tau (tp hav to cover la). ntahnye harini even reramai anak2 sdara n atok dia melayan, tapi kalau nampak mmy mesti merengek nak kat mmy. bila amik dia dok ngan dia kat sofa x berenggang dia dok je atas riba main2. tadi dia ngantuk cm merengek je tgh main2 ngn kakak n abg2 dia, mmy amik topok2 atas riba kejap je lelap dlm pangku mmy. pastu berpeluk je la ngan dia, tgk muka dia alamak xleh tipu mmg sy sayu. tambah syahdu bila episod seterusnya masa mikhael milk-milk atas riba dia tengok je muka sy, x lepas n xde ekspresi apa. senyum x, gelak x, sedih pun x, dia tengook jer. ya Allah mikhael esok jgn buat cmtu lagi k cayang, nanti mmy terpaksa culik bwk lari p penang nanti :P. xmau tgglkan mikhael. ptg td terajin nak wat minum ptg berupa beberapa belas keping donut n sosej blossom bun (resepi mat gebu kat sini). anak2 sdara ada sronok buat2 mcm2, diorang suka makan n pandai bodek, cu buat sedap! :D. bagus bagus. sementara sy sibuk kat dapur n ulang alik p bilik yg sy letak oven n brg2 kuih, kelibat sy dikesan dek mikhael yg tgh dilayan mak sy, nampak je mmy wat muka sedih merengek merangkak nak p dapur jugak. isk isk isk. yup bby ada instinct dkt org yg syg kat dia kan. mgkn dia leh rasa. sy pun sengaja extra melayan dia harini, gomol2 n cium2 dia puas2. even tau puas cmne pun layan dia sure akan rindu jugak.

mikhael, esok, lusa, tulat smpi isnin depan kita p jenjalan k cayang :). esok siang ddy nak bwk atok, maklong n sume p pameran MAHA kat serdang tu. leh tunjuk lembu n kambing kat mikhael hehe. ddy freekan siang dia, lwt ptg n mlm baru ddy msk opis. then lusa siang pulak nak bwk anak2 sdara p tnpt2 yg sesuai ngan dorang cm pleniterium negara ke, petrosains ke, apa ke (still google lagi ni nak final kan), n 4 sure mikhael ikut. then kamis kita semua balik jb, ddy ada keje kat jb sampi ahad then isnin kita balik kl k cayang. mmy n ddy nak jnjalan puash2 ngan mikhael :). n isnin tu hantar mikhael kat mak dia... *-*

Saturday, November 27, 2010

rindu.. the story begin


rindu lama xde connection ngan internet coz lappy outstation bersama-sama dgn en.hubby. ni pnjm sat abg cheq punya huhu. lagi satu, rindu jugak kat org yg bwk lari lappy tu hehehe :P. ni dah lebih kul 12am so dah masuk hari sabtu la kiranya kan, ahad or nak cepat lagi katalah 'esok' hubby balik yeay. sib baik kali ni bonda n family ada kat umh teman (mmg sbb ada org teman la kene tinggal). byk mission ditinggalkan ni, anak2 sdara ada kene tolong cu dia packing haha. upah p tgk wayang citer harry potter semalam. hari2 mandi kolam kat bwh n hari2 jugak pepagi ikut cu dia p jogging :). paksu balik dr penang baru p jnjnalan best skit okeh.next week is the last week mikhael dok umh mmy. n sesi kemuncaknya kat jb, mmy bwk mikhael balik jb anta atok n kakak2 n abg2 yg melayan dia selama abg kakak ni kat kl. dpt la 4 hari jnjalan ngan mikhael sblm betul2 pulang kat mak dia secara rasmi. okeh stop bab mikhael, x mau panjang2 nanti syahdu d tgh2 malam ni..

.



mmy skrg tgh bz menghabiskan baca buku yg baru beli 2 minggu lepas @harris, tebrau city jb :"what to expect: the first year". sgt2 bagus n very informative sbgai persediaan for the arrival of adik mikhael insyaAllah january ni. isk berdebar jugak, tapi mmy n ddy teruja n excited :). mmy byk baca ttg breastfeeding tips etc. mudah2an Allah izinkan n semuanya berjalan lancar. eh dah tukar pulak 'sy:mmy' :D.. oklah x salah la kan sy story betul2 kat sini kan. kdg2 rasa cm xmau cite byk2 dulu, tapi xpelah kan. sy decide utk share. ok, dlm beberapa entry yg lepas kan sy dah pun story ttg arrival bby sy pd january ni, insyaAllah. sy berazam untuk directly breastfeed baby sy. sebelum ni dah byk info sy carik n baca experience n surf internet, yes mmy yg x pregnant lagi n x melahirkan masih boleh susukan baby tapi ada treatment yg perlu diambil utk menghasilkan susu. sy tau ramai yg tau n aware ttg hal ni. dr dulu masa terdetik di hati sy utk ambil baby, sy dah niat utk berusaha susukan baby saya. sy yakin mesti ada cara. sy baca pglmn org, carik info even x byk cerita yg sy dpt ttg usaha seperti ini. tapi semangat sy kuat bila baca entry ini . insyaAllah sy akan kuatkan semangat sy utk teruskan niat sy ini, doakan sy yer.


dr buku 'what to expect:the first year' yg sy tgh baca, dlm chapter 22: The Adopted Baby. the book advice sblm decide utk breastfeed bby i need to ask myself few question n the FIRST question is :why are u so eager to breastfeed?.. the book advise kalau benar bersungguh niat utk bf kan baby ni utk bg the best nutritional start to the baby n sedia utk berkongsi perasaan kasih syg ni, teruskan n give it all u've got. tapi bukan sbb utk mengaburi mata org lain atau diri sendiri dgn membuktikan yg kita adlh mmy bby ni n deny the fact. alhamdulillah n insyaAllah niat sy jelas knp sy nak susukan baby sy. walau dia tak membesar dlm rahim sy sembilan bulan, sy berniat utk berikan dia nutrisi terbaik kurniaan Illahi agar dia boleh membesar dgn susu sy, hidup berkembang dgn darah sy juga. hubungan kami semua halal disisiNya dan tiada bezanya dia dgn future kids sy yg lain insyaAllah. tiada batasan hubungan kami. n insyaAllah dia baby kami. setiap bby ada haknya, dan antara haknya yang disebut di dalam al-quran adalah diberi susu ibu seperti makna surah al-baqarah ayat 233.


journey sy bukan baru bermula, dah lama tapi sy x ready utk share ttgnya sebelum ni. after deep thinking sy decide utk ceritakan juga n mulakan journal ni. semangat sy jadi tambah kuat sbnrnya bila sy nampak jalan utk susukan baby sy ni. sebelum ni dr research sy, utk memungkinkan sy hasilkan susu sy perlu ambil beberapa jenis pil hormon di mana salah satu pil tu adalah pil perancang. ohh, of course sy tak sanggup sbb sy masih tak berhenti berharap dan berusaha utk dapatkan zuriat sy sendiri juga. namun sy sgt positif yg Dia akan mengizinkan juga niat sy utk menyusukan baby sy. smpi sy dah cakap dgn hubby, sy sggup utk makan pil2 hormon tu n mgkn kita patut redha utk stopkan sekejap mgkn few mths usaha kita ni utk pastikan by the time baby sy deliver sy mampu susukan dia. hubby agak berat. kami berbincang n akhirnya decide utk cuba tanya proses penghasilan hormon ni dgn cara tradisional: tanpa drugs, tanpa pil perancang. masa sy jumpa bidan yg sy masih berubat dgn dia tu, dia kata insyaAllah dia boleh bantu. dia advise sy jgn makan pil hospital tu sbb akan mengganggu usaha sy skrg ni, akan mengurangkan kesuburan (even sementara waktu) utk meningkatkan hormon susu. dia suruh sy dtg ambil ubat yg dia akan sediakan, 2 minggu sebelum edd baby sy. insyaAllah hujung dec sy akan mulakan. semoga semuanya berjalan dgn baik n sy boleh susukan baby sy from the first day dia ada dgn sy, amin yarabbalalamin... memetik intro blog ini, sy pinjam sebagai inspirasi..


" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".



sy mungkin x berpeluang bersamanya seawal 9 bulan penciptaan dia, tapi sy & hubby berjanji dan berusaha serta berharap moga diizinkanNya utk kami berikan yg terbaik utk dirinya dlm kehidupannya selepas hari hari pertama dia lahir ke dunia hingga kehidupan dia seterusnya, insyaAllah.. amin yarabbalalamin..

Monday, November 22, 2010

alhamdulillah.. :)

alhamdulillah, sy bersyukur.. semoga semua berjalan dgn baik dan niat sy dipermudahkan utk jadi kenyataan.. syukur dah nampak jalan.. amin yarabbalalamin
.

Sunday, November 21, 2010

habis raya.. cuti skol pulak :)

dah balik raya.. alhamdulillah best la dpt rest kat hometown rumah mmbesar time2 anak dara dulu kan hehe. ni dah balik kl, bukan kami berdua jer tapi sy bwk mak, kakak n anak2 sdara saya 4 org. havoc la umh 2 mggu ni. tapi bagus n meriah, cu dia dah siapkan plan apa nak soh anak buah tolong :). tolong cu kemas umah nak pindah :P. penghijrahan sy n hubby awl tahun depan ke penang, juga menghijrahkan barang2 rumah kami kat cheras ni ke rumah baru kami kat bangi. 1 n 2 bulan ni setelkan yg penting2 utk rumah tu b4 kami masukkan brg2 mcm tinted, grill, langsir, kipas n lampu n wiring. siap semua brg2 dah boleh move. then kami dah boleh siap2 move ke penang pulak. rumah bangi jadi istana hinggap la tahun dpn ni. insyaAllah by end of 2011 kami akan balik ke bangi. x sabar gak nak dok rumah sendiri tapi sebab tuntutan tugas n tggjwb sabar la lagi dkt setahun ni kan. xpe2 seronok gak dok tempat org kan. hmmm, dlm masa terdekat 2/3 bulan ni byk benda2 besar yg berlaku. paling besar masuk umh sendiri (even msk brg n dok kejap je), move ke penang, n yg paling teruja waiting for 'the arrival'.. semoga semuanya smooth insyaAllah, amin yarabbalalamin :). ada byk cite tp kat next entry lah pulak. byk skit entry pas seminggu senyap :D
.
.

Monday, November 15, 2010

salam aidiladha :)

salam n morning semua. awl betul sy bagi ucapan raya kan :). sy tgh berkemas ni nak balik jb. happy sbb nak balik lama skit, hubby nak rest kat jb. lama dia x rest betul2 asik travel jauh2 je. elok sgt la dia choose nak rest kat jb kan hehe. i suke :D. kat umah kl xleh kata nak rest nnti nak keje jugak. jb jauh skit dr office ngan partners. hopefully refresh balik kl nanti, insyaAllah. mgkn jumaat atau sabtu lepas raya baru balik kl smula. hubby tau wife dia dah rindu gak nak balik sbnrnya, tapi x cakap hehe. b4 gerak sat lagi nak siggh umh opah mikhael kat puchong, hantar baju2 dia yg tertggl aritu n hantar mamex. sepanjang ketiadaan sy kat umh kl ni, ni la last entry sy sblm mggu depan ya. sbb kat umh mak sy xde line tenet n sy xde broadband huhu. xpelah dah qada' byk dah few days b4 ni terlebih rajin update macam2 hehe. ok2 kene kemas cecepat ni. ok kawan2 :~

.

.
SALAM AIDILADHA buat semua yg visit blog saya
semoga hari raya korban ini memberi seribu rahmat
dah penghayatan erti korban yg sebenarnya buat setiap dari diri kita.
terlalu banyak pengorbanan yg harus kita lakukan
tapi percayalah (ingatan utk diri sendiri juga),
semua pengorbanan ini andai benar ikhlas, pasti Allah dengar Allah pandang dan...
Dia Maha Adil pada setiap seorang hambanya..

May Allah bless us with
sacrifice, kindness, devotion, purity, belief and HOPE and more on Aidiladha and always, amin yarabbalalamin..



*selamat bercuti. happy mode :)

Sunday, November 14, 2010

sukarnya nak lepaskan dia pergi..

sejak bbrp hari ni hati sy asik sayu mengenangkan baby mikhael yg sy akan tggl jauh. kalau dkt bila rindu sgt sy masih dpt amik dia n bwk tdo rumah, bwk jalan2. mikhael suka jalan2. dia suka explore dunia luar, x jadi mengantuk n sgt active jadinya kalau keluar. berulang kali juga sy ulang tayang tgk semua gambar2 dia n video dia sepanjang 6 bulan dgn dia even dr gmbar mikhael day 1 yg sy jumpa n dukung kat hospital dulu. sungguh, sy sygkan dia. lepas ni bila makin lama x jmpa dia, dia akan ingat lagi ke kat mmy n ddy dia ni. bila dia makin bsr mesti dah krg ingatan dia kat kami kan. walaupun kami pasti akan slalu jumpa n spend time ngan dia andai ada kesempatan. hmm lumrah perjalanan hidup, mesti ada benda yg terpaksa kita tgglkan dan akhirnya hanya tggl sebagai lipatan kenangan dlm sejarah hidup :).. ~feeling lagi~

Saturday, November 13, 2010

wifey wifey activities..

malam ni hubby sy balik, yeay. after 4 hari dia p utara sy tggl sorg kat umh. tp sib baik 2 malam ada kwn yg juga hubby msg2 ke utara hal biz-even mlm je dia dtg tdo umh ok gak la. dr hari rabu hubby ke penang. dlm sebulan dua ni makin kerap hubby ke utara, average 3/4 kali sebulan. kdg sy ikut kdg x coz x sggup tggl mikhael weekdays lama sgt. memandangkan sy pun x lama dah ngan dia n sian dia kene tggl ngan nenek yg x brp sihat time mak dia keje. biasanya kalau en.suami ke utara sy n bbrp lagi isteri isteri yg husband-slalu-travel akan buat aktiviti kami. last 3 weeks (or dkt sbulan lps dah kot) kami gather 4 org, masing2 ada menu masing nak tunjuk skill n msk2. yg sorang buat quiche, sy buat puding triffle, sorg lagi ajar buat sushi n sorg lagi tunjuk skill menguli, menu tambahan mee bandung muar. meriah la masing2 dgn resepi masing2. bukan ramai sgt ibu-ibu 4 org n anak2 3 org je tapi kecohnya mcm kenduri. udah tu msg2 sibuk ngan resepi msg2, semua ngn menu sendiri buat skali mana x kecoh dapur then bila sume dah siap aktiviti makan2 sama-sama hehe. n yg paling best bila time nak balik tapau sorg sikit semua menu2 yg ada. so hubby2 dpt la rasa. dr main course smpi dessert smpi xtau-nak-bg-nama-apa punya menu mcm2 ada. sampi kami buat resolusi next time kalau buat lagi msg2 kene bwk mangkuk tgkt snng nak bwk balik bontrot (kata org jawa, eh betul ke spelling cmni. sy bkn jawa :). tuan rumah dok korek2 carik tupperware, leceh tol. sib baik sy tgkt atas je pakai mgkuk polosterin pun boleh la.
.

tadi sorg xleh dtg so kami ber 3. harini x la hebat sgt menu cuma msk homemade:spagheti bolognaise, puding roti n goreng pisang je. yg best sambil mkn tukar2 story. after program yg lepas lama gak isteri2 x lepak sesama. sedih pulak sy bila pk bila dah hijrah ke penang geng2 masak-pastu-makan sama2 ni dah xde nak buat program sama lagi. diorang pun sedih (ye ke hehe) x cukup corum. tapi mulanya plan nak bwk anak2 mandi kolam kat bwh (sbnrnya mak2 nya yg lebih hehe) tapi tetiba nak ujan lah pulok. lenkali la nampaknya. setengah jam td hubby kol dah smpi kuala kgsr. smpi kl hubby p anta abg sy balik ampang then trus blk umh. mgkn 12++am gak smpi umh. isnin atau mgkn slasa ni kami akan balik johor sambut aidiladha kat jb tahun ni.. seronok yeay. then kamis pagi terus gerak balik kl sbb kmgknn bsr hubby akan naik penang smula hjg mggu tu. yg bestnya balik kl pas raya sy akan angkut bonda, kakak n anak2 sdara skali dok umh 2 mggu yahoo. anak2 sdara pun dah sronok tu. cu dia akan msk mcm2, dorg ni bhn eksperimen sy bila nak try msk pape. n lagi satu memang kecut2 la p mandi kolam kat bwh tu. mandi la puas2 anak2, pasti cuti skolah dah jauh nak p umah cu. jb to penang, mmg hujung ke hujung sempadan. oklah nak siapkan umh, diri n pape yg patut utk santapan (eh tgh mlm hubby nak mkn apa yek, puding roti td dah lah. spagheti pun ada g). biasa kalau smpi ptg sy msk gak pape. cm last week nasi ayam hailam, byk gmbr masak2 yg sy amik tp msh x dpt upload gmbr2 lagi huhuhu. ok ok dah la. enjoy picas (tq to google image)..

.

. puding roti

.

trifle
.

sushi
.

quiche
.

mee bandung
.




For The Rest Of My Life : Maher Zain

To my beloved husband, this is for you..

Luv, Your wife...

Friday, November 12, 2010

wanita berkerjaya...

Hukum Wanita Kerjaya Beserta : Keputusan Majlis Fiqh Dunia
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman : http://www.zaharuddin.net/
.

sy cuma ingin berkongsi, mungkin ada career woman yg x suka tp sy harap boleh lah ambil masa sedikit untuk baca n sama2 kita hayati n renungkan ok frens :)..
Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.
Bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)


Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi

Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian wanita islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.
Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.

Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.

Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya
(iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan, Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya, Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos, Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

5) Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.
.
2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).
.
3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama. Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
.
4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja). Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri. Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri. Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad. Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak. Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami. Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.
.
6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.
.
7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'. Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi. Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Tamat terjemahan

Kesimpulan saya

Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam. Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjayaan seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),

Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.


Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman

kenapa saya resign!..

salam everyone. saja harini teringin nak story ttg diri sy pulak. ikutkan dah macam2 entry sy sebelum ni xde lak sibuk2 nak kenalkan diri. ok sikit sebanyak ttg background sy. kurang 3 bulan lagi genaplah 3 tahun secara rasminya sy bergelar seorang suri rumahtangga aka housewife. kalau org skrg kata nak bagi sedap : home manager :). yup menguruskan rumahtangga umpama menguruskan satu organisasi kecil, macam manager (kdg2 manager kat off tu pun bila tgk rmh dan tgga dia cm x ter'manage jugak kan? hehe, tp x semua lah) walaupun company kecil sy ni belum la ada anak2 yang meramaikan. tapi sesiapa yg sama position mcm sy tau betapa bukan kecil dan bukan sedikit tanggangjawab seorang home manager. ok, bukan tggjwb HM ni yg sy nak story tapi sy nak story kenapa sy jadi HM. beberapa n agak ramai jugalah kawan2 atau saudara mara yang macam agak bermuka sinis dan mcm x puas hati pulak (depa pulak yg risau terlebih) bila tau sy dah x keje. correction please, bukan x keje ye. byk jer kejenya uruskan rumahtangga dan suami serta biz dia di belakang tabir. tp biasalah dah jadi adat budaya kat m'sia (yg sy tau dah mula berkrg) kalau x bekerja 8-5, ada majikan, ada gaji tetap bulan2 tu kiranya-x keje lah. kalau kita kluar umah awl pagi p keje time sblm traffic makin jam, balik lewat ptg atau gelap malam barulah dikira kerja kuat n keje hebat!. (hebat sbb p keje gelap balik pun gelap kan, hjg mggu baru jumpa matahari atas umh hehe). sy x nafikan majoriti yg time kejenya mcm ni mmg keje kuat demi mencari rezki, alhamdulillah n sgt bagus. dr yg mls keje dok umah goyang kaki, smpi tua mak ayah tanggung lagi le susahkan.
.
.
yup sy pernah bekerja, makan gaji, ada majikan, time 8am-6pm tapi kalau kul 6 sharp tu balik sure kene jeling je ngan bos. padahal mmg xde apa urgent tapi melangkah turun tangga office nak balik tu mcm pencuri baru lepas merompak master bedroom tgkt atas then pelan2 kuar dr umh ikut tangga. mmg x patot!. tapi bila dah habis bosan n hati sakit ngan mcm2 hal yg x beres tu, buat bodos je la kuar dr opis time jalan masih terang, time lampu jalan x psg lagi. kene melangkah pelan2 n sebolehnya big bos x nampak sebelum tetiba dia intercom sy n kata 'ju..., can u come to my room now. we need to discuss on somethg somethg'.. aduhai, kalau dah kata cmtu ko nak kata apa juju. letak balik handbag, amik organiser n buat muka manis la p masuk bilik big bos yg hensem tu haha. bla.. bla.. bla.., mmg xkan habis la kalo layankan sgt kan. makin sesak kepala ni jadiknya. big bos sy singaporean n dia dtg off jb bkn everyday kdg 2 hari skali, so bila jumpa mmg dia dah kumpul apa nak cakap la. jgn byk soal, just say ok, i will get it done!, i'll inform u on any progress asap! n so on and so on smpi dia puas hati (or bg dia nmpk cm kita ni memuaskan hati dia heha) then cecepatlah melangkah kuar, tgk2 hari dah gelap, maghrib dah masuk. staff2 lain ramai dah balik. p la solat dulu then ca-alip-but la. kdg2 bila poning pale n nak chill kejap, my best buddy kat opis la jadik mangsa. (slalunya dah janji dia tggu jap sementara i ada dscsn) sbnrnya xtau la sapa mangsa n sapa pemangsa, sbb sama2 kalo tens sure p kuar makan! sgt suka makan n bdn sama naik hahaha. dah makan baru balik umh. sy tggl ngan family coz off x la jauh dr umah dlm 10 km jer. cuma batasan keje yg membuatkan masa tu ttp mcm org p keje 50km dr umah.
.
.
sy bekerja dr tahun 2003 hingga awal 2008, 6 tahun sebelum ambil keputusan terbaik untuk berhenti makan gaji. skali lagi sy katakan makan gaji ni bagus, kita belajar jadi org bwhn, ada bos, ada superior, belajar communication, how to deal dgn bosses, kerenah off politic, semua ni mematangkan kita. dgn offmate yg pelbagai ragam, ada staff yg kene handle, bila under kita lebih berumur, kwn baik, cmne nak deal ngan dorang. bende2 yg memeningkan kpl ni lah yg ajar kita ttg life. tp xtau lah mcm mana parent n org2 lain leh tnng n sabar bekerja berpuluh tahun sampai pencen sdgkan 6 tahun keje pun cm dah pening n terbawak2 pressure keje dgn life kat luar. mujur lepas kawin 5 bulan je keje, tu pun mcm kalut then trus decide fulltime home manager. tapi bukan semuanya story x best ttg keje makan gaji. bestnya ada kwn2, best buddy yg kita jumpa hari2, p makan sama, gossipping sama, kawan bercerita, then dpt gaji p cuci mata n cuci wallet p makan sama2 (sy bukan kaki shoppig gilos2 sbb msh ada tggjwb dgn family). sskali ada office dinner, family day, makan2 bila ada bday sesapa kat opis, arrange function pape. kgkdg tu happening jugak. bila wife bos sy, bos pompuan pn.s (sy suke dia) rapat ngan sy n group finance, kalo p holiday overseas or mana2 mesti ada bwk souvenir special utk kami. kdg2 dtg2 je off dr s'pore senyap2 bagi brg dlm envelope bsr. kdg2 chocolate bar bsr. duit raya sure special utk group finance hehe. pnh skali ada urusan kat off s'pore big bos n wife bwk sy sorg p pusing s'pore n p lunch kat apa kenama ntah tmpt tu. mmg mkn special. agaknya dia sian je tgk sy cm segan2 haha. kami ber3 je, cm x snng ddk sy. yerlah org kmpg naik jaguar n tetiba bos bg bwk jln cm anak angkt smbil cite apa ada kat kiri knn jln. those are the sweetest memories la ms keje kat jb dulu. yup bosses sy husband n wife ni baik n sy tau dia ada hrpn yg tggi utk sy. wah mcm ko tu bagus sgt je hahaha. but bosses are bosses kan, dia bg kita gaji. ko xnak keje ngan dia lagi, thats it!. full stop!. tapi sy byk belajar dgn dia. pengalaman. bukan sume x best. tapi sy xtaulah, memang dr dulu sy mmg simpan cita2 utk jadi the best life partner to my other half bila dah kawin nanti. dulu samar2 je apa yg the bestnya. then makin dewasa, tgk life kakak n abag2, kawan2 atau kenalan yg dah kawin, sy mula faham apa needs selepas kawin. dr pembacaan sy mula tahu apa yg penting dlm hidup berumahtangga.
.
.
yess!, kemantapan ekonomi tu penting,. mcm yg slalu kita dgr, money is not everything but everything is MONEY!. jadinya wifey wifey harus bekerja. apatah lagi belajar tggi2, bertahun2 amik degree mesti la keje keje kan. nak bayar study loan. nak tolong hubby byr umh, kete n keperluan2 lain, lom cite anak2 lagi. sy bukan nak bersyarah ttg tu kat sini. mmg itu yg org slalu kata. tapi sy mula sedar, tggjwb sbagai isteri. cita2 sy nak jadi the best life partner dulu tu, rajin mskkan suami, uruskan rmhtgaa, makan pakai dia, penyejuk hati suami, penenang bila berduka n so on n so on lah kan (wah mcm bagus sgt agaknya korg baca kan). wah tggi sggh cita2. nampaknya mmg sy kene jadi home manger full time kat umah. bukan working wife n working mother x boleh jadi yg terbaik, tp sy mgkn x setabah dan sekuat itu utk melakukannya. dipendekkan cerita keputusan muktamad sy resign!.
.
.
sy acounting graduate dan suami engineering graduate dr university yg sama. kami grade 2003. mgkn dulu dah slalu berangan bekerja dr rumah, jadi suri suami di rumah, alhamdulillah Allah susun semua takdir dan jalan hidup selepas grade kami sehinggalah membawa kami kepada kerjaya baru yg memuungkinkan untuk sy dan suami melepaskan jawatan terakhir kami sbg asst.finance manager, vendor OnG comp & commisioning engineer kat OnG comp. sy resign pada january 2008 dan hubby sy pada awal 2006. mmg banyak implikasi atas keputusan kami berdua namun kami memilih untuk jalani hidup yg berbeza dr kawan2 lain. mgkn kami hilang sementara working life n seronok2 ngan kawan2 pada awalnya. kami ada dream yg sama yg membuatkan kami memilih jalan ini. suka duka kami lalui bersama, turun naik, menangis ketawa, menahan hentakan dan ujian, semua buatkan sy n hubby makin rapat. tekanan biz kdg2 mmg buatkan kami juga teruji, tapi semua tu awl2 esp msa b4 kawin bilamana tarikh kawin terpaksa delay atas persetujuan n pmahaman kami bersama sbbkan kami ada target yg nak kami sampaikan. yg jadi tegang bilamana family x faham. yerlah udahla berenti keje, asik bz jek pulak tu. dipendekkan cerita alhamdulillah, makin lama mereka makin faham bila mereka juga merasai hasil dan nikmatnya atas rezki yg Allah beri pada kami. syukur amat bersyukur sy bila selepas 5 tahun lebih memilih jalan ni kami berdua mula rasa syukur bilamana kwn2 mula mengeluh ttg sedikitnya masa bersama keluarga dan anak2, kerisauan ttg penjaga anak2 masa ketiadaan parent yg bekerja n mcm2 lagi, kesesakan kewangan n realiti kehidupan yg menuntut byk pengorbanan masa & tenaga dgn pertambahan usia n makin besarnya keluarga.
.
kami dah jumpa jalan ni waktu usia masing-masing 24 tahun. n setelah 5 tahun lebih bersama journey ni alhamdulillah kami ada masa yg lebih untuk keluarga bila kami diperlukan dan insyaAllah anak2 bila sampi masanya nanti. walaupun tak la byk sgt masa utk keluarga sampi sume event family mcm wedding n segala kenduri kendara etc kami dpt joint. buat ms skrg mgkn kami hav to select mana yg penting dulu. sekurangnya bila immediate family mcm mak ayah tetiba perlukan kami balik, kami free utk arrange masa kami sendiri, alhamdulillah. cuma keluarga kene faham juga kdg2 ada event yg kami x dpt penuhi bila diperlukan. tp so far alhamdulillah kakak abg memahami n boleh tolak ansur dlm arrange time bersama parent ni. sbb mereka paham sejauh mana kami dah pergi dah korban. mmg skrg ni kami masih bekerja keras, xde istilah cuti panjang. nak p bercuti sana-sini slalu xde lah sbb kami rasa usia masih muda, masih kuat untuk bekerja, masa ni lah nak keje keras. nature kerja hubby yg x tetap masa dan tempat, buatkan sy tak kesal memilih untuk jadi housewife. sy senang menguruskan urusan makan pakai dia, jadi tempat berkongsi cerita, betukar pandangan dan idea, jadi escot kalau dia travel jauh mcm ke penang ke, kedah ke, ipoh ke, johor ke, tganu n kuantan ke, sarawk ke. at least urusan makan, pakai n urusan rmhtgga yg lainnya suami dah xyah pk. cabaran sy kene pastikan semua ni sempurna. masih byk lagi ruang utk diperbaiki. sekurangnya sejak tak kurang 3 tahun dulu masa kami flexible untuk kami arrange sendiri dan x terikat dgn waktu keje. tapi displin kene betul kalau bekerja sendiri ni. nak lebih kene keje lebih la :)
.
.
dulu masa sebelum kawin n tahun2 awl kawin sy involve directly dgn biz hubby. hari2 sy akan ikut dia ke office atau mana2 aktivity n funtcion group n comp. kemudian atas persetujuan kami bersama, sy mula mengurangkan involvement sy mulanya kerana sy nak rehatkan badan untuk usaha dptkan baby. (termasuklah rehatkan emosi bilamana kdg2 agak emo bila jmpa kwn2 ramai dah preggy :) kemudian kerehatan sy di rumah membuat urusan rmhtgga lebih sempurna, sy jadi lebih seronok jadi suri. tapi sy bulan duduk diam kat umh, ada saja aktiviti sy. sy pun ada pengalaman biz sendiri, homemade kuih raya, jual tudung smpi hantar ke jb pas amik kat jln tar, p srwk sy jumpa biz kek lapis, p penang sy buat biz jeruk madu muslim, p sg.besar sy jumpa jutawan kerepek n jual kerepek juga. mostly lubang2 biz sy ni jumpa masa ikut hubby travel urusan biz kami. n skrg ni sy tgh setup online biz pulak. dlm masa yg sama, main biz kami pun saya adalah portion lah jugak, insyaAllah adalah rezki sikit. sy x kata kami dah senang lenang, tidak sbb kami masih merangkak dlm dunia perniagaan. komitmen agak besar jugak sbb kami telah memberanikan diri beli aset2 yg menuntut instalment yg agak besar setiap bulan. mencabar diri sendiri supaya tak cepat rasa selesa dan erlu kerja lebih keras lagi. ini menguatkan lagi smgt nak keje keras. apa pun sy bersyukur, perjalanan ini baaanyak sgt mengajar dan mematangkan kami berdua. terutamanya ttg hablumminannas dan hablummminAllah.. hubungan sesama manusia lain, bila kami jumpa n deal dgn mcm2 jenis org, berbagai umur, pelbagai background, pelbagai budaya dan bahasa (esp masa few times p srwk), n belajar yg tak semua benda kita boleh berkongsi dgn org lain. belajar utk mengenal manusia lain. hubungan dgn Allah, bilamana bila berniaga rezki kita totally ditanganNya, xde gaji tetap tiap bulan. kalau hubungan denganNya baik dan Allah murahkan rezki bulan tu, insyaAllah besarlah hasilnya. kalau ada mslh lain atau Allah masih ingin menguji, tahan ajelah apa rezi yg terima. banyak sgt mengajar. mcm sy penah cite kat sini.
.
.
apa pun yg dah dilalui, sy n hubby paham kami baru je melangkah dlm dunia perniagaan ni, makin kami dig dpt kami rasakan dunia biz ini sgt besar. bila baca cerita2 nama2 besar yg dah berjaya dan mula berkongsi kejayaan dan rezkinya dgn org lain, buat rasa kerdilnya lagi kami dlm dunia ni. baru sampi stage nak lengkapkan hidup sendiri disamping bantu keluarga baru sikit2, byk lagi kene kerja keras. insyaAllah, dah tuhan takdirkan ini jalan kami. kami xkan berundur. wah macam kata2 'darah satria' pulak kan hehe. semangat ni jugaklah yg membuatkan sy n hubby buat keputusan untuk berhijrah ke penang. tempat yg asing bg kami berdua. family n sdara mara sy byk kat johor, hubby byk kat n9 n kl. xde sedara rapat apatah lagi adik bradik kat sana. kwn2 rapat mmg xde yg rapat sgt, dlm biz xle nak buat kwn2 mcm best buddy mcm kat opis dulu2. semuanya kene berpada. kalau hijrah sbb relocation kerja mgkn byk benefit n kebajikan yg dijaga. tp bila biz sendiri ni atas risiko sendiri n survivor sendirilah. yg penting kami ber2 benar2 rapat n saling support each other, insyaAllah semuanya akan lebih mudah. tp x dinafikan range kenalan dlm biz mcm kami ni besar jugak. waaa, knp mcm entry ni jadik sedih pulak towards ending ni :).
.
tahun 2011 benar2 perubahan baru kami di tempat baru, insyaAllah kami juga akan dapat seorang anak angkat pada january ni dan sy akan terus bawa baby ni ke penang. moga life baru kami dgn target baru dlm biz kami kat sana lebih meriah dan ceria dgn kehadiran cahayamata baru kami nanti. yup sy x penah sentuh ttg isu anak angkat ni kat blog, cuma pnah hint sikit2 je b4 ni. opsss, usaha utk zuriat sendiri masih diteruskan dah berusaha dan doa penuh harapan tiap hari. cuma dulu kami pnah terniat dan bincang beberapa kali utk ambil anak angkat secara sah n byk kali tertangguh n tak betul2 tekad, jadi skrg kami sempurnakan niat tu n nekad even sy dah pregnant sekali pun kami ttp ambil dan jaga bby ni dgn baik, insyaAllah. happy bila pk bby ni akan ada dgn kami 24/7 xlah ptg2 ada org dtg amik. mgkn pglmn 6 bulan jaga mikhael training utk kami jaga bby kami nanti.. mana tau rezki Allah, dtgnya bby angkt ni awl thn dpn then hjg thn sy pulak deliver bby sy kan :), mana lah tau rezki Allah sgt luas kan.. amin yarabbalalamin....
.
.



Wednesday, November 10, 2010

hijrah III... mikhael

tinggal tak smpi 3 mggu je lagi mommy akan jaga mikhael. waa sgt sgt sedih nak tinggalkan si kecil tu. 6 bulan sy jaga n rapat ngan dia, dah syg sgt. tp sy terima hakikat bby mikhael bukan anak sy. dr dulu pnh ada org ckp kat sy, satu hari sy kene lepaskan dia. yup sy paham. sy n hubby decide jaga mikhael smpi hujung nov ni je. dec byk urusan kene settlekan. clearkan umah, anta brg2 kat umh bangi kami n ready brg2 utk moving ke penang. x dpt la jaga mikhael. smlm mikhael demam. temp smpi 39.6c. mmy sgt risau n kesian sgt kat dia. bg ubat dmm, tepek bye-bye fever, bungkus ngan tuala basah. ptg smlm mak dia bwk p hukm, alhamdulillah dah turun skit dmm dia. harini mak dia cuti jaga mikhael. mak dia kata mikhael kene dmm cmpk, mmy n ddy doakan mikhael cpt sihat yer cyg. kalau lah dr dulu mak mikhael bermurah hati ( x mungkin la kan) bg kami jaga mikhael sure happy sgt bila pk nak moving penang bwk mikhael skali haha. angan-angan sungguh. xpe insyaAllah hubungan kami ngan mikhael x putus. sskali balik kl sure kami pinjam mikhael kan. mcm sy story kat sini, sejak 2/3 mggu ni mikhael sgt cranky n manja nak dok depan dia je, kdg tu nak kene dukung or buat keje dia dok atas riba. sgt manja. kata hubby mgkn dia tau yg kita xkan lama ngan dia. makin sayu hati saya. tapi sy kene keraskan jugak hati ni kan. xpe insyaAllah tahun baru 2011 akan membawa lebih kebahagiaan dan ada pengubat hati kami dgn izinNya nanti kan.. amin. ni gmbr lama ms mikhael dmm dolu2. (sy masih x jumpa wire cable camera utk transfer gmbr2 baru, smpi masuk dlm mimpi terjumpa wire cable tu, ade ke patot punya smgt sblm ni nak transfer gmbr2 baru :)..

.

.

.

Tuesday, November 9, 2010

hijrah II....

last entry sy title hijrah tp citer ttg perancangan p haji n story2 lain. mmg sy nak story ttg hijrah, tp x ready nak story byk2 lagi sbb hubby xmau open lagi decision kami ni. tapi nak jugak story skit2 lah since hanya sesetgh je yg kenal sy kat sini hehe. kami berdua akan berhijrah, we've decided. n sy pun sgt seronok dgn decision ni. tgh planning mcm2. kami akan berhijrah ke utara tanah air. insyaAllah x lama lagi. tempat baru, rumah baru, life baru, kawan2 baru n nak mulakan hidup baru n pastinya semangat baru untuk enter satu lagi phase baru dlm hidup kami berdua.. mudah2an Allah permudahkan agar segala perancangan berjalan dgn baik, insyaAllah :)..

.

penang, here we come! :)

hijrah...

salam 2 zulhijjah 1431H.. musim haji. semoga dipermudahkan jalan agar perancangan kami untuk menunaikan haji sebelum usia 35 thn tercapai. mudah2an insyaAllah. tersentuh hati tgk n baca berita2 haji. sis zabrina, penulis buku 'life is an open secret' tu sy add kat fb. dia slalu post gambar2 terkini dr makkah yg di mms oleh kwn2 dia yg menunaikan haji. kdg2 dr tv, suasana penuhnya masjidilharam masa waktu solat. subhanAllah...
.

.
pagi yg cerah n sejuk sbb awal pagi sebelum subuh tadi 5am tiba2 hujan. alhamdulillah hujan rahmat kan. sy dah tenang sikit pagi ni, mlm td agak stress smpi mimpi bukan2. isk tu la kalau pk mcm2 smpi bwk tdo. sy ni pemikir, kalau p urut tradisional ke thai massage ke pun sure dia kata stress coz kat bahu ni keras je (sy ni big fan salonpas tau, x boleh kalo xde stok kat umah, esp b4 tdo msti ltk kat bahu. pg bangun akan ok skit. much better dr x pakai) dia kata sy ni kuat berfikir. dulu kerja byk la nak pk mslh comp org, ni pk off sendiri je pun nak stress kan. isk isk, kene blajar kawal mind ni. ikutkan x byk yg mendesak utk sy fikirkan (smpi jd mimpi bukan2). sibuk pulak menambah2 isu yg nak dipikirnya. hubby slalu pesan, bila kdg2 sy suarakan kerisauan yg x patot sy risaukan. 'dah tu, xyah pk org. pk hati org sgt. pk hati sendiri jugak' hehe. bila dia ckp cmtu sure smbil trsenyum sumbing. sbb apa, sbb sy yg slalu ckp cmtu ngan dia. haa hambik!, kene kat btg hidung sendiri hehehe. x salah nak pk org, jaga hati org. tapi berpada-pada lah kan. kebahagiaan kita, kitalah yg kawal n tentukan, asik pk org bila kita nak bahagia hehe. membebel kat diri sendiri pepagi ni. tadi sy blog walking n terhenti kat blog kak farah, pengasas sara kids yg sy kagum tu. entry terbaru dia kat sini buat sy terharu n bergenang air mata pagi2 ni. n menguatkan semangat sy jugak utk melalui hari2. banyak nikmat yg Allah beri utk kita syukuri dan hargai serta merasa bahagia kan. jgn terlalu berduka dgn kekurangan yg kita ada. Allah Maha Adil, Maha Penyayang.. kita berasa kurang kerana banding dgn lebihnya org lain, smpi kdg terlupa byk lebihnya nikmat kita yg org lain x rasa pun. bersyukurlah wahai diri :).. alhamdulillah

Monday, November 8, 2010

nak ckp jugak..

hiii.. kalau ada yg terajin baca entry2 saya b4 ni mesti perasan yg sy sgt jrg story cite2 negatif n x suka nak pk n layan sgt. tp nak ckp jugak lah. knp yer manusia ni suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. bila skali dua (rasanya berkali kali kot) tu masih x rasa apa, tapi bila dah berkali kali mula lah rasa x sdp hati. knp baik kita di ambil kesempatan. sedih jugak la. tapi hati ni mmg ssh nak kata tidak n hampakan org. tapi bila dah byk kali rasanya dah xleh bagi muka dah lah kan.. hmmm tapi xtau lah nak ckp mcm mana, nak susun kata mcm mana. cuba sebaiknya xmau buat org terasa, tp apa slhnya bagi rasa sikit kan pas kita ni dah terlebih masin merasa garam2 terlebih yg dibagi ni.. waaa, sy x suka la mcm ni.. x suka.. x suka.. waaa :(