Sunday, December 4, 2011

holiday sabah with my 4 mths old cik baby fathiah

tajuk: bercuti di sabah negeri di bawah bayu




tujuan: berehat-rehat dan bersantai bersama keluarga
ulasan: alhamdulillah dapat rehat n seronok secara keseluruhannya. paling seronok sbb bercuti ber3 dgn cik baby sy yg 1st time masuk pool dgn kibininya. dan juga 1st time bwk naik flight. ummi n abi yg terlebih excited heheh. rasa seperti nak smbg lagi 3/4 hari. apakan daya tiket flight balik dah booking nnti rugi. serta urusan kerja x boleh ditinggalkan terlalu lama nnti masuk angin lemau heheh...



tarikh: 19/10 hingga 22/10/11
ulasan: percutian telah di angan-angankan agak lama sejak pertengahan tahun yg lalu mgkn tp kali ni bila msuk je bulan october kami serius memikirkannya. tarikh telah di log dan untuk menguatkan lagi semangat bercuti, flight ticket telah dibooking dahalu baru carik hotel dan merancang apa, di mana, bagaimana dan seterusnya percutian ini.



tempat tinggal: nexus resort & spa karambunai
ulasan: owh karambunai ini telah sgt lama bermain ni dlm mimpi, syukur punya rezeki utk smpi sini. yup 'some say its heaven' itu tagline promotion depa. betul ke? idokle heaven tapi mmg best la jugak. tempat yg sgt besar iaitu seluas 3,335 acres, di mana ia meliputi kawasan hotel aka resort, padang golf, hutan dara yg sgt natural dan memberi suasana santai, nyaman dan back to nature yg best. mempunyai private beachnya sendiri. sy sgt kagum dgn air laut yg membiru sgt2, betul biru bukan hijau2. sgt cntik ambik gmbr. tapi x smpt mandi laut, bawa anak kecil x sesuai kot. sbb pagi menikmati bfast yg best then santai2 kat pantai je. sini kul 8am dah mcm kul 9am cepat panas sbb mmg beza dekat sejam dr semenanjung. subuh pukul 4am pagi yer kawan2. kalau pukul 5.30am tu dah tengah2 subuh dah n jam 6am matahari dah bukak pintu nak kluar :). untung org2 kat sini mcm dpt extra time 1 hour kan, yelah bgn subuh kul 5am, kul 6am dah terang tapi kul 8.30 or 9am baru msk keje. kan ke dr 6am to 9am tu mcm2 boleh buat kan.




pengangkutan dr semenanjung: pesawat air-asia
ulasan: pesawat air asia tambang murah tp xdelah murah sgt pun (mgkin kerana booking tggl lagi seminggu lebih je nak p, kalau awal sure lagi murah agaknya) walaupun begitu sgt murah berbanding mas yg jumlah harganya rm1000 lebih mahal drpd harga airasia utk trip ini. oleh itu berbaloi baloi memilih airasia utk perjalanan yg memakan masa 2jam 45minit. tahan je la kejap bila ada rasa sempit2 skit tu. sbb nak luas 2jam 45minit akan kerugian rm1000 di mana jumlah ini boleh buat beli mutiara sabah, p memanjakan diri di spa karambunai dan makan seafood sabah yg best2, n kgkdg kalau tarikan graviti sgt kuat utk kluar dr bilik dan memandu keluar mencari makan, hav to order room dining di mana nasi goreng nya adalah rm37 hengget sorg, aduuhai. tp dah jimat kat flight ticket kan ehehe. n ini percutian setelah 2 thn x cuti2 santai xpe sesekali. jgn buat slalu mau botak kepala dan botak jugak kepala lutut hilang bulu2 roma sume :). oh ya cerita menarik, sebaik shj duduk di seat msg2 sblm take-off cik baby sy tgh mengeluarkan satu bunyi yg sgt tidak asing bg ummi dia. sib baik pelan je then skali ngan bau chait, dia leh buat kuih plk ni. udah le xleh p toilet b4 take-off ni. thn je la. pastu tima take-off mmg advisable bg bby memil atau hisap puting bg mengurangkn tekanan kt telinga dia. pas memilk tu dia dido pulok, dgn 'kuih still dlm oven' dia hihihi. sib baik tdo x lama. bila dah ok sume cpt2 ummi p cuci, merasa la cik baby buat kuih dlm flight n dibwk terbang kuih tu smpi sabah kahkah. fathiah fathiah :P




pengangkutan sepanjang di sabah: sewa myvi kaler putih.
ulasan: memula plan nak sewa2 hari je n nak p n balik semula ke airport hanya naik teksi tapi memandangkan harga teksi dr airport ke karambunai pegi dah balik adalah sama dengan atau lebih kurang dengan harga menyewa kereta sehari, keputusan dibuat utk terus menyewa myvi itu dr kami sampi drive sendiri p hotel sehinggalah balik semula. total sewa 3 hari. lagi best jenjalan sendiri ikut suke hati nak p mana, buat kereta mcm kereta sendiri ya. cuma ada sedikit kekesalan di mana minyak telah di isi penuh oleh hubby tapi kami guna hanya setakuk. resort adalah seronok dan rugi asik nak keluar je. bwk anak kecil kene pk keselesaan anak juga. asik nak di hangkut ke sana kemari sian dia, time tdo, time susu, time change mmg ala2 musafir tp best! adventure hehe. ini juga kerana diwaktu petang hari hujan di sana, x sesuai nak kluar. karambunai ini adalah jauh sedikit dr pekan dan masuk ke dalam, pukul 6pm sudah malam dan gelap adalah agak scary (wpun memasing buat2 cam control je, sy siap bayangkan ni jln kat area bangi lama je ni nk sdpkan hati yg agak cuak) bwk kete dlm kegelapan dan bila memikirkan kamu berada beribu ribu km dr rumah dan ini tempt yg sgt asing. tapi kami ber2 ni mmg main redah je slalunya. berbekalkan ayat kursi insyaAllah xde apa, apa nak takut malam n siang bezanya matahari xde kat situ je dia p tempat lain. bulan kan ada, bulan kan comel. Allah swt kan ada ehee :).. tapi lesson learned lenkali booking sewa kete sesiap online, harga lebih murah dan servies lebih bagus sbb kereta ni kami terima dgn minyak yg dah nak abis, adakah patut. sib baik stesen myk petronas hya lebih krg 10km dr airport masa mula2 ambik tu.


aktiviti hari pertama: menikmati keindahan dan keselesaan dan pelaburan di bilik hotel dan resort.
ulasan: kami smpi airport lebih krg jam 1.30pm lepas selesai urusan luggage dan melalui imigresen di sana. dtg ke sabah atau sarawak buakn seperti masuk ke mana2 negeri dlm semenanjung ya. kene melalui imigresen dan ada pas lawatan yg diberikan dimana kita hanya dihadkan berada di sini tidak lebih 3 bulan n perlu kluar mcm org kat oversea tu kan. urusan di imigresen agak ketat dimana segala dokumentasi perlu jelas. kami check-in kat hotel jam 4pm lebih kurang. cik baby terus tertdo pas memilk, penat gamaknya. pastu mandikan baby n lepak2 dlm bilik then makan malam ambik room dinig shj, penat nak kluar n x berbaloi nak ambik buffet dinner. harga buffet dinner adalah rm98++ seorang dimana kalau di comparekan dgn mknn yg dihantar ke bilik utk 2 org adalah kurang drpd harga buffet dinner seorang. so dinner pospone hari lain ya. pas mkn2 n lepak. kluar utk ambik angin malam keliling resort. nasib baik kami mmg ambik room dkt oceon wing dimana wing ini attach dgn main lobby dan mudah utk pegi ke breakfast restaurant (bfast adalah included), dkt dgn sport centre (gym, games room, kids room, library etc), main swimming pool, borneo spa n bermacam lagi. oceon wing ini memanjang dan ikutkan agak jauh skit dr lobby tp sbb dia attach rasa dekat je. kalau dok kat villa mmg x attach n kene lalu laluan luar sikit utk masuk area main resort building ini. seronok jugak even pusing2 mlm2. baby dah dido dlm stroller, so dia x sdr pun kene tolak jnjalan keliling resort. balik bilik dido.


aktiviti hari kedua: pegi pasar filipina carik mutiara sabah n sggh 1borneo plaza
subuh sgt awl, pukul 5am dah kene bgn subuh kalau x sure terlajak. jadi semua alarm hphone kami kene tukar lah instead 5.30-6am ke 4.30-5am. sungguh sgr bgn pagi bukak sliding door skit dgr bunyi ombak. oh ya sgt suke bila balcony mmg mengadap laut lepas n bunyi ombak sgt menenangkan. jam 6am dah nampak laut n terang. siap2kan cik baby kami p bfast. x mandi lagi pun (sapa tau ramai je p bfast x mandi kan hee). bfast best byk choice, even mcm2 ada sure mknn melayu jugak jd main course kan mcm nasik lemak atau bihun grg. ns lemak dia kaler kuning, smbl dia sdp mmg mcm kat semenanjung sib baik. bila nak balik terserempak dgn chef dia borak2 rerupanya org nogoghi, borak sakan kat meja kami. padan la mskn dia mmg melayu btl n kene dgn tekak. (sabah je pun bukan hotel kat jepun kan :). then bersiar2 kat tepi pantai dgn cik baby pakai baju dido lagi, umi n abi x nmpk mcm baju dido pun kiki. gitu2 gini jalan2 keliliing resort waktu dah terang (mlm tadi gelap x nmpk sgt luar) balik bilik dkt tghari gak la. mandi2 manda n after zuhur sesiap kluar (zuhur 12pm++).. before kluar google map dibelek utk memastikan arah dan road (kami xde gps slalu main redah je n ikut google map). decide nak p 1)pasar filipina (depan hotel le meridien-tau pun masa jmpa blog org, snng kan dah plan sesiap). 2)p mkn seafood kat tanjung ara..

before jnjalan town tu sggh kat 1borneo plaza dulu ada brg nak carik, brg cik hubby n cik baby. hubby wajib carik sandal sbb sesampainya di airport semalam tapak kasut tercabut alahai cian dia. plaza ni sgt besar dan baru bukak jadi byk sales best2. hav to focus n ingatkan diri ada limit kg yg boleh dibawa balik ya. so carik pelampung cik baby, sandal cik hubby, tripod then kluar gerak ke bndar kk. hujan agak lebat gitu gini smpi kat pasar filipina dah dekat kul 5pm dimana dah mcm nak gelap sbb kul 6pm dah maghrib. kat sini beli brgn hasil laut kering mcm ikan bilis yg sgt murah, dah kopek hanya RM15 SHJ sekilo ya, mmg best n ikin bilisnya nmpk cantik n baru, udang keriing juga merah segar lagi, ikan keropok beli lebih bg sdara mara, then sotong kering. pastu p area mutiara sabah yg sgt byk choice. rezki 2 org kakak tu di mana kami terhenti kat kedai dorang, dok situ belek mutiara sejam lebih sgt seronok n dek kerana dah gelap balik jugak la hehe. mutiara sabah disini dibuat mcm2, ada brooch, ada rantai, ada gelang, ada tasbih pjg 100 biji, tasbih pendek 33 biji, butang baju melayu. ada 2 jenis mutiara, mutiara bela air tawar dan mutiara air masin. mutiara air masi bentuk dia mmg cantik bulat dan agak mahal berbanding air tawar yg dibela ni bentuk dia x bulat betul n lebih murah. souvenir utk family n kwn2 rapat kami beli tasbih mutiara, gelang mutiara, brooch, fridge magnet & keychain utk anak2 sdara. sbb dah gelap n gerimis di luar cecepat la balik hotel. utk mkn malam kami plan utk tapau dr mana2 kedai. dr town kk nak balik ke karambunai ada lalu kwsn shop lot yg ada byk kedai mkn melayu ala2 kedai kelantan tu. tapi bila lalu petronas yg ada drive thru terud decide mkn mcd je. snng xyah kluar anak pun dido. then terus lah meredah kegelapan mlm balik resort hotel. mandi makan zzzz.



aktiviti hari ketiga: bawak cik baby mandi pool then berehat rehat dan memanjakan diri di borneo spa.
pagi cm biasa p breakfast then cecepat naik n siap2 nak p mandi kat swimmg pool antara kingfisher n penyu restaurant tu. time tu dah kul 10am lebih dah mcm kul 11am n dah agak panas skit tapi pool baby siap ada canvas jadik x panas. 1st time bwk fathiah masuk pool. memula tu takut gak bila pk kot alergi dgn klorin ke n kolam kan ramai yg masuk sure xla brapa bersih. tp kalau dimanjakan sgt anak ni nnti kulit dia manja n itu x boleh ini x boleh lagi susah. alhamdulillah smpi balik ni xde apa pun n fathiah kebal syukur next time boleh la umi abi bwk mandi kat bwh rumah. dekat setahun pindah umi pun x pnh mandi kat swmg pool bwh lagi. ms p carik pelampung fathiah kat 1borneo smlm x jmpa yg sy nak, aritu carik kat gurney drive pun xde. ambik je la yg ogival bulat cam kat atas tu. ingat nak yg letak kat leher tu je bolehla dia berenang renang sendiri. xpe nnti beli online. pas mandi pool, p ambilk gambar kat tepi pantai tp x p smpi pantai pun depan2 skit je sbb dah tghari. balik bilik mandi2, baby kepenatan pas memilk dido. tghari ni pun order mkn je. menu sgt sedap la nasi goreng kampung seafood. ada ns goreng, udang ada, ayam ada, sotong ada tp ns goreng msk sendiri adalah lebih sedap hmm. okla yg penting x larat keluar letih mandi manda. mula pg plan nak p kaki gunung kinabalu tp memandangkan perjalanan pergi dan balik katanya memakan mas dlm 5 jam owh sgt x sesuai bawak baby nak meredah kwn x biasa n x selengkap plus hgwy yg ada rnr tu. mybe next time kalau p berkawan atau baby dah besar skit.. ptg hujan agak lebat juga membantutkan plan kami nak p makan seafood kat pekan kk. owh agak kuciwa tapi kuciwa diubat dengan something yg lebih baik hehe. hubby setuju nak treat ummi dgn spa. hubby ambil foot reflexology dan sy ambik borneo full body massage. hubby p spa dulu then sy decide p mlm skit supaya baby tdo snng abi nak jaga. both habis men'spa'kan diri dlm kul 9.30pm. rezki dpt jugak p mkn seafood bila hubby decide kami ambik buffet dinner yg mmg friday night is a seafood night best2 (rasanya hari2 ada gak kot). best2 even dkt kul 10pm gak kami smpi kat kingfisher tp dpt la menikmati seafood sabah yg best. kekenyangan n kepenatan after spa, balik2 pas solat zzz.


cik baby firstime mandi manda @ swmmg pool


my fav pic.. nice view subhanAllah

lunch @ the balcony



ummi memanjakan diri @ spa



abi amik turn jaga cik baby :)



aktiviti hari terakhir (ke 4): packing2 awal chec-out p psr filipina g x cukup souvenir hihi
pepagi bagn b4 p bfast dah siapkan semua packing brg2, siap mandi n siapkan anak. then baru p bfast. balik bfast btau bell boy pickup beg2 then terus check out. flight kami kul 1.15pm n kuar awl sbb nak sggh psr philipine lagi nak beli lg mutiara n ikan bilis rasa x cukup la rugi x beli lebih murah hehe. tukang msk kan kene la pk apa yg patut utk pemakanan keluarga :). sampi je pasar x smpt turun dah gerimis then baby 'buat kuih' cuci la dulu dlm kete. mencabar bila seat blkg dah penuh brg kene la cuci kat seat depan. adventure dgn cik baby yg dah mula lasak n nangis bila kene dok diam2 nak change. ok selesai. msk xleh lama hubby dah pesan beli yg dah plan je. huhu. then x smpi stgh jam semua dah cukup terus shoot p airport. oh ya kawan2 yg naik air asia jgn ikut signboard yg tulis airport shj tu ya tu nak pegi terminal 1 tapi airport air asia adalah terminal 2. sib baik x tersalah ikut. check in awal dlm 12pm dah masuk. sggh mkn sat kat kfc. gitu2 gini alhamdulillah kami smpi dlm kul 4.30 n siap semua bwk kluar beg dlm kul 5pm kat airport penang. kwn hubby ambik n kami terus p mkn kat sg dua. ok sekian nnti kalau ada tertinggal sy smbg g k. xde dah kot udah udah la tu hee..



p/s: ntah nape dah xleh upload pics pulak. so pic for 2nd day n last day x dpt nak upload. drpd dok simpan je dlm draft post je la dah sbulan dok dlm draft tu hehe...


0 comments: