Saturday, November 27, 2010

rindu.. the story begin


rindu lama xde connection ngan internet coz lappy outstation bersama-sama dgn en.hubby. ni pnjm sat abg cheq punya huhu. lagi satu, rindu jugak kat org yg bwk lari lappy tu hehehe :P. ni dah lebih kul 12am so dah masuk hari sabtu la kiranya kan, ahad or nak cepat lagi katalah 'esok' hubby balik yeay. sib baik kali ni bonda n family ada kat umh teman (mmg sbb ada org teman la kene tinggal). byk mission ditinggalkan ni, anak2 sdara ada kene tolong cu dia packing haha. upah p tgk wayang citer harry potter semalam. hari2 mandi kolam kat bwh n hari2 jugak pepagi ikut cu dia p jogging :). paksu balik dr penang baru p jnjnalan best skit okeh.next week is the last week mikhael dok umh mmy. n sesi kemuncaknya kat jb, mmy bwk mikhael balik jb anta atok n kakak2 n abg2 yg melayan dia selama abg kakak ni kat kl. dpt la 4 hari jnjalan ngan mikhael sblm betul2 pulang kat mak dia secara rasmi. okeh stop bab mikhael, x mau panjang2 nanti syahdu d tgh2 malam ni..

.



mmy skrg tgh bz menghabiskan baca buku yg baru beli 2 minggu lepas @harris, tebrau city jb :"what to expect: the first year". sgt2 bagus n very informative sbgai persediaan for the arrival of adik mikhael insyaAllah january ni. isk berdebar jugak, tapi mmy n ddy teruja n excited :). mmy byk baca ttg breastfeeding tips etc. mudah2an Allah izinkan n semuanya berjalan lancar. eh dah tukar pulak 'sy:mmy' :D.. oklah x salah la kan sy story betul2 kat sini kan. kdg2 rasa cm xmau cite byk2 dulu, tapi xpelah kan. sy decide utk share. ok, dlm beberapa entry yg lepas kan sy dah pun story ttg arrival bby sy pd january ni, insyaAllah. sy berazam untuk directly breastfeed baby sy. sebelum ni dah byk info sy carik n baca experience n surf internet, yes mmy yg x pregnant lagi n x melahirkan masih boleh susukan baby tapi ada treatment yg perlu diambil utk menghasilkan susu. sy tau ramai yg tau n aware ttg hal ni. dr dulu masa terdetik di hati sy utk ambil baby, sy dah niat utk berusaha susukan baby saya. sy yakin mesti ada cara. sy baca pglmn org, carik info even x byk cerita yg sy dpt ttg usaha seperti ini. tapi semangat sy kuat bila baca entry ini . insyaAllah sy akan kuatkan semangat sy utk teruskan niat sy ini, doakan sy yer.


dr buku 'what to expect:the first year' yg sy tgh baca, dlm chapter 22: The Adopted Baby. the book advice sblm decide utk breastfeed bby i need to ask myself few question n the FIRST question is :why are u so eager to breastfeed?.. the book advise kalau benar bersungguh niat utk bf kan baby ni utk bg the best nutritional start to the baby n sedia utk berkongsi perasaan kasih syg ni, teruskan n give it all u've got. tapi bukan sbb utk mengaburi mata org lain atau diri sendiri dgn membuktikan yg kita adlh mmy bby ni n deny the fact. alhamdulillah n insyaAllah niat sy jelas knp sy nak susukan baby sy. walau dia tak membesar dlm rahim sy sembilan bulan, sy berniat utk berikan dia nutrisi terbaik kurniaan Illahi agar dia boleh membesar dgn susu sy, hidup berkembang dgn darah sy juga. hubungan kami semua halal disisiNya dan tiada bezanya dia dgn future kids sy yg lain insyaAllah. tiada batasan hubungan kami. n insyaAllah dia baby kami. setiap bby ada haknya, dan antara haknya yang disebut di dalam al-quran adalah diberi susu ibu seperti makna surah al-baqarah ayat 233.


journey sy bukan baru bermula, dah lama tapi sy x ready utk share ttgnya sebelum ni. after deep thinking sy decide utk ceritakan juga n mulakan journal ni. semangat sy jadi tambah kuat sbnrnya bila sy nampak jalan utk susukan baby sy ni. sebelum ni dr research sy, utk memungkinkan sy hasilkan susu sy perlu ambil beberapa jenis pil hormon di mana salah satu pil tu adalah pil perancang. ohh, of course sy tak sanggup sbb sy masih tak berhenti berharap dan berusaha utk dapatkan zuriat sy sendiri juga. namun sy sgt positif yg Dia akan mengizinkan juga niat sy utk menyusukan baby sy. smpi sy dah cakap dgn hubby, sy sggup utk makan pil2 hormon tu n mgkn kita patut redha utk stopkan sekejap mgkn few mths usaha kita ni utk pastikan by the time baby sy deliver sy mampu susukan dia. hubby agak berat. kami berbincang n akhirnya decide utk cuba tanya proses penghasilan hormon ni dgn cara tradisional: tanpa drugs, tanpa pil perancang. masa sy jumpa bidan yg sy masih berubat dgn dia tu, dia kata insyaAllah dia boleh bantu. dia advise sy jgn makan pil hospital tu sbb akan mengganggu usaha sy skrg ni, akan mengurangkan kesuburan (even sementara waktu) utk meningkatkan hormon susu. dia suruh sy dtg ambil ubat yg dia akan sediakan, 2 minggu sebelum edd baby sy. insyaAllah hujung dec sy akan mulakan. semoga semuanya berjalan dgn baik n sy boleh susukan baby sy from the first day dia ada dgn sy, amin yarabbalalamin... memetik intro blog ini, sy pinjam sebagai inspirasi..


" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".



sy mungkin x berpeluang bersamanya seawal 9 bulan penciptaan dia, tapi sy & hubby berjanji dan berusaha serta berharap moga diizinkanNya utk kami berikan yg terbaik utk dirinya dlm kehidupannya selepas hari hari pertama dia lahir ke dunia hingga kehidupan dia seterusnya, insyaAllah.. amin yarabbalalamin..

2 comments:

Irtiyah said...

Salam

Tahniah ya. Satu keputusan yang terpuji. Semoga memberi inspirasi pada yang lain2.

Semoga semua berjalan lancar. Saya benar2 memaksudkannya.

Saya puji awak ada matlamat dan niat yg baik dan jelas.

:)

mommy juju said...

salam irtiyah..
tq soo much. semua org ada matlamat dan niat yg baik kan, sy yakin irtiyah juga. semoga niat dan impian kita semua dipermudahkanNya :).. thanks 4 ur support