Thursday, December 16, 2010

indahnya ciptaanNya.. bersyukurlah

something to share.. subhanAllah! sungguh sempurna, indah dan terlalu agong penciptaanNya.. semoga semua drpd kita diberi anugerah yg tak ternilai ini.. dan yang telah diberiNya pengikhtirafan untuk bergelar ibu, bersyukurlah dan tahniah atas anugerah yang tak terhingga ini. saya kagum dgn semua yg sehabis baik menjalankan tanggungjawab dan memelihara amanah ini dgn baik. cahayamata amanah dari Allah, hanya pinjaman.. bukan semata-mata hak kita. diberi pada kita dalam keadaan yang cukup sempurna serba serbi, amanah ni perlu dijaga, diberi haknya dan kasih sayang sebaiknya, dididik dan dibekalkan dgn ilmu dunia dan akhirat agar dia membesar dengan baik, sempurna dan satu hari seperti kita juga, dia akan kembali padaNya semoga kembalinya kita semua dalam keadaan yang bersih dan sempurna iman dan sesuci sepertimana kita dilahirkan.. insyaAllah..

video ni cukup menyentuh hati saya, bila benar2 hayatinya sy dapat rasakan getaran naluri 'itu'.. dan tanpa disedari, sy rasa sgt rindu pada 'dia'. seolah-olah sy mengenali dan mendekati penciptaan awalnya dlm rahim sy sendiri, walaupun sy xtau bila masa tu akan datang.. tp sy yakin pasti sampi. mgkn x smpi sebulan lagi baby (angkat) sy akan lahir, sy slalu terbayangkan dia dlm rahim ibunya. tiap kali selepas solat, sy slalu bayangkan 'dia' :sy sampikan suara hati dan doa sy dari jauh, semoga dia sihat dan membesar dgn sempurna, selamat dilahirkan dan proses penyerahan kepada sy juga berjalan dgn baik.. cahayamata, anugerah yang juga amanah dariNya...

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulilah...
aina