Wednesday, August 25, 2010

15 ramadhan : 3rd anniversary..


salam 15 ramadhan semua..
harini 25 august 2010 : 10.18am 25 august 2007... genap 3 tahun lalu, sah la sy menjadi isteri kepada en.suami yg tersayang dgn sekali lafaz di masjid jamek pasir gudang , johor. masih sy ingat sahnya lafaz nikah si suami, tetiba hati sy jadi sebak jer. bergenang jugak la air mata ni tapi sy berjaya tahan hehe (konon nak cover), tapi bila selesai nikah n sarung cincin bila salam n peluk bonda time tu mmg xleh nak tahan dah. sungguh2 sy menangis smpi cair make-up n rosak bulu mata heheh. yg paling buat sy sebak bila peluk bonda ialah bila sy kenangkan hari bahagia sy ni tanpa allahyarham ayahanda. bila sy kenangkan betapa sy dekat dengan bonda selama ini, dan kini selepas bergelar isteri hidup sy didahulukan untuk suami. dan selepas ini sy akan jauh dgn bonda.. isk isk sebak2 tapi malas lak nak emosi sgt harini, nak happy jer hihi.. kalau nak story mmg panjang n memendungkan hari bahagia ni.
.


view from the balcony.. facing open sea, kecilnya rasa diri ni..

namun harini selepas 3 tahun menjadi isteri 'si dia' alhamdulillah, syukur yg amat tinggi sy panjatkan pada Illahi dengan kurniaanNya. sy bahagia menjadi isteri 'si dia'. segala susah senang n suka duka kami hadapi bersama. asam garam rumahtangga tu biasa la, tp bg sy semua tu buat kami jd makin rapat. antara hikmahnya kami masih ber2 sejak 3 tahun ni, mgkn sbb ke mana je ber2 sy n hubby dah mcm best friend rasanya. kalo x jumpa few days esp bila kgkdg hubby travel n sy x ikut, bila balik tu mesti byk sgt2 benda kene update, kalo boleh story setiap hari nak citer hehe. xyah lelama la, kgkdg tu bila kat umah hubby balik lmbt dr off tgh2 mlm tu dlm kengantukkan sy tu pun mesti sy akan spend at least 1/2 an hour dgr story si dia. sampai hari ni jugak lps 3 thn kawin, sy masih xleh msk tdoq even hubby kdg balik tgh mlm/awl pg. sy mesti kene tggu dia jugak. kgkdg tu bila gaduh2 manja tu, bila merajuk stgh hari pun dah rasa rugi sbb ada je cerita yg nak di share tetiba xleh share sbb konon2nya tgh majuk hahaha, padan muke sy kan. sapa soh mrajuk. biasa la pompuan, dia merajuk tu nak minta pujuk, nak bermanja la konon. ngan org lain or dgn family xkan nak mintak manja kan, x sesuai (ni alasan sy kat hubby kalau majuk hehe).
.

sunrise 26th Aug'10 morning, real nice view.. subhanAllah, subhanAllah..

anniversary.. mcm2 cara org smbut anniversary kan. memandangkan kali ni kami di utara n agak bz dgn urusan2 kerja sejak seminggu lepas (n ada lagi seminggu kat utara ni), so kami celebrate kat penang. dr awl b4 start travel sy dah suggest kat hubby p stay memana semalam utk anni kami kali ni. so hubby arrangekan la kerja2 dia supaya 25/08-26/08 dia free utk kami ber2 jer. ni la namanya travel dlm travel haha. kami stay kat hotel area tanjung bungah. bukan la hotel 5 star tp sy sgt suka sbb every room mgadap laut lepas yg sgt sgt cantik (subhanAllah) kat 8th floor. dari balkoni bilik mmg nampak seluas-luas lautan. bunyi ombak pun x berenti, masa sy menaip ni pun ditemani bunyi ombak yang menghempas pantai (cheh poyo bahasa). yup btol, mmmg sgt best. sengaja sy bukak jer sliding door bilik ni even malam sbb nak dgr bunyi ombak. pagi2 subuh tgk sunrise dgn angin laut, tenang je rasa. masa sunset semalam dah nak berbuka so lebih menumpukan perhatian kpd hidangan2 berbuka yg enak kat sini muehehe. n pagi tadi after a week berkelana ramadhan, for the 1st time kami bersahur dgn agak proper hehe. yerlah mcm entry sy yg lepas kan bila travel ni bab sahur tu la yg leceh skit.



another view.. apartment yg sgt bsr facing open sea, our dream to hav one! walla :)


ni after check-out tghari kami smbung trus smbg kerja. hubby ada urusan kat alor setar lewat ptg jadi sementara lewat ptg tu kami plan nak ke pekan rabu carik baju raya. sepanjang ke alor setar sblm ni ada few times gak ke pekan rabu (b4 n mmg x pnh lgsung ke pekan rabu), atau lebih tepat lagi bazar dkt ngan area pekan rabu. dpt la carik baju raya utk mak n ayah mertua (slalunya hari raya mmg hubby akan belikan baju raya sepasang utk mak sy, mak n ayah mertua). yg lainnya kami tgk, kat sini byk juga baju melayu dijual yg dah match dgn kain pelekat tanpa seluar. mulanya pelik jugak kan, mungkin org kedah ni suka p smayang raya pakai baju melayu ngan kain pelikat agaknya lah kan. atau ktrg je yg jarang kluar, jln tar tu pun ada agaknya. ntahnya, sy dgr org yg luar kl pun sibuk amik cuti p jalan tar shopping persiapan raya. kami ni dah 3 tahun kawin xde lak la rasa cam teruja nak p jln tar, cuma tahun pertama kawin je kami ada pegi (sesak tp mmg meriah). then thn ke-2 sy p ngan adik ipar ber2 jer. xdelsh shopping raya sgt pun, tgk org je lebih hihi. biasanya p masjid india utk tempah baju melayu hubby dkt tailor fav dia omar ali @ kl tradisional kat wisma yakin dpn masjid india tu. tapi sy ni pompuan mmg teruja jugak la kalo jnjln kat jln tar n masjid india tu tp mgkn sbb kekangan masa n cara hubby yg x suka window shopping n jalan tanpa tujuan, kalo nak p beli apa2: jalan, trus cari (n jgn la lelama kan), beli then balik hehe. tapi org pompuan kan, mesti la suka window2 dulu, tgk sana, tgk sini, compare harga, carik yg the best n kgkdg tu yg klakar kita org pompuan siap dah mark few baju then jnjln lagi, bila dah decide kedai yg ke-3 pegi td lagi cantik sure patah balik even dah smpi kedai ke-7 ke hihihi. itu dulu la time anak dara p ngan kgkwn. xde maknanya cik abg nak melayan kan. pnh jugak la dia mlayan tapi akhirnya dia x dpt men selindungkan keboringannya hihihi. so kesimpulannya, alang2 kami ada di utara ni boleh la diselitkan aktiviti menyopping baju raya skali di celah2 free masa yg ada. itu yang jadiknya baju ayah mertua, jubah raya mak mertua (sgt sedondon dgn baju melayu n kain pelikat ayah), n baju raya sy stakat ni kami jumpa kat pekan rabu. banyak sgt choice kat sini. cuma baju melayu hubby je yg x jumpa lagi, 1st time dtg survey2 n dah mark satu tp xde size. then 2nd time singgah lagi, pusing2 last2 dia ttp berkenan yg tu jugak. so btau la kat tokey tu nak size cmne, mslhnya baju size lain sluar size lain. tu la payah bli baju mlayu siap ni, b4 ni 3 kali raya mmg tempah kat omar ali, thn ni x sempat nak p kene la beli yg siap. rerupanya cmni la payah nak jumpa yg suit je baju n seluar. so 2nd time dtg dah btau kat abg kedai tu siap amik hp no, soh reservekan size yg kami nak. n alhamdulillah dia dah kol n ada. so harini sebelum hubby jumpa kgkwn dia utk berbuka sesama kat alor setar petg ni kami singgahlah kat pekan rabu amik baju melayu dia. hmm terserlahlah hakikat sebenarnya bukan org pompuan je yg teliti (bukan cerewet okeh!) memilih baju kan hihi. hubby lagi hebat 3x dtg baru jumpa. isk tersangat pjglah pulak story sy psl baju raya. tu la tenang n best sgt rasanya blogging smbil ditemai bunyi ombak :).. sy sebenarnya nak story psl anniversary ni, tapi dah melalut la pulak. ok xpe next entry sy buat special utk si dia okeh :)...



pekan rabu.. gambaq ihsan google

0 comments: