Monday, September 26, 2011

habit tdo baru..

cik baby sy ni ada habit tdo baru. kalau dah ngantuk sgt n nak tertdo sorang2, dia akan pegang puting dia n masukkan jari jemari dia jugak. dia hisap dua2, smpi bunyi berdecit-decit la pastu stop bila dah terlena. ummi dia perasan habit ni dlm 4/5 hari ni. kalau x cmni, kgkdg tu bila nak manja ummi yg kene kelek n topok smpi tertdo. kalau ummi topok xle dia buat habit ni.. fathiah, fathiah, macam2 akal skrg ni :D.. tu je story terbaru. till next post..




Tuesday, September 20, 2011

travelling with baby..

since lahir baby fathiah mmg dah banyak berjalan. masuk 3 month ni kalau highway plus tu dari hujung selatan tol terakhir kat skudai tu sampi la ke utara paling jauh setakat ni ke perlis. sejak sebulan dua ni especially masa uwan start keluar masuk wad n icu lagilah asik travel je. pokok2 kat tepi highway termasuk la gua2 tempurung tu pun dah kenal agaknya. as i mentioned in my previous entry biasanya kalau masuk kereta n dok dlm baby carrier dia mmg snng la cik baby tu tdo n sgt lena, boleh terus lena smpi destinasi 3 ke 4 jam tu. kdg kesian sgt lena sure lapar, ummi suakan je memilk dlm tdo boleh memilk n terus makin lena until smpi destinasi. now dah makin besar n jiwa nak explorer yg dr awal ummi dah nampak tu makin la ketara, dah sgt jarang la nak tdo lena sepanjang journey travel tu. sejam tu boleh la. pastu buat muka xmau dok dlm carrier. esp bila abi dia slowkan kete or stop lagi la bsr mata terjaga, dah xde rasa kene buai lagi. bila dukung bagi bangun mula tersengih je n happy benor dpt berdiri. kaki cik baby ni mmg dah kuat. since 2 bulan pun kalau mandi kuat dah berdiri. kalau kat rumah ni mandi dlm little bath tub (besen baby la ni) mmg snng la nak mandi coz ada bende alah yg cover dia baring dlm tu plus sgt suke bila cepuh2kan kaki dia dlm air. tapi bila travel xkan la nak angkut semua tu kan. n kalau kat umh omak ke kakak ke mana ke idok le ada besen baby bagai, syukur cik baby dah kuat berdiri mmg slalunya sepanjang mandi pegang dia diri je mandi. tp kene ready je la n pgg kuat2 kdg tu bila dah penat dia bengkokkan kaki jugak.

story pasal travel esp dr bulan puasa haritu mmg keje turun naik pd-kl-penang. n bbrp hari balik jb. mmg agak penat la travel. hubby penat driving. ummi penat pack-unpack, laundray n nomad sana sini n cik baby pun penat jugak asik di usung sana sini. mlm tadi kami smpi rumah dkt kul 10pm. kepenatan si kecil ni smpikan harini dia mmg tdo je sepanjang hari ni. pagi bangun pas mandi n memilk dido, pastu terjaga memilk then x smpi 10 min pas memilk dido, n smpi kul 4.30pm ni pun masih dido lagi pas memilk n burpkan dia. kalau kita yg bsr ni pun penat dia pun apa lagi kan. yelah kalau kat rumah tu dido atas tilam rata n depang tangan selesa dido, mmg fav position dia dido mcm ni. time travel tdo dlm carrier x cukup ruang gamaknya. then di dukung n pegang ke sana sini penat gak badan tu agaknya. smpi kan plan nak p tesco ptg ni dibatalkan sian tgk si baby yg kepenatan n lena btol dido. jgn malam karang x dido n ajak borak udaah la yer cik baby. mlm ni ada tetamu nak dtg umh. so ummi kene betul2 spring cleaning. balik travel biasalah byk sgt yg kene unpack n esp laundry baju. harini agak penat dgn keadaan cuaca yg mendung confrim basuh baju x kering n 2 bakul penuh kain termasuk kain yg tggl kat umh aritu n baju2 balik travel, terpaksalah angkat tangan anta dobi je baju2 tu. baju si baby n underwear je yg ummi cuci. hopefully ada cahaya la. ptg ni mmg hujan n mendung je. at least kene angin kering gak skit. esk pagi2 panas la tu kot. amin... ok2 udah la tu membebel umh x abis kemas lagi segan kat tetamu yg nak dtg tdo umh harini. seronok gak meriah skit ;)...

Wednesday, September 14, 2011

Baby fathiah makin chubby :D














kan betul dah besar tu, carrier fathiah pun dah penuh. x lama lagi kene la tukar quinny seat tu. rambut saya cacak2 mcm boy, kalau ummi x pakaikan headband mmg org kata boy. even dah pakai baju pink slalu org ingat sy baby boy. tggu la rambut sy pjg nnti ummi tocang 2 bg nmpak cm gegirl betul..



muka baru bangun dido.. owh morning oledi kah :D





setakat ni (moga2 berpanjangan la), fathiah mmg snng bwk jnjalan p mana. dok dlm stroller diam je n slalunya mmg nyenyak dido. kalau msuk kete lagilah, x smpt naik highway dah lena dah. kat umh ummi x bg cradle msk kete kene henjut best la tu. n x sia2 beli carrier yg selesa. so ummi n abi pun selesa nak jnjalan ihiks ;). pnh jgk few times ummi jnjalan berdua je ngan fathiah, best2 x byk ragam. leh jadi shopping companion dah bsr sok k.



Assalam semua...


lama ummi x update ttg baby fathiah. fathiah dah nak masuk 3 mths old. makin chubby, lahir 2.78kg, masa injection sbulan 4.0kg naik almost 1.3kg, cukup 2 bulan haritu masa bulan puasa kat PD berat fathiah dah 4.8kg, second month naik 0.8kg n tadi p klinik dah 5.3kg, naik 0.5kg dlm 3 mggu. tadi p klinik sbb bunyi nafas fathiah mcm x smooth tp x selsema. 1st time jd parent of course la risau n bunyi lain sikit terus jumpa doc, tgk ruam kat muka sikit pun en.hubby dah risau. doc kata xde apa, ada kahak skit n doc bg ubt cairkan kahak n ruam skit tu mgkn sbb panas je, xde apa yg serius. alhamdulillah. pagi kamis esk kami gerak smula balik PD sbb mil x stabil lagi n smlm msk hospital smula. mil kene operate msukkan tube kat perut utk buat capd, cuci darah guna air gantikan proses dialysis sblm ni. tukar guna air ikut perut sbb urat dah x sesuai guna utk cuci darah lagi. tetiba msk tgk ada infection n xleh operate. so kene admit tggu infection ok n tggu next wednesday pulak utk wat operation tu. smoga wan fathiah kuat smgt n cepat2 sihat. maksu kata mlm tadi tgh tdo wan ngigau sebut nama fathiah. wan rindu fathiah. masa wan sihat aritu selang 2/3 hari kol tanya kabar fathiah. alhamdulillah ramai syg kat anak ummi yg dah makin chubby ni. oklah nak berkemas n sesiap for next travel. baru je abis lipas sume baju2 dr travel yg lepas. masuk beg balik la jwbnya :D. hopefully ada kesempatan bolehla p beraya umh kwn2 ke kan :D. x smpt lagi nak raya memana..

Saturday, September 10, 2011

Salam Aidilfitri 1432H.. dugaan penuh hikmah buat kami semua..

Salam Aidilfitri & saya serta keluarga pohon maaf zahir batin atas segala kekurangan.. aidilfitri ke-5 selepas kawin kami kini bertiga, selepas 4 kali beraya berdua. syukur alhamdulillah. hati teruja nak beraya bertiga n macam2 planning. namun perancangan Allah lebih baik, cuti kami 22 hari sebelum 2 hari lepas baru balik penang dilalui dengan penuh ujian. bonda mertua sakit tenat di icu dan kami sekeluarga bergegas balik port dickson 3 hari sebelum hari yg kami rancang untuk balik. packing secara urgent sampaikan baju raya sy n hubby x sempat ambik kat dobi dan baju kurung raya baby fathiah x sempat siap n ambik kat kwn sy pn.liza yg tolong jahitkan baju kurung dia (mujur liza courier ke pd bbrapa hari lps tu). namun dlm keadaan mcm ni, kami semua adik beradik dan keluarga mmg xde mood raya n semua x sempat buat persiapan raya. segala planning buat n cari kuih raya, beli serunding raya kat pekan rabu, cari smping abi, n berbaju raya sedondon kaler merah bertiga di pagi raya kami lupakan dan tabah hadapi dugaan ini. dpt kol masa kami ber3 ke perlis hantar pesanan kek lapis sarawak pd agent sy kat perlis. rancang balik tu singgah pekan rabu beli mcm2 yg dah msuk dlm list termasuk la pesanan mama shila yg kirim pekasam. kami cancel semua n gegas balik penang utk packing. kak ngah kol inform mil dah kat icu n doc mintak signature utk benarkan segala proses perubatan dan kami terima sbrg risiko. anak2 juga dinasihatkan balik segera. ya rabb, hubby cukup x keruan mulanya nak naik flight balik jap b4 kemudian balik semula utk prepare balik raya. last2 pk baik packing terus n bwk la balik apa yg ada je. tu yg pukul 12am kami gerak balik n smpi pd dlm kul 4am ramadhan ke-18.

namun segalanya punya hikmah tersendiri. selama 3 minggu ni semua adik beradik berkumpul, bergilir menjaga dan teman mil di hospital. mil x ditinggalkan walau seminit,sehari 24 jam mmg ada yg jaga. kami buat shift, siang n malam berganti-ganti jaga omak. saya pun x ketinggalan 3 malam dan beberapa shift siang ber2 dgn hubby jaga mil n tinggalkan baby fathiah dgn kakak ipar, mak ngah mmg manjakan fathiah n fathiah rapat ngan mak ngah dr umur 1 hari lagi. lebih sebulan mil di hospital 3 minggu di hospital pd dan 2 minggu di hospital seremban. kami semua berkumpul di rumah kakak ipar kat pd jugak. masak2 ramai2, hantar mknn berbuka utk sesiapa yg turn jaga kat seremban. kdg berbuka reramai kat sebelah katil mak. mulanya sampi pd keadaan mil kdg stabil kdg tidak. kdg boleh berbual n mcm2 pesanan mil smpi sayu n sebak hati kami bila dia pesan mcm2. kdg mil gelak cerita mcm2 buat lawak. kdg ptgnya terus x sdr. basically mil mmg dah lebih 2 thn dialysis, selang 2 hari mmg ke hospital cuci drh melalui fistola, tapak cuci darah di tangan. bila fistola dah rosak bwk p hkl cek sblh tangan lagi pun dah x boleh buat tapak baru sbb x jmpa urat. sbb emergency doc tebuk tapak sementara di leher. mil dialysis guna wire di leher. masa tu dah 2 mggu mmg di hospital pd. hari kejadian yg mil msk icu n kami bergegas balik, mil ada komplikasi jantung masa tgh dialysis. darah membuak kuar dr leher n terus msk icu. selepas tu keadaan sekejap stabil sekeja tidak.

kemudian ujian sebenar bermula bila ramadhan ke-20 mil msk ke hospital seremban. kami semua smpi decide utk cari homestay kat seremban sbb kami mmg xmau tgglkan bonda. tp kemudian kami decide berulang dan bergilir dr pd. keadaan mil waktu tu payah sy nak cerita tp mmg x boleh ditinggalkan. 3 hari kami semua berbuka n bersahur x menentu. especially 2 hari awal mil di seremban. baby fathiah pun sama 3 hari dok hospital dr ptg smpi mlm, salin pampers, tukar baju semua atas kerusi luar wad. masa tu masih di wad 6b, kemudian lepas seminggu lebih baru dpt tukar ke wad kelas 1 yg lebih selesa utk mil n kami semua yg teman mak. ada sedikit ujian berupa gangguan smpi kami jemput seorang ustaz dr jb dtg mmbantu. syukur ustaz ni boleh dtg dan smpi skrg dah 3 kali ustaz dtg bantu kami semua. ustaz ni sy n hubby kenal waktu kami berubat secara tradisional di johor dlm usaha utk dpt baby. pendek cerita syukur alhamdulillah mil jauh lebih tenang n mgkn antara penyebab tu dan mgkin juga skali dgn close monitor n medication dr pakar di seremban nampaknya mil makin pulih. tapi mil masih terlalu lemah utk duduk n bangun sendiri. pampers, mandi berlap, bangun berpapah dan mkn bersuap sehinggala selasa lepas mil dibenarkan keluar. even dah balik rumah keadaan mil masih lemah. perhatian sepenuhnya diperlukan utk mil. syukur adik bongsu yg belajar di mesir balik lama utk cuti dialah yg paling byk berkorban jaga bonda esp bila kami dah kene balik lps raya ni. kakak abg sampi masa kene start kerja semula. rezki mil anak2 semua x jauh melainkan kami, family abg sulung kat sebelah rumah, family kak ngah kat pekan pd je, kami jauh di penang namun bekerja sendiri memudahkan kami arrange kerja n balik dlm keadaan sgt memerlukan ni, adik lelaki yg baru kawin bulan 3 haritu tggl di bangi n adik bongsu perempuan study kat mesir balik bercuti. kami ber2 bersyukur yg amat, sbb bekerja sendiri kami dpt juga 22 hari balik n bg masa utk bonda n keluarga. n hujung minggu ni kami akan balik lagi. tapi seminggu balik penang ni mmg hubby kene betuk2 arrange urusan kerja.

memang aidilfitri ini ujian buat kami sekeluarga, tapi bagi sy bila2 panjang umur lepas ni masih banyak aidilfitri boleh kita sambut namun masa paling berharga bersama keluarga dlm keadaan sukar ni jauh lebih berharga. semoga Allah tentukan yg terbaik utk bonda, doa kami agar bonda lebih baik, lebih sihat n kami semua masih punya cukup kesempatan utk membahagiakan bonda.

dlm kesibukan ni 25/08 bersamaan 25 ramadhan genap 4 tahun kami bergelar suami isteri. "happy 4th anniversary dear". semoga ikatan ini terus diberkati dan kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhir hayat, bahagia bukan ketika senang shj namun kebahagiaan punya teman bersama ketika sukar juga satu anugerah besar dr Illahi. syukur kami saling memahami dan membahagiakan walau kdg msg2 emosi x brapa stabil. tQ so much hubby sempat juga bwk saya balik jb sebelum raya sebelum kemudiannya tengahari raya pertama kami balik n9 semula terus ke hospital seremban dan sepanjang siang raya ke-2 smpi 10pm turn kami ber2 jaga bonda di hospital seremban. jasa dan pengorbanan bonda kepada setiap anak-anaknya jauh lebih besar, xkan mampu kita balas xkan sama pengorbanan yg cuba anak2 sumbangkan. semoga mil bahagia juga di hati kerana x putus ditemai kelima-lima anak dan menantu sepanjang masa2 sukarnya. Ya Rahman, Ya Rahim tentukan yg terbaik buat kami semua, amin yarabbalalamin..