Sunday, December 19, 2010

kita merancang, Allah merancang...

bismillahirrahmanirrahim..
.
kita merancang, Allah swt juga merancang.. namun Dia lah sebaik-baik perancang, dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Dia merancang apa yang terbaik untuk saya dan suami. walau sehabis baik kami merancang, namun sy xtau samada di masa hadapan apa yang akan berlaku, baik ataupun tidak. hanya Dia yang mengetahui. percaya pada Qada' dan Qadar Allah tu rukun iman kan, jadi sy redha dengan ketentuannya. sekali lagi sy diuji. mgkn sesiapa yg follow post2 sy tau sejak bbrp post sy yg lepas sy dah mula ready cerita ttg anak angkat sy. yang sebelum ni sy tahan hati je nak cerita (even sy dijanjikan sejak baby masih 6 bulan dlm kandungan lagi) coz x brani sgt berharap. dah beberapa bulan sy menghitung hari. sy dah mula agresively buat preparation. baju2 baby n sikit barang2 lain sy dah beli. few times sy n hubby p survey baby shop n paling seronok masa p mothercare centre kat bangsar, kami pegi mggu lepas. teruja betul tgk brg2 baby. mulalah kami berangan, klakar juga masa tu. comparing prices n kami decide minggu ni b4 naik penang hari kamis nak p shopping brg2 baby. hari hari slalu sy surfing n melompat website brg2 baby. n dah mark kat wish list brg2 yg nak beli. mmg mggu ni nak settlekan semua. dan 2 post sy yang lepas sy dah cerita yg sy tgh amik jamu2 n minum ubat untuk keluarkan susu. dah separuh ubat tu sy makan. dah terasa bam bam sy makin bsr, mgkn production susu da start kot tu, xtau la...
.
namun skali lagi sy katakan, Dia maha mengetahui. Dia sebaik-baik perancang. tadi sy sms sdara sy yang bertggjwb jd org tgh antara sy dgn ibu baby tu. sy tanya dia gender baby, sbb dah dekat rasanya x salah sy tau. awl2 tu masa dia 7 bulan sy pnh tanya tp dia kata trima je la boy ke girl n jgn harap sgt doa banyak2. terkejut jugak knp mcm double meaning je. sy x kisah sy cuma tanya je. sy tahan je hati bila dia kata mcm tu, sbb sy mmg nak baby tu. sy doa banyak2. so sy x boleh la nak tya mcm2. sy byk surf n baca exp org yg amik anak angkat, mmg mcm2 pengalaman diorang. so sy trima je, tu yg baju2 baby pun sy beli color2 natural. sy dah siap masukkan dlm storage box semua brg2 tu. berbalik pada sms psl gender baby tu, then dia kata ibu baby tu x jadi nak bagi kat sy. dia nak bagi kat sepupu dia. terkedu n tersentap juga sy baca sms dia. sy terdiam, lama.. xtau nak jawab apa. hubby xde kat umh, dia ke mlaka awl2 pagi td ada keje. mlm ni baru balik. sy tarik nafas panjang2, ingat kat tuhan n sy tenangkan hati sy. sy tau Dia yang menentukan ni semua. pasti dan yakin ini adalah terbaik. tapi sy manusia biasa, sy ada hati. sy ada perasaan. sy rasa sy kene luahkan. n kat sini la the best sy nak story. lepas tenangkan hati tadi, sy sms kakak tu. sy kata xpela, mgkn bukan rezki sy. mgkn ada hikmahnya. dia offer untuk try carikkan baby lain. tapi sy dah xde hati nak harap melalui dia. sy kata sy akan tanya suami dulu..
.

xtau sy nak cakap apa yg sy rasa skrg ni. cuma apa yg sy nak cakap. pada semua kawan2, yang Allah anugerahkan zuriat, bersyukurlah banyak2. jagalah amanahNya dengan baik. anugerah itu cukup besar. sy x dapat rasa, ramai yang Allah uji dengan macam kami. namun sy tau sy dipilih olehNya untuk menerima ujian ini, sbb dia nak sy kuat. Dia nak beri kekuatan dan kekentalan hati pada sy. dan mudah2an ada rezki yang lebih baik untuk saya. sy tengah sibuk kemas2 barang2 rumah utk pindah ni. sy rasa sy perlu sibukkan diri utk tenangkan hati sy, lawan perasaan sy kan. kawan kawan, doakan sy kuat hadapi ujian ni yer. trima kasih
.
.

p/s : tickers kat sebelah tu sy akan biar kat situ

5 comments:

Irtiyah said...

Salam

Insaf saya, betapa Allah itu memiliki segala2nya. Kita tak mampu berbuat apa2 bila Dia belum mengizinkan. Walaupun anak angkat.

Awak.. sabar banyak2 ya. Mungkin ada yang lebih baik menyusul sebentar lagi. Hugs~

nurkasih... said...

Salam mama juju..bykkan bersabar..ade hikmahnya tur.Tgk2 ade baby sendiri dlm perut tur..ameen..positif2..jgn sedey2..smileeee:))jom kite packingg...hehe

mommy juju said...

salam irtiyah..

tq.. yup dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita, redha n yakin Dia punya perancangan yang lebih baik, insyaAllah..

mommy juju said...
This comment has been removed by the author.
mommy juju said...

salam nurkasih. tq mudah2an hikmah besar menanti. moga hijrah buka byk pintu rezki, termasuk baby. okeh jom tolong packing :D