alhamdulillah, sy dah 95% sihat.. semalam appmnt sy yg ke 4 dgn dr.marsita. b4 ni i did mentioned yg kami decide utk hold dulu treatment ni disbbkan kebz en.hubby. tp hubby kuat nak kami teruskan jugak n jgn skip 1 cycle pun. so dsbbkan dr awl sy x decide nak jumpa doc day 12 menses sy kali ni, so sy x wat appmnt la. tp rezki kami masa sampi smlm even lewat skit kul 9.30am (biasanya b4 9 dah smpi), sy patient ke-2 tp doc pagi ni ada ivf so masuk klinik lewat skit. so sempat la p mkn kat cafe bwh tu (yg sgt mahal okeh, mee sup ngan nasi goreng + 2 wantan, hot milo ngan guava juice rm17!!! mmg cekik darah. hubby kata udah yg sendukkan mknn pun pakai tie n kemeja bagai kene la kita cover cost laundry baju dia agaknya hmmm.. bangsar kan). pas bfast kami trus naik 4th floor semula n syukur x lama tggu kali ni, x smpi stgh jam turn sy. oh ya b4 tu cm biasa timbang berat n blood pressure dulu, n happynya bila sy turun 1.5 kg!! yeay, tp trn ni dlm masa sy sakit hampir seminggu n 3/4 hari x makan la, uh sgt x selesa.
mcm sy pernah story dlm entry part 3 sy, kali ni cycle sy sgt la pendek 21 hari shj. n kali ni cycle ke 3 sy dtg day 12 utk doc witness telur sy. to her surprised n sy jugak (after di explain), doc kata kat left ovary sy ada bentuk telur yg dah herot berot (x round shape yg cantik) dlm 21mm. maknanya mmg ada telur tp dah dilepaskan lebih kurang dlm 48 jam. saiz sgt ok cuma xtau knp sgt awal dia matang mgkn pada day 9 or day 10 lagi. doc x dpt pastikan ni adalah telur baru sy atau mmg telur cycle yg lepas sbb ke'awalannya n mgkn jugak sbb cycle yg lepas juga pada left ovary takot telur yg sama x kluar last month.. jadi kesimpulannya, doc kata pasni sy kene datang day 9 xleh day 12 mungkin cycle sy sgt singkat. alhamdulillah, nasib baik hubby kuat jumpa jugak cycle kali ni jd doc btl2 boleh monitor every cycle n leh advise accordingly memandangkan cycle sy yg x menentu. x la sy dok risau n asik stick pada day 12 n above utk hari subur. memandangkan harini x ramai patient, sy yg last utk haritu (ramai cncl sbb tau doc ada ivf xmau lama tggu, sib baik sy x kol n xtau n mujur ivf doc x lama) jadi mmg agak lama la kami sembang ngan doc, byk sgt yg doc explain pada kami. mcm masuk kelas biology pun ada, siap explain smbil tunjuk chart n gambar ovary kat bilik doc tu. kami puas hati sbb clear dgn explaination doc. then doc dscs psl iui n kami mmg dah seriusly consider utk buat iui andai cycle kali ni bukan rezki kami. so doc suruh sy buat upt on 25th kalau x menses lagi, n kalo menses day 2 sy kene dtg n mulakan prosedur iui kami.. mudah2an semuanya berjalan dgn baik.
sy x nafikan sepanjang semua treatment ni kekuatan emosi, perasaan, hati semuanya amat2 tinggi diperlukan. sy cuba untuk tabah n kuat tapi sy manusia biasa yg kdg terlalu mengikut perasaan n kdg berada dlm tekanan yg agak tinggi (serius!). sy x suka nak cerita side negative perasaan sy cuma apa yg sy ingin katakan n kongsi dgn kwn2 yg sama2 diuji seperti sy: dlm masa treatment dan usaha kita ni mmg baaanyak sgt dugaan akan dtg dr dlm dan luar kehidupan kita sendiri. semua ni mmg sgt sgt sgt menuntut kekuatan jiwa dan emosi utk kita maintain ketenangan (bkan shj depan org tp lebih penting dlm hati kita) dlm perjalanan meneruskan usaha. kita x boleh stress, kene tenang untuk maintain perjalanan n pertukaran hormon cycle kita dgn baik. namun dlm masa yg sama dugaan2 ini kdg buat kita lupa tuntutan smgt utk jauhkan diri dr stress. pergantungan diri pada tuhan n dktkan diri dgnNya tulah sumber kekuatan utama. sy sendiri mengalami tahap tknn tggi waktu menses sy yg agak lama hampir seminggu n dlm masa yg sama sy x sihat, lemah sgt. mgkn masa tu dlm keadaan x bole solat n emosi x stabil sgt mudah benda -ve nak dtg. mcm2 sy fikir n kdg kesalkan, kdg rasa dugaan dtg satu demi satu. masa ni n masa lainnya kita sgt sgt sgt memerlukan sokongan dr psgn hidup kita. kita bukan lalui semua ni sendiri, baby ni sendiri akan dtg dr 2 org bukan kita seorang. husband juga perlu kuat smgt. msg2 sgt perlu untuk jaga perasaan masing2, perlu sgt memahami. kita xde org lain yg paling faham situasi kita melainkan psgn. sgt penting untuk sama2 buat resolusi, luahkan perasaan n harapan pada diri masing2 dlm perjalanan usaha n treatment ni. insyaAllah dgn izinNya kita akan kuat hadapi semuanya. xkan ada jalan mudah, sy ingatkan diri sy yg kami ni dipilih oleh tuhan untuk menerima ujian ini. DIPILIH!, mesti ada sbb. ada seribu rahmat atas dugaan ini, jadi utk menerima rahmat dan hikmah yg dijanjikanNya tu sy perlu tempuh jalan sukar ni. jalan sukar menahan rasa tekanan dan mcm2 ni. bila sy sendiri (di tgh kebz hubby dgn kerja), sy sgt tnng baca buku 'La Tahzan' yg pernah sy ceritakan kat sini.. nak nak bila x boleh solat, sy baca kuat skit sekurang-kurangkan telinga sy dgr. seolah mcm ada org yg bercakap dgn sy. yer, sy tenang balik. La Tahzan, byk sgt merungkai hakikat dugaan hidup. knp kita perlu kuat n tabah hadapi semua. hakikat janji-janjiNya pada hamba yg sabar dan tenang dgn ujian.. alhamdulillah, bertuah sggh sbg muslim kita ada pedoman hidup kan.. ok, sy perlu bersiap utk mulakan kelana sy n hubby ke utara. tghari ni kami berdua akan ke penang sampi sabtu n ahad end our biz trip di ipoh. semoga trip kali ni dpt ubat hati sy, kami happy n fresh bila balik mggu dpn untuk mulakan perancangan baru.. oh ya walaupun kami bersedia utk step treatment seterusnya, kami masih lagi berharap pada cycle ni. mana tau kan rezkiNya, xleh berhenti berharap.. ok gtg!..
2 comments:
Salam
semoga semua berjalan lancar. terima kasih atas tips2 ... saya sedang merancang step yang amat penting. agak mendebarkan. banyak yang perlu dipertimbangkan, dalam masa yang sama perlu belajar cool. nasihat awak menguatkan apa yang saya dah terfikir... tak boleh stress. semoga awak, saya dan lain2 berjaya.
salam irtiyah..
insyaAllah, tq jugak info n sharing exp dlm blog irtiyah. gud luck yer, sama2 kita kuatkan smgt n penuh yakin rezki kita mmg ada. bby2 kita dah ada kat syurga tggu time je Allah izinkan jmpa kita (:.. be +ve n happy slalu okeh
Post a Comment