Saturday, June 18, 2011

saja suke! sbb comel :)




knp kalau suke n post kat blog msti anak omputeh. sbb kalau letak gmbar anak omlayu nnti ada yg kene saman pulak pinjam gambaq anak dia. jom berangan, xpelah brangan dulu :)

domestic traveller..

warning! entry ini sgt panjang, hanya diri sendiri yg seronok membaca cerita sendiri ni, tiba2 trasa nak feeling pulak.

skarang ni domestic traveler dulu la, lama2 sok universal traveler lah pulak kan :). lama dah sy x share crita2 travel-sana-sini sy n encik suami. even x crita tp mmg xde lagilah stakat ni bulan yg kami x travel lebih 300km (pegi balik plus minus 800km gak). haritu lepas sibuk travel tetiap bulan 2/3 kali turun naik kl-penang, then p umrah (ni universal tp baru skali xleh kata universal traveler lg), pas balik umrah kenduri kawin adik hubby kat umh mil pastu 1st week may kami dah balik penang smula. kat penang time buat planning utk next 3 mths tu (kami mmg slalu buat planning nomad kami ni quarterly snng nak plan monthly-weekly-daily actvities plak lps tu-'freedom of choice' :) mmg dah kata may ni boleh la kita dok rumah lama skit n focus kat urusan keje d penang ada byk masa d rumah. boleh la sy mengadap arrangement bilik keje n kotak2 dokumen2 n file yg x abis sort lagi haha, masih ada lagi ye kgkwn pengemasan peringkat akhir berlanjutan drpd perpindahan drpd msia tengah ke msia utara aritu :P. so tu yg dgn snng hatinya sy p amik placement test kat british council, then register class mid of may smpi la mid june punya class. tp ditakdirkan ada jugak travel lagi jauh rerupanya bulan may tu. allahyarhamah nenek sy yg tggl dgn bonda kat jb meninggal dan kami shoot balik jb, lagi jauh rerupanya travel straight one way lbh krg 700km. then awl june mmg dah plan balik jb cuti sat coz hampir stgh thn x balik umh jb, bwk mak dtg penang je. bulan 6 ni alhamdulillah berjaya gak la sy dok umh lama skit (lama ke x penuh gak sebulan, 3 mggu pun cm x ckp je) n completekan class sy. perancangan asal july nnti baru kami travel jauh atas urusan peribadi campur keje ke jb then kl yg akan mkn masa seminggu jugak mgkn lebih. tapi kenomadan dan title 'domestic traveler' ni terus melekat pada kami di mana minggu depan kami akan mengkayakan plus highway lagi kerana bakal meningkatkan kutipan tol dorg dgn perjalanan dr utara ni ke semenanjung tengah lagi. smlam sbnrnya en.suami baru balik dr kl gak, p sorg sy ada klas. owh sgt serabut jugak cerita ini kan, jap sy wat conclusion travel utk thn ni yer :)

january'11: (3x travel penang-kl)
3jan moving to penang, pindah trus
dok kpj penang hubby admit food poisoning (hya lps 2 hri pindah kotak pun x bkk lg)
lps 2 hr discharged, penang-kl urusan hantar kunci rmh lama n urusan keje d kl
hjg january sy pulak admit utk laparoscopy operation
2 hari lps operation, penang-kl lagi

february'11: (2x travel penang-kl)
3feb gerak balik, pd-penang
12-14feb penang-kl keje lagi
23-24feb hubby travel penang kl sgsrg
28feb emak n kakak sy dtg umh penang yeay, flight jb-penang :)

march'11: (2mggu dok kl/pd, 2x travel penang-kl/pd)
entertain fmly dtg n bwk jnjln penang n pdg besar
4mac, penang-kl
urusan umrah, dinner comp at genting
15mac, pd-penang bwk omak n ayah mertua plk dtg umh penang
urusan dialysis omak (mil) kat hsptl kpala batas spnjg dok penang n bwk p jmpa kwn2 lama dia
24-28mac, penang-pd urusan nikah adik hubby umh pompuan kat senawang

april'11: (smmgu je ada kat penang, umrah & kenduri adik d pd)
awl april bz ngan kursus umrah sana sini ikut klas tabung haji
11april dah balik pd, kenduri doa selamat umh mil/fil
13-25april, perjalanan umrah pertama kami alhamdulillah
balik trus urusan kenduri sblh umh family pd, jd backbone majlis..bz

may'11: ( 2x travel penang kl n skali kl-penang)
3may, syukur semua urusan mission 1st n half quarter completed, balik penang
7-8may, hubby travel penang-kl with partners
sy start class @british council 27/5-17/6
20-24may, nenek sy meninggal di jb, travel pnng-jb
23-24may urusan keje di kl, kl-penang

june'11: (3x penang-kl, 1x penang-jb by flight)
2jun travel meeting penang-kl, a day trip
4-7jun balik jb as scheduled naik flight, sejam smpi dah kete 7 hrs!
12jun trip to kl by bus with partners, sronok cm rmbongan skolah :)
16-17jun hubby sgsrg sy ada class, trip penang-kl
17jun last class @BC yeay dah grade kahkah :P
kmgkinan bsr akan ada trip lagi kami berdua ke malaysia tgh isnin atau selasa depan ni hohoho :D

kesimpulan yg ingin sy buat disini ialah, dek kerana cara hidup yg banyak travel sana-sini, perkara-perkara berikut juga terjadi dgn sendirinya :

1) pack, unpack, pack balik, unpack pulak, pack, unpack, then seterusnya heheh
2) tiap kali balik kene dobby cecepat atau akan bermasalah bila kene packing smula (adik2 x cukup ahaks)
3) bila dah mendobi haruslah pastikan disidai seaawal pagi yg boleh sbb pagi balcony rumah sy straight ngadap matahari terbit, so ptg dah boleh angkat n lipas trus. haruslah berdoa bersungguh moga hujan pospone ke ptg hari hehe
4) ini sy masih perlu perbaiki; baju2 harus segera dilipat n di sort supaya snng nak carik, idokle carik dlm bakul. slalunya bila semua 3/4 trip (kene byk trip, adik2, baju harian, baju keje, baju2 putih) dobi itu kering mau selonggok baju diharap dpn tv. time ni barulah utilise dan berbaloi bayaran astro tiap bulan. pnh 2 bulan potg trus coz x smpt tgk tv sgt pun, rugi. pastu continue balik bila gmbq x clear tv biasa. so hav tu bayar balik yg x byr 2 mths b4 tu chait utk activate. hampes astro ni. tgh tggu unifi sgt berbaloi katanya. jimat streamyx skali ada. ayo astro sure rugi byk!, hati2 pekerja astro takut ramai dioffer vss opss..
5) pak guard2 kat bwh slalu tanya ms memula pindah, 'lama x nmpk bang' bila jadik chipsmore awl2 bulan dok sini. lelama depa dah paham soalan bertukar kpd 'travel mana lak kali ni bang'.. :)

disamping kesan kepada pengurusan rumahtangga, kami juga telah memberi kesan kepada ekonomi org lain mcm ni :

1) banyak menyumbang kepada tabung kerajaan melalui tol2 yg kami bayar kat plus highway, sib baik guna tounch n go (w smart tag) coz 20% yg dispend leh dpt balik. pnh p redeem dpt balik ct lebih rm200. maknanya guna lebih rm1000 dlm setahun lebih penggunaan lebuhraya-utara-selatan tersebut

2)kedai servis kereta iktikadraya di juru juga semakin syg n pasti akan tersenyum lebar brader2 tu kalo nampak worrior (wrr) kami dtg kat sana. sbb x kurang 2 bulan skali atau lebih tepat 3 bulan 2x jugak hubby p servis kete. n kereta adalah segalanya dlm cara kerja kami jadik hubby sgt concern ttg segala mslh atau sign2 yg keluar kat kete. kete ni kalo sakit sendi sikit pun nyala lampu dia, kalo terseliuh pun kuar lampu gak, kalo hidung gatal cm kene resdung tu pun mengadu dgn menyalakan lampunya, manja!. so encik suami pasti akan pegi ke iktikadraya jugak dan tukar la bra baru dia ke, kain dalam baru dia ke, buat rwtn resdung dia ke apa ke. tp syukur stakat ni mslh2 kecil je yg disebabkan pengunaan khidmatnya dgn hebat bukan mslh2 bsr, alhamdulillah. pendek kata maintenance kete, cmpur minyak, tol, instalment kete memakan portion yg agak besar dr hasil pendapatan negara yg stakat ni kami ber2 shj penduduknya n insyaAllah akan ber3 x lama lagi eceh :) bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian insyaAllah.. :)

3) oh ya slain plus highway n kedai kete stesen2 minyak yg bertuah slalunya stesen shell la, juga meningkat sales diaorang dek krn slh sorg penyumbang sales ron97 diorang worrior kami tu jugak lah. ok kat sini nak story ttg ron95 n ron97. utk perjalanan jauh n kemantapan enjin kereta sbnrnya ron97 lebih terjamin. waktu hampir 2 thn pertama mggunakan ron95 yg mula disangkakan lebih murah rerupanya telah membuatkan worrior mengalami luka dalaman yg memerlukan kos lain utk memulihkannya. nasib baik hanya satu organ dlmn yg mmg mudah mencari penggantinya. so xde maknanya sama je ko guna ron97 tapi sihat walafiat alhamdulillah. cth macam minum air paip tanpa filter kat rumah, mmg murah tapi kadar klorin sgt tggi didalamnya membuatkan gradually tahap kesihatan semakin berkurang dan organ2 dalaman kita akan mendapat kesan negatif sehinggalah sekarang ni bermacam2 jenis kanser yg ada. klorin adalah keluarga klorok yer kwn2. ikan pun xleh hidup dlm air berklorin, sbb tu kalu bela ikan kene ada klorin tester kaloo air tu ada klorin ikan akan mati. tapi manusia sempurna yg ada byk organ2 hebat ni kdg x kisah n dgn selamba bagi makan minum ngan air berklorin. so gunalah filter, x kisah apa saja carik yg terbaik, jaga lah kesihatan. mgkn mahal skit tapi... drpd korang kene spend berpuluh riban lagi ubat sakit n poket sakit, badan pun x sihat. byk pulak bebel :P..

hmmmm apa lagi yer kesan yg dibawa oleh 'domestic traveller' ni...

oh ya kwn2, jauh perjalanan luas pandangan n banyaklah pengalaman hidup yg kami timba. dan pastinya banyak lagi yg perlu di explore utk menimba lebih pengalaman dan membina kematangan yg lebih tinggi. semoga satu hari nanti leh jadi universal traveler lah pulak, pasti lebih indah dlm meneroka bumi indah ciptaan Yang Maha Esa ni kan, aminyarabb. cuma mmg agak sukar utk menjawab dan mengertikan keluarga dan saudara mara ttg cara kerja kami. xpelah payah2 takyah paham lah kan. yg penting kami buat kerja halal, sah disisi undang2 agama dan negara, immediate family kami faham jugak dan dpt kami berkongsi rezeki dan tunaikan tggjwn pada ibu dan ayah, dan membantu lebih lagi kwn2 utk mendapat extra choice + freedom masing2 insyaAllah.. saya jaaarang atau boleh katakan tidak post mslh2 dlm perjalanan kehidupan dan kerjaya kami, (cuma slalunya mslh nak tggu baby lah kan hehe) namun bukan sedikit ujian yang dilalui untuk meneruskan semuanya, namun tiap kali lps solat saya berdoa kepadaNya agar saya dan suami tercinta; kami berdua terus penuh dgn kasih syg dan saling mengasihi agar kami sama-sama support dan kuatkan diri masing2 utk sama2 hadapi apa pun ujian dan cabaran dlm pejalanan kami ini. saya dan suami sama2 orang biasa, bukan dtg dr keluarga org2 bisnes, bukan dtg drpd ibubapa yg berpendidikan tggi, bukan dtg drpd keluarga yg telah merencana perjalanan hidup anak2nya dan memberi sepenuhnya jalan2 lancar di depan hidupnya, punya ibuayah yg masih memerlukan kami utk membantu mereka, punya keluarga yg memerlukan perhatian kami juga, kami xboleh bersenang teruskan hidup berdua shj, kami diuji dgn lambat menerima cahayamata; ujian ini juga menambahkan lagi warna warni cabaran bila berhadapan dgn masyarakat, terutamanya saudara mara, ada yg faham, ada yg jelik, ada yg perli, ada yang sengaja memanjakan lebih2 baby2 anak saudara lain didepan kami tanpa menegur kami (sabar). namun syukur perjalanan career kami skrg ni yg menghadapi kerenah manusia yg pelbagai membuatkan kami kuat dan sabar mengatasi rasa hati yg kdg nak pecah. apa pun kami bahagia berdua menelusuri jalan ini, dan syukur ia juga melorongkan kami mendekatiNya bila kami mula memikirkan apa social responsibility yg kami boleh lakukan. target dan cita2 kami besar. semoga Dia memberi kami kekuatan. kekuatan juga sy dan suami perlukan dlm usaha kami utk meneroka satu lagi cabang perjalanan dan pilihan yang menongkah arus budaya keluarga selepas ini.... mudah2an niat kami diberkatiNya... aminyarabb..

Friday, June 17, 2011

semoga dipermudahkan segalanya.. amin





Thursday, June 16, 2011

Khadijah from Madinah al-Munawwarah..

esok last class sy kat BC utk intermediate 4 ni, insyaAllah nak continue next level next time. x dpt buat trus la coz a bit bz n quite pack bbrp bulan lps ni. insyaAllah lps setel bbrp urusan sy continue. overall english course kat BC ni pada saya ok, best, fun approach of learning n byk la kejutkan saraf2 otak yg rehat lama sgt sejak habis skolah ahaks. sebelum ni kalu baca english books, articles etc baca je n boleh faham tp skrg ni mulalah bukak minda skit tgk grammar, vocab2 baru n gaya penulisan. (slalu je jmpa vocab baru tp kdg kureng rajin tgk dictnry, agak2 je meaning dr sentence tu adakepatot :P ).. eh eh cm badus jek kan. xpe la syiok sendiri :). bila dah p klas ni rasa baaanyak lagi yg kene belajar n kene improve. teacher2 sy ada 3 orang, sorang chinese man n 2 org lagi mat salehman. esok sy ada exam n esok last la sy kene driving everyday across penang bridge tu. seronok jugak. memula tu mmg naik ferry tapi bila time cuti skolah last week sgt la pjgnya line org tggu nak naik ferry tu sampaikan sejam la nak tggu turn, xleh jadi sy drive je across bridge. suke! sbb everytime tgk laut yg luas n rasa cam membelah laut tu, rasa indahnya alam ciptaanNya n bila pandang laut luas tu sy slalu rasa rahmat n rezki Allah tu maha luas. bila membayangkan ada berjuta, berbillion hidupan dan cerita hidupan dasar laut yg drpdnya kita dapat pengajaran, dapat makanan, dan hayati kebesaranNya.. sy suke tgk laut n sronok tggl kat penang leh slalu tgk laut :).

rabu haritu hujan agak lebat masa sy lalu bridge tu, sampai nampak lebih krg 200mtr je kat depan. bwk kete dah tegak je badan, lebatnya hujan time tu smpi wiper paling laju n sy pun kene dok kat lane paling laju lah. bukan sbb drive sgt laju (tp laju gak kot sbb nak cpt smpi :), tp sbb lane paling kanan rasa cm slmt skit sbb kat divider tgh tu ada penghadang yang agak tggi mmg kalau jd pape kat arah brttgn mmg x nmpak (so xdelah jamm sgt mcm slalu jadik kat jln2 kl tu, ramai btol yg perihatin). bila drive kat situ rasa slmat skit xle mcm lalu tepii sgt cm nak masuk dlm laut je kalu lane paling kiri tu. barulah sy paham nape masa memula lalu bridge ni byk kete xla laju tapi dok lane kanan, geram jgk. rerupanya depa ni gayat kot. saya x gayat! heheh, cuma seriau jek time hujan lebat tu :). kalau tghari lalu bridge ok smooth je kalu xde pape, tapi awas! kalau lalu ptg2. kalau slh calculation boleh amik masa almost 2 hrs nak seberang tau. tu stakat exp sy so far lah. pnh jugak kwn sy stuck almost 5 hrs! sbb xcident. yolah kalo tmpt lain ada pape kat jln leh try cilok jln lain ke carik alternative road lain tp kalo dah atas bridge tu kot xmo lalu terjun je la swimming kan hehe. apa2 pun dek krana terpaksa-rela drive sendiri p klas dekat sbulan ni sy jadik brani skit la nak drive kat island. sebelum jadi mem je dok kat sblh hubby. so skrg ni kot nak p lepak padang kota ke leh la drive sendiri :).

opss crita dah melilau jauh dr tajuk, first entry sy psl BC ni pnh story ada kwn dr africa rerupanya gadis yg bernama khadijah ni bukan dr africa tapi dari bumi Rasulullah saw, Madinah al-munawwarah. subhanAllah masa memula borak n tau khadijah ni dari madinah rasa mcm seronok sgt. datok khadijah berasal dr sudan n migrate ke Madinah n she was born in Madinah. bertuah betul kan. dia kata nak p masjid nabawi cuma driving less than half an hour je. Khadijah dtg malaysia 6 bulan lepas dgn ayah n adik lelaki dia. adik lelaki dia baru msk tepet (universiti petronas) n ayah khadijah ada kat sini utk teman dia. ayah khadijah ex-army. khadijah plan to further study kat usm n sebelum start ni la dia amik english class kat BC. seronok dpt knl baik ngan dia. bila borak2 n dia tau sy tgh tggu zuriat, khadijah berulang kali pesan kat sy suruh baca surah maryam setiap hari! selama 40 hari n sadaqah at least one ringgat everyday. kalo jumpa kat klas or surau slalu hari2 dia tanya, 'julia, hav u read maryam?' don't forget to read it everyday'.. insyaAllah, tp baru je stat 3 hari baca setiap hari. semoga btl2 istiqamah. bila baca tafsir surah maryam, tetiba sebak rasa hati. insyaAllah rahmat Allah tu maha luas kan, rezki Allah juga dtg dalam pelbagai bentuk.. alhamdulillah baru2 ni sy menerima cahaya harapan baru, semoga semuanya dipermudahkan dan Dia izinkan kami menerima anugerah ini, amin yarabbalalamin..

beautiful recitation of surah maryam http://www.youtube.com/watch?v=NJ6epWgvGCQ

Thursday, June 9, 2011

UMRAH 2011: 4) Dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah

hari terakhir kami di Madinah, alhamdulillah sy dah suci betul2 n dpt solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi dan syukur sy dapat sempurnakan umrah rukun pertama sy masa masuk ke tanah haram Makkah. sy cukup risau n sedih jugak kalau harini sy masih uzur, sbb x dpt feelnya sama2 sempurnakan umrah pertama di Makkah nanti. Harini hari terakhir kami di Madinah, sayu juga rasa hati nak tinggalkan bumi Rasulullah saw ni. selesai solat subuh, masing2 dah janji sejam lebih lepas tu tggu kat luar utk sama2 balik hotel p breakfast. selesai sarapan balik bilik tgglkan telekung n siap2 kami berdua plan nak jalan2 sekitar Masjid Nabawi. Masjid Nabi ni mmg besar n luas, terasa tenangnya n seronok sgt bila jalan2 pagi2 sekitar masjid tgk semua muslim, bertudung, berjilbab, bertelekung, yg jalan dgn family, bwk anak2 kecil, baby, baru bertatih, jalan2 jatuh sekitar masjid teringat balik filem syukur 21 masa time skolah dulu. mcm mana david teo cina producer filem tu cuba bayangkan dunia islam yg kita idamkan (producer cina tu pun pandai je nak pancing market kan). mmg rasa tenang n rasa seronok, ssma muslim even x kenal n x faham pun bahasa diorang, tapi boleh sama2 senyum, boleh mintak tolong amikkan gambar (taklah ambik sorang then sorang lagi pastu super impose haha). sungguh sy sgt jatuh cinta dgn ketenangan kwsn sekitar Masjid Nabawi. InsyaAllah one day nak bwk askar2 kecil kami pulak (berangan n hantar law of attraction awl2 ;).. berjalan sekitar masjid nabawi bergandingan tangan mmg rasa cam pengantin baru ahaks :P, n rasa cam p honeymoon (dulu x smpt nak honeymoon oversea, ni la 1st time p oversea ber2.. awl kawin struggle berjuang cari rezki mulakan hidup :)..

kemudian kami pergi ke kawasan perkuburan baqi'. perkuburan baqi' ni betul2 sebelah masjid nabawi, atau boleh kata mmg dlm kwsn masjid lah. Di sinilah bersemadi lebih 1,000 para sahabat, isteri dan keluarga Nabi s.a.w.Antaranya; Usman bin Affan, Siti Aisyah, Ummu Salamah, Zainab, Hafsah, Safiah dan Mariyah Al-Qibtiyah.Putera-puteri Rasulullah s.a.w. yang dikuburkan di sini ialah Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kaltsum dan Ruqayyah.Tanah perkuburan ini luas saujana mata memandang, tenang, berangin dengan nisan berbatu lama tanpa nama. Perempuan tak dibenarkan masuk ke kwsn perkuburan ni. Masa hubby masuk sy cuma tunggu di luar dlm kwsn Masjid Nabawi dan bacakan doa untuk penghuni baqi' dari luar sahaja. perkuburan ini dijaga dan dikawal ketat oleh askar2 arab, dkt pintu masuk tu shj hampir 10 org orang askar yg jaga di bhgn bawah tembok dan di atas. untuk membaca cerita lebih lanjut ttg Perkuburan Baqi' boleh
baca kat sini ya kawan2. lebih kurang 2o min menunggu hubby, bila turun hubby kata kwsn perkuburan ni walaupun xde pokok mcm kwsn kubur kat tmpt kita, even lapang dan saujana mata memandang tapi teenang sgt2. angin lembut n sejuk je, burung2 berkumpulan terbang bersama mmg rasa sgt2 tenang n pastinya setenang dan sedamai itu juga penghuni-penghuni baqi'. Ya Allah dgr cerita hubby tu pun rasa sgt sayu dan terbayang2 siapa yg ada di makam baqi' ni. depan sikit kwsn tembok pintu makam baqi' ada kwsn tempt peniaga2 jual mcm2 brg, sejadah, kain2, tasbih, n mcm2 lagi. kami x beli apa pun. mmg trip ni kami x byk beli brg, smpi bila balik xde sgt nak bagi souvenir kat org. tak teringat pulak nak beli mcm2. nasib baik masa p jabal uhud semalam ada jugak beli kurma nabi, itupun kami beli 3 kg shj. 2 kilo kurma agak fresh di pinggir jabal uhud berharga 60 riyal sekilo n yg paling fresh kat kedai kurma satu lagi kami beli sekilo 120 riyal sekilo. balik2 rasa nyesal gak x beli byk. tapi ada few kwn2 yg bertuah dpt jugak la kami bg kurma nabi (ajwa) tu. harga disini bergantung kpd baru dan freshnya kurma ni. sini mmg org x sibuk beli kurma lain, org cari kurma nabi jer kebanyakannya. insyaAllah next time daah pandai kalau kat jabal uhud tu beli lebih sikit. research sy melompat dr blog2 n baca experience org yg dah pegi sebelum ni la yg bgtau kurma yg fresh n harga paling ok mmg kat jabal uhud tu. thats y sy beli 2 kg kat situ tp x expect la lepas tu x jumpa lagi fresh n harga cmtu kat tempat lain. tapi mmg sedap nn lain rasanya kurma fresh, lemak lembut. dah smpi mesia xtau la mmg x jmpa cmtu kot, kalau ada pun sy dgr harga dah lebih rm200. so kwn2 kalau pegi sana, beli je lebih kat jabal uhud ya.

ok lepas jnjalan sekitar Masjid Nabawi hari akhir di Madinah tu, masuk Masjid utk solat dhuha kemudian kami balik hotel utk buat final packing sbb after zuhur lebih kurg jam 3pm kami semua akan gerak ke Makkah. hati makin teruja nak masuk Tanah Haram Makkah dan sempurnakan umrah pertama kami. Umrah dan Haji adalah wajib but semua umat islam, dan umrah yg pertama kita buat inilah yg akan dikira sebagai umrah rukun. lepas solat zuhur balik utk makan tghari. lepas bersiap n bawak turun semua beg kami masuk ke kwsn Masjid Nabawi sekejap dan buat ziarah wada' makan Rasulullah saw. sayu rasa hati nak tgglkan bumi Rasulullah saw. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki utk dtg lagi ziarah Rasulullah saw. insyaAllah.

bas kami dtg lebih kurang jam 330pm dan kami terus gerak ke Makkah. semua dah siap berpakaian ihram sbb kami akan terus singgah miqat di Bir Ali, lebih kurang 10-15min je dr Masjid Nabawi. kali pertama bermiqat, ingat balik apa yg balajar masa kursus2 umrah haji sblm ni. sampi di Bir Ali, ambil wudhu', solat sunat ihram dan selepas solat dgn duduk menghadap kiblat niat ihram. sebaik shj berniat ihram segala pantang larang semasa berihram perlu dijaga. digalakkan dlm perjalanan ke tanah haram Makkah ni banyakkann bertasbih, bertalbiah dan elok juga mengaji. kami teruskan perjalanan, mcm sy cerita sebelum ni highway disini bukan lalu kwsn hutan berpokok tapi padang tandus. ada pun bangunan mmg jarang nampak pokok2. lalu bukit2 botak. dlm bas mutawif dah siap bwk mknn. nasi ala2 nasi minyak n ayam 1/4 panggang sedap jugak. lepas mkn tggu perjalanan jauh lagi apa lagi semuanya senyap sunyi layan mata. lebih kurang jam 7.45-8.00pm kami singgah kat satu hentian ni yg sy xtau apa nama dia utk solat jama' maghrib dan isya'. ramai btl org kat sini sggh utk solat sbb mmg musim umrah ni sgt byk juga bas2 yg lalu nak masuk Makkah. mmg kene sabar n dlm hati sy x henti 'rabbiyassir' semoga ada tempat yg bersih n selesa utk sy kat toilet n tempat solat. memandangkan nak mengejar masa n snng cerita sy jalan je sendiri xla menunggu atau mengekor makcik2 lain. sy terus ke toilet even x la seselesa rnr dan hentian sebelah kat plus highway syukur x lama tggu ada toilet yg agak bersih utk sy. sini kene byk sabar, jgn nak harap semuanya sempurna dan selesa. kene jaga pakaian kita yg sdg dlm ihram ni agar tak kotor dan baju serta telekong kita tak terkena najis agar terus bersih utk sempurnakan umrah di Makkah nanti.

kemudian kami teruskan perjalanan dan semakin hampir ke Makkah hati makin teruja dan kami tak henti bertalbiah sendiri. 'labbaikallah hummalabbaik, labbaikala sharikalakalabbaik, innalhamda wannikmata lakawalmullasyarikala'. isk sayu pulak hati ni menghayati makna talbiah kami. kami sampai ke hotel hajeej lebih kurang jam 10.30pm. smpi je mutawif dah pesan lepas sejam lebh kurang jam 11.30pm semua tggu kat lobby utk sama2 ke masjidilharam sempurna umrah, tawaf saie dan bercukur. hotel kami di Makkah x seselesa di Madinah mmg jauh beza la, tapi syukur semuanya ok smpi balik. n syukur jugak kami pilih billik berdua, jadi x perlula berebut toilet. Di Makkah hotel mmg mahal utk ambil hotel yg sgt dekat dgn masjidilharam kosnya mgkn lebih 1-2 ribu dr harga kami ni. tapi kita muda2 n kuat lagi jadi alhamdulillah la xde mslh nak berjalan lebih kurang 500meter ke masjidilharam hampir 5 kali sehari (kdg2 x balik sela antara waktu kami stay masjid atau jalan sekitar masjidilharam). kalau ikutkan jln dr hotel ke tempat solat pegi balik rasanya tak kurang 1.2km skali trip la, campur semua trip dr subuh hingga isya' dan buat umrah atau tawaf sunat mmg average sehari hmpir 20km berjalan. tp xla selenguh mcm kalau exercise kat gym rumah tu, rasanya treadmill stgh jam pun dah pancit haha. berkat tanah haram. 11.30pm kami jalan ramai2 dgn mutawif ke masjidilharam, sgt teruja n x sabar nak tgk Kaabah dgn mata sendiri. masuk saja masjid simpan selipar satu tempat semua then ustaz bg brief sikit terus menuju ke Ka'abah, speechless.. SUBHANALLAH.. dlm hati tuhan saja yang tahu apa yg saya rasa. x dpt sy gambarkan dan utk merasainya mmg kene pergi sendiri. terpegun dan rasa sungguh kecil diri ini. subhanAllah, kaabah rumah Allah yang menjadi kiblat muslim seluruh dunia malahan malaikat di langit pun tawaf setentang denganNya.. org agak ramai jd agak sukar nak ikut shj kumpulan mutawif, jadi sy n suami tawaf sendiri berdua. selesai tawaf terus tggu kat bwh lampu hijau (tanda tempat permulaan tawaf), mcm dah dijanjikan td. bila hampir semua dah ada (x dpt nak tggu semua, dah ramai sgt x jmpa) kami kemudian menuju ke bukit safa permulaan saie, kami sempurnakan saie sampi habis bersama. selesai saie dan bercukup lebih kurang jam 2am. semua berkumpul n duduk2 kat dlm kwsn masjidilharam. berehat n duduk berbual n share exp dgn mutawif kami. alhamdulillah syukur umrah pertama kami dah selesai, semoga ia sempurna dan ibadah diterima Allah. on the way balik ke hotel saya, teasa lapar sbb last mkn masa dlm perjalanan tadi lebih krg jam 6.30pm. hubby ajak mutawif kami p mkn, dia suggest mkn shawarma (kebab) n kami ber3 p tapau kebab n mkn sama2 kat hotel. masa ni la byk berbual ngan ustaz munawer yg lebih krg sebaya kami ni (tua setahun je). hampir 4 tahun dia dah tggl di jeddah, belajar dgn kitab dgn sheikh di masjidilharam. dr indonesia dia tggl dua beradik dgn kakaknya di sini. kakaknya dah berkeluarga.

itulah cerita hari terakhir kami di Madinah al-munawwarah dan perjalanan ke Tanah Haram Makkah dan umrah pertama kami. insyaAllah lepas ni sy cerita akan cerita kisah 10 hari sy di Tanah Haram Makkah ya.

Thursday, June 2, 2011

UMRAH 2011: 3) ziarah sekitar madinah, jumaat pertama..

tengok gambar2 dulu ya.. :)



di Masjid Quba', masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah saw semasa sampai di Madinah.


Di belakang kami itulah Jabal Uhud, bukit yang akan berada di dalam syurga.. SubhanAllah

Makam para syuhada' yang terkorban semasa perang uhud, di sini jugalah letakknya makam Sayidina Hamzah; penghulu para syuhada yang dikenali juga dengan panggilan singa Allah dan singa Rasulullah saw.

en.suami di pasar kurma


puan isteri encik di atas tu, dlm pasar kurma :)



hari kedua kami di Madinah, hari Jumaat yang mulia. alhamdulillah pakej kami kebetulan dapat jumpa 2 jumaat, sekali di Madinah dan sekali di Makkah. pagi tu seawal jam 8.00am kami dah berkumpul di depan hotel al-anwar movenpick. tggu bas untuk ziarah sekitar Madinah. kami mulakan ziarah dengan singgah menziarahi Masjid Quba' yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.

Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

Kami berada di masjid berkenaan dan perkarangannya kurang satu jam, mendirikan solat tahiyyatul masjid dan solat sunat dhuha. Kemudian kami semua menziarahi Jabal Uhud. JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitulah Nabi bersabda tentang Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. Ziarah ke Jabal Uhud telah menjadi menu PENTING bagi segenap jemaah haji/Umrah ketika berada di kota suci Madinah, yang datang dari segenap dunia. Inilah juga yang diajar oleh Rasulullah saw.

Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang. Jabal Uhud (gunung Uhud), tidaklah begitu besar, tingginya kira-kira 1.050 meter. Berlokasi sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah. Sebelum dibangun oleh pemerintah Kerajaan Saudi, Jabal Uhud selalu dilawati oleh jemaah yang masuk ke Madinah mahupun yang menuju Makkah. Letaknya memang di pinggir jalan raya menuju kedua kota itu.

Uhud adalah gunung batu berwarna kemerahan. Melihatnya mengingatkan kita pada perjuangan dan darah para syuhada. Di Uhud itulah pertarungan spiritual dan politik dalam erti sebenarnya. Ketika itu pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan pada harta. Melihat lokasi dan gunung yang mengelilinginya, kita akan terbayangkan bagaimana sulitnya medan perang ketika itu. Bukit batu, panas terik, dan keberanian pada syuhada. Di pinggir Jabal Uhud terletaknya makam para syuhada termasuk Saidina Hamzah yang gugur dalam perang uhud. seronok bila mutawif kami menceritakan sejarah2 setiap tempat yg dilawati. seolah-olah dapat sedikit sebanyak membayangkan keadaan waktu itu di sini dan bagaimana sukarnya Rasulullah saw dan para sahabat menghadapi keperitan peperangan memerangi musuh islam, sehinggakan Rasulullah saw pun mengalami luka yg parah, dengan para sahabat yg bermati-matian melindungi Rasulullah saw.


Jenazah para syuhada Uhud ini disolatkan satu persatu sebelum dikuburkan. Adapun Sayidina Hamzah dishalatkan sebanyak 70 kali. Beliau pun dimakamkan menjadi satu dengan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi) di lokasi terpisah dengan lokasi para syuhada yang lain.

Bersama syuhada yang lain (68 pahlawan), jenazah mereka dimakamkan di dekat Jabal Uhud. Komplek pemakaman itu sendiri nampak sangat sederhana, hanya dikelilingi pagar dan dari luar hanya nampak jeruji agar jemaah boleh mendongak sedikit ke dalam.

Tapi di dalam area permakaman yang dikelilingi pagar itu tak ada tanda-tanda khusus, seperti batu nisan, yang menandakan ada makam di sana. Dikatakan, gunung Uhud pun ikut menangis atas peristiwa Uhud yang menelan banyak korban di pihak mujahid Islam. Mutawif menceritakan yang Jabal Uhud ini adalah bukit akan akan ada di dalam syurga nanti. Rasa tersebak hati ni, dan merenung Uhud dalam hati berkata semoga aku dipertemukan denganmu di syurga. sayu juga rasa hati, entahkan layak utk msuk syurga Illahi dan berjumpa dengan Jabal Uhud di sana. wallahualam. Dalam hati sy juga terbayang dan terfikir fikir bagaimanalah rupa syurga kan, teringat semalam di masjid nabawi, ustazah kata tiang2 masjid di kawasan Raudhah masjid nabawi akan menjadi tiang2 di dalam syurga yang berwarna putih semuanya, dan kali ni ustaz beritau Jabal Uhud akan berada di dalam syurga...

Menurut riwayat sejarahnya, lantaran kecintaan Rasulullah kepada para syuhada Uhud, terutama Saidina Hamzah, kemudian mendorong beliau senantiasa berziarah ke Jabal Uhud hampir setiap tahun. Langkah beliau kemudian juga diikuti oleh beberapa sahabat sesudah Rasul wafat. Bahkan dikisahkan bahwa Umar dan Abubakar selalu mengingatkan Rasul jika perjalanannya telah mendekati Uhud.

Nabi Muhammad SAW bersabda,”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman surga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan kondisi kami kepada saudara kami bahwa kami sudah berada di surga.”
..



Salam di makam Saidina Hamzah di Jabal Uhud..


"Salam sejahtera ke atasmu wahai bapa saudara Rasulullah, Sayidina Hamzah bin Abdil Muthalib. Salam Sejahtera ke atasmu wahai singa Allah dan singa Rasulullah. Salam Sejahtera ke atasmu wahai penghulu syuhada."



Salam kepada para syuhada' di Jabal Uhud..


"Salah sejahtera ke atas kamu sekalian wahai para syuhada Uhud. Ya Allah, berilah mereka ini semua balasan dari Islam dan kaum Islam dengan semulia balasan dan angkat tinggikan darjat mereka dan muliakanlah kedudukan mereka dengan keagungan-Mu wahai tuhan Yang Maha Pemurah dari segenap yang pemurah."




Selepas ke Jabal Uhud, kami ke sebuah kedai mcm pasaraya sebuah di tengah kwsn lapang yang menjual macam2 jenis kurma yang dikatakan ditanam di ladang mereka sendiri. Sempat la kami menambah 'harta rampasan perang' dgn membeli kurma paling fresh kat situ (beli 1 kg je agak mhl dlm 120 riyal, tp mmg sgt2 sedap n fresh rugi pulak beli sikit), buah tin, coklat campur (mcm2 ada rambang mata berkilo gak la sy beli) buatan saudi. kat sini kalau dah beli boleh packkan terus dlm kotak2 yg dah ada kat tepi kedai ni n boleh seal terus, snng nak bwk balik. mcm2 ragam, ada yg beli banyak n berkotak la bwk naik bas. tu yang ustaz kata 'harta rampasan perang' tu :).


Kemudian kami ke pasar kurma yang mmg pusat menjual kurma. Kat sini ada banyak sgt kedai2 kurma mmg umpama pasar sbb tu pggl pasar kurma. Tapi coklat2 saudi campur yg ada kat sini laagi murah drpd kat pasaraya tadi, jadik sy tmbh la sekg lagi. teringat anak2 buah yg ramai n mak buah dia ni pun suke sgt mkn coklat kat sini, sedap :). Kami x dapat nak ziarah Madinah lama sebab harini hari jumaat n nak cepat balik utk solat jumaat di masjid Nabawi. Dalam perjalan balik ke hotel kami hanya lalu di Masjid Qiblatain, yang dikenali sebagai masjid 2 qiblat di mana Rasulullah saw mendapat wahyu tentang perintah Allah swt untuk menukar qiblat daripada menghadap Masjidil Aqsa ke Masjidilharam di Makkah.