Thursday, May 26, 2011

al-fatihah..



saya dah siapkan 2 entry psl umrah tapi belum habis edit dgn gambar2. x smpt nak post, mggu lepas sy n hubby balik jb mengejut, tok mak sy (emak bonda) meninggal dunia jam 5am kamis lepas. rabu ptg family dah bgtau tok mak sy msk hospital dan kami keluarga dah jangka mngkin hayat atok tak lama. time tu sy dah mula plan ngan hubby utk sy balik jb dulu bbrp hari jmpa atok, tp Allah lebih baik merancang. usia tok mak sy melebihi 90 tahun, x ingat apa2 dah n x knl sgt org yg dtg jmpa melainkan mak sy yg jaga. dan lebih 10 tahun dah tggl kat umh bonda kat jb sejak arwah ayah masih ada lagi. 2/3 mggu sebelum atok pergi, dia dah x boleh bangun langsung. sebelum ni masih boleh mengesut utk ke bilik air even kaki dah x boleh berjalan. 2/3 mggu sblm meninggal mak dah pakaikan pampers, langsung x boleh bangun n kunyah makanan. mak sy blend bubur n bg mkn nestum guna syringe. bila keadaan tok mak sy makin uzur, bonda mintak nasihat doc n doc srh hantar p hsptl. semuanya kuasa tuhan, tok mak sy admit ptg rabu then x smpi setengah hari pagi kamis masa mak nak lap badan atok sebelum subuh kamis tu mak sy rasa badan atok dah panas, xde dengusan nafas lagi. tok mak meninggal dlm tidur. hikmahnya semua urusan mandi dan kafankan jenazah, pihak hospital uruskan. jenazah atok sy dah siap dikafankan dan bwk balik rumah utk disembahyangkan dan terus kebumikan hanya selang 3/4 baris dr kubur arwah ayah sy.


sy dapat sms berita hampir jam 5.30am kamis tu. terus bkk page airasia paling awal flight p jb dr penang 7am, mmg x smpt kami nak kejar. then ptg hanya kul 4pm, mmg x smpt. after dscs2 ngan hubby decide amik flight ke kl 8am then dr kl flight ke jb or spore. kemas2 lebih krg then trus msk kete. tetiba bila dah tnng skit sementara tggu pnskn enjin kete hubby tukar plan kata drpd kita gelabah nak p sana sini naik flight yg mmg x smpt nak jmpa jenazah atok b4 kebumi n keadaan cuaca pun hujan je kot flight delay sana sini, better drive straight ke jb dr penang. since isnin hubby pun ada urusan keje kat kl kami decide naik balik kemas baju2 byk skit trmasuk baju keje then trus gerak balik jb. FIRST time drive straight dr penang ke jb, gerak dkt jam 9am after bfast smpi umh bonda jb hampir jam 4pm. kami cuma stop lunch n solat kat ayer keroh. allahyarhamah ninda dan selamat dikebumikan lps zuhur td. x smpt kami jumpa. ptg smpi rumah masih ada few family sepupu2 n makcik pakcik dr kmpg yg tggl. bz tolong bonda siapkan persiapan tahlil arwah malam tu. semoga roh arwah tok mak tenang di sana. syukur arwah pergi dlm keadaan yg mudah, dlm tidur dan dlm genggaman tgn bonda yang tidur atas kerusi di sebelah katil atok berbantalkan tilam atok malam terakhir tu. bila balik tengok dkt tikar dan tilam yg atok nslalu tidur terbayang bayang juga.. al-fatihah... selasa balik penang smula. as usual balik travel bz mengemas n laundry. next week travel lagi. esok, jumaat sy start first class sy :). lama x jd student balik..

0 comments: