Thursday, July 22, 2010

balik johor: misi besar

sgt lama x menulis. laptop demam lagi n hubby was away almost a week last week, so xdak laptop jadi x berhubung la dgn dunia cyber selama itu. perkembangan diri, yup proses penguncupan agak baik juga. jadi dpt la mengatasi pengembangan, so kira neutral la tu hihi. perkembangan hubby, lagilah tersangat berkembang berbanding diri ini haha. tapi sgt x aci sbb perkembangan dia selari dgn ketinggiannya, ade ke patot dah dkt 3 series makin tggi pulak dia. makin la nampak comel diri ini, makin tinggi kene mendongak nak bertentang mata heheh.. perkembangan buah hati yg sorang tu, bby mikhael sgt2 berkembang. sy x sempat nak titipkan kat sini..

mikhael dah pandai meniarap n mendongak tinggi. kelakarnya masa mula2 pandai meniarap masih x kuat lagi leher tu nak dongak, pastu dia nangis mintak kesian. sy x kesian pun hehe, kene la blajar n usaha kuatkan diri kan (ada ke mmy dia x tolong pun tgk dia merengek mintak kesiab). tp alhamdulillah berkat usaha keras tanpa kenal putus asa heheh, dah makin laju meniarap. kalau baringkan atas comforter dia cepat je dah pusing. smpi kalau nak pakaikan baju pas mandi or tukar diapers dia brp kali la kene sbrkan dia n pusingkan balik. alhamdulillah dah makin sihat n agak mencabar dukung dia, sgt kuat menyusu n dah kenal suara mmy n ddy. kalau dr jauh ddy pggil nama dia cepat je dia mencari cari. buat hati kami makin sayu bila every time mak mikhael dtg amik petang. hubby kat off rajin kol tanya mikhael tgh buat apa, nak dgr suara mikhael n kalau balik outstation b4 smpi mesti tanya mikhael dah balik ke, suruhlah mak dia amik malam ke. ddy rindu. alahai dear, kita carilah bby yg org x amik petang2 kan. kita punya smpi bila2. apa pun baby mikhael even 'anak angkat siang' je bak kata hubby, dia ttp buah hati pertama kami. yg bg pengalaman cukup berharga buat kami berdua. n yg buat kami smakin x sbr nak ada bby sendiri.

perkembangan treatment n usaha kami pulak, walau apa pun sy ttp syukur n tenang hadapi ujian dariNya. yer, Allah masih menguji diri kami. result 2x upt masih sama even menses sy lewat hampir seminggu n skrg bendera merah dah naik. xper, pasti ada hadiah yg terlalu istimewa utk kami andai sabar dan redha hadapi ujian ini. kami berdua dah berdiskusi panjang n membuat satu keputusan, yang membawa kami hari ini ke johor bahru. mungkin ini yg terbaik buat masa ini, n kami pasti Allah is the best planner.. ok sy kene cpt2 packing sat g nak gerak balik jb 2 hari.. insyaAllah sy akan share dgn readers semua bila sy dah betul2 ready okeh.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga ramadhan kali ini kita dpt menfaatkan bersama sebaiknya, amin...

Thursday, July 8, 2010

world cup fever..!!!!!!!!

waah, nak tgk semi final germany vs spain me n hubby ngadap tv la kul 3am tadi. even terlambat xde hal coz first half pun xde score langsung heheh. kira practise bangun sahur la ni kan, sbb apa? en.hubby tu bangun2 tetiba lapar carik nasik. mana la x sihat tummy tu hihi, tp pg dah xmau bfast sbb tgh mlm (or can say tgh pagi la kan) dah mkn katanya, cover la tu kehkeh. sy ni bukan la kaki bola, b4 ni masa study kat uni tgk sorg mmbe ni pn.yus sibuk cite psl bola, beli jersey n kenal player2 wah kagum gak n satu hampeh pun sy x amik tau psl bola. betullah kata org, bila dah kawin ni apa saja minat psgn kita pun jadik minat sama (n cara msk sy pun dah ikut minat hubby, tu sudah pasti kan. mak dah gtau awal2 hehe). hubby awal2 dah pesan soh sy kol astro subscribe astro supersport channel n korbankan la sebulan channel education yg sy slalu layan animal planet etc. sbulan je hehe yang penting AFC 703 food chanel tu ada x terganggu kan (mmg ada dlm pakej pun kan haha). drpd x berminat nak amik tau, jadik sronok pulak tgk bola ni. yer, agak ketinggalan sy ni yer thn ni baru nak rasa demam bola tu. xpe, better late then never hahaha..
.
.
.
hubby bersungguh brief sy psl bola n kenalkan sy dgn player2 ni n sy pun suka la tanya tu ni. at least bila org lain ckp psl bola leh la menyelit kan hihi. n yg penting hubby ada teman ngadap bola(kengkadang jer la sggup bangun haha). kdg makcik ni yg sibuk komen cm dia lagi pandai sepak bola hahaha. n yg bestnya baby mikhael pun suka tgk bola. kdg tu bila sy bz wat keje lain (sidai kain atau msk kat dapur) letak dia dpn tv n bukak bola, smpi terangkat la kaki tu tgk bola mcm paham jer. nnti sy upload video mikhael tgk bola yer.. .
.

lionel messi.. chumel kan :D

before ni sy support argentina gara2 si messi yg cumel tu, esp kat iklan astro tu. tapi rerupanya dia score dlm iklan jer la. udah time iklan tu dia sorang yg main, keeper pun xdak mmg la score haha. worldcup x sempat score, bg jalan org score la banyak, cian dia. bg la org lain lak glamer. tu la pasai sibuk nak glamer kat iklan kan dah haha. memandangkan messi pun dah bungkus balik kmpg, n puyol score mlm td sy tukar la minat puyol even x comel pun. cuma rambut maggi dia tu yg comel kuikuikui..

.
.


carles puyol.. viva espana!!. rambut maggie yg cumel :P
.
.

Monday, July 5, 2010

fertility treatment... (part 5)

seperti yg sy janjikan dlm last post, sy akan update ttg treatment utk dikongsi dgn kwn2 esp yg sama2 berusaha. last post sy kat sini, sy story ttg 2nd cycle sy treatment dgn dr.marsita. cycle 1, 2 n 3 mmg doc advise kami usaha secara normal even kami dah decide utk buat iui. oh ya, then masa 3rd cycle menses sy delay 2 mggu tapi few times buat upt (x slh 3 kali kot hehe) mmg xde paper. last test hubby siap bli upt clearblue yg digital tu, utk dptkan accurate result. sy pun agak yakin dgn upt ni, coz guna digital ni dia akan beritau kalau +ve dah brp minggu (after conceived). so xdelah sy perlu berulang kali buat utp lps smggu n smggu (yerlah slalu sdpkan hati, mgkn x nmpk lagi or hormon x kuat lg). after test -ve so confirm la lom ada rezki lagi 3rd cycle ni. tp menses sy masih x kluar lagi even dah 2 mggu delay.



substitute food
secara kebetulan hari ahad 13/06 sy makan 1 cup food supplement (atau lebih tepat lagi dikenali sbgai substitute food). hubby sy dgr product talk psl produk ni, antara benefitnya (byk lg benefit n testimonial lain) ia sgt membantu dlm penstabilan hormon n utk kesuburan lelaki n perempuan. tu yg hubby bersungguh suruh sy try mkn, mula tu payah jugak la nak mkn even dia xde rasa apa pun mcm bubur kosong jer. dlm terpaksa mula2 tu habis jugakla 1 cup. psstt, sbnrnya sy xla teruja sgt bila dgr kebaikan mcm2 produk. bukan x percaya tp sy neutral jer, sbb sy pernah 3bln mkn satu produk supplement yg sgt glamer kat tv, ada yg mkn 1 bulan, 2 bulan terus lekat la. wah sgt teruja masa tu, tp mgkn sbb terlalu harap akan dpt success story seindah mcm kat tv tu, buat sy agak kuciwa after 2/3 bulan mkn tp x berjaya juga. n ada la few produk lain lg, sbnrnya mgkn xde rezki g. so lps tu bila org ckp produk tu produk ni, sy senyum n kata insyaAllah ok nanti boleh cuba, n memandangkan sy under treatment dgn dr sy x amik apa2 produk lain.

sy consider utk mkn produk yg ni sbb hubby bersungguh suruh sy cuba n produk ni pun mmg 100% natural. sy habiskan 1 cup tu dlm kul 10am then ptg tu lebih krg 3pm sy mula rasa sakit perut skit, sy x ckp pun ngan hubby tp thn jer coz sakit2 jer. sy tau rasa ni mcm nak period, tp sy x percayalah xkan la baru mkn few hours dah rasa nak period. then after maghrib mula kluar spotting coklat2, sy impress sgt n teruja n seronok bila pg esk betul2 confirm sy period n agak byk even baru 1st day (biasanya 2nd day baru heavy flow). sbb sy tau result upt mmg -ve, so period kali ni mmg sy tggu2 la. coz 1st day period meaning bermula cycle baru n harapan baru!!. insyaAllah, alhamdulillah. so on 2nd day menses ni sy jumpa dgn dr.marsita smula. b4 ni mmg dah ckp ngan doc kalau 3rd cycle x berjaya kali mmg nekad nak proceed iui, so dr dah pesan 2nd day mesti dtg.

appmnt with dr.marsita (4th cycle)

masa 2nd day menses, sy dtg jumpa dr.marsita sy beritau yg peroid sy delay 2 mggu. seperti biasa
wat vagina scan, then doc kata patutla mensus delay sbb sarung telur hatch tu x keluar habis dr ovary (ni bukan bahasa dr la, bahasa bkn dr yg snng nak paham). dr kata "tapi bagus pulak awk duduk diam2 boleh kluar sendiri". mcm 1st cycle sy jmpa dr dulu, kene mkn noculat n after 10 hari baru start period. lagi satu dr kata "last sunday sy buat operation kat ning baizura coz sarung telur dia kluar tapi ke pelvic bukan msk kat tiub, so bleeding n kene wat operation".. hmm lagi menguatkan smgt sy utk teruskan mkn 'substitute food' yg saya story tu. yer lah, doc sendiri mcm curious snng boleh kluar sendiri tanpa sy mkn apa2 ubat. sy x btau la dr sy mkn sub food tu. tp sy yakin ia byk membantu. sejak 1st day sy makn haritu, almost 3 minggu sy n hubby x tinggal amalkan mkn 2 cup sehari. skali pagi n skali lagi b4 tdo malam. drpd mulanya x lalu nak telan skrg dah teguk mcm minum air jer. yg bestnya pulak, every morning n night hubby akan buatkan 2 n akan make sure sy mkn smpi habis. lagi satu yg best pulak, antara main benefit produk ni dia detox, hmm mmg sy rasa bdn ringan skit. biasanya sehari sekali jer sy betapa kat toilet bowl tu (heheh), now sy perasan at least 2x sehari n agak luar biasa haha. hubby n few org lain perasan bdn sy turun waah sgt seronok bila balik jb anak2 sdara kata cu dah kurus skit drpd 2 mggu lps heheh. wah lagilah sy semangat nak teruskan makan. saya akan buat special entry psl produk ni yer :). benda baik apa slh sy berkongsi, saya seronok bercerita n nak share sbb sy sendiri rasa perubahan n benefitnya.

appmnt on day 9 (tuesday 23/06/10)
psl treatment sy, after 2nd day jumpa doc. after wat vagina scan doc dah pastikan mmg xde telur2 lama yg tggl sumer kecik2 (meaning telur baru la). then dr suruh kami dtg day 9 utk witness perkembangan telur2. start day 2 ni sy kene mkn letrozole yg sy pnh mkn masa 1st cycle ngan dr.marsita dulu (n alhamdulillah waktu tu ada 2 telur yg sihat shape n size kat both ovary, n masa ni b4 period pun sy dah amalkan sume mknn2 arab yg doc advise tu.. yup kgkwn, mknn mmg sgt byk pengaruhnya pd tahap kesuburan n meninggikan chances kita yg berusaha ni). letrozole ni kene mkn sebiji setiap hari selama 6 hari (smpi day 7). then masa dtg day 9, doc wat vagina scan lagi (mcm biasa) n witness ada 1 telur yg besar n cantik kat left ovary sy. tp ms ni baru 15mm. doc kata utk buat iui dia nak size telur n thickness et mesti brtul2 ideal. dr.marsita xmau buat main2, buat dlm keadaan yg terbaik utk tggikan success rate. alhamdulillah, dpt gud advise dr doc. then dr kata sy kene tggu telur size at least 20mm n et thickness at least 8mm (8-10 mm the best). so dr suruh sy dtg day 12 utk tgk smula saiz telur n thickness et sy. sy doa sgt mdh2an day 12 nnti sume dlm keadaan yg terbaik. day 12 tu hari jumaat 25/06/10 (birthday hubby sy hehe, sronok sgt hubby bila tau expected date iui bday dia :). doc kata pagi2 25/6 jumaat tu sy kene scan kalau sume ok telur dah 20mm n et above 8mm, sy akan diberi satu injection (x ingat nama dia) then after 24hrs telur akan hatch n ready utk di'iui kan. esk paginya (sabtu pagi), sperm hubby akan disaring n diambil yg terbaik utk diinject ke dlm rahim sy. ni lah yg doc brief sy n hubby utk proses iui ni...

appmnt on day 12 (friday 25/06/10)
ok berbalik pd hari jumaat 25/06 tu, sy dtg pagi2 b4 kul 9am dah smpi tp mmg la sgt ramai then dpt no 8 jugak huhu. tp xperlah sy tggu jugak, pagi ms sampai tu sy nampak ning dtg ngan mak dia. jln pun slow jer, yerlah baru pas operation. ning no 2, nampaknya awl pagi sungguh dia dah smpi. smntara tggu no sy ada pulak sorg lagi selebriti, tgk muka mcm kenal sgt n sy tau sy admire kat dia tapi entah nape sy x ingat nama dia. dgn berbaju kurung kuning n comelnya, dia duduk sblh sy. mslhnya sy x ingat nama dia, kalo x sy mmg dah tegur. puas la sy crack head nak ingat nama dia. then baru sy ingat pemberita tv3 yg mmg sy admire ni 'azura karim'. dulu sy mmg minat kat dia coz dialah pemberita pertama pakai tudung kat buletin utama tv3. sy respect dia masa baca pasal nekadnya dia nak pakai tudung dulu, yerlah masa tu mana ada astro lagi n tv3 mmg sgt glamer n mana ada pemberita pakai tudung lagi. azura kata dia nekad nak pakai tudung n kalau ditakdirkan x dibenarkan n diberhentikan kerja pun dia redha n sanggup terima. alhamdulillah, ceo tv3 xde masalah n lepas jer 1st buletin utama dia kluar ramai sgt kol tv3 n ucapkan tahniah. masa tu even rt* pun x benarkan pemberita dia pakai tudung padahal yg berbangsa sin** tu boleh pulak pakai serban kan hmm. ok ok tu iklan jer heheh.. sy xtau la apa pulak mslh azura karim ni. tp dia dtg lewat so no dia lepas sy. bila dgr dia ckp kat hp, rindu pulak nak dgr suara serak basah lemak merdu dia baca brita. yg sy tau skrg ni dia byk blakang tabir rasanya. segan lak nak tegur n berborak, nyesal lak pastu haha..
.
.
bila turn sy, doc wat vagina scan n doc kata alhamdulillah perkembangan sgt sgt baik n agak cepat telur sy membesar. last 3 days size telur sy baru 15mm tp after 3 days on day 12 ni size telur sy dah 21mm n et sy 8.7mm. wah sy pun x sgka sbb cycle ni dr awl sy x konsisten sgt amalkan madu n olive oil mcm masa 1st cycle (yg ada 2 telur tu) dulu. tp syukur alhamdulillah. so sy ckp kat doc, yes kami nak proceed iui. doc senyum n kata u dlm keadaan yg sgt sgt baik utk try secara normal, give urself a chance, give ur husband a chance. telur u dlm keadaan sgt baik n dah mula herot shape dia meaning dia kan hatch bila2 masa jer harini. pd pemikiran sy mgkn jugak sbb tercepat dia bsr n x smpt sy diberi injection utk pecahkan dia, dimana prosedur iui after 24hrs injection tu then proceed iui. so, kami decide ok ikut advise doc. doc kata u mesti bersama harini n esk n esk (segan nak story tp utk perkongsian treatment dgn kwn2 yg sama2 berusaha sy buang jugak malu ni, sbb few jugak yg kenal sy baca blog ni kan hehe). doc kata "cheer up each other, jgn stress, happy2 n doa byk2, confident in urself insyaAllah ada rezki".. wah dgn penuh smgt kami dgr advise doc, doc siap bagitau the best position utk pastikan proses tu dpt berlaku dgn baik.. dkt kul 12 kami kluar dr bilik doc. dlm kete terus buat adhoc plan utk bercuti 3 hari ni. hubby cancelkan sume appmntn postpone kerja2 dia 3 hari ni. mula plan nak ke pd tp mcm rushing nnti smpi dah petang, so utk harini hubby decide doc mana2 hotel kat kl. balik tu sy hantar hubby solat jumaat kat masjid alam damai. then sy trus balik umah packing 'lari dr umah' 4 hari 3 mlm, decide monday baru balik umah.

adhoc honeymoon ;)
dlm terfikir fikir tu manalah nak duduk kat kl ni, mcm2 idea yg kluar. hubby kata dia pnh teringin sgt nak dok hotel tgh2 town kl tp mcm sengal jer b4 ni xde hal apa nak dok hotel kl, utk harini xpe tp bila pk balik nak masuk kl ptg tu n jumaat lak facing jamm n sesak x sanggup lah. at last kami decide dok kat marroitt hotel putrajaya. mula rasa cm kelakar jer, marriott ngan umah 15 min jer, tp ketenangan tu yg kami cari. bukan x tnng kat umh tp kurang privacy n of course la mood dok hotel ni lain. (bg sy yg best xyah kms umh, xyah msk, xyah bsh baju "kejap" baru lah rest namanya hehehe). ptg lebih krg kul 5pm kami check-in kat marriott. mmg la best n tenang. yg bestnya bila dok hotel yg kami dah biasa sekitarnya, ialah xyah dinner dlm hotel kluar mkn kat bangi tmpt biasa heheh. then balik mlm tu dok kat exec.lounge 12th floor tgk bola smbil surfing ada 2 pc leh surfing n situ mmg wifi area utk lappy. alhamdulillah, dpt rest n best jgk exp dok kat sini. bak kata hubby, x slh sskali coz kami pun mmg dah put aside budget utk buat iui so budget tu la yg kami transfer ke honeymoon kali ni :).. kami stay kat marriott satu malam jer, alamak x dpt la nak lama2 botak kepala. then kami ke pd pulak stay another 2 night kat ancasa all suite pd. b4 ni mcm klakar je nak dok pd coz mmg umh PIL kat pd, hubby rs cm klakar je nak bercuti kat kg dia haha. tp kbtulan SIL sy mgr kat ancasa n dia bg super haibat deal utk stay kami 2 mlm kat ancasa (mmg x sgka, kami dpt more than 60% disc dr harga asal weekend yeayy). tq sooo much sista!, i lap u heheh. so bercuti la kami kat pd. kami dpt apmnt 1 bilik, dgn dapur, living hall n balcony yg agak besar. kami ber2 ni agk family type skit n kalau boleh ada pluang nak share apa pun dgn family. kami plan nak bwk fmly yg mmg dok x smpi 10km je dr ancasa. at last kami decide ajak fmly abg hubby dtg bwk anak kembar dia tdo skali. (omak n ayah mertua mmg xmau la, umah dokek nak dok apmnt x slesa la diorang) wah sgt meriah reramai, seronok. esoknya bwk omak n ayah mertua dtg skali. alhamdulillah dpt cuti n dpt spent time dgn family. utk 2nd night kami ber2 jer, coz esknya isnin org keje n omak pun pepagi nak p dialysis, anak2 sdara pun skolah. alhamdulillah sbb keje sendiri, hubby xde mslh utk arrange time.. so tu la story sy stakat ni utk 4th cycle treatment sy kali ni..

.

.
morning view fr our room 11th floor @ marriott putrajaya (only 15 min fr our home haha)

.


the balcony.. ancasa all suites port dickson (bercuti kat hometoen hubby hehe)
.
.
doa dan harapan moga Dia izinkan, insyaAllah..
doc advise andai x menses by 15th july, sy kene buat upt. andai +ve terus dtg jumpa doc. masa day 12 yg sy dtg jumpa doc tu, doc bg sy duphaston utk sy mkn start day 12 tu until next 20 days (sebiji sehari). duphaston ni fungsinya kata doc "to relax your uterus". mudah2an Allah izinkan utk kami terima berita gembira n rasa kebahagiaan yg kami berdua dambakan selama ni, insyaAllah. saya juga doakan semua kwn2 yg sama2 mengharapkan kehadiran cahayamata/zuriat akan tabah mengharungi perjalanan usaha kita ni n semoga kita semua dpt berita gembira tu x lama lagi yer. sy pasti n yakin, rezki kita semua ada :)... semoga ujian ini mendekat kita denganNya, pasti Dia ada rancangan yg terbaik utk kita kan.. amin..
.
.

Friday, July 2, 2010

balik jb kenduri arwah..


salam readers..
.
.
lama jg sy x update blog, bukan xde story tp agak lazy nak menaip. ttg treatment, lps last entry sy ttg treatment dah 3 kali sy jumpa dr.marsita utk cycle ke-4 treatment sy (day 2, day 9 & day 12). ttg ni nnti sy story yer. skrg dah kul 2.20am sy x tdo lagi sbb tgh packing, esk pg2 nak gerak balik jb yeayy. dah 3 bulan lebih x balik, mak yg dtg cuti skolah aritu. hubby agak bz n nak jadi istri solehah haruslah sgt memahami kan :). kul 9pm tadi sy dah tertdo jap 2hrs (sgt letih n ngantukss la), ni yg segar lagi nak settlekan packing coz hubby kata nak gerak awal pagi. sabtu mak sy nak wat tahlil arwah ayah, pagi ahad kami akan gerak balik kl smula sbb thgari tu ada opening ceremony office kami. pagi tadi sy dah siap bli brg2 teringin sgt nak wat carrot cheese cake, lps 1st time buat few mths lps x pnh buat lagi. n memandangkan nak balik jb anak2 sdara ramai tkg mkn tu yg teringin nak buat. tapi harini nampaknya x sempat la sy buat coz bz mengemas baju2 n tadi menggatal buat pretzel ala2 auntie anne's tu. 1st time sy buat, alhamdulillah jadi n hubby suka hehe. cuma x selembut yg auntie anne's la. xpe 1st time, byk lagi boleh improve kan.
.
nak story sikit ttg arwah ayah, arwah ayah sy meninggal pd 17 aug '02, hampir 8 thn lalu. masa tu sy dlm final year kat uni. even dah 8 thn, rindu sgt rasanya bila terkenangkan arwah. gurau senda, gelak tawa masih segar rasanya bila dikenangkan. x sbr nak balik jb, ziarah pusara ayah. lama rasanya x p. semoga Allah tempatkan roh arwah ayah Allahyarham Hj.Abd.Jalil bin Abd.Ghani bersama roh orang yg beriman. semoga rohnya tenang dah dicucuri rahmatNya, amin.
.
oklah sy kene smbung packing. nak packing skali baking tools utk wat carrot cheese cake kat jb. nasib baik umh mak ada lagi oven yg sy beli ms anak dara dulu (mak sy suka wat kek kukus jer), kalo x harus la sy menngangkut dr kl ke jb heheh. bising hubby nnti 'kalo boleh satu rumah ni nak bawak kalau travel' (ayat dia heheh).. ni baru ber2, ada anak2 nnti nampaknya kene carik mpv la, brg mmy n ddy jer dah nak penuh boot kete hehe ;).. ok sblum tu jom layan gambar2 aksi baby mikhael yg smlm dah cukup 3 bulan. now dah pandai mengiringkan badan nak meniarap. tapi gmbr skill baru tu x smpt snap lagi.. rindu sgt kat dia coz mggu ni smggu x jaga, x sbr tggu isnin.. ok enjoy ;)..

.
.
.


first week with baby mikhael.. lps mandi, nak tdo, tdo n bru bgn tdo :)
.

.

mikhael dah pandai tgk cartoon network tp nampaknya dia lg sronok tgk bola la skrg ni