Friday, November 12, 2010

kenapa saya resign!..

salam everyone. saja harini teringin nak story ttg diri sy pulak. ikutkan dah macam2 entry sy sebelum ni xde lak sibuk2 nak kenalkan diri. ok sikit sebanyak ttg background sy. kurang 3 bulan lagi genaplah 3 tahun secara rasminya sy bergelar seorang suri rumahtangga aka housewife. kalau org skrg kata nak bagi sedap : home manager :). yup menguruskan rumahtangga umpama menguruskan satu organisasi kecil, macam manager (kdg2 manager kat off tu pun bila tgk rmh dan tgga dia cm x ter'manage jugak kan? hehe, tp x semua lah) walaupun company kecil sy ni belum la ada anak2 yang meramaikan. tapi sesiapa yg sama position mcm sy tau betapa bukan kecil dan bukan sedikit tanggangjawab seorang home manager. ok, bukan tggjwb HM ni yg sy nak story tapi sy nak story kenapa sy jadi HM. beberapa n agak ramai jugalah kawan2 atau saudara mara yang macam agak bermuka sinis dan mcm x puas hati pulak (depa pulak yg risau terlebih) bila tau sy dah x keje. correction please, bukan x keje ye. byk jer kejenya uruskan rumahtangga dan suami serta biz dia di belakang tabir. tp biasalah dah jadi adat budaya kat m'sia (yg sy tau dah mula berkrg) kalau x bekerja 8-5, ada majikan, ada gaji tetap bulan2 tu kiranya-x keje lah. kalau kita kluar umah awl pagi p keje time sblm traffic makin jam, balik lewat ptg atau gelap malam barulah dikira kerja kuat n keje hebat!. (hebat sbb p keje gelap balik pun gelap kan, hjg mggu baru jumpa matahari atas umh hehe). sy x nafikan majoriti yg time kejenya mcm ni mmg keje kuat demi mencari rezki, alhamdulillah n sgt bagus. dr yg mls keje dok umah goyang kaki, smpi tua mak ayah tanggung lagi le susahkan.
.
.
yup sy pernah bekerja, makan gaji, ada majikan, time 8am-6pm tapi kalau kul 6 sharp tu balik sure kene jeling je ngan bos. padahal mmg xde apa urgent tapi melangkah turun tangga office nak balik tu mcm pencuri baru lepas merompak master bedroom tgkt atas then pelan2 kuar dr umh ikut tangga. mmg x patot!. tapi bila dah habis bosan n hati sakit ngan mcm2 hal yg x beres tu, buat bodos je la kuar dr opis time jalan masih terang, time lampu jalan x psg lagi. kene melangkah pelan2 n sebolehnya big bos x nampak sebelum tetiba dia intercom sy n kata 'ju..., can u come to my room now. we need to discuss on somethg somethg'.. aduhai, kalau dah kata cmtu ko nak kata apa juju. letak balik handbag, amik organiser n buat muka manis la p masuk bilik big bos yg hensem tu haha. bla.. bla.. bla.., mmg xkan habis la kalo layankan sgt kan. makin sesak kepala ni jadiknya. big bos sy singaporean n dia dtg off jb bkn everyday kdg 2 hari skali, so bila jumpa mmg dia dah kumpul apa nak cakap la. jgn byk soal, just say ok, i will get it done!, i'll inform u on any progress asap! n so on and so on smpi dia puas hati (or bg dia nmpk cm kita ni memuaskan hati dia heha) then cecepatlah melangkah kuar, tgk2 hari dah gelap, maghrib dah masuk. staff2 lain ramai dah balik. p la solat dulu then ca-alip-but la. kdg2 bila poning pale n nak chill kejap, my best buddy kat opis la jadik mangsa. (slalunya dah janji dia tggu jap sementara i ada dscsn) sbnrnya xtau la sapa mangsa n sapa pemangsa, sbb sama2 kalo tens sure p kuar makan! sgt suka makan n bdn sama naik hahaha. dah makan baru balik umh. sy tggl ngan family coz off x la jauh dr umah dlm 10 km jer. cuma batasan keje yg membuatkan masa tu ttp mcm org p keje 50km dr umah.
.
.
sy bekerja dr tahun 2003 hingga awal 2008, 6 tahun sebelum ambil keputusan terbaik untuk berhenti makan gaji. skali lagi sy katakan makan gaji ni bagus, kita belajar jadi org bwhn, ada bos, ada superior, belajar communication, how to deal dgn bosses, kerenah off politic, semua ni mematangkan kita. dgn offmate yg pelbagai ragam, ada staff yg kene handle, bila under kita lebih berumur, kwn baik, cmne nak deal ngan dorang. bende2 yg memeningkan kpl ni lah yg ajar kita ttg life. tp xtau lah mcm mana parent n org2 lain leh tnng n sabar bekerja berpuluh tahun sampai pencen sdgkan 6 tahun keje pun cm dah pening n terbawak2 pressure keje dgn life kat luar. mujur lepas kawin 5 bulan je keje, tu pun mcm kalut then trus decide fulltime home manager. tapi bukan semuanya story x best ttg keje makan gaji. bestnya ada kwn2, best buddy yg kita jumpa hari2, p makan sama, gossipping sama, kawan bercerita, then dpt gaji p cuci mata n cuci wallet p makan sama2 (sy bukan kaki shoppig gilos2 sbb msh ada tggjwb dgn family). sskali ada office dinner, family day, makan2 bila ada bday sesapa kat opis, arrange function pape. kgkdg tu happening jugak. bila wife bos sy, bos pompuan pn.s (sy suke dia) rapat ngan sy n group finance, kalo p holiday overseas or mana2 mesti ada bwk souvenir special utk kami. kdg2 dtg2 je off dr s'pore senyap2 bagi brg dlm envelope bsr. kdg2 chocolate bar bsr. duit raya sure special utk group finance hehe. pnh skali ada urusan kat off s'pore big bos n wife bwk sy sorg p pusing s'pore n p lunch kat apa kenama ntah tmpt tu. mmg mkn special. agaknya dia sian je tgk sy cm segan2 haha. kami ber3 je, cm x snng ddk sy. yerlah org kmpg naik jaguar n tetiba bos bg bwk jln cm anak angkt smbil cite apa ada kat kiri knn jln. those are the sweetest memories la ms keje kat jb dulu. yup bosses sy husband n wife ni baik n sy tau dia ada hrpn yg tggi utk sy. wah mcm ko tu bagus sgt je hahaha. but bosses are bosses kan, dia bg kita gaji. ko xnak keje ngan dia lagi, thats it!. full stop!. tapi sy byk belajar dgn dia. pengalaman. bukan sume x best. tapi sy xtaulah, memang dr dulu sy mmg simpan cita2 utk jadi the best life partner to my other half bila dah kawin nanti. dulu samar2 je apa yg the bestnya. then makin dewasa, tgk life kakak n abag2, kawan2 atau kenalan yg dah kawin, sy mula faham apa needs selepas kawin. dr pembacaan sy mula tahu apa yg penting dlm hidup berumahtangga.
.
.
yess!, kemantapan ekonomi tu penting,. mcm yg slalu kita dgr, money is not everything but everything is MONEY!. jadinya wifey wifey harus bekerja. apatah lagi belajar tggi2, bertahun2 amik degree mesti la keje keje kan. nak bayar study loan. nak tolong hubby byr umh, kete n keperluan2 lain, lom cite anak2 lagi. sy bukan nak bersyarah ttg tu kat sini. mmg itu yg org slalu kata. tapi sy mula sedar, tggjwb sbagai isteri. cita2 sy nak jadi the best life partner dulu tu, rajin mskkan suami, uruskan rmhtgaa, makan pakai dia, penyejuk hati suami, penenang bila berduka n so on n so on lah kan (wah mcm bagus sgt agaknya korg baca kan). wah tggi sggh cita2. nampaknya mmg sy kene jadi home manger full time kat umah. bukan working wife n working mother x boleh jadi yg terbaik, tp sy mgkn x setabah dan sekuat itu utk melakukannya. dipendekkan cerita keputusan muktamad sy resign!.
.
.
sy acounting graduate dan suami engineering graduate dr university yg sama. kami grade 2003. mgkn dulu dah slalu berangan bekerja dr rumah, jadi suri suami di rumah, alhamdulillah Allah susun semua takdir dan jalan hidup selepas grade kami sehinggalah membawa kami kepada kerjaya baru yg memuungkinkan untuk sy dan suami melepaskan jawatan terakhir kami sbg asst.finance manager, vendor OnG comp & commisioning engineer kat OnG comp. sy resign pada january 2008 dan hubby sy pada awal 2006. mmg banyak implikasi atas keputusan kami berdua namun kami memilih untuk jalani hidup yg berbeza dr kawan2 lain. mgkn kami hilang sementara working life n seronok2 ngan kawan2 pada awalnya. kami ada dream yg sama yg membuatkan kami memilih jalan ini. suka duka kami lalui bersama, turun naik, menangis ketawa, menahan hentakan dan ujian, semua buatkan sy n hubby makin rapat. tekanan biz kdg2 mmg buatkan kami juga teruji, tapi semua tu awl2 esp msa b4 kawin bilamana tarikh kawin terpaksa delay atas persetujuan n pmahaman kami bersama sbbkan kami ada target yg nak kami sampaikan. yg jadi tegang bilamana family x faham. yerlah udahla berenti keje, asik bz jek pulak tu. dipendekkan cerita alhamdulillah, makin lama mereka makin faham bila mereka juga merasai hasil dan nikmatnya atas rezki yg Allah beri pada kami. syukur amat bersyukur sy bila selepas 5 tahun lebih memilih jalan ni kami berdua mula rasa syukur bilamana kwn2 mula mengeluh ttg sedikitnya masa bersama keluarga dan anak2, kerisauan ttg penjaga anak2 masa ketiadaan parent yg bekerja n mcm2 lagi, kesesakan kewangan n realiti kehidupan yg menuntut byk pengorbanan masa & tenaga dgn pertambahan usia n makin besarnya keluarga.
.
kami dah jumpa jalan ni waktu usia masing-masing 24 tahun. n setelah 5 tahun lebih bersama journey ni alhamdulillah kami ada masa yg lebih untuk keluarga bila kami diperlukan dan insyaAllah anak2 bila sampi masanya nanti. walaupun tak la byk sgt masa utk keluarga sampi sume event family mcm wedding n segala kenduri kendara etc kami dpt joint. buat ms skrg mgkn kami hav to select mana yg penting dulu. sekurangnya bila immediate family mcm mak ayah tetiba perlukan kami balik, kami free utk arrange masa kami sendiri, alhamdulillah. cuma keluarga kene faham juga kdg2 ada event yg kami x dpt penuhi bila diperlukan. tp so far alhamdulillah kakak abg memahami n boleh tolak ansur dlm arrange time bersama parent ni. sbb mereka paham sejauh mana kami dah pergi dah korban. mmg skrg ni kami masih bekerja keras, xde istilah cuti panjang. nak p bercuti sana-sini slalu xde lah sbb kami rasa usia masih muda, masih kuat untuk bekerja, masa ni lah nak keje keras. nature kerja hubby yg x tetap masa dan tempat, buatkan sy tak kesal memilih untuk jadi housewife. sy senang menguruskan urusan makan pakai dia, jadi tempat berkongsi cerita, betukar pandangan dan idea, jadi escot kalau dia travel jauh mcm ke penang ke, kedah ke, ipoh ke, johor ke, tganu n kuantan ke, sarawk ke. at least urusan makan, pakai n urusan rmhtgga yg lainnya suami dah xyah pk. cabaran sy kene pastikan semua ni sempurna. masih byk lagi ruang utk diperbaiki. sekurangnya sejak tak kurang 3 tahun dulu masa kami flexible untuk kami arrange sendiri dan x terikat dgn waktu keje. tapi displin kene betul kalau bekerja sendiri ni. nak lebih kene keje lebih la :)
.
.
dulu masa sebelum kawin n tahun2 awl kawin sy involve directly dgn biz hubby. hari2 sy akan ikut dia ke office atau mana2 aktivity n funtcion group n comp. kemudian atas persetujuan kami bersama, sy mula mengurangkan involvement sy mulanya kerana sy nak rehatkan badan untuk usaha dptkan baby. (termasuklah rehatkan emosi bilamana kdg2 agak emo bila jmpa kwn2 ramai dah preggy :) kemudian kerehatan sy di rumah membuat urusan rmhtgga lebih sempurna, sy jadi lebih seronok jadi suri. tapi sy bulan duduk diam kat umh, ada saja aktiviti sy. sy pun ada pengalaman biz sendiri, homemade kuih raya, jual tudung smpi hantar ke jb pas amik kat jln tar, p srwk sy jumpa biz kek lapis, p penang sy buat biz jeruk madu muslim, p sg.besar sy jumpa jutawan kerepek n jual kerepek juga. mostly lubang2 biz sy ni jumpa masa ikut hubby travel urusan biz kami. n skrg ni sy tgh setup online biz pulak. dlm masa yg sama, main biz kami pun saya adalah portion lah jugak, insyaAllah adalah rezki sikit. sy x kata kami dah senang lenang, tidak sbb kami masih merangkak dlm dunia perniagaan. komitmen agak besar jugak sbb kami telah memberanikan diri beli aset2 yg menuntut instalment yg agak besar setiap bulan. mencabar diri sendiri supaya tak cepat rasa selesa dan erlu kerja lebih keras lagi. ini menguatkan lagi smgt nak keje keras. apa pun sy bersyukur, perjalanan ini baaanyak sgt mengajar dan mematangkan kami berdua. terutamanya ttg hablumminannas dan hablummminAllah.. hubungan sesama manusia lain, bila kami jumpa n deal dgn mcm2 jenis org, berbagai umur, pelbagai background, pelbagai budaya dan bahasa (esp masa few times p srwk), n belajar yg tak semua benda kita boleh berkongsi dgn org lain. belajar utk mengenal manusia lain. hubungan dgn Allah, bilamana bila berniaga rezki kita totally ditanganNya, xde gaji tetap tiap bulan. kalau hubungan denganNya baik dan Allah murahkan rezki bulan tu, insyaAllah besarlah hasilnya. kalau ada mslh lain atau Allah masih ingin menguji, tahan ajelah apa rezi yg terima. banyak sgt mengajar. mcm sy penah cite kat sini.
.
.
apa pun yg dah dilalui, sy n hubby paham kami baru je melangkah dlm dunia perniagaan ni, makin kami dig dpt kami rasakan dunia biz ini sgt besar. bila baca cerita2 nama2 besar yg dah berjaya dan mula berkongsi kejayaan dan rezkinya dgn org lain, buat rasa kerdilnya lagi kami dlm dunia ni. baru sampi stage nak lengkapkan hidup sendiri disamping bantu keluarga baru sikit2, byk lagi kene kerja keras. insyaAllah, dah tuhan takdirkan ini jalan kami. kami xkan berundur. wah macam kata2 'darah satria' pulak kan hehe. semangat ni jugaklah yg membuatkan sy n hubby buat keputusan untuk berhijrah ke penang. tempat yg asing bg kami berdua. family n sdara mara sy byk kat johor, hubby byk kat n9 n kl. xde sedara rapat apatah lagi adik bradik kat sana. kwn2 rapat mmg xde yg rapat sgt, dlm biz xle nak buat kwn2 mcm best buddy mcm kat opis dulu2. semuanya kene berpada. kalau hijrah sbb relocation kerja mgkn byk benefit n kebajikan yg dijaga. tp bila biz sendiri ni atas risiko sendiri n survivor sendirilah. yg penting kami ber2 benar2 rapat n saling support each other, insyaAllah semuanya akan lebih mudah. tp x dinafikan range kenalan dlm biz mcm kami ni besar jugak. waaa, knp mcm entry ni jadik sedih pulak towards ending ni :).
.
tahun 2011 benar2 perubahan baru kami di tempat baru, insyaAllah kami juga akan dapat seorang anak angkat pada january ni dan sy akan terus bawa baby ni ke penang. moga life baru kami dgn target baru dlm biz kami kat sana lebih meriah dan ceria dgn kehadiran cahayamata baru kami nanti. yup sy x penah sentuh ttg isu anak angkat ni kat blog, cuma pnah hint sikit2 je b4 ni. opsss, usaha utk zuriat sendiri masih diteruskan dah berusaha dan doa penuh harapan tiap hari. cuma dulu kami pnah terniat dan bincang beberapa kali utk ambil anak angkat secara sah n byk kali tertangguh n tak betul2 tekad, jadi skrg kami sempurnakan niat tu n nekad even sy dah pregnant sekali pun kami ttp ambil dan jaga bby ni dgn baik, insyaAllah. happy bila pk bby ni akan ada dgn kami 24/7 xlah ptg2 ada org dtg amik. mgkn pglmn 6 bulan jaga mikhael training utk kami jaga bby kami nanti.. mana tau rezki Allah, dtgnya bby angkt ni awl thn dpn then hjg thn sy pulak deliver bby sy kan :), mana lah tau rezki Allah sgt luas kan.. amin yarabbalalamin....
.
.



0 comments: