Monday, August 30, 2010

fertility treatment.. lama x update

salam..

harini dah msk ramadhan ke-20. sekejap je dah 10 malam terakhir ramadhan.. sayu sgguh rasa hati mengenangkan ramadhan yg dah nak pergi. xkan sama dgn 11 bulan lainnya kan, kalau ikut suasana mmg meriah ramadhan sgt seronok, bersahur, berbuka, terawikh, semangat mengkhatamkan quran etc, semua tu rutin ramadhan yg x kita jumpa di bulan selain ramadhan. dgn kemeriahan nak sambut aidilfitri, kemeriahan persiapan, sana sini bazar ramadhan, bazar baju raya, lagu raya, yg ceria, yg syahdu (sampai buat rasa nak balik laa ni jugak huhu) keterujaan nak balik kmpg smbut raya dgn family n saudara mara. mmg sgt2 lain. bila dah raya, meriah awl raya then everything akan back to normal kan (termasuklah dapur yg kembali berasap, pagi ptg mlm hehe cukup la cuti msk tghari sbulan). mudah2an amalan di bulan mulia ni, dpt sama2 kita istiqamahkan utk bulan2 seterusnya. tazkirah ramadhan yg sy dgr, sememangnya ramadhan bulan untuk kita didik diri, didik nafsu n training utk perbaiki amalan di bulan2 seterusnya. kalau ramadhan kita boleh buat, maknanya bulan lain pun patotnya boleh lah kan. ni sy ckp kat diri sendiri la. pesanan utk diri sendiri yg cepat lupe :). semoga kita bertemu dgn malam yg di nanti, insyaAllah amin..
.





now kul 2.20am, sy masih segar bugar lagi sbb td tdo awl (memandangkan after iftar n solat hubby ada urusan di sg.petani n sy x ikut so amik ksmptn berehat hehe. perjalan ke lumut awl pagi smpi lwt ptg harini penat jugak). bgn, solat n menghabiskan sedikit lagi bacaan then end-up sy sgt segar bugar la pulak. balik dr sg.petani tgh mlm tadi en.suami dah selamat d alam mimpi tu. so sy pun meneruskan addiction sy yg terbaru, tersgt rajin mengupdate blog. ada masa. pasni bz xtau la bila. hopefully xkan smpi bersawang lah kan. sbnrnya ada posting yg lama sgt dah sy nak story tp asik tertangguh. ni puun masuk 2 paragraph pjg lebar pun tp masih lari tajuk haha.. ok2 sy start.
sbnrnya bukan la update psl treatment sy sendiri pun, cuma sy nak berkongsi pesanan dato dr.fatma az-zahra yg sy dah dgr lebih sbulan lepas dr ar-rayyan astro oasis musim terbaru (ke-3). kebetulan masa sy tgk tu, dia cerita ttg zuriat.

.: PERTAMA :.
masa episod tu ustazah fatma jemput sepasang suami isteri yg dah berkahwin 2 thn masih belom dpt zuriat. ustazah fatma tanya, kenapa nak anak?. si suami kata nak penyambung zuriat, hidup berkeluarga yg bahagia (lebih kurang lah). then ustazah fatma ingatkan n tegaskan. sebelum apa2, sebelum kita doa mcm2 ttg keinginan dan pengharapan yg menggunung utk dpt zuriat, kita kene tau dulu kenapa kita nak zuriat. n NIAT kita untuk punya zuriat tu kene betul. bukan utk ubat kesunyian ke, untuk kehidupan yg bahagia ke, untuk nak tunjuk kat org ke, utk bermegah ke. ustazah kata, mana kita tau zuriat yg diberi tu bakal bahagiakan kita. mana tau bg lagi byk masalah. jadinya, ustazah fatma kata niat kita kene betulkan. mohon zuriat yg soleh & solehah, agar zuriat kita tu nanti boleh mendoakan kita bila kita dah kembali padaNya. zuriat yg soleh & solehah ini lah yg akan membahagiakan kita. sama2 kita betulkan niat kita yer kengkawan. yerlah

kgkdg tu niat nak zuriat ni mcm2, sbb cemburu tgk org ada anak kita pun nk anak, sbb nak jugak pakaikan baju cantik2 mcm2 baby2 lain la, sbb x sbr nak shopping barang2 baby bila tgk mcm2 gadget baby yg sgt advanvce n hebat2 skrg ni (yerlah dulu kecik2 xde kan). n sy tau byk sgt2 lagi sbb lain smpi kdg kita sama terlupa tujuan asal. sy pasti semua nak anak yg soleh & solehah, cuma kdg2 niat2 dan keterujaan yg lainnya buat kita lupa anak yg soleh tu bekalan untuk kita di sana kan. bila ustazah fatma ckp mcm tu, makin kuat smgt sy nak zuriat. siapa lagi yg akan doakan kita kan. alangkah ruginya andai xde zuriat. bukan sekadar zuriat, tapi alangkah rugi kalau xde zuriat yang soleh & solehah kan. siapa yg boleh kita harapkan untuk bantu kita terangi kubur kita kan. "Ya Allah, kurniakan lah kami zuriat yang soleh dan solehah. kurniakanlah kami anak soleh yang akan mendoakan kesejahteraan kami di sana. anak soleh yang akan menjadikan kami lebih dekat denganMu"
.
.: KEDUA :.
lagi satu yg sy sgt ingat, ustazah fatma suruh amalkan baca 'penghulu istighfar'. mungkin ada dosa2 kita dgn Allah yang masih lagi tergantung. kita xtau. mungkin dosa-dosa kita sebelum bergelar suami dan isteri. ustazah suruh amalkan setiap hari suami dan isteri.
.



Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga:
Maksudnya:

"Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau Engkau."

(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)

Keterangan dan Petua Beramal
Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya. (Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa). Menerusi ungkapan doa ini, Muslim akan menyebut seikhlas hatinya pengharapan kepada kasih sayagnya agar diberi keampunan daripada dosa yang dilakukan. Al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar meletakkan istighfar ini antara himpunan doa pengharapan yang wajar dibacakan untuk beroleh keampunan... (huraian & penerangan ttg penghulu istighfar sy ambil dr sini)

0 comments: