Tuesday, May 10, 2011

UMRAH 2011: 2) Hari pertama di Madinah, 'Raudhah:taman-taman syurga'

.



view masjid nabawi dr bilik sy, waktu solat jumaat hari ke-2
.
peniaga-peniaga yang banyak di lorong2 antara hotel


.


bilik-bilik hotel di madinah dan makkah rata2 ada siaran langsung dr Masjid Nabawi & Masjidilharam. boleh nampak waktu bila kurang atau ramai org di Raudhah & dlm masjid.


.


hari akhir di Madinah, tggu bas nak ke Makkah, siap berihram akan miqat di Bir Ali sebelum terus buat umrah pertama (rukun bg yg pertama kali) sebaik smpi ke Makkah.
.

Hari pertama di bumi Rasulullah saw, Madinah al-munawwarah.



Kumpulan 28 orang daripada kami smpi jam 11.30am pada 14/04/2011 di Madinah, masa perjalanan semakin hampir ke bandar Madinah memasuki tanah haram Madinah hati cukup2 sayu. Mengenangkan di sinilah bumi Rasulullah saw dan para anbia. Di padang pasir di kiri dan kanan highway tadilah tempat2 Rasulullah saw dan sahabat. Terbayang bayang jejak baginda di sana sini. Hati yang terkenang terhenti bila mutawif kami, ustaz munawer (indonesian lelaki bermur 31thn, dah 4 thn tggl di makkah utk mengaji kitab dgn syeikh di masjidilharam) mula membaca doa memasuki tanah haram Madinah. Antara makna doanya:


“Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram RasulMu, dan telah Engkau haramkan ia di atas lisan baginda s.a.w, maka jadikanlah ia penjaga bagiku dari neraka, aman dari seksa dan buruk perhitungan di hari kemudian.”



Setiap tempat yang diziarah ada doa-doa tertentu dimana kalau dibaca dan dihayati maknanya terasa sangat sebak bila melaluinya, sy rasa lebih faham dan dpt lebih hayati sejarah2 tempat2 tersebut dan paling terasa bila doa di setiap makam para sahabat, menghayati maknanya sy dpt soroti kembali perjuangan mereka. InsyaAllah sy try share sikit2 di sini ya. Sampai di Madinah kami terus check-in di hotel Anwar Al Madinah Movenpick, hanya 30 meter dr Masjid Nabawi, alhamdulillah. Sampai saja kami di sana dah ada seorang petugas tabung haji yg sambut dan terus bawa kami ke tgkt 4 dan serahkan kunci bilik mengikut list nama masing2. Ada yang bilik ber4, ber3 dan ber2. Sy dan hubby ambil bilik ber2. Sblm dpt kunci n msk bilik dlm hati doa2 dpt bilik yang nampak masjib nabawi, alhamdulillah even nmpak dari sisi n sikit je. Yelah masa ni sy masih lagi tak suci jadi x dpt la sama2 dgn semua pegi solat zuhur kat masjid nabawi. Belum dpt btl2 merasakan nikmatnya msk dlm masjid nabi. Tapi dr luar masjid masa bas lalu tadi sy dah nampak kubah hijau, sebak rasa hati sbb di bawah kubah hijau itulah makam Rasulllah saw. Pastinya jasad baginda masih segar lagi di situ kan. Menurut hubby pernah terjadi kisah seorang mat salih ni terlalu sgt nak tau n tgk sendiri jasad nabi dan dia mula mengorek tanah menuju ke makan nabi x silap sy bertahun juga lamanya, namun kuasa Allah mengatasi segalanya dan Rasullah saw mmg terpelihara, bila cuma tggl beberapa ratus meter shj lagi, pihak pemerintah madinah dpt mengesan cubaan ini dan selepas itu pengawasan ke atas makam nabi lebih ketat lagi bukan shj di luar tp dlm tanah pun mcm2 cubaan.


.
Kami sampi tggl sejam dah nak masuk waktu zuhur, di sini zuhur masuk jam 12.20pm. sampai ke hotel hubby terus bersiap utk solat di masjid nabawi n tugas sy mcm biasalah everytime dok hotel unpack barang2 n arrange sgl mcm brg yg kami bawa. Dr dinding cermin bilik sy jelas nampak sisi masjid nabawi, dan ada lorong diantara hotel sy dan hotel sebelah. Di lorong tu ramai org yang berniaga (or lebih klasik lagi berdagang lah kan), lebih kurang 10 peniaga ada di situ. Ada yang menjual bermacam jenis sejadah, tasbih, tudung, sarung kaki yg biasa perempuan pakai bila dlm kwsn masjid, n mcm2 lagi. N uniknya mereka hanya bentang tikar atau kain sbg alas utk letak barang2 mereka. Bila tiba waktu solat, kain tu akan digendong dan diikat shj bg yang nak solat dlm masjid. Tak perlu takut dicuri yg penting bila tiba waktu solat, itu yg didulukan. Ada juga yg bawa troli dan semacam kereta sorong utk menjual brg. Paling unik dan sy suka tgk ialah peniaga yang menjual kain mcm kain sari lebih kurang 2mx1m lebar. Kain ni sgt nipis mcm kain sari tp ada mcm2 warna, dia hanya jual kain mcm ni shj, kain ni akan dilambakkan ats tikar yang agak lebar. Then penjual ni yg berdiri atas kerusi rendah akan bukak kain2 baru dr plastik dan leraikan dan campakkan satu persatu kain2 tu dlm selerakan kain yg lain. Ramai lah perempuan2 yang berebut nak kain yg baru tu, biasanya sy tgk yg pakai kain2 mcm ni orang yg dtg dr india, pakistan, rupa mcm bosnia dan seangkatan dgnnya tu. (nanti sy try cari gambar diorang ya). Biasanya bila tiba waktu solat kalau peniaga yg x msk dlm masjid dia kan solat atas jln tar tepi tempat diorang berniaga shj.


.
Selesai hubby balik solat kami p mkn tghari kat tgkt 1 hotel kami. Makanan di sini alhamdulillah sedap2 semua, xde mslh (n sepanjang di sini kami dua-dua berselera aje ahaks :). Area tmpat buffet kami tu mmg makanan utk malaysian n indonesian, jadi mmg selera org kita. Hotel movenpick ni dr tgkt bwh hgga tgkt 3 mmg penuh dgn kedai2 mcm2, mmg ala hotel dlm shopping complex. Nak p mkn pun lalu kedai2 dlm shopping mall ni. Kedai abaya paling banyak. Kat sini perempuan wajib pakai abaya (jubah hitam), tapi menariknya abaya kat sini even kaler hitam tp dah mcm2 diupgrade bukan hitam semata, dekat lengan atau bahagian depan jubah sure ada mcm2 design yang akan sama dengan tepi tudung, cantik mmg cantik. Ptg after hubby solat asar kami jalan2 kat bwh, tepi sekitar masjid nabawi mmg penuh dgn hotel dan dibawahnya dan setiap lorong antara hotel mmg banyak org jual mcm2. Dr sebelum tghari smpi sy rasa bersih n sy trus mandi wajib n alhamdulillah dah boleh solat maghrib n isya’, tp time tu x smpt (nak tggu btl2 yakin dah suci) solat di masjid sy jama’ dlm bilik shj.


.


Then after mkn malam lepas solat mghrib dan isya' berkumpul di lobby hotel utk dibawa ziarah dlm masjid nabawi. Owh sy sgt seronok, teruja n x sbr rasanya nak msuk masjid nabi, nak beri salam btl di hadapan makam Rasulullah, nak berdoa di Raudhah dan nak rasa ketenangan dlm masjid nabawi. Dlm group sy yg ikut ziarah dalam ni perempuan cuma 5 org mgkn yg lain kepenatan, snng jugak la mutawif perempuan kami (Ustazah Mimi juga dr indonesia) nak bwk. Ustazah bwk kami masuk ke dlm Masjid Nabawi, kami mula dgn solat sunat tahyatul masjid. Ni doa selepas solat sunat tahyatul masjid di Masjid Nabawi ini:


.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam. Pujian yang menyempurnakan nikmat-Nya yang selaras dengan kebaikan-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji yang layak bagi keagungan dan kebesaran kekuasaan-Mu. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Besar Muhammad saw, keluarga dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku, dosa kedua orang tuaku, datuk nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara-saudaraku dan sekalian guru-guruku, semua orang Mukmin dan Mukminat juga Muslimin dan Muslimat, baik yang masih hidup mahupun yang telah mati dengan limpahan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”


.
Menurut buku panduan umrah & ziarah, selepas berdoa bangun beredar menuju makam Rasulullah saw dengan penuh tawadhu’. Yup kemudian kami terus masuk ke dalam ke arah makam Rasulluh dan raudhah(letaknya antara makam Rasulullah dan mimbar Rasulullah. Tempatnya agak kecil yang diperuntukkan untuk jemaah perempuan, mgkn hanya boleh muatkan dlm 100 org atau krg dlm satu2 masa). Dlm keadaan musim umrah yg sangat sangat ramai org dr seluruh dunia yang dtg ketika ini, pastinya sgt sgt ramai juga perempuan yg merebut peluang nak masuk ke dlm kwsn raudhah. Waktu utk perempuan agak terhad berbanding lelaki yang boleh masuk sepanjang masa. Ketika waktu waktu perempaun sebahagian kwsn raudhah akan dikepung utk perempuan dan lelaki masih ada sebahagian lagi. Masa sy di sana perempuan dibenarkan masuk ke dlm kwsn raudhah waktu pagi antara jam 8.00am-11.00am, petang lepas zuhur sampai asar, dan malam lepas isya' sampai 11.00pm.


.


Masa sy masuk ke kwsn raudhah mmg dah sgt sesak dgn ramai org, mujur Ustazah Mimi yg baik hati tu pegang n pimpin tangan sy kuat dan bwk sy ke depan, yang lain ikut di belakang. Oh ya, masa sy solat sunat tahyatul masjid mula2 masuk tu sy rasa mcm was2 sbb mcm ada pengaliran, bila selesai doa tahyatul masjid lagi la terasa pengaliran. Utk meghormati kwsn masjid dan was2 keadaan sy, sy tanya pd ustazah mimi mcm mana kalau period sy keluar smula. Ustazah tya kamu betul yakin xde, atau dah mula was2?, sy jujur kata was was. Kemudian ustazah kata xpe x perlu solat tapi boleh berdoa, sy tanya lagi xpe ke sy berada dlm masjid. Ustazah kata msk td kamu suci n sbb dah berada dlm masjid xpe kamu berdoa saja masa di raudhah nanti, xperlu solat hajat di sana. Biasanya peluang yang diberi ketika berada di raudhah org peruntukkan utk solat hajat dan berdoa. Raudhah adalah salah satu drpd taman-taman syurga dan tempat mustajab utk berdoa. Ustazah cerita Raudhah ni panjangnya dlm lingkungan 11 tiang dr tengah masjid (tapak asal binaan Rasulullah sebelum diperbesarkan), dan 11 tiang ni semua akan ada dalam syurga nanti dana warnya semua putih. Sebak dah teruja hati sy bila mengenangkan mcm mana la rupa syurga nanti kan. ada pelung ke aku. Walau sy mula rasa agak sedih kerana kemugkinan sy period smula namun sy sangat2 syukur sbb sy suci ptg tadi memungkinkan sy masuk ke dlm masjid nabi dan alhamdulillah sgt sbb dpt masuk ke dalam kwsn raudhah dan berdoa. Sebelum tu kami kene tggu turn, bersesak dgn org2 dari turki, india, pakistan, iran, indonesia dan yang lainnya agar mencabar namun dlm hati tak putus baca ‘rabbiyasir walatuassir rabbitamim bilkhair’ moga Allah permudahkan jalan kami dan sampai hajat kami nak berada di raudhah. Ada bbrapa org pengawas arab yang perkaian abaya tutup semua sepenuhnya termasuk muka yang menjaga kelancaran dan giliran masuk ke kwsn raudhah. Dengan healer di tangan x diam dia bg arahan kpd jemaah perempuan yang ada jugak xmau mengikut arahan bertolak n bersesak nak masuk ke hadapan kwsn menuggu. Kbykannya yg x mengikut arahan ni dr negara2 arab sendiri. Sy tak faham arab tapi dr apa yg sy dengar pengawas arab tu ckp, dia ada sebut malaysia bagus n dgr arahan. Kami duduk shj smntara menunggu giliran. Bila mutawif kami yg smemangnya fasih berbahasa arab communicate dgn pengawas tu, bbrp kali sy dgr ustazah mimi (yang juga berjilbab) agak tggi suara tegur perempaun2 arab ni. Dan few times jugak la dgr pengawas arab ni cakap melayu ‘dudduk ibu dudduk’ mmgnya diorang ni tau sikit2 bhs tiap bangsa yg dtg. Comel n kelakar je bunyinya.


.


Oh ya, di kwsn raudhah ni perempuan x dibenarkan bawa kamera atau handphone berkamera, kalau xmau kene rampas lah. Hanya hphone x berkamera shj dibenarkan. Bgs jgk focus shj dgn niat nak msk n berdoa dlm raudhah. Akhirnya alhamdulillah kami dpt masuk dlm kwsn raudhah, sampi shj ke dlm kwsn raudhah sy ditarik terus ke depan dan ustazah suruh kami semua cepat2 solat hajat. Dlm sesak sedikit tu agak mencabar bg jemaah nak solat hajat tapi hikmahnya sy x boleh solat, sy suruh yg lain solat dan sy kepung dr belakang dan ustazah jaga dr depan.saya tahan badan sy bila ada yg bersesak dr blkg. Jadi kwn2 yg lain dpt sempurnakan solat hajat. Kemudian kami berdoa, dlm 10min juga ms yg ada utk kami semua berdoa. Hati sy cukup cukup sayu dan mmg x mampu nak tahan air mata mem baca doa di raudhah. Selepas membaca doa tu sy beralih pada doa sendiri, hajat sendiri dgn bersungguh memohon kempunan dah dimakbulkan hajat. Xperlu lah sy share di sini kan :). Ustazah tanya, dah doa semua? Suami, ibu, ayah, kakak dan abg?, bagus btl ustazah mimi buat sy menambah doa buat adik beradik pula. Sayu sebab sambil berdoa setentang dgn bahu kiri sy makan Rasulullah saw, terasa dan terbayang jasad Rasulullah yang ada di dalam. Sebelum masuk ke dlm raudhah td, di ruang menunggu masing2 memberi salam pada rasulullah dan mem baca doa di makan Rasullullah. Sempat juga sy menyampaikan salam yang dikirim oleh kawan2 dan saudara mara saya. seorang demi seorang nama sy sebut, semua pesanan doa dan salam pada Rasullullah sy tulis dlm kertas dan staple semua kiriman salam tu di makam Rasulullah, alhamdlulillah sy dpt smpaikan. Segala adab berdoa dan menyampaikan salam org lain lengkap ada dlm panduan umah & ziarah dr darul nu’man (yang bertali dan boleh sngkut di leher, sy suggest kwn2 guna buku panduan doa ini, sgt bagus dgn terjemahan doa).


.


“Assalamualaika Ya Rasullullah hiwarahmatullah hiwabararokatuh” makna doa di makan Rasullah saw:
.


“Salam sejahtera ke atas engkau wahai junjungan yang mulia. Rasul yang pemurah dan penyayang, yang telah dipilih oleh Allah menjadi kekasihNya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammah itu pesuruh-Nya. Aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tanggungjawab2 risalah, dan telah menunaikan segala amanah, telah memberi nasihat kepada umat, dan telah berjihad bagi meninggikan agama Allah, sejahteralah ke atas engkau, berkekalan sehingga hari Kiamat. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kebaikan kepada kami di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta jauhkan kami dari seksa neraka. Ya Allah, kurniakanlah kepada junjungan akan kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”


.
Selepas kami berdoa, sementara msk ke dlm raudhah tadi ustazah mimi menerangkan yang jasad Rasulullah saw dimakamkan di rumah baginda, dlm bilik anakandanya Fatimah as. Sebelah makam Rasulullah ialah makam Saidina Abu Bakar As Siddiq ra. Berikut makna doa untuk sahabat nabi yang paling setia ini :


.
“Salah sejahtera kepda tuan wahai khalifah yang pertama selepas Rasulullah, dan sahabatnya yang bersama-sama dalam gua Thur, yang setia menyimpan rahsia. Terimalah balasan daripada Allah sebagai balasan ketua yang memimpin umat Nabinya. Bahawasanya tuan telah menggantikan Rasulullah dengan menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya, dan tuan telah mengikut jalan dengan bersungguh-sungguh serta berkhidmat kepada agama Islam dan menghubungkan kasih sayang sehingga akhir hayat tuan. Maka terimalah balasan selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya.”


.
Makam Saiyidina Umar Ibn Al-Khattab r.a juga berada bersebelahan makam Rasulullah saw. Salam juga diberikan kepadanya:


.
“Salah sejahtera kepada tuan wahai pengembang agama Islam yang telah diberi gelaran faruk (yang memutuskan abtara yang benar dengan yang salah). Salam sejahtera kepada tuan yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak-anak yatim dan menghubungkan kasih sayang, maka dengan usaha tuanlah agama Islam menjadi kuat dan gagah. Salam sejahtera ke atas tuan serta rahmat Allah padamu”.


.
Sungguh istimewa sahabat–sahabat Nabi ini yang mendapat kemulian dan doa dari setiap umat Muhammad yang mengunjungi makam Rasulullah saw. keistimewaan ini diterima kerana segala pengorbanan dan kesetiaan mereka meneruskan perjuangan Rasulullah saw.. subhanAllah.. selesai mengunjungi Raudhah kami terus menuju pintu keluar dan sempat minum air zam-zam yang banyak kat kwsn masjid. waktu tu dah jam 12.00pm. masa bbrp tapak keluar dr pintu masjid ada sorg perempaun arab ni mintak tolong kat sy bwkkan seorang perempaun arab tua yg berkerusi roda ni ke gate depan luar masjid, dia agak tergesa-gesa dan tanpa fikir panjang sy tolak kerusi roda dia. bila dah menapak hampir kat gate luar sy terfikir xkan nak tggl kat situ je, mula sy ingat ada sesiapa yg tunggu dia ke apa. waktu tu tgh mlm xkan sy nak biarkan dpn gate masjid even masih ada org di kwsn luar n peniaga2 di situ. nasib baik 4 org yg laikn dr group sy ikut je sy n x tgglkan sy. sy x faham arab dan bila tanya makcik arab ni ckp sy btl2 x faham n x dpt nak tgkp nama hotel dia. ligat kepala sy fikir nak buat apa ni. then jnpa peniaga arab kat tepi tu sy suruh makcik ni ckp kat dia, still xde org faham jgk. sy sorong wheelchair dia lalu lorong2 hotel n makcik ni suruh terus je, uik risau gak kot kami yg x jmpa jln balik nnti. sy tawakkal dan dlm hati berdoa je moga Allah tunjuk jln sy bantu makcik arab ni balik. then syukur alhamdulillah nampak kat bwh satu hotel ni ada security 2 org n sy tanya dia arab ke, then syukur jgk dia boleh speaking. then dia tanya makcik arab ni pastu security tu kata 'this is the hotel'. sy x puas hati 2 kali sy confirmkan 'are u sure?' n asked him to send her to her room. syukur syukur alhamdulillah selamat jugak makcik tu balik. lega hati sy. n syukur jugak jalan ke depan sikit kami ber5 nampak hotel kami even dr arah lain bkn pintu dpn. dkt 1.00am jugak baru sy smpi bilik.


.


ok itu story first day di Madinah. nnti sy smbg lagi k :). thanks 4 reading. kat bawah ni video kwsn raudhah (carpet hijau) di bahagian lelaki. video ni hubby yg ambik, lelaki boleh bwk camera n hphone camera. tp jgn la melampau sgt bergambar nnti security arab tu marah plak..


.






0 comments: