Thursday, June 9, 2011

UMRAH 2011: 4) Dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah

hari terakhir kami di Madinah, alhamdulillah sy dah suci betul2 n dpt solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi dan syukur sy dapat sempurnakan umrah rukun pertama sy masa masuk ke tanah haram Makkah. sy cukup risau n sedih jugak kalau harini sy masih uzur, sbb x dpt feelnya sama2 sempurnakan umrah pertama di Makkah nanti. Harini hari terakhir kami di Madinah, sayu juga rasa hati nak tinggalkan bumi Rasulullah saw ni. selesai solat subuh, masing2 dah janji sejam lebih lepas tu tggu kat luar utk sama2 balik hotel p breakfast. selesai sarapan balik bilik tgglkan telekung n siap2 kami berdua plan nak jalan2 sekitar Masjid Nabawi. Masjid Nabi ni mmg besar n luas, terasa tenangnya n seronok sgt bila jalan2 pagi2 sekitar masjid tgk semua muslim, bertudung, berjilbab, bertelekung, yg jalan dgn family, bwk anak2 kecil, baby, baru bertatih, jalan2 jatuh sekitar masjid teringat balik filem syukur 21 masa time skolah dulu. mcm mana david teo cina producer filem tu cuba bayangkan dunia islam yg kita idamkan (producer cina tu pun pandai je nak pancing market kan). mmg rasa tenang n rasa seronok, ssma muslim even x kenal n x faham pun bahasa diorang, tapi boleh sama2 senyum, boleh mintak tolong amikkan gambar (taklah ambik sorang then sorang lagi pastu super impose haha). sungguh sy sgt jatuh cinta dgn ketenangan kwsn sekitar Masjid Nabawi. InsyaAllah one day nak bwk askar2 kecil kami pulak (berangan n hantar law of attraction awl2 ;).. berjalan sekitar masjid nabawi bergandingan tangan mmg rasa cam pengantin baru ahaks :P, n rasa cam p honeymoon (dulu x smpt nak honeymoon oversea, ni la 1st time p oversea ber2.. awl kawin struggle berjuang cari rezki mulakan hidup :)..

kemudian kami pergi ke kawasan perkuburan baqi'. perkuburan baqi' ni betul2 sebelah masjid nabawi, atau boleh kata mmg dlm kwsn masjid lah. Di sinilah bersemadi lebih 1,000 para sahabat, isteri dan keluarga Nabi s.a.w.Antaranya; Usman bin Affan, Siti Aisyah, Ummu Salamah, Zainab, Hafsah, Safiah dan Mariyah Al-Qibtiyah.Putera-puteri Rasulullah s.a.w. yang dikuburkan di sini ialah Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kaltsum dan Ruqayyah.Tanah perkuburan ini luas saujana mata memandang, tenang, berangin dengan nisan berbatu lama tanpa nama. Perempuan tak dibenarkan masuk ke kwsn perkuburan ni. Masa hubby masuk sy cuma tunggu di luar dlm kwsn Masjid Nabawi dan bacakan doa untuk penghuni baqi' dari luar sahaja. perkuburan ini dijaga dan dikawal ketat oleh askar2 arab, dkt pintu masuk tu shj hampir 10 org orang askar yg jaga di bhgn bawah tembok dan di atas. untuk membaca cerita lebih lanjut ttg Perkuburan Baqi' boleh
baca kat sini ya kawan2. lebih kurang 2o min menunggu hubby, bila turun hubby kata kwsn perkuburan ni walaupun xde pokok mcm kwsn kubur kat tmpt kita, even lapang dan saujana mata memandang tapi teenang sgt2. angin lembut n sejuk je, burung2 berkumpulan terbang bersama mmg rasa sgt2 tenang n pastinya setenang dan sedamai itu juga penghuni-penghuni baqi'. Ya Allah dgr cerita hubby tu pun rasa sgt sayu dan terbayang2 siapa yg ada di makam baqi' ni. depan sikit kwsn tembok pintu makam baqi' ada kwsn tempt peniaga2 jual mcm2 brg, sejadah, kain2, tasbih, n mcm2 lagi. kami x beli apa pun. mmg trip ni kami x byk beli brg, smpi bila balik xde sgt nak bagi souvenir kat org. tak teringat pulak nak beli mcm2. nasib baik masa p jabal uhud semalam ada jugak beli kurma nabi, itupun kami beli 3 kg shj. 2 kilo kurma agak fresh di pinggir jabal uhud berharga 60 riyal sekilo n yg paling fresh kat kedai kurma satu lagi kami beli sekilo 120 riyal sekilo. balik2 rasa nyesal gak x beli byk. tapi ada few kwn2 yg bertuah dpt jugak la kami bg kurma nabi (ajwa) tu. harga disini bergantung kpd baru dan freshnya kurma ni. sini mmg org x sibuk beli kurma lain, org cari kurma nabi jer kebanyakannya. insyaAllah next time daah pandai kalau kat jabal uhud tu beli lebih sikit. research sy melompat dr blog2 n baca experience org yg dah pegi sebelum ni la yg bgtau kurma yg fresh n harga paling ok mmg kat jabal uhud tu. thats y sy beli 2 kg kat situ tp x expect la lepas tu x jumpa lagi fresh n harga cmtu kat tempat lain. tapi mmg sedap nn lain rasanya kurma fresh, lemak lembut. dah smpi mesia xtau la mmg x jmpa cmtu kot, kalau ada pun sy dgr harga dah lebih rm200. so kwn2 kalau pegi sana, beli je lebih kat jabal uhud ya.

ok lepas jnjalan sekitar Masjid Nabawi hari akhir di Madinah tu, masuk Masjid utk solat dhuha kemudian kami balik hotel utk buat final packing sbb after zuhur lebih kurg jam 3pm kami semua akan gerak ke Makkah. hati makin teruja nak masuk Tanah Haram Makkah dan sempurnakan umrah pertama kami. Umrah dan Haji adalah wajib but semua umat islam, dan umrah yg pertama kita buat inilah yg akan dikira sebagai umrah rukun. lepas solat zuhur balik utk makan tghari. lepas bersiap n bawak turun semua beg kami masuk ke kwsn Masjid Nabawi sekejap dan buat ziarah wada' makan Rasulullah saw. sayu rasa hati nak tgglkan bumi Rasulullah saw. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki utk dtg lagi ziarah Rasulullah saw. insyaAllah.

bas kami dtg lebih kurang jam 330pm dan kami terus gerak ke Makkah. semua dah siap berpakaian ihram sbb kami akan terus singgah miqat di Bir Ali, lebih kurang 10-15min je dr Masjid Nabawi. kali pertama bermiqat, ingat balik apa yg balajar masa kursus2 umrah haji sblm ni. sampi di Bir Ali, ambil wudhu', solat sunat ihram dan selepas solat dgn duduk menghadap kiblat niat ihram. sebaik shj berniat ihram segala pantang larang semasa berihram perlu dijaga. digalakkan dlm perjalanan ke tanah haram Makkah ni banyakkann bertasbih, bertalbiah dan elok juga mengaji. kami teruskan perjalanan, mcm sy cerita sebelum ni highway disini bukan lalu kwsn hutan berpokok tapi padang tandus. ada pun bangunan mmg jarang nampak pokok2. lalu bukit2 botak. dlm bas mutawif dah siap bwk mknn. nasi ala2 nasi minyak n ayam 1/4 panggang sedap jugak. lepas mkn tggu perjalanan jauh lagi apa lagi semuanya senyap sunyi layan mata. lebih kurang jam 7.45-8.00pm kami singgah kat satu hentian ni yg sy xtau apa nama dia utk solat jama' maghrib dan isya'. ramai btl org kat sini sggh utk solat sbb mmg musim umrah ni sgt byk juga bas2 yg lalu nak masuk Makkah. mmg kene sabar n dlm hati sy x henti 'rabbiyassir' semoga ada tempat yg bersih n selesa utk sy kat toilet n tempat solat. memandangkan nak mengejar masa n snng cerita sy jalan je sendiri xla menunggu atau mengekor makcik2 lain. sy terus ke toilet even x la seselesa rnr dan hentian sebelah kat plus highway syukur x lama tggu ada toilet yg agak bersih utk sy. sini kene byk sabar, jgn nak harap semuanya sempurna dan selesa. kene jaga pakaian kita yg sdg dlm ihram ni agar tak kotor dan baju serta telekong kita tak terkena najis agar terus bersih utk sempurnakan umrah di Makkah nanti.

kemudian kami teruskan perjalanan dan semakin hampir ke Makkah hati makin teruja dan kami tak henti bertalbiah sendiri. 'labbaikallah hummalabbaik, labbaikala sharikalakalabbaik, innalhamda wannikmata lakawalmullasyarikala'. isk sayu pulak hati ni menghayati makna talbiah kami. kami sampai ke hotel hajeej lebih kurang jam 10.30pm. smpi je mutawif dah pesan lepas sejam lebh kurang jam 11.30pm semua tggu kat lobby utk sama2 ke masjidilharam sempurna umrah, tawaf saie dan bercukur. hotel kami di Makkah x seselesa di Madinah mmg jauh beza la, tapi syukur semuanya ok smpi balik. n syukur jugak kami pilih billik berdua, jadi x perlula berebut toilet. Di Makkah hotel mmg mahal utk ambil hotel yg sgt dekat dgn masjidilharam kosnya mgkn lebih 1-2 ribu dr harga kami ni. tapi kita muda2 n kuat lagi jadi alhamdulillah la xde mslh nak berjalan lebih kurang 500meter ke masjidilharam hampir 5 kali sehari (kdg2 x balik sela antara waktu kami stay masjid atau jalan sekitar masjidilharam). kalau ikutkan jln dr hotel ke tempat solat pegi balik rasanya tak kurang 1.2km skali trip la, campur semua trip dr subuh hingga isya' dan buat umrah atau tawaf sunat mmg average sehari hmpir 20km berjalan. tp xla selenguh mcm kalau exercise kat gym rumah tu, rasanya treadmill stgh jam pun dah pancit haha. berkat tanah haram. 11.30pm kami jalan ramai2 dgn mutawif ke masjidilharam, sgt teruja n x sabar nak tgk Kaabah dgn mata sendiri. masuk saja masjid simpan selipar satu tempat semua then ustaz bg brief sikit terus menuju ke Ka'abah, speechless.. SUBHANALLAH.. dlm hati tuhan saja yang tahu apa yg saya rasa. x dpt sy gambarkan dan utk merasainya mmg kene pergi sendiri. terpegun dan rasa sungguh kecil diri ini. subhanAllah, kaabah rumah Allah yang menjadi kiblat muslim seluruh dunia malahan malaikat di langit pun tawaf setentang denganNya.. org agak ramai jd agak sukar nak ikut shj kumpulan mutawif, jadi sy n suami tawaf sendiri berdua. selesai tawaf terus tggu kat bwh lampu hijau (tanda tempat permulaan tawaf), mcm dah dijanjikan td. bila hampir semua dah ada (x dpt nak tggu semua, dah ramai sgt x jmpa) kami kemudian menuju ke bukit safa permulaan saie, kami sempurnakan saie sampi habis bersama. selesai saie dan bercukup lebih kurang jam 2am. semua berkumpul n duduk2 kat dlm kwsn masjidilharam. berehat n duduk berbual n share exp dgn mutawif kami. alhamdulillah syukur umrah pertama kami dah selesai, semoga ia sempurna dan ibadah diterima Allah. on the way balik ke hotel saya, teasa lapar sbb last mkn masa dlm perjalanan tadi lebih krg jam 6.30pm. hubby ajak mutawif kami p mkn, dia suggest mkn shawarma (kebab) n kami ber3 p tapau kebab n mkn sama2 kat hotel. masa ni la byk berbual ngan ustaz munawer yg lebih krg sebaya kami ni (tua setahun je). hampir 4 tahun dia dah tggl di jeddah, belajar dgn kitab dgn sheikh di masjidilharam. dr indonesia dia tggl dua beradik dgn kakaknya di sini. kakaknya dah berkeluarga.

itulah cerita hari terakhir kami di Madinah al-munawwarah dan perjalanan ke Tanah Haram Makkah dan umrah pertama kami. insyaAllah lepas ni sy cerita akan cerita kisah 10 hari sy di Tanah Haram Makkah ya.

0 comments: