Saturday, November 19, 2011

happy 5 months old fathiah syg :)



19062011 ~ 19112011









alhamdulillah...



present insyaAllah bday 9 month nnti k syg...



sama2 kita doakan semoga semuanya dipermudahkan..



amin yarabbalalamin...


bukak besar2 aaminnn...




setiap tetamu yg dtg 10 pintu rezeki akan terbuka kan.

mudah2 an amin.

kalau mcm tu mudah2an bnr 30 pintu rezeki terbuka mggu ni

n 60 pintu rezeki lagi terbuka minggu depan. aammmiinnn.



mode: happy. x sbr tggu bonda n family berkampung kat rumah start next week weee.

n mggu ni makcik sefamily dtg tdo rumah sbb anak dia register kat uitm permatang pauh.


sekian wassalam...

Sunday, November 13, 2011

fathiah jumpa dgn khadijah madinah :)

#mode: tgh rajin update blog sbb ada free time nak ngadap lappy, biasalah bila encik suami pegi outstation si isteri x sibuk nak memasak. kalau dok sgsorg mkn apa yg ada je la. kuali gantung tggi2 hehe



seminggu sebelum aidiladha, pada 2 zulhijjah sy dpt kol dr no yg x dikenali. bila angkat suara tu mmg agak asing tapi bahasa dia sy kenal. khadijah, kenalan sy ms ambik english course kat british council bulan june lepas. sebulan lepas habis class tu khadijah kol bgtau dia nak balik madinah x sgka dia dtg semula n kol sy blk. rupanya dia balik utk ber'ramadhan' di sana. untung sungguh dia dilahirkan di madinah, tanah haram tempat kediaman Rasulullah saw. hanya setengah jam perjalanan dr Masjid Nabawi. khadijah ingatkan yg skrg ni dah masuk bulan zulhijjah n remind kat sy n diri dia juga katanya utk rebut segala fadhilat 10 hari yg paling mulia dlm bulan islam ini. thanks dear.


sehari sebelum balik kmpg beraya sy arrange nak jmpa dgn dia. alhamdulillah dpt jugak jmpa even agak kelam kabut ptg tu. klas dia habis 5.30 sy pulak sibuk nak bg bekalan lauk raya utk dia, even terlambat smpi, syukur dpt jugak jumpa n sampai hajat sy nak bg ketupat (instant) n lemang (instant) serta satay goreng sy n serunding daging. saja bg dia rasa lauk raya org kita. sy tanya dkt sana apa juadah istimewa pagi raya dia. dia kata hati kambing biri-biri dipotong-potong dan dibakar/grill. hati tu biasanya mmg byk kalau dr seekor sheep jadi akan dibagi bagi dengan jiran2. kami jumpa ber4, me hubby n cik tiya skali la. pick-up khadijah kat bus stop depan great eastern georgetown, then sy bwk dia makan kat pdg kota. saja bg rasa mknn org sini. sy order sotong kangkung dengan pasembur. pastu bg dia minum lai chee kang. dia kata mmg x pnh rasa tapi buleh la hehe. borak2 kejap then dah nak maghrib hubby drive ke masjid kapitan keling dan kami solat maghrib kat sana sebelum hantar khadijah balik apmnt dia.



story klakar time nak hantar dia balik. tanya dia apa nama apmnt dia. dia kata dkt dgn penang free school n apmnt dia kat 'tmn sri benwar'. pelik jugak bunyinya. hubby bukak google map n naik pening map tu x jmpa pulak nama tmn cmtu. kami tanya spelling utk 'benwar' tu, dia kata 'BENW' ops lagi la pelik. hmm last2 hubby drive ke penang free school dulu dgn harapan mmg x jauh kat situ2 jumpa la. udah lalu area situ termasuk kwsn perumahan yg mmg x nampak ada apmnt. isk isk, hmm pelik gak la. terpusing2 lah time tu dkt stgj jam. pulak tu time tu agak jamm n byk kenderaan nak keluar ms kami dr msjd td, kan ke weekend tu cuti pjg. hari jumaat n ahad nak raya haji. pas pusing2 few times nasib yg sgt baik bila lalu je dekat satu roundabout tu khadijah ingat jalan n terus tunjuk jalan. rerupanya bukan 'TMN SRI BENW' tapi 'TMN SRI PENAWAR' hehehe. mmg jauhlah sgt tu patut la google map pun poning. mgkn pronounciation dia sgt lain. apa pun alhamdulillah dah selamat hantar anak dara org ni balik. yelah dia keep on kata xpe xyah hantar, just drop dia kat komtar dia balik sendiri. isk xmau la karang apa2 hal kami org yg jumpa dia jadi kes lah pulak. kat bwh ni gambar cik tiya dengan auntie khadijah :)



inilah khadijah lahir di Madinah al-Munawwarah, datuk dia asal dr Sudan dan merantau ke Madinah belajar di Universiti Madinah. kemudian diorang terus menetap di Madinah. dtg sini dengan adik lelaki dan ayah dia. adik dia belajar di Universiti Petronas aka tepet.




solat maghrib kat Masjid Kapitan Keling


cik tiya kita naik ferry nak pegi jumpa kawan ummi



cik tiya dengan abi ambik angin laut petang2 hari :)

Saturday, November 12, 2011

aidiladha & cik baby fathiah meniarap sendiri :)

salam everyone. salam zulhijjah, nak salam aidiladha dah lepas. raya korban ni kami ganti raya puasa yg x dpt kami sambut betul2 sbb yg sy story kat sini. syukur alhamdulillah aidiladha ni kami dapat balik ke both kampung halaman, a day before raya kami balik pd n syukur dpt sambut raya dengan semua kaum keluarga. semua adik beradik pun ada kat rumah. mil makin ceria n syukur sgt berbanding aidilfitri yg lalu tgk mil mmg semua xde rasa nak raya. kami sampai petang raya, dek kerana mil yg mmg dah lama x larat nak msk w/pun pd hari2 biasa dan kerana sil dah start mabuk2 n xleh bau bawang kami ke 3-3 menantu perempuan telah diberi tugas dan pilih menu raya masing2. awl2 dah dscs dlm group family kat fb. saya buat satay goreng, kakak ipar yg sulung msk kuah kacang dan adik ipar baru masak rendang ayam lla (lela lado api-secret recipes omak eh). malam mcm biasa org dtg takbir raya kat rumah kami hidang sup tulang yg kakak ipar dah msk dr siang, hidang dgn roti perancis yg keras kelentong tu tapi sdp mkn ngan sup tulang panas panas.




pagi2 raya depa semua p solat raya, sy yg bercuti-cutian ni take over siapkan table arrangement pnskan semua lauk raya dan siapkan si kecil berbaju raya. seronok sbb aidiladha ni kami ber3 dapat pakai baju raya. baju raya sy n hubby yg x smpt bwk balik aidilfitri lepas sbb rushing balik pd mil kritikal. tapi cik baby fathiah mmg x dapek la nak bg pakai baju kurung raya sbb mmg dah x muat. kurung raya yg sy beli online utk baby 6 mths pun pakai dah sendat, cik baby sy ni dah bam bam. tshirt masjid nabawi yg kami beli masa umrah utk bdk2 umur 1 tahun (mulanya nak bg baby mikhael tp x jumpa2 lagi dia, xde rezki) dia dah muat pakai. tgk la kat video kat bwh ni. nasib baik ummi dia bwk gaun putih yg asalnya beli utk majlis akikah n cukur jambul fathiah yg x jadik aritu sbb uwan dia x sht. so dek kerana baju kurung tu sendat ummi dia pakaikan white gown tu. n dapatlah kami ber3 bergambar raya as one happy family buat pertama kalinya di pagi raya :).





petang raya kami gerak balik jb, smbung bercuti di johor bahru rumah tok mak fathiah, my mum cayang. ummi pun happy jugak dpt jumpa semua ahli keluarga termasuk semua adik beradik. n dapat pegi tengok baby baru, baby girl abg sy yg dah 40 hari. so fathiah ada sepupu perempuan yg lahir sama tahun dgn dia. hari ke-2 kat jb bwk mak kakak n anak2 sedara pegi rumah kakak ke-2 sy kat kota tggi smbg raya kat sana. terus gerak ke bdr penawar desaru hantar anak saudara balik smka bdr penawar then lewat ptg hantar adik dia pulak kat asrama sekolah tahfiz di pasir gudang. hari ke-3 pas balik dr rumah abg sy tgk baby kami terus pegi carik tiket keretapi utk family sy yg akan dtg cuti skolah ni ke rumah kami. yuhuu ummi fathiah sgt seronok coz emak, kakak n anak2 sedara sebatillion nak dtg cuti skolah ni. skrg ni byk sgt development kat jb yg sgt2 hebat membuatkan kami tersesat nak p stesen ketapi. rerupanya semua dah transfer ke JB Sentral. n jln nak msk jb sentral ni pun buat kami confused smpikan termasuk jln ke woodlands n hav to lalu imigresen. aduhai nsb baik ada jln keluar n ms bgtau polis yg jaga kat simpang tu dia sengih je n bgtau ada jln leh kluar just inform diorang. uuhai cuak gak la, smpi encik hubby kene naik atas p office imigresen n bgtau. ic kami 4 org dewasa semua dia pegang pastu dia iring tunjuk jln keluar then baru dia bg balik ic. kah kah, tersesat smpi singapore (lom smpi lg la tp kalut gak kejap). rerupanya byk jugak kete yg slalu slh simpang n termasuk dlm kwsn pemeriksaan imigresen tu. pegawai tu kata kalau ikut gps slalu org tersilap. owh sgt fobia pastu bila nmpak sign board woodlands bila pusing balik nak p JB Sentral kah kah org juhur sesat kat juhur. sib baik ic hubby org PD n jmpa pulak pegawai imigresen tu sblh kmpg kat Pd, syukur snng je setel.





to cut the story, lepas la selesai beli 6 tiket utk family dtg penang week 1 cuti skolah ni. anak2 sedara dah sgt seronok x sbr p rumah cu dia. n cu n paksu dia dah siap arrange mana nak bwk n aktiviti2 cuma tgh survey2 mana nak carik mpv sewa yg murah skit. sy tgh dok pujuk mak dtg lama skit so boleh la bwk p jnjalan. hubby bz keje so xleh la hari berturut bwk jnjalan. selang bbrapa hari buleh la. balik dr jb sentral bwk fmly singgah makan kat senibong. kat senibong ni ada kedai2 mkn atas laut. dolu2 time kecik2 senibong ni sebelum jadik komersil mcm ni mmg dah jadik tempat permainan sy n family, arwah ayah ada rakit kupang kat sini. hujung minggu kami akan naik sampan pegi tgh laut dekat rakit kupang tu. tgh2 rakit tu ada buat pondok tu la tmpt rehat n solat. sbb slalunya pegi awl pagi lewat ptg kami akan balik bwk kupang2 baru yg dikutip n ada yg terus direbus. balik hantar kat kedai. n for sure yg baru2 n kecik bwk balik mak terus buat sup atau smbal mmg sgt sedap sbb sgt fresh. oh byk sgt kenangan. sskali kalau p mkn kat fish manhattan ada kupang ni terkenang balik, x sama freshness yg baru bwk naik dr laut. tapi rakit tu dah lama xde atas mslh teknikal heheh. kenangan. ok2 then rabu pagi kami gerak balik penang terus dari johor. tulah story percutian raya kami almost seminggu. syukur alhamdulillah dpt catch-up dgn semua ahli keluarga. yolah dok jauh nun kat utara ni bukan snng nak balik jmpa semua :)..




jom enjoy gambar2 kat bwh ni yer :)




eh ada pulak yg nak tumpang galmer dulu. satay goreng yg dah diperap semalaman n baru start nak goreng







dengan abg anep yg syg kat cik tiya tu. die sgt sedih ms tiya nak balik alolo




nur-nur kakak kembar dgn fathiah. tgk tu nak jugak main ngan star dia smpi nak terbalik ke depan




sibuk nak pegang star kat stokin dia




kat sebelah tu la baju kurung cik baby yg dah sendat dia pakai even patutnya smpi 6 mths, bam bam ummi dah x muat dah




muka dah mengantuk tapi ummi sibuk suruh pose jugak







tgk gambar ni rasa dah bsr sgt n panjang dah cik baby sy ni





salam aidiladha drpd ummi, abi n cik fathiah :)





cik baby dgn encik hubby.. senyuumm :D





cik baby fathiah sgt happy, suke sgt bila angin laut kene kat dia. skrg ni dah kuat gelak. agah sikit dah senyuam tapi agak memilih dgn sapa dia nak gelak :)




maklong n atok tgh mamam bertemankan angin laut n view sunset. (mak sy syahdu tu sbb teringat kenangan dgn arwah ayah zaman berakit dulu)




pagi rabu kami nak gerak balik penang. konon la maklong tu malu xmau msk last2 termasuk jugak :)









ni 2nd time fathiah meniarap sendiri. 1st time ummi tgh msk kat dapur sedar2 dah meniarap dah. kepala n lehar dia mmg dah kuat sejak sblm 2 bulan lagi mgkn kurang duduk bwh, fathiah lewat skit meniarap. 2 hari ummi agresively layan n bg dia practise meniarap syukur pagi tadi dia dah buleh meniarap sendiri. yg kelakarnya pas dah pandai tu pantang letak bwk nak meniarap je, time dah ngantuk nak tdokan kat bwh pun dia meniarap jugak pastu nangis2 sbb xleh tdo. fathiah fathiah.. ummi n abi luuuv u soo much syg muah mauh :)

Thursday, November 10, 2011

DON'T QUIT!..





don't quit..




every obstacle is a stepping stone to success