hubby harini ke jengka,pahang 2 mlm then ke k.tganu sampai sabtu. hubby p ngan best companion dia dlm biz. diorg p ber2 je, wife2 n anak tggl. sy mulanya plan nak balik pd umh mertua then balik jb. sungguh happy jugak la bila ingat nak balik jb ni, tp last min hubby x bg la pulak. punah hrpn sy nak manja2 ngan bonda n memanjakan anak2 sedara dgn addiction baru sy wat kek, n keghairahan sy nak cuba mcm2 resepi baru ni. yerlah kat jb ramai anak2 sdara mara tukang mkn. iyer sy excited okeh. angan2 sy ni jauh sgt so bila at last x dpt balik tu sedih la juga (sgt sedih mulanya). hmm sy rasionalkan diri sy sebaiknya huhu, dia takut sy travel sgsorg (katanya la :), then dia risau sy ni kalau dah balik p sana p sini. siap plan nak bwk mak balik kpg kat segamat la. hubby xmau sy renyah2 sgt ke sana sini. (org kpg paham la renyah ni kan). dia tau sy ni kalau balik kpg tu kalau boleh sume umh makcik pakcik sy nak p, jadi sgt la risau suamiku itu bila isterinya ni jln sana sini pompuan pompuan ajer..
sy kene ingat, skrg ni dah jd milik org kan so kene la jaga diri tu jgn berani sgt cam time anak2 dara dulu. dulu ms anak dara bole la dikatakan sy ni agak independent. ayah dah xde, sdgkan selama hayat arwah ayah sy dia slalu bwk kami jumpa sdara mara specially time raya, kalau kat segamat tu rumah wajib sume pegi then bwk sampi ke muar, kluang etc. jadi bila ayah dah xde, sy x dpt terima kalau kami hanya beraya di jb shj sbb sdara mara ramai sgt kat kmpg. sy ttp nak teruskan culture yg arwah ayah dah bwk selama ni. jadi sy ttp akan bawa mak n anak2 sdara yg tggl skali ngan bonda untuk blk kampung. ikutkan sume pompuan n anak sdara lelaki sorang je la hero kami. tapi sy agak berani la jugak even kdg memalam pun drive ngan kete chomel kancil putih sy tu dr jb ke segamat la, ke muar, ke kluang. bila ingat masa2 tu ish ish knp dulu sy brani sgt x mcm skrg ni. tapi kesimpulan yg sy boleh buat, sy lebih sygkan diri sy cmne sy sygkan hubby, sygkan keluarga yg baru 2 thn 8 bln ni n ingat semua dream bersama. jadi sy lebih menghargai diri sy n lebih hati2. xper, insyaAllah bila hubby kurang bz nanti lagi baik kami balik sama kan.. bonda sy pun sbnrnya x bg sy balik sorg n soh ikut ckp hubby. nak jadi anak n isteri solehah kene dengar kata hihihi.. bonda n hubby, i luv u both soo much.. mmuahh.. (psstt, hubby jgn lupa bwk balik ole-ole dr ganu okeh ;)
Monday, April 26, 2010
pantai timur..
Posted by mommy juju at 8:38 PM 0 comments
Labels: balik jb, bonda, pantai timur trip
Saturday, April 17, 2010
quick update..
Posted by mommy juju at 2:31 PM 0 comments
Labels: baby, feelings, fertility treatment, penang, utara trip
Monday, April 5, 2010
cobaan.. cobaan..
kek vanilla badam, dark choc cake n cuppies (1st time try deco..klakar jer rupa hihi)
sesi penantian penuh harapan.. qiha & nina.. (yg dgn beg merah tu hubby sy, dlm beg tu penuh kek2)
ok dlm sy terfikir apa hikmah atas semua ni sy teringin kakak ipar sy smlm ada kata yg kwn dia slalu p kompleks tabung haji kelana jaya beli air zam zam. so pagi tadi sy pun google la kat mana lagi leh dpt air zam zam yg dekat skit. alhamdulillah, sy jumpa info kat sini (susuibu.com) yg kita boleh beli air zam zam kat bangunan tabung haji kat jln tun razak. dlm google2 tu mcm2 cerita pengalaman org yg dpt khasiat air zam zam ni. yg paling menarik perhatian sy bila ada sorg mmy ni kata masa minum air zam zam dia niat supaya Allah banyakkan susu utk dia susukan baby dia. n subhanallah, esknya dia dpt pam 7oz!! di mana sblm ni paling byk pun dia dpt 3oz skali pump.. subhanallah, semua kuasaNya kan. kuatkan lagi semangat sy nak ajak hubby p bangunan tabung haji nak beli air zam zam. oh ya air zam zam ni seperti yg semua tau kerajaan arab saudi bagi percuma pada semua umat islam yg dtg ke tanah suci, namun kita beli di sini sebagai bayaran kpd kos2 pengangkutan dan pengurusan utk dibawa ke sini. dah tau boleh dpt kat kl, insyaAllah nak slalu amalkan..
kat r&r dengkil, sejuk hati tgk muka si comel berdua ni...
Posted by mommy juju at 9:45 AM 2 comments
Saturday, April 3, 2010
air zam zam, penghulu segala air..
esk bonda sy balik dr umrah, dijangka sampai klia pukul 10.30am n flight ke senai johor ptg dlm kul 3.00pm. so sempatla jumpa bonda dulu. n kul 3pm tadi (10am waktu kat jeddah) sy kol bonda, alhamdulillah bonda sihat n sy pesan kat bonda nak air zam zam n asingkan ngan beg lain. sbb brg2 besar semua trus check-in utk flight balik johor. bonda kata, 'mak ingat, mak dah siapkan dah air zam zam ngan kurma utk ya & yen' (sy ngan abg sy yg ada kat kl gak).. yeayy, alhamdulillah.. teringin sgt sy nak minum air zam zam.. x sbr nak jumpa bonda esk.. pagi esk abg sy n fmly akan dtg umh sy dulu, pas bfast sesama kami akan gerak skali ke klia.. mudah2kan semuanya lancar n bonda selamat sampai.. aammin..
.
.
sy google tentang kelebihan air zam-zam dan sy jumpa link ini, yang cukup buat sy bersyukur.. moga hajat sy&hubby juga tercapai.. sy paste di sini apa yg dihuraikannya..
Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).
Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudah pun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."
Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah (lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai(kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas r.a. apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: "Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu s.a.w. bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
wassalam..
Posted by mommy juju at 5:06 PM 0 comments
Labels: baby, bonda, fertility treatment, mknn arab
fertility treatment (part 2)...hibernate @ home..
bilik utk buat sa @ pantai bangsar
Posted by mommy juju at 9:17 AM 3 comments
Labels: baby, fertility treatment, gynea