Friday, February 18, 2011

..::MALAM::..

kasih sayang keluarga adalah kasih syg yg paling kuat dan tak dapat diragui keikhlasannya. kasih syg seorang ibu pada anaknya, saban hari mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anaknya. tiada seorang ibu yg mengharapkan sesuatu yg tidak baik pada anaknya. tiap kali doa yg dititipkan buat si anak, hanya yg terbaik dan segala harapan kebahagiaan buat sang anak. bonda, akan bangun setiap tgh malam setiap hari, sy tau sejak bertahun-tahun dahulu terutama setelah pemergian ayahanda hampir 9 tahun dulu. tiada lain doa bonda selepas baca 3 kali yaasin untuk arwah ayah tiap pagi, melainkan bonda akan mendoakan kesejahteraan setiap seorang drpd anak-anaknya. sejak sy menghadapi ujian ini dan selalu berkongsi pengharapan dikurniakan zuriat, ini jugalah doa bonda setiap kali selesai solat tahajud, solat taubat dan solat hajat setiap hari. bila berbual kat telefon dgn bonda x lupa sy minta bonda doakan sy, bonda akan ckp setiap hari dia doakan sy. terharunya rasa hati bila bonda sebut apa yg dia doakan untuk saya. alangkah berkat dan indahnya andai doa itu sy sendiri yg titipkan setiap malam. sy menginsafi kekurangan dan kelalaian diri. sy sgt kurang bangun malam bersendiri berdoa padaNya. selama ini hanya sekadar solat fardhu, yang kadang2 terlewat dan dilewat-lewatkan. hanya solat dhuha yang agak rutin sy amalkan. solat hajat sekali-sekali. solat tahajud dan taubat amat amat jarang. saya tak patut hanya mengharapkan doa bonda. sy sendiri perlu mengadapNya. saya yg berharap, saya yg meminta, saya yg benar2 menginginkannya, sepatutnyalah sy yg bersungguh meminta, memohon dan merayu. alhamdulillah penghijrahan sy ke tempat baru, rumah baru dgn suasana baru memberi satu ketenangan baru pada sy untuk semakin mendekatkan diri denganNya. doa sy saban hari utk diringan badan sy menunaikan ibadah, semakin memudahkan sy untuk bangun malam. sy tau sy tertinggal, umur dah nak menjangkau 30 tahun baru nak sedar dan berubah. baru nak rasa nikmatnya solat malam, nikmatnya rasa mengadu padaNya dlm kesunyian malam. sungguh, sy sangat2 bersyukur atas segala ujian dariNya. sy sgt nampak hikmahnya. sungguh, ujian benar2 tanda kasih sayang Illahi. kerana ujianNyalah saya semakin kuat belajar untuk semakin mendekat diri padaNya. Ya Allah, bantulah aku untuk terus istiqamah. bantulah aku untuk terus kuat mujahadah melawan nafsu dan kealpaan atas nikmat yg engkau berikan. sedarkan aku tiap malam, ringankan badanku untuk bangun mengadapmu Ya Allah. hanya padamu tempat aku mengadu, tempat aku berharap, dan sungguh hanya denganmu aku rasa ketenangan yg tak bertepi. semoga hajat kami suami isteri untuk mengunjungi baitullah dlm masa terdekat ni dipermudahkan. semoga Allah terima kami sebagai tetamuNya. sungguh x sabar rasanya sy nak sujud di hadapan kaabah, nak rasa beribadah di mana tiada langsung kerungsingan lain yg sy fikirkan. ingin rasa solat dengan berwudukkan air zam-zam, minum tiap hari dengan air zam-zam. ingin rasa solat di masjid nabawi, ingin berdoa di hadapan makam nabi. ingin rasa dekatnya diri dengan nabi. bergetar dan sayu rasa hati sy membayangkan semua ni. alhamdulillah penhijrahan ini juga byk bawa penghijrahan dalaman sy dan suami. tiap pagi kami solat subuh berjemaah dan tiap pagi juga kami baca yaasin sama-sama. sungguh hikmah besarnya fadhilat yaasin, Allah banyak permudahkan urusan kami. dan alhamdulillah dan insyaAllah kami akan menunaikan umrah bbrp bulan lagi. insyaAllah minggu dpn kami akan pg daftar dgn tabung haji travel. Ya Allah terimalah kami sebagai tetamumu, permudahkan segala..

readers, sy kekalkan diri sbgai anonymous blogger disini. sy lebih selesa tidak dikenali supaya sy bebas menulis apa saja rasa hati sy di sini. tp sy tau ada segelintir yg mengenali sy. cuma yg saya tau hanya 2 ke 3 org sj yg sy tau dan sy knl. selebihnya sy x rasa mengenali sy. bg yg mengenali sy, sy harap cerita2 dan segala luahan sy di sini hanya habis disini. antara 2 screen computer ni sahaja ya, sy dan awk. bukan untuk dikongsi dgn org lain ttg diri sy, luahan sy, terutama dgn org yg mengenali sy tp tak mengikuti blog sy. cerita sy hanya utk readers yg singgah shj. cukup di sini ok. sy mahu kekal x dikenali supaya sy snng luahkan apa saja, berkongsi semua cerita treatment sy, yg kdg2 terlalu open perkongsian sy. untuk itu sy lebih pada sharing pglmn dgn sesiap yg sama diuji mcm sy n smemangnya ini pun tujuan asal sy create blog ni. dan sesekali bila sy cerita ttg life sy n hubby, sy x berniat utk menunjukkan apa2 sbb sy sendiri x kenal dan xtau mungkin 95% drpd reader sy. sy pernah terfikir nak open gmbr sy tp sy jadi amat teragak agak nak perlu sgt bertapis pulak nak bercerita. so tunggulah, mgkn one day sy akan share semua. apa pun kalau ada yg mengikuti blog sy, thank you soo much. sy menulis lebih kpd rasa nak melepaskan apa yg terbuku di hati. semua sy cuba share, bukan story bulan bintang jer. walau sy x boleh berkongsi semua sekurang-kurangnya sy rasa ada tempat yg paling ikhlas mendengar cerita saya :)..
.
.
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
.

.
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud "Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang. Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya" (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

0 comments: