Thursday, June 2, 2011

UMRAH 2011: 3) ziarah sekitar madinah, jumaat pertama..

tengok gambar2 dulu ya.. :)



di Masjid Quba', masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah saw semasa sampai di Madinah.


Di belakang kami itulah Jabal Uhud, bukit yang akan berada di dalam syurga.. SubhanAllah

Makam para syuhada' yang terkorban semasa perang uhud, di sini jugalah letakknya makam Sayidina Hamzah; penghulu para syuhada yang dikenali juga dengan panggilan singa Allah dan singa Rasulullah saw.

en.suami di pasar kurma


puan isteri encik di atas tu, dlm pasar kurma :)



hari kedua kami di Madinah, hari Jumaat yang mulia. alhamdulillah pakej kami kebetulan dapat jumpa 2 jumaat, sekali di Madinah dan sekali di Makkah. pagi tu seawal jam 8.00am kami dah berkumpul di depan hotel al-anwar movenpick. tggu bas untuk ziarah sekitar Madinah. kami mulakan ziarah dengan singgah menziarahi Masjid Quba' yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.

Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

Kami berada di masjid berkenaan dan perkarangannya kurang satu jam, mendirikan solat tahiyyatul masjid dan solat sunat dhuha. Kemudian kami semua menziarahi Jabal Uhud. JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitulah Nabi bersabda tentang Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. Ziarah ke Jabal Uhud telah menjadi menu PENTING bagi segenap jemaah haji/Umrah ketika berada di kota suci Madinah, yang datang dari segenap dunia. Inilah juga yang diajar oleh Rasulullah saw.

Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang. Jabal Uhud (gunung Uhud), tidaklah begitu besar, tingginya kira-kira 1.050 meter. Berlokasi sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah. Sebelum dibangun oleh pemerintah Kerajaan Saudi, Jabal Uhud selalu dilawati oleh jemaah yang masuk ke Madinah mahupun yang menuju Makkah. Letaknya memang di pinggir jalan raya menuju kedua kota itu.

Uhud adalah gunung batu berwarna kemerahan. Melihatnya mengingatkan kita pada perjuangan dan darah para syuhada. Di Uhud itulah pertarungan spiritual dan politik dalam erti sebenarnya. Ketika itu pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan pada harta. Melihat lokasi dan gunung yang mengelilinginya, kita akan terbayangkan bagaimana sulitnya medan perang ketika itu. Bukit batu, panas terik, dan keberanian pada syuhada. Di pinggir Jabal Uhud terletaknya makam para syuhada termasuk Saidina Hamzah yang gugur dalam perang uhud. seronok bila mutawif kami menceritakan sejarah2 setiap tempat yg dilawati. seolah-olah dapat sedikit sebanyak membayangkan keadaan waktu itu di sini dan bagaimana sukarnya Rasulullah saw dan para sahabat menghadapi keperitan peperangan memerangi musuh islam, sehinggakan Rasulullah saw pun mengalami luka yg parah, dengan para sahabat yg bermati-matian melindungi Rasulullah saw.


Jenazah para syuhada Uhud ini disolatkan satu persatu sebelum dikuburkan. Adapun Sayidina Hamzah dishalatkan sebanyak 70 kali. Beliau pun dimakamkan menjadi satu dengan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi) di lokasi terpisah dengan lokasi para syuhada yang lain.

Bersama syuhada yang lain (68 pahlawan), jenazah mereka dimakamkan di dekat Jabal Uhud. Komplek pemakaman itu sendiri nampak sangat sederhana, hanya dikelilingi pagar dan dari luar hanya nampak jeruji agar jemaah boleh mendongak sedikit ke dalam.

Tapi di dalam area permakaman yang dikelilingi pagar itu tak ada tanda-tanda khusus, seperti batu nisan, yang menandakan ada makam di sana. Dikatakan, gunung Uhud pun ikut menangis atas peristiwa Uhud yang menelan banyak korban di pihak mujahid Islam. Mutawif menceritakan yang Jabal Uhud ini adalah bukit akan akan ada di dalam syurga nanti. Rasa tersebak hati ni, dan merenung Uhud dalam hati berkata semoga aku dipertemukan denganmu di syurga. sayu juga rasa hati, entahkan layak utk msuk syurga Illahi dan berjumpa dengan Jabal Uhud di sana. wallahualam. Dalam hati sy juga terbayang dan terfikir fikir bagaimanalah rupa syurga kan, teringat semalam di masjid nabawi, ustazah kata tiang2 masjid di kawasan Raudhah masjid nabawi akan menjadi tiang2 di dalam syurga yang berwarna putih semuanya, dan kali ni ustaz beritau Jabal Uhud akan berada di dalam syurga...

Menurut riwayat sejarahnya, lantaran kecintaan Rasulullah kepada para syuhada Uhud, terutama Saidina Hamzah, kemudian mendorong beliau senantiasa berziarah ke Jabal Uhud hampir setiap tahun. Langkah beliau kemudian juga diikuti oleh beberapa sahabat sesudah Rasul wafat. Bahkan dikisahkan bahwa Umar dan Abubakar selalu mengingatkan Rasul jika perjalanannya telah mendekati Uhud.

Nabi Muhammad SAW bersabda,”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman surga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan kondisi kami kepada saudara kami bahwa kami sudah berada di surga.”
..



Salam di makam Saidina Hamzah di Jabal Uhud..


"Salam sejahtera ke atasmu wahai bapa saudara Rasulullah, Sayidina Hamzah bin Abdil Muthalib. Salam Sejahtera ke atasmu wahai singa Allah dan singa Rasulullah. Salam Sejahtera ke atasmu wahai penghulu syuhada."



Salam kepada para syuhada' di Jabal Uhud..


"Salah sejahtera ke atas kamu sekalian wahai para syuhada Uhud. Ya Allah, berilah mereka ini semua balasan dari Islam dan kaum Islam dengan semulia balasan dan angkat tinggikan darjat mereka dan muliakanlah kedudukan mereka dengan keagungan-Mu wahai tuhan Yang Maha Pemurah dari segenap yang pemurah."




Selepas ke Jabal Uhud, kami ke sebuah kedai mcm pasaraya sebuah di tengah kwsn lapang yang menjual macam2 jenis kurma yang dikatakan ditanam di ladang mereka sendiri. Sempat la kami menambah 'harta rampasan perang' dgn membeli kurma paling fresh kat situ (beli 1 kg je agak mhl dlm 120 riyal, tp mmg sgt2 sedap n fresh rugi pulak beli sikit), buah tin, coklat campur (mcm2 ada rambang mata berkilo gak la sy beli) buatan saudi. kat sini kalau dah beli boleh packkan terus dlm kotak2 yg dah ada kat tepi kedai ni n boleh seal terus, snng nak bwk balik. mcm2 ragam, ada yg beli banyak n berkotak la bwk naik bas. tu yang ustaz kata 'harta rampasan perang' tu :).


Kemudian kami ke pasar kurma yang mmg pusat menjual kurma. Kat sini ada banyak sgt kedai2 kurma mmg umpama pasar sbb tu pggl pasar kurma. Tapi coklat2 saudi campur yg ada kat sini laagi murah drpd kat pasaraya tadi, jadik sy tmbh la sekg lagi. teringat anak2 buah yg ramai n mak buah dia ni pun suke sgt mkn coklat kat sini, sedap :). Kami x dapat nak ziarah Madinah lama sebab harini hari jumaat n nak cepat balik utk solat jumaat di masjid Nabawi. Dalam perjalan balik ke hotel kami hanya lalu di Masjid Qiblatain, yang dikenali sebagai masjid 2 qiblat di mana Rasulullah saw mendapat wahyu tentang perintah Allah swt untuk menukar qiblat daripada menghadap Masjidil Aqsa ke Masjidilharam di Makkah.

0 comments: