Saturday, November 12, 2011

aidiladha & cik baby fathiah meniarap sendiri :)

salam everyone. salam zulhijjah, nak salam aidiladha dah lepas. raya korban ni kami ganti raya puasa yg x dpt kami sambut betul2 sbb yg sy story kat sini. syukur alhamdulillah aidiladha ni kami dapat balik ke both kampung halaman, a day before raya kami balik pd n syukur dpt sambut raya dengan semua kaum keluarga. semua adik beradik pun ada kat rumah. mil makin ceria n syukur sgt berbanding aidilfitri yg lalu tgk mil mmg semua xde rasa nak raya. kami sampai petang raya, dek kerana mil yg mmg dah lama x larat nak msk w/pun pd hari2 biasa dan kerana sil dah start mabuk2 n xleh bau bawang kami ke 3-3 menantu perempuan telah diberi tugas dan pilih menu raya masing2. awl2 dah dscs dlm group family kat fb. saya buat satay goreng, kakak ipar yg sulung msk kuah kacang dan adik ipar baru masak rendang ayam lla (lela lado api-secret recipes omak eh). malam mcm biasa org dtg takbir raya kat rumah kami hidang sup tulang yg kakak ipar dah msk dr siang, hidang dgn roti perancis yg keras kelentong tu tapi sdp mkn ngan sup tulang panas panas.




pagi2 raya depa semua p solat raya, sy yg bercuti-cutian ni take over siapkan table arrangement pnskan semua lauk raya dan siapkan si kecil berbaju raya. seronok sbb aidiladha ni kami ber3 dapat pakai baju raya. baju raya sy n hubby yg x smpt bwk balik aidilfitri lepas sbb rushing balik pd mil kritikal. tapi cik baby fathiah mmg x dapek la nak bg pakai baju kurung raya sbb mmg dah x muat. kurung raya yg sy beli online utk baby 6 mths pun pakai dah sendat, cik baby sy ni dah bam bam. tshirt masjid nabawi yg kami beli masa umrah utk bdk2 umur 1 tahun (mulanya nak bg baby mikhael tp x jumpa2 lagi dia, xde rezki) dia dah muat pakai. tgk la kat video kat bwh ni. nasib baik ummi dia bwk gaun putih yg asalnya beli utk majlis akikah n cukur jambul fathiah yg x jadik aritu sbb uwan dia x sht. so dek kerana baju kurung tu sendat ummi dia pakaikan white gown tu. n dapatlah kami ber3 bergambar raya as one happy family buat pertama kalinya di pagi raya :).





petang raya kami gerak balik jb, smbung bercuti di johor bahru rumah tok mak fathiah, my mum cayang. ummi pun happy jugak dpt jumpa semua ahli keluarga termasuk semua adik beradik. n dapat pegi tengok baby baru, baby girl abg sy yg dah 40 hari. so fathiah ada sepupu perempuan yg lahir sama tahun dgn dia. hari ke-2 kat jb bwk mak kakak n anak2 sedara pegi rumah kakak ke-2 sy kat kota tggi smbg raya kat sana. terus gerak ke bdr penawar desaru hantar anak saudara balik smka bdr penawar then lewat ptg hantar adik dia pulak kat asrama sekolah tahfiz di pasir gudang. hari ke-3 pas balik dr rumah abg sy tgk baby kami terus pegi carik tiket keretapi utk family sy yg akan dtg cuti skolah ni ke rumah kami. yuhuu ummi fathiah sgt seronok coz emak, kakak n anak2 sedara sebatillion nak dtg cuti skolah ni. skrg ni byk sgt development kat jb yg sgt2 hebat membuatkan kami tersesat nak p stesen ketapi. rerupanya semua dah transfer ke JB Sentral. n jln nak msk jb sentral ni pun buat kami confused smpikan termasuk jln ke woodlands n hav to lalu imigresen. aduhai nsb baik ada jln keluar n ms bgtau polis yg jaga kat simpang tu dia sengih je n bgtau ada jln leh kluar just inform diorang. uuhai cuak gak la, smpi encik hubby kene naik atas p office imigresen n bgtau. ic kami 4 org dewasa semua dia pegang pastu dia iring tunjuk jln keluar then baru dia bg balik ic. kah kah, tersesat smpi singapore (lom smpi lg la tp kalut gak kejap). rerupanya byk jugak kete yg slalu slh simpang n termasuk dlm kwsn pemeriksaan imigresen tu. pegawai tu kata kalau ikut gps slalu org tersilap. owh sgt fobia pastu bila nmpak sign board woodlands bila pusing balik nak p JB Sentral kah kah org juhur sesat kat juhur. sib baik ic hubby org PD n jmpa pulak pegawai imigresen tu sblh kmpg kat Pd, syukur snng je setel.





to cut the story, lepas la selesai beli 6 tiket utk family dtg penang week 1 cuti skolah ni. anak2 sedara dah sgt seronok x sbr p rumah cu dia. n cu n paksu dia dah siap arrange mana nak bwk n aktiviti2 cuma tgh survey2 mana nak carik mpv sewa yg murah skit. sy tgh dok pujuk mak dtg lama skit so boleh la bwk p jnjalan. hubby bz keje so xleh la hari berturut bwk jnjalan. selang bbrapa hari buleh la. balik dr jb sentral bwk fmly singgah makan kat senibong. kat senibong ni ada kedai2 mkn atas laut. dolu2 time kecik2 senibong ni sebelum jadik komersil mcm ni mmg dah jadik tempat permainan sy n family, arwah ayah ada rakit kupang kat sini. hujung minggu kami akan naik sampan pegi tgh laut dekat rakit kupang tu. tgh2 rakit tu ada buat pondok tu la tmpt rehat n solat. sbb slalunya pegi awl pagi lewat ptg kami akan balik bwk kupang2 baru yg dikutip n ada yg terus direbus. balik hantar kat kedai. n for sure yg baru2 n kecik bwk balik mak terus buat sup atau smbal mmg sgt sedap sbb sgt fresh. oh byk sgt kenangan. sskali kalau p mkn kat fish manhattan ada kupang ni terkenang balik, x sama freshness yg baru bwk naik dr laut. tapi rakit tu dah lama xde atas mslh teknikal heheh. kenangan. ok2 then rabu pagi kami gerak balik penang terus dari johor. tulah story percutian raya kami almost seminggu. syukur alhamdulillah dpt catch-up dgn semua ahli keluarga. yolah dok jauh nun kat utara ni bukan snng nak balik jmpa semua :)..




jom enjoy gambar2 kat bwh ni yer :)




eh ada pulak yg nak tumpang galmer dulu. satay goreng yg dah diperap semalaman n baru start nak goreng







dengan abg anep yg syg kat cik tiya tu. die sgt sedih ms tiya nak balik alolo




nur-nur kakak kembar dgn fathiah. tgk tu nak jugak main ngan star dia smpi nak terbalik ke depan




sibuk nak pegang star kat stokin dia




kat sebelah tu la baju kurung cik baby yg dah sendat dia pakai even patutnya smpi 6 mths, bam bam ummi dah x muat dah




muka dah mengantuk tapi ummi sibuk suruh pose jugak







tgk gambar ni rasa dah bsr sgt n panjang dah cik baby sy ni





salam aidiladha drpd ummi, abi n cik fathiah :)





cik baby dgn encik hubby.. senyuumm :D





cik baby fathiah sgt happy, suke sgt bila angin laut kene kat dia. skrg ni dah kuat gelak. agah sikit dah senyuam tapi agak memilih dgn sapa dia nak gelak :)




maklong n atok tgh mamam bertemankan angin laut n view sunset. (mak sy syahdu tu sbb teringat kenangan dgn arwah ayah zaman berakit dulu)




pagi rabu kami nak gerak balik penang. konon la maklong tu malu xmau msk last2 termasuk jugak :)









ni 2nd time fathiah meniarap sendiri. 1st time ummi tgh msk kat dapur sedar2 dah meniarap dah. kepala n lehar dia mmg dah kuat sejak sblm 2 bulan lagi mgkn kurang duduk bwh, fathiah lewat skit meniarap. 2 hari ummi agresively layan n bg dia practise meniarap syukur pagi tadi dia dah buleh meniarap sendiri. yg kelakarnya pas dah pandai tu pantang letak bwk nak meniarap je, time dah ngantuk nak tdokan kat bwh pun dia meniarap jugak pastu nangis2 sbb xleh tdo. fathiah fathiah.. ummi n abi luuuv u soo much syg muah mauh :)

0 comments: